الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Syahid dan cedera diserang pesawat pengintip

05 September 2012

Laporan jam 10:15 malam, waktu Kaherah
Kemaskini jam 11:00 malam, waktu Kaherah

GAZA - Serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang milik Angkatan Tentera Udara zionis (Israel/penjajah) sebentar tadi di Gaza Tengah telah mengakibatkan 3 orang penduduk Palestin syahid dan seorang lagi cedera. 

Menurut laporan berita Palestin dari agensi SAFA, PALTIMES, dan MAAN, sumber perubatan Palestin telah mengesahkan tiga orang syahid dalam serangan tersebut setelahmana sebuah kereta penumpang yang dinaiki sebilangan pejuang Palestin menjadi sasaran pengeboman pesawat pengintip berdekatan kawasan timur di Gaza Tengah.


Selepas operasi pencarian yang digerakkan oleh krew perubatan, tiga jasad yang rentung telah ditemui di lokasi kejadian.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah menjelaskan, ketiga-tiga jasad yang ditemui dikenali, Khalil Al-Jarba, 27, Khaled Salah Al-Qarm, 23, dan yang ketiga, Zakaria Al-Jamal.

Menurut pemberita PALTIMES, mangsa ketiga yang syahid adalah Zakaria Mamduh Al-Jamal, 24 berasal dari Tel-Islam (sebelum ini disebut Tel-Hawa), selatan bandar Gaza. As-syahid Zakaria merupakan anak kepada as-syahid Mamduh Al-Jamal, seorang pejuang yang terkemuka dari sayap tentera gerakan HAMAS (KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM) yang syahid dalam perang Al-Furqan (akhir 2008 - awal 2009) di Semenanjung Gaza.

Tambahan dari Dr. Asyraf, seorang lagi mangsa yang cedera parah berusia 30 tahun berasal dari Hayyu Al-Zaitun, bandar Gaza.

Pesawat zionis berterbangan rendah

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat pengintip berterbangan rendah dan pesawat tempur yang lain kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza dari arah timur serta melepaskan bom-bom cahaya. Suasana ini kelihatan sepertimana gelombang tentangan yang baru ke atas Semenanjung Gaza.


Tentera zionis mengulas serangan

Menukil laporan PALTIMES, ulasan awal dari jurucakap tentera zionis berhubung serangan terbabit mendakwa pihaknya berjaya menumpaskan cubaan melancarkan sebilangan serangan roket ke arah Israel (tanah jajahan 1948).

Jurucakap tentera zionis berkata, serangan ini mengenai tepat ke atas sasaran. Berikutan itu, mereka yang melancarkan serangan roket pada masa yang lalu. Sumber 05/09/2012, web berita Safa, web berita Paltimes, dan web berita Maan

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS