الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Parah ditembak zionis

28 Ogos 2010

GAZA - Seorang penduduk Palestin mengalami luka parah di kawasan pagar keselamatan di Bet Hanoun yang terletak di utara Semenanjung Gaza.

Menurut penjelasan dari Pengerusi Bantuan Cemas, Dr.Muawiyah Husnain kepada agensi berita 'Safa', berkata, "pasukan penyelamat telah membawa seorang pemuda, Sharif Said Gabn dalam linkungan umur 20-an yang parah ke hospital Kamal Udhwan, utara Gaza."

Sehingga kini, keadaannya disifatkan pertengahan.

Menurut saksi, "tentera rejim zionis yang menembak pemuda itu ketika sedang mengumpul kepingan besi."

Sumber berita melaporkan, sejumlah penduduk Gaza menjalankan rutin harian yang bekerja mengumpul kepingan besi di kawasan yang berdekatan dengan garisan sempadan. Walaupun kerap kali menjadi sasaran tembakan dari tentera zionis, mereka tetap menjalankan kerja pengumpulan kepingan besi dan memecahkan batu batu sebagai sumber rezeki menyara keluarga. Sumber 28/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Lirik nasyid: Bebaskan Palestin

Bebaskan Palestin

La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah,

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta,
_________
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta


Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
_________
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

_________
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Hentikanlah penderitaan
dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi Anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
_________
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
_________
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

_________

Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara


Lirik nasyid berjudul 'Bebaskan Palestin' gabungan kumpulan nasyid, Rabbani, In-Team, Saujana dan Nowseeheart.

::: BEBASKAN PALESTIN DENGAN ISLAM :::

Read more...

Rundingan damai mampu ubah pendirian PBB terhadap Israel

[ Laporan dari media Israel ]
berita semalam, Jumaat

September ini, semasa New York menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ke 65, Gabriela Shalev akan berada di Israel.

Ungkapan sekali menjadi duta besar, akan sentiasa menjadi duta besar membuat saya tertawa”, kata Shalev kepada Haaretz di dalam satu temu ramah perpisahan. “Saya bukanlah seorang diplomat profesional. Saya akan merindui New York tapi bukan sebab jawatan. Saya berasa bangga di atas peluang yang cukup istimewa untuk mewakili negara ini. Saya juga berasa amat senang setelah berhempas pulas mencurah bakti sepanjang dua tahun ini. Saya tidak tahu apakah banyak lagi yang saya tidak tahu, akan tetapi saya telah mempelajari tentang cara dunia menceritakan sesuatu yang sama sekali berbeza keadaanya. Namun saya juga telah banyak mempelajari tentang diri ini, betapa saya mencintai Israel, betapa saya adalah seorang zionis, betapa sayangnya diri ini terhadap bangsa, juga bagaimana tegarnya saya bangkit untuk menyahut cabaran. Saya akan berasa senang jika pulang dengan merasai situasi di mana semua bangsa di dunia ini merangkul Israel dan memujinya, tapi ia bukanlah apa yang berlaku saat ini. Saya tidak berkesempatan untuk menangis, tetapi kadangkala sangat marah, tersinggung dan beremosi ketika mereka menggelar tentera-tentera kami yang merupakan anak-anak kami sebagai penjenayah perang dan menunjukkan gambar anak-anak yang cedera parah kepada saya, ketika mereka mengajukan soalan-soalan berbentuk provokatif di televisyen, hal-hal tersebut menjadikan saya bukanlah diri saya, Shalev menerima banyak pujian selama melaksanakan kerjayanya di atas sikap dan peribadinya yang berwibawa. Ada juga yang bertanya, apakah yang akan membantu Israel semasa membuat tentangan terhadap laporan Goldstone dan serangan Israel ke atas kapal ke Gaza, freedom flotilla."

Di penghujung usia dekad ketujuh ini, saya tidak bermaksud untuk mengubah gaya dan cara saya. Kata-kata yang bijak tidak perlu diucapkan dengan keras,“ ungkap Shalev.

Shalev berhajat untuk menulis buku berkaitan dalam bidang undang-undang, akan tetapi memandangkan kedudukannya sebagai wanita pertama yang mewakili Israel(rejim zionis) di PBB, namun ianya diragui sama ada beliau akan menulis sebuah memoir tentang pengalamannya sebagai utusan PBB.

Seperti apa yang diperkatakan tentang Kitab ‘Perjanjian Baru’: bahawa apa yang baru bukanlah sesuatu yang menarik, dan apa yang menarik sudah pun tertulis di dalam Bible. Hal-hal yang menarik, adalah sesuatu yang tidak boleh saya tuliskan, dan selebihnya adalah sesuatu yang membosankan. Terdapat banyak buku yang ditulis oleh para duta besar masa lalu yang kini berada di perpustakaan Jabatan Luar Negeri. Tetapi, apa yang ingin saya lakukan adalah untuk memberi kursus membaca tentang aspek Perundangan Israel dan PBB.“

Perhimpunan Agung dijangkakan akan membangkitkan isu laporan Goldstone dan isu cadangan Presiden Iran sebagai tuan rumah di sesi akan datang, yang digambarkan Shalev sebagai masalah yang sangat besar.

Saya tidak mahu dilihat keterlaluan, tetapi hubungan masyarakat antara Israel dan PBB kini di dalam situasi yang tidak elok, memandangkan PBB menjadi titik tumpuan bagi semua menghentam segala tindakan Israel. Saya berada di sana selama dua tahun, mendengar kata-kata yang dilontarkan dengan kebencian. Ianya membuatkan saya faham bahawa hakikat sebenar yang berlaku adalah sama sekali berbeza dengan apa yang diucapkan di dalam persidangan, malahan di Majlis Keselamatan, beberapa ahli sementara tidak boleh dipercayai.“

Adakah anda pernah mempertikaikan dan menyatakan sendiri kepada duta besar lain terhadap sikap hipokrit mereka?

Sudah tentu. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan duta besar Qatar, Oman, Mesir dan Turki. Tetapi mereka menerima arahan daripada pihak parlimen mereka, sering kali selepas perbincangan(di PBB) mengenai isu Palestin, mereka bertemu saya dan mengatakan mereka harus berkata sedemikian. Saya tahu bahawa negara ini memberi penghormatan kepada Israel walaupun wakil-wakil negara ini tidak menyuarakan secara umum.

Minggu ini, Duta besar Amerika Syakirat(US) ke PBB, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon dan utusan Turki ke PBB mengatur satu jamuan makan malam perpisahan untuk menghormati Shalev.

“Ini adalah peristiwa yang sedih dan tragis". Apa yang telah berlaku? Ianya adalah pelik, bagaimana tanggapan dunia terhadap kejadian ini, ketika peristiwa negeri yang lain tidak lagi mendapat perhatian sama sekali. Lima siasatan diambil terhadap satu peristiwa yang terpencil, ketika ianya sangat jelas bahawa ada pengganas(Shalev menuduh para sukarelawan armada pembebasan sebagai pengganas) hadir dengan agenda yang jelas. Sesiapa sahaja yang ingin membawa peralatan dan bantuan ke Gaza boleh berbuat demikian, tetapi dengan cara yang lain. Namun begitu, saya mempunyai hubungan yang baik dengan duta besar Turki - beliau(duta besar Turki) bahkan mengunjungi kediaman saya.

Polisi nuklear

Saya fikir hubungan ini adalah sangat penting walaupun dalam masa yang sama Perdana Menteri Erdogan bersikap keras terhadap kami(Israel). Perhatian yang diberikan terhadap armada ini benar-benar di luar jangkaan.

Isu pertikaian mengenai kekaburan dalam polisi nuklear Israel baru-baru ini mengakibatkan kerajaan Israel tertekan. Shalev mencela mana-mana usaha yang membandingkan polisi antara Israel dan Iran ini.

Membandingkan antara Israel dan Iran adalah loyar buruk. Saya rasa rakyat Iran sendiri tidak berani untuk melakukannya. Di Iran, merupakan sebuah Negara yang berbahaya, rejim bukan demokrasi, yang memperkembangkan senjata, dan mereka mengancam kami secara terbuka. Bagaimana boleh membuat perbandingan di antara kedua-dua negara ini?

Rundingan damai ubah imej Israel

Shalev yakin bahawa perundingan damai yang akan dilancarkan minggu depan di Washington boleh memberikan peluang untuk mengubah suasana di PBB.

Keamanan yg bersikap dingin dan perbincangan yang sangat rumit adalah jauh lebih baik daripada kurangannya rundingan. Saat ini, terdapat kesilapan di kedua-dua belah pihak, tetapi sejak hari pertama saya di sini dan berkata kepada Palestin “Mari kita berunding“ tetapi mereka menunda-nundanya, dan berharap agar Amerika akan menyelesaikan hal mereka. Mereka berkata bahawa Israel juga bersikap sambil lewa terhadap perbincangan tersebut. Saya tidak peduli. Ini adalah langkah yang tepat. Memang benar bahawa PBB memiliki majoriti mudah lebih dari 100 buah negara Muslim dan negara-negara tidak bersatu, tetapi saya yakin bahawa perbincangan ini mampu mengubah suasana tegang ini.“

Shalev juga yakin dengan ikatan yang kuat di antara Israel dan Amerika Syarikat, dan kepercayaan ini membuahkan hasil daripada beberapa pertemuan dengan komuniti Yahudi di US.

Terdapat kepentingan yang strategik berikutan hubungan dengan Yahudi US ini. Mereka adalah penghubung di antara kami dengan kerajaan US. Usaha yang dilakukan oleh AIPAC adalah sesuatu yang memberangsangkan. Kita memerlukan persahabatan ini, dan kita harus membuat mereka merasa bahawa mereka diperlukan. Malangnya, di dalam pertukaran undang-undang baru-baru ini telah banyak menyakiti mereka yang baik di sini, yang banyak memberi sumbangan kepada Israel, dan undang-undang ini membuat mereka merasa mereka bukan sebahagian daripada kita. Saya berasa gembira kerana ianya ditunda dan saya berharap ianya akan dikuburkan sahaja, hari ini saya dapat mengatakannya secara terbuka. Membuatkan orang-orang Yahudi Amerika merasa bahawa Israel merupakan sebuah tanah air bagi orang-orang Yahudi adalah sesuatu yang sangat penting.“ Sumber 27/08/2010, Haaretz.com(Israel)


Pihak MAP mohon maaf, jika dua entri terkini, kami memuatkan laporan penuh dari sebuah media Israel. Tiada niat untuk menyentuh sensitiviti kita semua, akan tetapi ia berkait dengan rundingan damai secara bersemuka yang akan diadakan semula antara Israel dengan kumpulan perunding Palestin Ramallah yang mendapat tentangan kuat dari dalaman Palestin agar tidak meneruskan rundingan ini.

Read more...

Netanyahu cadang pertemuan mingguan dengan Abbas

[ Laporan dipetik dari sebuah media Israel ]
berita semalam, Jumaat

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan cadangannya kepada pentadbiran Amerika Syarikat(US) pada hari khamis bahawasanya beliau ingin mengadakan pertemuan bersemuka dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas setiap dua minggu. Cadangan sedemikian adalah untuk cuba menjalinkan persefahaman dan menetapkan sebarang sandaran rujukan bagi menyelesaikan setiap permasalahan dan isu.

Setelah sandaran itu ditetapkan, kumpulan perunding kecil akan merungkaikan perincian butiran dan jalinan persefahaman dalam bentuk penulisan.

Menurut laporan berita Al-Jazeerah, 27/08/2010, cadangan Netanyahu ini adalah tindakan susulan selepas pelancaran rundingan damai secara bersemuka dengan Mahmoud Abbas di Washington pada awal September.

Jelas akhbar 'Haaretz' Israel lagi, Netanyahu, ketika dalam perjumpaan kabinet menteri bagi persediaan persidangan rundingan damai di Washington berkata, “rundingan yang serius di Timur Tengah dibuat secara terus-terang, tenang dan perbincangan antara kedua-dua pemimpin mesti berterusan dalam isu yang penting."

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Netanyahu telah menubuhkan kumpulan perunding Israel pada petang semalam agar perundingan damai berterusan dapat dirasmikan bermula minggu hadapan.

Sebagaimana disebutkan, Perdana Menteri akan menghimpunkan wakil-wakil dalam kumpulan kecil perunding yang secara langsungnya adalah di bawah seliaan Netanyahu supaya ruang perbincangan dapat diadakan dengan lebih serius, teliti dan pantas.

Netanyahu turut berharap dapat mengadakan pertemuan dengan penasihat-penasihat, antaranya Yitzhak Molcho, Ron Dermer, dan Uzi Arad bagi memilih wakil yang akan menjadi sebahagian daripada delegasi yang bakal hadir ke Washington. Hal tersebut adalah ketikamana berlangsungnya pelancaran rundingan damai secara langsung(bersemuka) dengan Palestin yang dijadualkan pada 2 September akan datang.

Dinyatakan, Molcho akan mengetuai kumpulan perunding yang turut disertai wakil-wakil dari pelbagai bidang.

Sementara itu, Majlis Penempatan Yesha telah bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan penambahan tempoh 10 bulan pembekuaan projek pembinaan penempatan setelah tempoh pembekuan yang terkini berakhir pada 26 September 2010.

Menurut Majlis Yesha, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak merancang untuk merencanakan pembekuan secara "tenang." Dalam senario ini, suatu moratorium akan diisytiharkan secara rasmi menunjukkan ia telah berakhir, tapi Barak tidak akan menandatangani keizinan permit bangunan yang dibawa kepadanya untuk persetujuan.
__________________________________________
Glosari:

Moratorium, bermaksud:
1. Penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan secara persetujuan bersama.
2. Penangguhan rasmi.

Rujuk:- Kamus dewan, edisi ketiga, m/s 898 dan kamus Dwibahasa, edisi ketiga, m/s 256
__________________________________________

Justeru, penduduk-penduduk Israel risau bahawa mereka akan menghadapi rintangan birokrasi dalam usaha untuk memperluaskan lagi bina penempatan.

Para penduduk berpendapat, salah satu kesan dari dasar ini, adalah bahawa akan hampir tidak ada unit perumahan yang baru di blok-blok penempatan. Berdasarkan permit yang sedia ada, hanya unit perumahan yangbaru akan dibina adalah beberapa unit-unit di Ariel. Perancangan bina unit perumahan itu adalah untuk warga Israel yang telah berundur keluar dari Netzarim pada 2005 dan kumpulan lain di Ma'aleh Adumim.

Permit-permit juga akan disediakan kepada pembinaan sejumlah kecil unit perumahan di Gush Etzion.

Sumber Majlis Yesha pada hari khamis berkata, "hasil persetujuan dan tolak ansur untuk bina lagi unit perumahan dan penempatan akan dibuat berdasarkan kepada kiraan unit yang bakal dibina pada tahun akan datang."

"Ketika pentadbiran Olmert, 3000 unit perumahan dapat dibina setiap tahun. Hasil pemerhatian kami, jumlah itu juga perlu dibina pada tahun 2010,” kata salah seorang anggota Majlis Yesha yang merujuk kepada polisi Perdana Menteri sebelum ini, Ehud Olmert.

Jelas sumber itu lagi, “semasa minggu pertama di akhir pembekuan membina perumahan dan penempatan, Barak akan menandatangani surat keizinan untuk 1500 unit perumahan yang sepatunya sudah dibina dalam beberapa bulan terakhir. Jika Barak menandatangani perjanjian untuk yang lain, maka munasabahlah untuk menyimpulkan pada hakikatnya pembekuan ini masih berjalan.” Sumber 27/08/2010, web berita Haaretz.com(Israel)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS