الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

EU bantu belanjawan Kerajaan Palestin

20 Januari 2010

Dr.Salam Fayyad(gambar), Perdana Menteri Palestin di Ramallah(Kerajaan tanpa undang-undang menurut HAMAS) dan wakil Kesatuan Eropah(EU), Christian Berger telah menandatangani dokumen persetujuan pemberian kewangan yang baru dari EU kepada Palestin yang berjumlah EURO158.5 juta. Setengah daripada jumlah sumbangan tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan Austria sebagai bentuk sokongan belanjawan pada tahun 2010.

Sumber dari wakil Palestin berkata, persetujuan EU membuktikan sokogan yang berterusan meskipun ada laporan yang menyebut hasrat EU bagi menghentikan sokongan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin lantaran terkesan usaha damai dengan Israel.

Dinyatakan lagi, Kesatuan Eropah adalah penyumbang dana terbesar bagi membantu penduduk Palestin. Semenjak 2007, sebanyak EURO500 juta disalurkan per tahun yang menyokong kewangan Pihak Berkuasa Palestin, UNRWA dan Badan-badan Pertubuhan masyarakat.

Tujuan bantuan kewangan ini juga adalah untuk menyokong program pembangunan dan pembaikan dalam kementerian-kementerian utama. Di samping itu, dengan bantuan kewangan ini juga menyempurnakan pembentukan Badan-badan Kerajaan bagi Negara Palestin akan datang. Sumber 19/01/2010, web berita IslamToday dan web rasmi Gerakan FATAH

Read more...

Gaza dilanda banjir

HAMAS tuduh penjajah buka 'sekatan air' tenggelamkan Wadi Gaza.

Hujan lebat yang melanda beberapa buah tempat di Mesir turut mengancam Gaza. Sumber menjelaskan puluhan buah rumah yang terletak di pertengahan Semenanjung Gaza ditenggelami air setelah 'sekatan air' di Wadi Gaza dibuka yang menyebabkan bah menenggelamkan puluhan buah rumah.

Berikutan itu, limpahan air yang membanjiri pertengahan Gaza, Kerajaan Palestin di Gaza menuduh Israel membuka 'sekatan air'.

Sementara itu, Israel menafikan pertuduhan ke atasnya yang membuka 'sekatan air' sehingga menyebabkan banjir.

Sumber rasmi Palestin berkata, berpuluh-puluh penduduk Palestin terperangkap setelah banjir melanda, dalam masa yang sama hujan lebat di beberapa kawasan di pertengahan Gaza. Dinyatakan, jalan utama yang menghubungkan ke utara dan selatan Gaza turut terputus.

Ahmad Kurdi, Menteri Hal-Ehwal Kemasyarakatan di Gaza memohon kepada pihak antarabangsa untuk turut menyelamatkan kawasan yang dilanda bencana banjir. Jelas beliau lagi, 'kawasan ini telahpun di bawah sekatan Israel, kemudian perang, dan sekarang dilanda pula banjir.'
______________________________________________________

Lihat rakaman bergambar banjir di سيول غزة (aljazeera.net)
______________________________________________________

Saksi di tempat kejadian menyatakan, Pihak Berkuasa Israel secara tiba-tiba telah membuka 'sekatan air' yang ditutup beberapa tahun. Lantas, mengakibatkan berpuluh buah rumah penduduk Palestin di kawasan yang berkenaan dilanda bah besar. Bagaimanapun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Kurdi menjelaskan, perlu dengan segera membebaskan sekatan daripada penduduk Palestin 'demi membina semula Gaza setelah dihancurkan oleh penjajah, begitu juga kesan tabiat alam yang berlaku.'

Selain Kurdi, beberapa lagi Menteri Palestin di Gaza meminta agar diberikan bantuan berhubung jenayah yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Dr.Ahmad Bahr, Speaker Majlis Legislatif Palestin turut mengecam tindakan Israel yang membuka beberapa sekatan dan penghadang air pada malam Isnin di Wadi Gaza yang menyebabkan banjir serta dipindahkan penduduk.

Berhubung banjir yang melandar, dijelaskan petugas bantuan dan bomba bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam banjir. Menurut wakil petugas bomba, pihak penyelamat telah memindahkan 70 buah keluarga ke kawasan yang selamat. Sumber 19-20/01/2010, berita al-Jazeerah, web berita Al-Quds, web berita IslamToday, dan web berita addustour

Read more...

FATAH bincang kembalikan Gaza


Salah seorang anggota Majlis Revolusi, Gerakan Kebangsaan Pembebasan Palestin(FATAH), Jamal Nazal(gambar) mengungkapkan Majlis Revolusi FATAH mengakui telah membentuk panitia khas untuk membincangkan tindakan dan strategi bagi mengembalikan Gaza yang dikuasai HAMAS melalui "dialog atau cara lain".

Dr.Jamal Nazal yang juga jurucakap FATAH mengumumkan dalam sumber rasmi FATAH bahawa Majlis Revolusi menetapkan dengan pembentukan panitia tersebut akan digerakkan secara mendadak bagi menyusun strategi bagi mengembalikan Gaza ke pangkuan perundangan Palestin sebagaimana yang didakwa.
______________________________________________
(imbas sebentar): Tebing Barat dikuasai penuh PLO yang merupakan Badan Rasmi Palestin di peringkat antarabangsa. Adapun FATAH adalah sebuah gerakan yang berpengaruh di dalam PLO.

web rasmi FATAH(klik)

Semenanjung Gaza pula dikuasai HAMAS setelah meletusnya insiden yang disifatkan 'rampasan kuasa' oleh FATAH pada 2007. Seandainya, keputusan pilihanraya Palestin 2006 diterima dengan tenang hati, mungkin tidak berlaku insiden yang disifatkan rampasan kuasa.
______________________________________________

Sepertimana yang dinyatakan, strategi tersebut adalah dari kajian mekanisme yang berbagai-bagai supaya matlamat dapat dicapai. Petikan ringkas melalui sumber 19/01/2010, web rasmi FATAH dan web berita al-Jazeerah, 20/01/2010

Read more...

Dokumen 'penukaran tahanan' belum selesai

Ezzat El-Rashq, anggota Biro Politik HAMAS dalam kenyataannya berkata, 'Israel menarik balik beberapa tuntutan HAMAS, sekaligus membuatkan dokumen ini tidak lengkap untuk disepakati di pihak HAMAS'.

HAMAS memaklumkan kemarahannya terhadap Israel kepada pihak tengah iaitu Jerman sebagai perunding bagi memeterai dokumen antara HAMAS-Israel khasnya penukaran tahanan antara kedua belah pihak.

Rashq menyatakan, dokumen penukaran tahanan masa ini tidak dapat disempurnakan dan memerlukan beberapa lagi masa untuk diselesaikan.

Berhubung dokumen tersebut, Rashq menegaskan bahawa HAMAS mendapat maklumat adanya usaha dari Abu Mazen(Mahmoud Abbas, Presiden Palestin, Ramallah) yang cuba menguasai dokumen untuk membebaskan Ahmad Sa'dat dan Marwan al-Marbaghousi. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, jika dokumen penukaran antara HAMAS-Israel berjaya dan Sa'dat, Barghousi dibebaskan, maka satu kemenangan untuk HAMAS.

Tambah beliau lagi, maklumat yang diperolehi HAMAS bahawa Israel akan membebaskan Ahmad Sa'dat dan Marwan al-Barghousi bukan melalui dokumen penukaran tersebut tetapi pembebasan tersebut berupa 'hadiah' kepada Abu Mazen.

'Isteri kepada Marwan al-Barghousi, iaitu Fadawi al-Barghousi telah bertemu dengan Khaled Mashal, Ketua Biro Politik HAMAS serta menyampaikan surat dari al-Barghousi bahawa al-Barghousi lebih suka dibebaskan dirinya dari tahanan Israel melalui dokumen penukaran HAMAS, dan bukannya atas dasar lain dari pihak penjajah(Israel) kerana jika dibebaskan atas dasar lain daripada penjajah pada waktu ini akan memberikan impak yang tidak menyenangkan untuk didengari', ujar Rashq. Sumber 18/01/2010, suratkhabar al-Doustour

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS