الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Empat serangan, 35 penduduk Palestin cedera

12 Mac 2012

Laporan jam 03:44 pagi, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Tiga serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim zionis awal pagi ini, Isnin(12/03/2012) di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan seramai 35 penduduk mengalami kecederaan. Kebanyakan yang cedera adalah kanak-kanak dan wanita.

Serangan pertama

Menurut pemberita SAFA, pesawat tempur zionis mengebom dua buah rumah , sebuah milik keluarga Hamad dan sebuah lagi milik Abu Al-aish di kawasan 'زمو' sebelah timur laut Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, sumber keamanan berkata kepada SAFA, serangan terbabit menyasarkan seorang komander pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI), namun beliau terselamat dari operasi pembunuhan.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan dalam salinan kenyataannya kepada SAFA bahawa pengeboman ke atas dua buah rumah terbabit mengakibatkan 33 penduduk cedera, sebahagian besarnya dari kalangan kanak-kanak dan wanita. Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital-hospital dan kecederaan yang dialami mangsa-mangsa disifatkan ada yang ringan dan sederhana, kecuali seorang sahaja yang mengalami kecederaan yang parah.

Serangan kedua

Dalam serangan kedua, pesawat zionis menyasarkan sebuah rumah yang berdekatan dengan Masjid Tareq Bin Ziyad di Ash-Shujaieyah sebelah timur bandar Gaza. Berikutan itu, seorang gadis berusia 17 tahun dan pemuda cedera.

Serangan ketiga

Berhubung serangan ketiga, sekumpulan pejuang terselamat dari serangan yang menyasarkan mereka di kawasan Al-Khazindar, sebelah barat laut Gaza.

Serangan keempat

Manakala dalam serangan keempat, pesawat tempur zionis mengebom kawasan 'السناطى' di daerah Abbasan, sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan.

Adham Abu Salmiah memberi kecaman keras ekoran serangan dari rejim zionis yang menyasarkan rumah-rumah awam mengakibatkan puluhan yang cedera di utara Semenanjung Gaza malahan turut menyebabkan kemusnahan besar pusat bantuan dan kecemasan Bulan Sabit Merah. Sebelum ini semasa perang Gaza, rejim zionis telahpun memusnahkan pusat bantuan itu. Sumber 12/03/2012, web berita Safa.ps

Untuk laporan yang lebih terkini, sila dapatkan dari facebook minipavilion

Read more...

Seorang pejuang dan remaja syahid di Jabaliya

11 Mac 2012

Laporan jam 09:30 pagi, waktu Semenanjung Gaza
Jam 09:30 pagi, waktu Mesir

17 telah syahid, 30 cedera

GAZA - Serangan udara zionis di sebelah timur Mukhayyam Jabaliyah pagi ini, Ahad(11/03/2012) mengakibatkan seorang remaja syahid. Kejadian ini beberapa jam selepas serangan udara di Hayyu Zaitun yang mengakibatkan seorang pejuang dan beberapa lagi cedera.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, remaja terbabit, Ayub Amir 'Asliah, 13 syahid serta-merta di tempat kejadian selepas zionis menyerang.

Tambahan lagi, kanak-kanak berusia 7 tahun, Wafi 'Asliah yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan, sementara dua lagi yang cedera disifatkan pertengahan.

Menurut pemberita SAFA, krew perubatan telah menemui jasad as-syahid Ahmad Salim Dib selepas tiga jam tiga puluh minit selepas diserang. As-syahid dibawa ke hospital As-Shifa' dalam keadaan tubuh yang bercerai-berai.

Menukil dari facebook minipavilion, as-syahid Ahmad Salim Dib, 23 berasal dari Hayyu As-Shujaieyah. As-syahid merupakan pejuang KATAIB NASIR SALAHUDDIN.

SAFA melaporkan lagi, seorang penduduk Palestin cedera pada pagi ini ekoran dari pengeboman zionis ke atas sebuah kawasan terbuka berhampiran kilang 'ستار' di Hayyu Az-Zaitun, sebelah tenggara bandar Gaza.

Menurut Adham, mangsa yang berkenaan mengalami kecederaan yang sederhana dan telahpun dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan lanjut.

Berhubung serangan rejim zionis yang tidak henti-henti di Gaza sejak petang Asar, Jumaat(09/03/2012), jumlah penduduk Palestin yang syahid telah meningkat kepada 17 mangsa. Manakala, penduduk yang cedera pula meningkat kepada 30 orang. Sumber 10/03/2012, web berita Safa.ps

Kaitan berita:

1. S/U Agung LIJAN MUQAWAMAH dan pemimpin ALWIYAH syahid dibom pesawat zionis
2. Tiga pejuang AL-QUDS syahid
3. Terbaru: Dua cedera, satu keluarga selamat dari pengeboman zionis
4. Mesir gesa kembali semula kepada gencatan

5. Selanjutnya, sila lawati facebook minipavilion

Read more...

Mesir gesa kembali semula kepada gencatan

10 Mac 2012

Laporan jam 09:11 pagi, waktu Palestin/Mesir

RAMALLAH - Mesir telah mengecam keras serangan sengit yang dilakukan rejim zionis di Semenanjung Gaza semalam sehingga mengakibatkan 12 syahid, dan 20 cedera.

Duta Mesir ke Palestin, Yaseer Osman dalam kenyataan rasmi kepada agensi berita Al-sharq Al-Awsat, "Mesir mengecam keras serangan Israel di Gaza serta membantah tindakan Israel yang melanggar gencatan senjata dan harap hentikan segera perlanggaran ini."

Wakil Mesir ini mendesak kembali semula kepada gencatan yang mana memberikan kebaikan kepada semua pihak dan mengelakkan dari pertumpahan darah. Sumber 10/03/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Terbaru: Dua cedera, satu keluarga selamat dari pengeboman zionis

09 Mac 2012

Laporan jam 10:45 malam, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Dua pemuda Palestin cedera ringan dalam satu serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang ke atas sebuah rumah di Hayyu At-Tufah, sebelah timur bandar Gaza.

Menurut pemberita SAFA, keluarga As-Suweiraki terselamat dalam serangan pesawat pengintip yang tidak disangka menghentam dinding sebelah barat rumah keluarga berkenaan, namun dua pemuda lain cedera ketika berada berhampiran rumah itu. Kedua-duanya telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Jelas SAFA, rumah terbabit terjejas teruk.

Kejadian berasingan hari ini di Semenanjung Gaza yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang zionis telah menyebabkan lima pejuang Palestin syahid, dua orang darinya adalah LIJAN MUQAWAMAH dan selebihnya dari sayap tentera JIHAD ISLAMI.
____________________________________________
Kaitan berita:
S/U Agung LIJAN MUQAWAMAH dan pemimpin ALWIYAH syahid dibom pesawat zionis
____________________________________________

Ketika ini, Semenanjung Gaza berhadapan dengan peningkatan mendadak dari serangan zionis sebaik sahaja sayap-sayap tentera pejuang Palestin melepaskan serangan-serangan roket bagi membalas pembunuhan yang dilakukan rejim zionis di Gaza hari ini. Sumber 09/03/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS