Aktivis Palestin dan antarabangsa diserang semasa mengayuh basikal di Lembah Jordan
16 April 2012
Aktivis Gerakan Solidariti Antarabangsa, Tebing Barat
Sepasukan pihak berkuasa Israel(IOF) telah bertindak ganas menyerang aktivis Palestin dan antarabangsa yang mengadakan aktiviti berbasikal di laluan 90, lebuhraya utama utara-selatan di Lembah Jordan(Jordan Valley).
Mereka berdemontrasi dengan mengayuh basikal bertujuan menentang dasar apartheid Israel yang membataskan laluan kepada penduduk Palestin di jalan berkenaan yang mana ia sebagai salah satu cara pembersihan etnik terhadap komuniti pribumi asal di lembah itu.
Seorang wanita Palestin dan dua aktivis antarabangsa masing-masing dari Denmark dan Holland telah dikejarkan ke hospital setelahmana mengalami kecederaan akibat dihentak oleh tentera Israel yang menggunakan senapang M16. Manakala, seorang lagi aktivis antarabangsa digari(cable-tie) serta ditahan lebih dari satu jam, kemudian dibebaskan tanpa sebarang tuduhan.
Protes berbasikal yang dianjurkan oleh Sharek Youth Forum disertai lebih 100 orang aktivis tempatan(Palestin) dan rata negara. Mereka mengayuh basikal sejauh 5 kilometer sebelum ditahan unit tentera Israel di pintu masuk laluan 90. Tentera-tentera Israel memaklumkan kepada aktivis yang berbasikal bahawa mereka tidak dibenarkan memasuki laluan 90 atas faktor keselamatan, tetapi apabila mereka cuba meneruskan kayuhan secara aman, seorang komander tentera Israel menghayun laras M16 ke muka dan kepala beberapa orang aktivis.
Mana-mana penduduk Palestin yang memandu di laluan 90 Lembah Jordan seringkali menghadapi gangguan dan serangan tentera Israel. Mereka kerap ditahan(henti di bahu jalan) dan diperiksa tanpa sebab.
Kempen pembersihan etnik ke atas rakyat Palestin yang menetap di sini dilakukan secara terancang oleh tentera Israel. Kejadian pencerobohan rumah seringkali berlaku, di samping itu, rampasan sebahagian besar kawasan tanah termasuk air juga dicuri. Sebahagian besar tanaman buah-buahan dan sayuran yang dihasilkan dari tanah yang dirompak ini telah dipasarkan(eksport) ke Eropah dan Amerika Utara. Demontrasi berbasikal adalah agenda seharian berdemontrasi, ia turut merangkumi lawatan dari kampung ke kampung dan persembahan ucapan.
Program ini bertujuan menyampaikan mesej kepada seluruh dunia dan kuasa penjajah bahawa masyarakat di Lembah Jordan juga terdiri dari Palestin enggan menyerahkan tanah mereka kepada penjajah, mereka akan terus mempertahankan tanah mereka. Sumber 15/04/2012, palsolidarity.org
0 comments:
Catat Ulasan