Kempen dari PALTIMES: 'simpati terhadap para tahanan yang mogok lapar'
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [ayat 4, surah As-Saff]
Teori sains politik
Teknik Penyelesaian Konflik Antarabangsa; Diplomasi, Keseimbangan kuasa, Rundingan, Gencatan senjata, Tolak ansur, Perantaraan, Penyiasatan dan Perdamaian. Rujuk: HUBUNGAN LUAR ANTARABANGSA, terbitan pertama 2003, muka surat 33-37
Diari Tanah Jajahan
Bancian: Seramai 4700 penduduk Palestin menjadi tahanan dalam penjara-penjara rejim penjajah. Dari jumlah itu, 320 orang adalah tahanan tanpa bicara. Sumber, 24/03/2012, web berita Paltimes.net
Tahanan tanpa bicara: Tangkapan ke atas mana-mana penduduk Palestin di Tebing Barat tanpa sebarang tuduhan. Mereka yang ditangkap dipenjarakan mengikut tempoh tertentu dan kebiasaannya, sebaik sahaja tamat tempoh tersebut, penjajah tidak teragak-agak untuk menyambung semula tempoh tahanan sehingga berbulan-bulan lamanya.
Dalam bahasa arab, tahanan tanpa bicara disebut الاعتقالالاداري.
4. [Terkini] Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua
Kempen Boikot
>> Beberapa jenis produk Israel telah dibakar dalam kempen tersebut. Sumber 10/05/2011, web berita AL-JAZEERAH
1. Hentikan keganasan rejim zionis(Israel) dan bebaskan tanah Palestin dari penaklukannya.
2. Hentikan projek penempatan dan perumahan Israel.
3. Bebaskan Gaza dari sekatan.
4. Boikot produk yang memberi sokongan kewangan kepada Israel.
5. Membantah segala bentuk kekejaman, penindasan, permusuhan, perlanggaran, perampasan, pencerobohan, pengkhianatan, pengusiran dan penafian hak.
6. Israel tiada hak di tanah Palestin.
Baik pulih dalaman Palestin(perdamaian Palestin)
> 04 Mei 2011[1, 2, 3, 4, 5], gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin. Masyarakat Palestin menanti perlaksanaan secara nyata agar tidak lagi berulang konflik perpecahan dan perselisihan.
20/12/2011 : Pertemuan menyeluruh kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(sumber lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) bermula jam 11:00 pagi di Kaherah, Mesir.
22/12/2011 : Perjumpaan menyeluruh pemegang amanah kumpulan pembebasan Palestin di Kaherah, Mesir.
Hargailah tindakan mereka
Vittorio Arrigoni seorang relawan warganegara Itali mati dibunuh oleh sebuah kumpulan salafi al-jihadi di Gaza pada 15 April 2011. Pada waktu yang sama, zionis mewar-warkan tindakan apa jua bentuk bagi menghalang pelayaran Freedom Flotilla II ke Gaza. Vittorio datang ke Gaza semata-mata untuk bersama-sama penduduk Palestin menghadapi sekatan zionis. Antara tulisan beliau, 'The Diaphanous Faces of Ghosts Demanding Justice'.
Abu Tarekah, salah seorang pemain bola yang menjadi pujaan penduduk Mesir. Walaupun ahli sukan tetapi tidak menghalang pendiriannya untuk nyatakan simpati terhadap Gaza sewaktu beraksi di padang bola, malah memberikan impak yang cukup besar. Itupun setelah Abu Tarekah memberanikan diri.
Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.
Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.
الله أكبر ولله الحمد
Berita Mesir
Pilihanraya Presiden Mesir
Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.
Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.
Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.
Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden
Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.
Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps
Berita ringkas Palestin
Gaza solat hajat semalam
Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.
Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.
Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net
Pertemuan HAMAS - FATAH hari ini
Delegasi HAMAS akan bertemu dengan FATAH hari ini bagi membincangkan mekanisme pembentukan kerajaan perpaduan yang disepaki peringkat nasional.
Sebuah rombongan kemanusiaan, 'Miles Of Smiles 8' telah tiba di Gaza semalam(14/01/2012) dengan membawa barang-barang bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Para ahli rombongan dari berlainan negara menyatakan, rombongan dan konvoi-konvoi bantuan ke Gaza tidak akan berakhir melainkan setelahmana Gaza terbebas sepenuhnya dari sekatan yang dikenakan oleh rejim zionis. Mereka mengungkapkan rasa optimis berhubung perubahan-perubahan di iklim ekoran dari tiupan angin revolusi Arab, lapor pemberita AL-JAZEERAH, Tameer Meshal.
Klip berita yang dilampirkan memaparkan sejurus ketibaan rombongan Miles Of Smiles 8 ke Gaza, dan pada hari ini(15/01/2012), rombongan ini menyerahkan bantuan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza yang disifatkan tepat pada waktunya. Sumber 15/01/2012, berita AL-JAZEERAH
Lahir semula setelah dihapuskan pada 18 Jun 2009, sebab tidak dinyatakan. Kami bangkit dengan 'lahjah' yang kami pelajari dari Al-Quran dan Sunnah. Biar dihapus, takkan lemah dan putus asa malah kami akan pastikan suara ini terus bergema. Kami akan terus perjuangkan isu Palestin dengan nada 'intisar'. "From Palestine With Love" - Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil
0 comments:
Catat Ulasan