Kempen dari PALTIMES: 'simpati terhadap para tahanan yang mogok lapar'

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Harapan kami untuk Mesir

Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.

Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.

الله أكبر ولله الحمد

Berita Mesir

Pilihanraya Presiden Mesir

Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.

Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.

Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.

Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden

Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Berita ringkas Palestin

Gaza solat hajat semalam

Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.

Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.

Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net
Pertemuan HAMAS - FATAH hari ini

Delegasi HAMAS akan bertemu dengan FATAH hari ini bagi membincangkan mekanisme pembentukan kerajaan perpaduan yang disepaki peringkat nasional.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Perarakan membebaskan BaitulMaqdis telahpun bermula - Haniyeh

06 Januari 2012

Laporan jam 05:00 pagi, waktu Mesir

TUNISIA - Selepas mengadakan lawatan ke Turki, delegasi kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh tiba pula ke Republik Tunisia merupakan destinasi keempat dalam rangka lawatan ke negara luar.

Lawatan Haniyeh di Turki:
>> Haniyeh bertemu Presiden Saadet dan Naib Presiden AKP

Delegasi Palestin yang tiba pada tengahari semalam(lapor PALTIMES pada jam 04:15 petang(05/01/2012), waktu Palestin) disambut secara rasmi oleh Perdana Menteri Tunisia, Hamadi Jebali dan beberapa menterinya serta Rashid Al-Ghannushi, Presiden gerakan Nahdhah di Lapangan Terbang Antarabangsa Tunisia.
____________________________________


____________________________________

Kelihatan ribuan penduduk Tunisia membanjiri sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Tunisia sambil membawa potret Ismail Haniyeh dan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin, pengasas gerakan HAMAS serta bendera Palestin dan Tunisia. Setibanya Haniyeh, mereka melaungkan, "rakyat mahu bebaskan Palestin" dan menyorak "penghormatan kepada pejuang dan rakyat Palestin". Jelasnya, gempita suara laungan yang menggegarkan kawasan terbabit membuktikan sambutan gemuruh rakyat Tunisia kepada Ismail Haniyeh dan delegasinya. Lantas, beliau sujud syukur, menukil dari laman youtube.com/YesWeCan12012011.

Ismail Haniyeh, kanan dan Hamadi Jebali, sebelah kiri

Pada sebelah malam(Jam 09:23 malam, waktu Palestin/Mesir, lapor SAFA), Ismail Haniyeh dan delegasi yang mengiringinya mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Tunisia, Moncef Marzouki.

Ketika pertemuan, Ismail Haniyeh yang juga merupakan pemimpin utama HAMAS menegaskan bahawa perlu segera bebaskan Gaza dari sekatan ekonomi dan politik. Jelas beliau, Palestin bukanlah sekadar menanganinya dengan politik, akan tetapi ianya adalah komitmen dari sudut agama dan tanahair.

Sewaktu sidang media bersama rakan sejawatnya, Hamadi Jebali di Jabatan Perdana Menteri Tunisia, Haniyeh mengucapkan tahniah kepada kepada seluruh masyarakat Tunisia ekoran kemenangan revolusi dan pilihanraya yang telah berlangsung. Jelas beliau, detik ini merupakan noktah sejarah.
____________________________________
Sidang media yang dipetik dari paltimesnet

____________________________________

Beliau mengungkapkan betapa gembira sebaik sahaja tiba di Tunisia yang masih dalam suasana peredaran memperbaiki keadaan, rakyat Tunisia menyambutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa dengan laungan "rakyat mahu bebaskan Palestin". Kata Haniyeh, ungkapan tersebut mempunyai nilai makna yang besar dan menunjukkan perarakan membebaskan BaitulMaqdis sememangnya telahpun bermula. Tambahan pula, pada waktu yang sama Tunisia diiktibarkan negara Arab yang akrab kepada anak bangsa Palestin.

Ismail Haniyeh memberikan setinggi-tinggi penghormatan kepada rakyat Tunisia yang syahid semasa ledakan revolusi serta ketabahan rakyatnya yang melakukan perubahan besar di rantau ini, pastinya kata Haniyeh, resapan revolusi Arab benar-benar telah mengembalikan hak yang sebenar kepada Tunisia.

Perdana Menteri Palestin menjelaskan bahawa Palestin berada dalam hati para pemuda dan pemudi Tunisia yang mana telah melakarkan satu bentuk ketamadunan dengan kebangkitan revolusinya.

"Revolusi ini telah mempercepatkan jalan kepada pembebasan dan untuk solat di Masjid Al-Aqsa yang mulia dan di BaitulMaqdis," ujar Haniyeh. Sumber, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

0 comments:

Mengenai kami

Komuniti MAP 2 STREET

Lahir semula setelah dihapuskan pada 18 Jun 2009, sebab tidak dinyatakan. Kami bangkit dengan 'lahjah' yang kami pelajari dari Al-Quran dan Sunnah. Biar dihapus, takkan lemah dan putus asa malah kami akan pastikan suara ini terus bergema. Kami akan terus perjuangkan isu Palestin dengan nada 'intisar'. "From Palestine With Love" - Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil

widgeo.net

Hubungi kami

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

Anjung Pavilion

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS