Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Unit khas zionis dibedil empat peluru 'hawn'
Jam 01:44 pagi, waktu Mesir
Jam 07:44 pagi, waktu Malaysia
RAFAH - Sebuah unit khas tentera rejim zionis menjadi sasaran empat peluru mortar jenis 'hawn' yang dilepaskan oleh pejuang Palestin pada awal pagi ini(Selasa, 10/01/2012). Serangan dari pejuang ketikamana unit khas berkumpul di sekitar Terminal Karem Abu Salem, sebelah timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Menurut pemberita agensi SAFA, sebaik sahaja empat peluru mortar gugur ke atas unit khas zionis, lantas kelihatan kereta-kereta kebal zionis bertebaran di sekitar lokasi berkenaan.
Tambahan lagi, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang turut mengadakan tinjauan secara kerap di selatan Gaza pada ketinggian yang sederhana. Sumber 10/01/2012, web berita Safa.ps
Meshaal: Jalan rundingan gagal, penyelesaian kembali kepada dasar penentangan
06 Januari 2012
Jam 02:51 petang, waktu Mesir
Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal tiba di Kaherah semalam, 05/01/2012. Dalam lawatan singkat secara mengejut, beliau telah bertemu dengan wakil perisikan Mesir dan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby.
Berhubung lawatan Meshaal ke Kaherah, Usamah Hamdan selaku kordinator hubungan luar gerakan HAMAS mengulas, "lawatan yang berlangsung ini adalah termasuk dalam skop perhubungan yang digerakkan untuk menyokong usaha baik pulih dalaman Palestin dan langkah-langkah membebaskan Semenanjung Gaza dari sekatan."Gambar: Setiausaha Agung Liga Arab, kanan dan Ketua Biro Politik HAMAS, kiri sewaktu perjumpaan lalu.
Jelas Usamah dalam kenyataannya kepada agensi berita QUDS PRESS hari ini, 06/01/2012, bahawa "sejak kejayaan revolusi Mesir, hubungan HAMAS dengan Kaherah kini telah memasuki era baru dan ia bukanlah hasil dari apa-apa inisiatif serantau kepada HAMAS."
Kenyataan Meshaal
Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal menyatakan bahawa berunding dengan Israel hanyalah menggagalkan cara dan ia tidak akan membawa apa-apa, satu-satunya jalan bagi mengakhiri penjajahan hanyalah kembali kepada dasar penentangan serta sentiasa menentang.
Baca lagi:
>> Pertemuan antara perunding Palestin dan Israel di Amman
Dalam sidang media hari ini, 06/01/2012 selepas bertemu dengan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby, beliau(Meshaal) membantah pertemuan yang berlaku antara perunding Palestin dan Israel baru-baru ini di Amman boleh memberi kesan kepada perjalanan usaha baik pulih dalaman Palestin yang bawah seliaan Mesir.
Tegas beliau, gerakannya bersangatan mahu menjayakan perdamaian dalaman Palestin serta mengakhiri lima tahun babak pertelingkahan serta mencapai persepaduan dalam kesemua agenda-agenda usaha baik pulih, khususnya kerajaan perpaduan yang akan membawa kepada pilihanraya parlimen, presiden dan majlis kebangsaan demi untuk menyatukan barisan Palestin.
Berhubung sebab-sebab lawatan singkat beliau ke Kaherah yang disifatkan media massa secara mengejut, kata Meshaal, "HAMAS ingin sangat berterusan berhubung(selaras demi kesepaduan) dengan Liga Arab."
Jikalau dikatakan lawatan ini ada hubung kait dengan keadaan di Syria, beliau turut menyatakan, "keadaan di Syria juga HAMAS ambil berat, sejak tercetusnya kejadian(revolusi) di Syria, HAMAS telah berusaha keras bagi menyelesaikan hal ini dengan jalan politik," nyata beliau, pujukan HAMAS mampu dapat membawa penyelesaian dari aspek keamanan kepada penyelesaian cara politik yang akan memberikan kestabilan kepada Syria.
Meshaal menafikan dalam perjumpaan dengan El-Araby menyentuh tentang survival HAMAS di Syria atau mahu memindahkan pejabatnya ke negara Arab yang lain berikutan konflik di Syria yang masih berlanjutan, kata beliau, "HAMAS tidaklah gusar dengan geo-politik kerana HAMAS ada, sama ada dari dalam dan luar tanah Palestin, juga di Damsyik serta ibu-ibukota negara Arab yang lain malahan ia ada dalam sanubari masyarakat di tanahair Arab."
Strategi sokongan dengan semua pihak
Mengulas di sebalik natijah peningkatan mendadak Ikhwan Al-Muslimin dalam pilihanraya parlimen Mesir dan begitu juga aliran-aliran Islam di negara-negara yang diresapi revolusi Arab kepada HAMAS, kata beliau, "kami merasa bangga dengan peningkatan kumpulan aliran Islam secara mendadak, demikian itu adalah dengan jalan pilihanraya corak demokratik tetapi kami tidaklah ingin menjadi semakin kukuh hanya dengan sokongan politik dari kumpulan aliran-aliran Islam semata."
Jelas beliau, strategi kekutan HAMAS tidak hanya bergantung kepada aliran-aliran Islam sahaja, bahkan HAMAS berhubung dengan kesemua pihak dan aliran politik yang berbeza.
Beliau turut mengungkapkan hasratnya dengan kebangkitan Islam yang membawa agenda Arab bagi berdepan dengan agenda Israel di rantau ini.
Nafi terima surat Syria dari Meshaal
Sementara itu, dari sudut lain, Setiausaha Agung Liga Arab menafikan terima surat dari pemerintah Syria melalui Khaled Meshaal ketika dalam perjumpaan. Jelas El-Araby, sekitar perjumpaan, kedua-dua pihak membincangkan secara panjang lebar mengenai keadaan dan kedudukan di Syria.
Beliau mendedahkan beberapa bulan yang lalu, Meshaal telah memainkan peranannya memujuk Presiden Syria, Bashar Al-Asad agar menandatangani protokol Arab. Di samping itu, kata El-Araby, beliau telah menyerahkan surat kepada Meshaal untuk disampaikan kepada pemerintah Syria yang mengandungi gesaan agar hentikan keganasan dan laksanakan kerja dengan penuh amanah dan telus bagi menjayakan inisiatif penyelesaian ini(protokol Arab). Sumber 06/01/2012, web berita Paltimes.net, web berita Al-Jazeerah dan web penerangan rasmi HAMAS
Tentera penjajah adakan sekatan di Khalil
Jam 11:30 pagi, waktu Mesir
KHALIL - Tentera rejim penjajah telah mengadakan sekatan-sekatan tentera sejak semalam dan pagi tadi di beberapa buah jalan masuk utama ke Wilayah Khalil, selatan Tebing Barat.
Sumber keselamatan berkata kepada agensi berita SAFA, sekatan tentera yang diadakan oleh penjajah telah dipasang di jalan masuk Mukhayyam(kem pelarian) Al-Aruba di sebelah utara Khalil dan turut dipasang di sebelah timur menuju ke jalan masuk ke daerah Sa'ir.
Tambahan lagi, sekatan-sekatan yang lain diletakkan di beberapa buah jalan masuk ke bandar Khalil, iaitu di daerah Az-Dzahiriah dan kawasan Bayt 'Ainun.
Tentera-tentera rejim penjajah yang berada di sekatan-sekatan berkenaan menjalankan pemeriksaan ketat ke atas identiti penduduk Palestin yang melintasi sekatan, malah penduduk Palestin turut ditahan mengikut tempoh-tempoh masa yang tertentu. Sumber 06/01/2012, web berita Safa.ps
















