الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pejuang bedil tentera penjajah

26 Ogos 2010

GAZA - Sumber melaporkan sebuah kumpulan pejuang Palestin, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, sayap tentera Lijan Muaqawamah(لجان المقاومة الشعبية) telah membedil tentera Israel di timur bandar Der Balah, pertengahan Gaza.

Dalam keterangan yang disampaikan kepada agensi berita 'safa', ALWIYAH berkata, 'salah satu unit dari pejuangnya telah berjaya membedil sebuah unit tentera Israel yang cuba meloloskan diri masuk ke Gaza melalui timur Del Balah dengan 3 serangan roket jenis hawn, 60 mm.'

Jelas keterangan itu lagi, serangan ALWIYAH telah memaksa tentera Israel berundur dari kawasan berkenaan.

Gambar(arkib): Kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN ketika selesai satu sesi latihan ketenteraan.

Menurut laman rasmi 'لجان المقاومة الشعبية' pada jam 02.03 pagi, Palestin/Mesir bahawa ambulan zionis tiba di tempat berlakunya serangan, malah mempastikan lagi wujudnya kecederaan di pihak tentera zionis. Sumber 26/08/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:

1. Lijan Muqawamah, rasmi

Read more...

Rundingan yang melenyapkan masalah Palestin - Mashaal

25 Ogos 2010

Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashaal mengungkapkan dalam ucapannya bahawa rundingan damai secara langsung(bersemuka) antara Palestin dan Israel yang bakal dilancarkan pada 2 September akan datang adalah untuk melenyapkan masalah Palestin, bukannya untuk menyelesaikan secara persamaan, malah beliau turut mengingatkan kesan dari rundingan tersebut juga akan menyentuh keamanan Mesir dan Jordan.

Dalam ucapannya sempena jamuan iftor berbuka puasa yang dianjurkan oleh HAMAS di Damshik, Syria semalam bagi menghormati pihak media, Mashaal(gambar) berkata, "hal untuk pergi kepada rundingan tidak ada persetujuan, dan hanya satu pihak yang tersisih iaitu mereka yang menyeleweng kerana rundingan sebegini adalah paksaan tanpa persetujuan dari keseluruhan Palestin, malah Arab atau secara keseluruhan umat Islam sehinggakan bukan kesemua anggota lajnah eksekutif PLO(Pertubuhan Pembebasan Palestin:منظمة التحرير الفلسطينية) yang menyokong rundingan tersebut. Sedemikian itu, ketetapan yang dikeluarkan di Ramallah adalah keputusan yang mengikut arahan dari Washington."

Beliau menjelaskan bahawa kenyataan dari lajnah Kuartet Timur Tengah adalah sehelai kertas yang tidak boleh menutup apa yang tersingkap dalam rundingan. Kenyataan tersebut hanyalah berupa pengkhianatan seperti yang disebut oleh Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton yang telah menggugurkan syarat-syarat yang dikemukakan pihak Palestin.

Peringatan kepada Jordan dan Mesir

Ketua Biro Politik HAMAS turut mendesak Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak dan Raja Abdullah II, Raja Jordan supaya tidak turut serta malah jangan hadir ketika pelancaran rundingan damai di Washington.

"Rundingan ini tidak mendapat sokongan yang menyeluruh, kesannya pasti akan menyentuh keamanan Jordan, Mesir serta Negara yang berjiran di rantau ini, " ungkap Mashaal.

Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi mengalu-alukan rundingan damai secara langsung Palestin-Israel diadakan semula. Kenyataan sedemikian diungkapkan dalam kenyataan yang dikeluarkan di akhir pertemuan pada hari Isnin sehari selepas Raja Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz mengadakan perbincangan dengan Raja Abdullah di Riadh.

Memetik agensi berita rasmi Kerajaan Jordan 'Petra' pada hari selasa dari wakil Jordan yang enggan didedahkan identitinya berkata, "Jordan tidak akan berunding dengan Israel dan Jordan bukanlah mana-mana pihak yang akan menjalankan rundingan tetapi pandangan Jordan juga akan diambil iktibar."

Khaled Mashaal dalam ucapannya turut berharap kepada Arab dan Palestin agar merujuk semula mengenai rundingan dan garis panduan penyelesaian persamaan isu yang telah nyata gagal ketikamana keadaan ini memerlukan dokongan yang kuat.

Beliau menyatakan bahawa sekalipun rundingan ini berjaya tetapi tetap wujud masalah, begitu juga apabila rundingan gagal juga membawa masalah. Maka, jika ia berjaya, ia bukanlah memihak kepada kepentingan kita(Palestin) kerana ia bertujuan untuk melenyapkan permasalahan Palestin, seperti hak kembali, Al-Quds dan hak persempadan 1967 dan tanah-tanah yang telah dirampas.

"Sekiranya gagal, maka kita telah mengalami kerugian yang banyak atau membuang masa serta menghabiskan tenaga hasil permainan politik bahkan memberikan lagi peluang kepada pemimpin zionis untuk memperbaiki imejnya", ujar Mashaal.

Hakikat yang berlaku di Tebing Barat

Khaled Mashaal dalam ucapannya mendakwa Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat yang melancarkan 'perang' ke atas semua kumpulan pembebasan Palestin terus merasa bangga serta meneruskan pemusatan keamanan(keselamatan) dengan penjajah.

Hal ini dijelaskan secara terang oleh beberapa pemimpin penjajah sebelum ini bahawa pada tahun 2009 tidak berlaku sebarang pembunuhan mana-mana penduduk Israel, lantas perkara tersebut mendorong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melafazkan terima kasih kepada Pihak Keselamatan Israel dan Palestin yang saling bekerjasama.

Gambar: bendera HAMAS menjadikan pilihan warna hijau putih simbol kekuatan dan berdiri kukuh bersama Palestin.

Sebagaimana dijelaskan oleh Mashaal bahawa operasi penangkapan di Tebing Barat turut merangkumi kesemua peringkat umur, termasuk para khatib di Masjid, pendakwah, wanita, dan tahanan-tahanan yang telah dibebaskan, namun lebih dari 1000 tahanan yang telah dibebaskan menghadapi pula operasi penangkapan dari Pihak Keselamatan Palestin sebaik sahaja dipanggil melaporkan diri.

Sehubungan itu, jelas Mashaal, Pihak Keselamatan Palestin telah menutup lebih dari 1000 buah pusat menghafaz Al-Quran malah tidak memotong gaji pekerja serta sewenang-wenangnya memecat pekerja. Lebih dari itu, faktor kewangan turut menjadi bahana politik apabila digunakan mengubah keutamaan yang sepatutnya digunakan untuk memperkukuhkan hak masyarakat.

Tambah beliau lagi, "unit keselamatan Israel, SHABAK dalam kajian dan eksperimen yang dilakukan mendapati Masjid-masjid dan Yayasan zakat memberikan kesan pengaruh penentangan yang kuat dari masyarakat Palestin. Hasilnya, SHABAK menyusun strategi bagi menghadang pengaruh tersebut, dan yang melaksanakannya adalah Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat."

Dalam ucapannya, Mashaal turut membicarakan khusus kepada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Kata beliau, wahai saudara kami di Tebing Barat..saya ingin katakan bahawa agenda melenyapkan isu permasalahan Palestin sedang berjalan dan ia bermula dari Tebing Barat yang merupakan medan pertembungan dan ruangan penyisihan, dan untuk menggagalkan agenda ini, maka ia juga mesti dimulakan dari Tebing Barat.

Berikutan itu, Khaled Mashaal menegaskan pilihan strategik adalah perlunya kepada pembinaan strategi tanahair Palestin bagi memperkukuhkan jalan penentangan(muqawamah) serta memiliki dokongan yang kuat dan tindakan yang pelbagai. Dalam masa yang sama, Mashaal turut bertegas agar berpegang dengan hak-hak tanahair yang telah tetap dan membina kembali pertubuhan pembebasan yang dapat menyatuhkan masyarakat Palestin serta menghimpunkan tenaga-tenaga ummah.

Palestin Ramallah tangkap penentang penjajah

Semalam, gerakan HAMAS dalam kenyataannya mendakwa bahawa Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat meningkat operasi memerangi gerakan HAMAS serta pendokongnya.

Kenyataan rasmi HAMAS kepada agensi berita safa menyebut bahawa Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat telah menangkap lebih dari 60 anggota HAMAS, termasuk pemimpin-pemimpinnya dan para pendokong HAMAS dari beberapa Wilayah di Tebing Barat.

HAMAS menyatakan lagi, bahawa operasi penangkapan tersebut turut merangkumi pemimpin tertinggi HAMAS, imam-imam Masjid, pengurus dan pekerja pejabat kepada anggota Majlis Legislatif, anak-anak pemimpin HAMAS dan individu-individu yang terdekat dengan HAMAS.

Berikutan kejadian yang berlaku, anggota Majlis Legislatif, Ahmad Bahr mengutuk tindakan Pihak Keselamatan Palestin yang merempuh dan memecah masuk ke beberapa buah rumah ahli-ahli parlimen(كتلة التغيير والإصلاح), antaranya Naif Rujub malah anaknya turut diculik dan beberapa kes lagi yang serupa telah berlaku.

Ahmad Bahr turut mengecam persetujuan PLO yang memutuskan untuk mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel, malah menyifatkan keputusan PLO tidak mewakili penduduk Palestin.

Dalam persidangan Majlis Legislatif Palestin semalam, Ahmad Bahr mendesak Liga arab, OIC, dewan parlimen Arab termasuk Islam serta antarabangsa malah Pertubuhan Hak Asasi Manusia supaya menyebelahi di pihak ahli-ahli parlimen tersebut dan memberi tekanan kepada penjajah bagi membatalkan undang-undang yang zalim.

Sementara itu, salah seorang dari komander tentera KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN juga telah ditangkap oleh Badan Perisikan Palestin semalam di bandar Nablus.

Dinyatakan, pemimpin Jabhah terus berhubung dengan Badan Perisikan bagi mengetahui sebab penangkapan.

Wakil Jabhah, Maher Shashtari mendesak supaya komander tentera tersebut dibebaskan segera malah turut bertegas jika penangkapan itu bersangkut-paut dengan penentangan ke atas penjajah.

"Boleh diungkapkan kejadian penangkapan ini adalah menurut kehendak dalam perjanjian damai 'road-map' dan pemusatan keselamatan dengan penjajah", kata Shashtari.

Menurut salah seorang ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin dari kumpulan 'كتلة التغيير والإصلاح' HAMAS, Hatim Qufaisyah yang bertekak dengan anggota perisikan Palestin yang mengungkapkan kata-kata keji ketikamana menangkap saudaranya, Haji Subhi serta mencabut kamera-kamera yang dipasang di sekeliling rumahnya.

Kumpulan 'كتلة التغيير والإصلاح parlimen HAMAS turut mendakwa kumpulan FATAH bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap tindakan bahaya yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Palestin Ramallah terhadap pendokong-pendokong HAMAS di Tebing Barat. Malah HAMAS menyebut tindakan sedemikian mensasarkan pemimpin-pemimpin HAMAS yang menjadi simbol perundangan(pilihanraya Palestin 2006).

Qufaisyah berkata, operasi penangkapan ini adalah bermotif politik yang bersangkut-paut dengan menuruti syarat-syarat Perdana Menteri Israel yang mensyaratkan kesepakatan keselamatan sebelum mengadakan rundingan damai secara langsung.

Jelas beliau lagi, Pihak Berkuasa Palestin melaksanakan kesepakatan ini sebelum menduduki meja rundingan. Sumber 24/08/2010, web berita Al-Jazeerah dan safa.ps, 25/08/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Rujukan bacaan:

7. PLO

Berita lain:

Taliban bakar treler, trak bawa bekalan NATO

> Menurut laporan berita Al-Jazeerah semalam, seorang tentera NATO terbunuh dalam satu pertempuran yang berlaku di selatan Afghanistan. Sementara itu, gerakan Taliban membakar 24 buah treler pengangkut bahan tenaga dan trak bekalan tentera NATO di Helmand. Sumber 24/08/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Ketua Pengarah IAEA melawat Israel

24 Ogos 2010

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA), Yukiya Amano(gambar) telah mengadakan lawatan ke Israel hari ini. Lawatan yang pertama kali sejak beliau menjawat Ketua Pengarah IAEA diungkapkan oleh media Israel adanya perubahan yang baik IAEA terhadap Tel-Aviv. Tidak sebagaimana ketika Muhammad El-Baradei memegang jawatan Presiden IAEA yang hanya melawat Israel sebanyak dua kali sepanjang 12 tahun.

Radio tentera Israel melaporkan, Ketua Pengarah IAEA akan bertemu dengan beberapa wakil berjawat tinggi dalam Jawatankuasa Tenaga Nuklear Israel berserta dua orang Menteri, Moshe Ya'alon dan Dan Meridor. Selain itu, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Israel, Simon Peres pada hari rabu di Al-Quds, menurut pejabat Presiden Israel.

Menurut radio tentera Israel lagi, perbincangan dalam pertemuan tersebut berkisar beberapa permasalahan, antaranya projek pembangunan Nuklear Iran.

Sumber dari akhbar 'Haaretz' Israel hari ini menyebut pada asalnya Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IAEA, tetapi pertemuan antara kedua belah pihak telah dibatalkan kerana Netanyahu keluar bercuti di kawasan Wilayah utara.

Haaretz menambah bahawa kedua-dua Menteri Israel yang lain, Avigdor Lieberman, Menteri Luar dan Ehud Barak, Menteri Perang juga tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden IAEA.

Sumber dari pejabat Perdana Menteri menjelaskan, Perdana Menteri Israel telah bersetuju dengan Yukiya Amano bahawa Netanyahu akan menghubunginya menerusi telefon pada minggu hadapan.

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear

Gambar: Logo IAEA

Media Israel mencatatkan bahawa kunjungan Yukiya Amano ke Israel menjelang Persidangan Umum Agensi Tenaga Atom yang akan diadakan pada bulan akan datang. Sebagaimana turut disebut, dalam persidangan itu Negara-negara Arab akan mencadangkan beberapa usul ketetapan berhubung program nuklear Israel serta permasalahan bantahan Israel dari menyertai ke dalam Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear. Malah, Amerika dan Negara-negara lain didesak supaya tidak menghalang penyertaan Israel ke dalam perjanjian ini.

Para pakar nuklear berkeyakinan secara meluas bahawa Israel satu-satunya Negara yang memiliki peledak nuklear di Timur Tengah.

Israel dan Iran

Berhubung isu nuklear, Israel dan Negarat barat menuduh Iran mengembangkan program nuklear bertujuan untuk menghasilkan bom atom, sekaligus dinafikan oleh Iran yang menyatakan program nuklearnya adalah dikhususkan untuk kegunaan yang selamat.
_______________
Gambar: The reactor building of Bushehr nuclear power plant, just outside the southern city of Bushehr, Iran, Saturday, Aug. 21, 2010. Iranian and Russian engineers began loading fuel Saturday into Iran's first nuclear power plant, which Moscow has promised to safeguard to prevent material at the site from being used in any potential weapons production. (AP Photo/Vahid Salemi)
________________________________________________

Sebelum ini, Netanyahu telah bertemu dengan Amano pada Januari lalu di Dofus. Ketika pertemuan itu, Netanyahu menyampaikan kepada Amano bahawa Israel menilai senjata nuklear yang berada di tangan pemimpin Iran mengundang bahaya, bukan sahaja kepada Israel malah seluruh dunia.

Lawatan Amano ke Israel adalah dua hari selepas stesen janakuasa nuklear Bushehr Iran beroperasi. Berikutan itu, Israel mengungkapkan perkara ini tidak dapat diterima setelahmana stesen nuklear Iran dibekalkan dengan tenaga nuklear Rusia. Sumber 24/8/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

1. International Atomic Energy Agency(IAEA), wikipedia
2. IAEA, rasmi
3. Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, wikipedia
4. Yukiya Amano, wikipedia

Read more...

Perlu ketetapan yang 'berani' dengan Palestin - Barak

AN-NASIRAH, - Menteri Perang(Pertahanan) Israel, Ehud Barak menukilkan bahawa untuk mencapai persepakatan damai dengan Palestin memerlukan ketetapan yang berani dari Kerajaan Israel ketika mengadakan rundingan damai secara langsung(bersemuka) dengan Pemerintah Palestin yang dijadualkan diadakan semula pada minggu hadapan.

Gambar(arkib safa): Ehud Barak, Menteri Perang Israel.

Memetik dari sebuah akhbar Israel 'Maarev' versi hebrew yang menukilkan kenyataan Barak ketika menyambut kunjungan Utusan Damai Kuartet Antarabangsa Timur Tengah, Tony Blair di Tel-Aviv, katanya, "rundingan akan bermula pada minggu hadapan di Washington, kami semua akan pastikan ini adalah peluang yang sebenar untuk beranjak lebih ke hadapan."

Tambah Barak, "pihak Israel bersedia memutuskan beberapa ketetapan yang berani ketika rundingan bagi menjamin kepentingan kepada keamanannya, demikian itu, kami harap pihak lain - Pemerintah Palestin - juga bersedia memutuskan sebarang ketetapan yang berani bersama-sama kami agar dapat mengorak lebih ke hadapan dalam ruang lingkup perdamaian."

Kunjungan Tony Blair ke Tel-Aviv dialu-alukan oleh Ehud Barak. Berikutan itu, kunjungan sebegini juga termasuk dalam usaha antarabangsa bagi mewujudkan perjanjian persepakatan penyelesaian antara Palestin dengan Israel.

Sebagaimana dijadualkan, rundingan damai secara langsung antara Israel dan Palestin akan diadakan pada 2 September akan datang di Washington setelahmana diundang oleh Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan Kuartet Timur Tengah. Sumber 24/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS