Kempen dari PALTIMES: 'simpati terhadap para tahanan yang mogok lapar'

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Harapan kami untuk Mesir

Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.

Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.

الله أكبر ولله الحمد

Berita Mesir

Pilihanraya Presiden Mesir

Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.

Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.

Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.

Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden

Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Berita ringkas Palestin

Gaza solat hajat semalam

Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.

Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.

Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net
Pertemuan HAMAS - FATAH hari ini

Delegasi HAMAS akan bertemu dengan FATAH hari ini bagi membincangkan mekanisme pembentukan kerajaan perpaduan yang disepaki peringkat nasional.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Perjuangan FATAH tahun ke-47 membebaskan tanah Palestin

05 Januari 2012


Gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني ḥarakat al-taḥrīr al-waṭanī al-filasṭīnī) ataupun disebut FATEH merupakan sebuah pertubuhan pembebasan tanahair Palestin. Ada sumber menyatakan FATAH ditubuhkan pada tahun 1958, dan ada sumber menyebut tahun 1959. Baru-baru ini, sambutan sempena penubuhan FATAH telah diadakan bagi mengingati kewujudan FATAH yang telah mencapai usia 47 tahun.

Menurut sebuah buku berjudul فلسطين .. التاريخ والمصور yang ditulis oleh Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan bahawa gerakan FATAH pada awal penubuhannya berada dalam dukungan ideologi Islam. Beberapa orang pemimpin besar yang berideologi Islam telah menggabungkan diri dalam gerakan FATAH. Pada waktu itu, gerakan ini dibentuk di Kuwait. Lalu, Mohammed Yasser Abdel Rahman Abdel Raouf Arafat al-Qudwa al-Husseini(Yaseer Arafat atau panggilan Abu Ammar, beliau telah meninggal dunia pada 11 November 2004) yang rapat dengan Jamaah Ikhwan Al-Muslimin telah dipilih menjadi presiden gerakan FATAH.

Di antara pengasas gerakan FATAH, Sulaiman Hamad yang kini masih ada di Kuwait berkhidmat dalam Yayasan Kebajikan Antarabangsa(petikan buku). Begitu juga dengan dua lagi pengasasnya, Abu Jihad Khalil Al-Wazir. Menurut penulisan buku berkenaan, di antara lima pengasas gerakan FATAH, empat darinya adalah Jamaah Ikhwan Al-Muslimin.

Pada tahun yang sama, 1959, gerakan yang mirip kepada kebangsaan Arab turut mula bergerak di Universiti Amerika sehinggalah membawa kepada penubuhan al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Taḥrīr Filasṭīn(Popular Front for the Liberation of Palestine) pada tahun 1967 yang diketuai George Habash.

Gerakan FATAH mula beralih kepada haluan kiri pada tahun 1963 dan cenderung ke arah tidak lagi berideologi Islam. Para anggotanya diberi pilihan sama ada mahu bergabung dengan gerakan Islam atau kekal di dalam FATAH tetapi dinamakan gerakan pembebasan tanahair yang tidak berideologi Islam, maka sebahagian besarnya memilih kepada gerakan Islam dan FATAH terus terasing sehinggakan menghala kepada aliran sekular. Dr.Tareq merasai apa yang berlaku kepada gerakan FATAH adalah kesilapan gerakan Islam kerana ia telah membuka ruang kepada aliaran-aliran yang anti ideologi Islam.

Selepas perang 1967 atau perang enam hari telah menyaksikan kekalahan teruk dari pihak Arab kepada rejim penjajah. Kesannya, penjajah telah menakluk baki dari tanah Palestin termasuk BaitulMaqdis Timur. Kemudian, penjajah menyatakan penggabungan antara BaitulMaqdis Timur dengan BaitulMaqdis Barat menjadi ibunegara kepada negara penjajah(Israel yang diistihar pada 1948).

Tahun 1969, gerakan FATAH bangkit sebagai wira dan mengetuai usaha pembebasan memerangi Israel(penjajah), nama bekas Presiden Mesir, Jamal Abdul Naseer terus malap setelah berlakunya Naksah 1967(perang enam hari). FATAH menjadikan perjuangan bersenjata sebagai satu-satunya jalan untuk menubuhkan negara Palestin. FATAH terus menjadi aspirasi penduduk Palestin dan sentiasa memerangi Israel. Namun, pada waktu itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan gerakannya dan ia telah beralih kepada aliran yang lain.

Sejarah yang sentiasa beredar, pada tahun 1978, perjanjian Camp David telah ditandatangani dan mula mencetuskan konflik sesama Arab.

FATAH mula mundur pada tahun 1982 setelahmana menerima penyelesaian secara damai.

Rempuhan Israel ke Lubnan pada tahun 06/06/1982 sama ada dari udara, darat dan laut adalah bermatlamatkan menghancurkan satu operasi Palestin di Lubnan serta menghalau keluar PLO(Munaẓẓamat at-Taḥrīr al-Filasṭīniyyah) yang diketuai Yaseer Arafat dan juga gerakannya, FATAH dari Lubnan.

Seiring dengan rempuhan Israel, negara-negara Arab yang mengadakan pertemuan di Fas, Maghribi telah mencadangkan sebuah agenda untuk penyelesaian damai iaitu turut memberikan pengiktirafan buat pertama kali kepada Israel yang menjajah tanah-tanah Palestin pada tahun 1948 dan juga jaminan pengiktirafan kesemua negara yang berjiran dapat hidup dengan aman.

Melihat kepada kesediaan Arab yang menyerah diri untuk usaha damai, maka PLO juga menyatakan persetujuan dan rundingan untuk mengeluarkan PLO dari Beirut, Lubnan secara selamat telah mula dijalankan. Pada waktu itu, Israel disokong batalion tentera Lubnan yang mengepung penduduk Palestin dan juga mengepung pejabat Yaseer Arafat di Beirut. Pengeboman juga tidak henti-henti berlaku di Beirut.

Dalam waktu yang teramat sulit serta pengeboman yang tidak henti-henti, Yaseer Arafat mengumumkan dari pejabatnya di Beirut pada 25/07/1982 bahawa menyetujui kesemua ketetapan PBB yang bersangkut paut dengan Palestin malah beliau mengumumkan PLO akan beralih kepada rundingan politik serta mula melepaskan dari usaha jihad, namun Israel tidak menerima, bahkan meletakkan syarat supaya keluarkan Palestin yang bersenjata dari Lubnan.

21/08/1982, PLO setuju undurkan kesemua tenteranya dari Lubnan dengan syarat Amerika mesti memberi jaminan keselamatan keluar bawah seliaan tentera antarabangsa. Amerika dan Israel setuju. Rombongan pertama dihantar ke Cyprus, kemudian beberapa rombongan yang lain dibawa dengan kapal ke beberapa tempat yang berlainan. Pada akhirnya, 30/08/1982, Yaseer Arafat beredar dari Lubnan dan menetap di Tunisia.

Kem-kem pelarian Palestin yang wujud di Lubnan pada waktu itu tanpa PLO dan sayap bersenjata Palestin.

Kesengsaraan pula menimpa ke atas kem pelarian, Shabra dan Shatila setelah Israel menyerangnya pada 16/09/1982, di samping itu, Israel disokong batalion tentera Lubnan.

Intifadhah di tanah Palestin muncul pada 08/12//1987.

Pada 14/11/1988, Yaseer Arafat yang mengetuai Majlis Kebangsaan Palestin telah mengumumkan penubuhan negara Palestin sejajar dengan ketetapan PBB bernombor 242 dan 181 yang menyokong kepada pembahagian tanah Palestin. Arafat mengumumkan negara Palestin di Tunisia serta mengiktiraf hak kewujudan negara Yahudi ke atas sebahagian tanah Palestin, lalu dunia mengiktiraf negara Palestin yang baru tetapi ia bukanlah negara yang sebenar kerana Yaseer Arafat mengumumkan penubuhan Palestin di Tunisia malah hak-hak penduduk Palestin dirampas serta mereka dianiaya, tiada sebarang kedaulatanpun kepada Palestin di tanahnya sendiri.

Yaseer Arafat berangkat ke PBB pada 15/12/1988 dan mengiktiraf Israel dan melepaskan usaha yang dikatakan sebagai 'pelampau'.

Bertitik tolak dari tarikh tersebut sehinggalah saat ini , gerakan FATAH yang mempelopori PLO menjadikan penyelesaian secara damai dengan Israel bagi menuntut pembebasan tanah Palestin hinggalah generasi demi generasi individu yang mendokong gerakan FATAH, kini diketuai Mahmoud Abbas. Di samping itu, Palestin sesama Palestin masih berada di kemuncak konflik perselisihan dalaman yang belum selesai, khususnya dengan gerakan HAMAS.

Sumber utama: فلسطين .. التاريخ والمصور

0 comments:

Mengenai kami

Komuniti MAP 2 STREET

Lahir semula setelah dihapuskan pada 18 Jun 2009, sebab tidak dinyatakan. Kami bangkit dengan 'lahjah' yang kami pelajari dari Al-Quran dan Sunnah. Biar dihapus, takkan lemah dan putus asa malah kami akan pastikan suara ini terus bergema. Kami akan terus perjuangkan isu Palestin dengan nada 'intisar'. "From Palestine With Love" - Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil

widgeo.net

Hubungi kami

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

Anjung Pavilion

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS