الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Zionis ceroboh tembak bertubi-tubi di timur Khan Younis

22 Disember 2011

Laporan jam 03:37 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 03:37 pagi, waktu Mesir
Jam 09:37 pagi, waktu Malaysia

KHAN YOUNIS - Sepasukan tentera rejim zionis telah menceroboh awal pagi ini di beberapa kawasan berlainan yang terletak di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sewaktu menceroboh, rejim zionis turut melepaskan tembakan bertubi-tubi.

Penyampai berita SAFA berkata, sepasukan tentera rejim zionis menceroboh di sebelah timur kawasan Khuza'ah, dan turut menceroboh di sebelah arah timur Hayyu El-Farahain. Jarak yang diceroboh rejim zionis sejauh 300 meter ke dalam tanah Gaza.

Tambahan pula, kata penyampai berita SAFA, tentera rejim zionis turut melepaskan bertubi-tubi di kawasan yang diceroboh. Hasil liputan yang dibuat, sebanyak tujuh buah kereta kebal dan tujuh buah jentolak tentera zionis yang melakukan pencerobohan itu.

Jelas lagi, pencerobohan rejim zionis awal pagi ini turut diiringi pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang yang kelihatan berterbangan pada paras rendah di ruang udara. Sumber 22/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

HAMAS gesa tentang pemeriksaan bogel

21 Disember 2011

Laporan jam 08:31 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 08:31 malam, waktu Mesir

NABLUS - Gerakan HAMAS(حماس) hari ini(Rabu) menggesa masyarakat Palestin di jajahan Tebing Barat agar membantah dasar rejim penjajah yang tidak bermoral, mengenakan pemeriksaan bogel di sekatan tentera.

Gambar(SAFA): Tentera zionis ketika menahan seorang penduduk Palestin dalam keadaan bogel.


Sebagaimana dilaporkan, tentera rejim penjajah di sekatan Huwwara, selatan bandar Nablus(utara Tebing Barat) telah mengenakan pemeriksaan bogel dan memualkan apabila memaksa dua pemuda Palestin menanggalkan pakaian.

HAMAS dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita SAFA hari ini telah mengutuk keras tindakan keji yang dilakukan oleh tentera penjajah ke atas dua pemuda Palestin di sekatan tentera selatan Nablus.

HAMAS menilai, insiden itu adalah melanggar secara terang-terangan terhadap hak asasi manusia dan maruah masyarakat Palestin malahan menunjukkan sejauhmana dasar perkauman dan keruntuhan akhlak yang dilakukan oleh penjajah selaku perampas hak masyarakat palestin.

Gambar(SAFA): Dua pemuda Palestin yang dikenakan pemeriksaan bogel.

Berhubung insiden, HAMAS mendesak badan-badan pertubuhan hak asasi manusia dan pembebasan di dunia supaya dedahkan tindakan-tindakan keji penjajah kepada masyarakat antarabangsa. Sumber 21/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

13 cedera, 3 ditangkap dalam pertempuran di BaitulMaqdis

Laporan jam 08:47 malam, waktu Palestin(BaitulMaqdis)
Jam 07:47 malam, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Pertempuran sengit yang berlaku malam ini di Kota Lama, BaitulMaqdis(Al-Quds) mengakibatkan 13 penduduk Palestin cedera, manakala 3 lagi telah ditangkap.

Menurut saksi kepada PALTIMES, pertempuran ini tercetus selepas warga-warga zionis(warga haram) mengacau perarakan kahwin penduduk Palestin di jalan El-Wad, BaitulMaqdis, kemudian tentera penjajah bertindak memukul pengantin lelaki, Muaz Al-Ajlouni.

Sementara itu, sumber perubatan berkata, seorang remaja Palestin bawah umur, 'Ala' Az-Zaghir, 16 telah dibawa ke hospital Hadasa Ain Karem untuk merawat tulang hidungnya yang patah sewaktu pertempuran meletus di jalan El-Wad. Tambahan lagi, berbelas lagi penduduk Palestin mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata yang ditembak tentera penjajah. Pada waktu ini, sepasukan besar tentera penjajah dan unit khas memasuki kawasan Tembok Buraq dari arah Bab Al-Magharibah. Kawasan berkenaan masih diselubungi suasana tegang.

Ketika dihubungi, pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah meledak di jalan masuk ke Silwan dari sebelah utara berhampiran motel Baidhun. Tembakan-tembakan peluru getah dan bom pemedih mata serta bom bunyi(sound bomb) dilepaskan oleh tentera penjajah dalam pertempuran, lantas mengakibatkan berlaku kecederaan dan sesak nafas. SAFA melaporkan, beberapa telah ditangkap ekoran kejadian tempur yang berlaku. Sumber 21/12/2011, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Meshaal tiba di Kaherah jumpa Abbas

Laporan jam 07:20 malam, waktu Palestin(Baitul Maqdis)
Jam 06:20 malam, waktu Mesir

Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal telah tiba di Kaherah petang tadi dan sumber dari kedua belah pihak, HAMAS dan FATAH bahawa Meshaal berjumpa dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin selaku Presiden gerakan FATAH malam ini di Kaherah, Mesir. Tambahan sumber, Abbas telah tiba di Kaherah pada petang tadi setelahmana mengadakan kunjungan rasmi ke Turki yang berakhir pada petang Rabu, 21/12/2011.

Gambar(arkib): Meshaal, kiri dan Abbas di sebelah kanan dalam pertemuan yang lalu.

Memetik laporan dari Pusat Media Palestin, salah seorang dari pemimpin HAMAS berkata, satu pertemuan yang melibatkan Meshaal dan Abbas akan diadakan malam ini pada jam 07:30 malam di Kaherah bagi meneliti perkembangan usaha baik pulih dalaman Palestin(sumber lain menyebut perdamaian Palestin/rekonsilisi) yang sebahagian besarnya telah tercapai untuk perlaksanaan.

Semalam, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) telah bertemu dalam satu perjumpaan bawah seliaan pihak Mesir di Kaherah. Di dalam perjumpaan yang berlangsung selama beberapa jam telah menyetujui mekanisme perlaksanaan dari persepakatan nasional, dan sebagaimana yang dinantikan, pada keesokan hari, 22/12/2011, satu perjumpaan yang melibatkan para pemegang amanah kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin akan berlangsung di Kaherah bagi membincangkan mengenai Munaẓẓamat at-Taḥrīr al-Filasṭīniyyah/PLO (Palestine Liberation Organization atau منظمة التحرير الفلسطينية), dan turut dihadiri Abbas dan Meshaal. Sumber 21/12/2011, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS