الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Rejim zionis permudahkan memiliki senjata

01 September 2010

AN-NASIRAH, - Menteri Dalam Negeri zionis(Israel), Eli Yishai telah mengeluarkan taklimat agar memudahkan pemberian lesen kepada warga Yahudi di Tebing Barat untuk memiliki senjata. Taklimat yang dikeluarkan pada hari ini berikutan operasi 'banjir api' yang dilancarkan oleh pejuang Palestin KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM yang membunuh empat warga Yahudi semalam.

Menurut web berita 'Yediot Ahronot' versi hebrew(Ibrani), keputusan itu dikeluarkan setelahmana pemeriksaan yang dijalankan mendapati lesen pemilikan senjata telah dilucutkan dari salah seorang warga Yahudi yang mati dalam serangan berani pejuang Palestin.

Taklimat dari Yeshai turut meminta kepada pihak berautoriti supaya mengawal keselamatan penempatan Yahudi serta meningkatkan penggunaan senjata dan membekalkan teropong binokular kepada warga yahudi yang boleh melihat pada waktu malam. Hal tersebut, bertujuan untuk menjaga keselamatan dan penyelenggaraan penempatan Yahudi di Tebing Barat. Sumber 01/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Mesir kekang penyeludupan di Rafah

Gaza - Pihak Keamanan Mesir telah mengepung dua buah terowong bawah tanah yang digunakan untuk tujuan penyeludupan barang dari Mesir ke Gaza pagi tadi. Selain itu, Keamanan Mesir menemui sejumlah besar batu-bata yang belum diseludup ke Gaza.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh sumber bahawa Jabatan Keselamatan Negara di Rafah mempunyai maklumat mengenai kewujudan dua buah pintu masuk terowong bawah tanah yang terletak di bahagian belakang sekolah menengah berhampiran lokasai Al-Jundi Al-Majhul, di kawasan Hayyu Brazil, Rafah Mesir. Kawasan berkenaan berada di kedudukan no.4 garisan antarabangsa. Dinyatakan, usaha penyeludupan terbesar bahan binaan diseludup melalui dua buah terowong bawah tanah.

Pihak polis menyimpan barang yang dirampas di salah sebuah gudang simpanan milik Kerajaan sebelum dijual pada waktu yang akan diiklankan. Berikutan penemuan itu, polis Mesir mengawal ketat dua buah pintu masuk terowong bawah tanah yang akan ditutup dengan batu. Sumber 01/09/2010, web berita maannews.net

Read more...

50 Yahudi serang rumah Palestin

KHALIL - Sumber melaporkan, hampir 50 warga Yahudi Israel menyerang sebuah rumah penduduk Palestin yang terletak berhampiran sebuah penempatan Yahudi كريات أربع, di Khalil, selatan Tebing Barat.

Salah seorang ahli keluarga Palestin itu berkata, rumah Haji Yunus Idris yang diserang ini terletak berdekatan dengan Jalan Bani Nu'aim lama. Dalam kejadian serangan, 50 warga Yahudi memecahkan tingkap rumah dan peralatan rumah yang berada di sekeliling rumah terbabit serta cuba memecahkan pintu rumah untuk memasuki ke dalamnya.

Seperti yang dijelaskan, sepasukan tentera rejim zionis tiba di lokasi serangan serta mengarahkan warga Yahudi pulang ke penempatan Yahudi yang berhampiran.

Ketika laporan ini dikeluarkan pada jam 02.04 petang tadi, waktu Palestin, tentera rejim zionis masih berada di lokasi rumah berkenaan dikhuatiri akan ada serangan lain dari warga Yahudi ke rumah terbabit.

Serangan ini sehari selepas empat warga zionis maut dalam operasi 'banjir api' di persimpangan jalan Bani Nu'aim, timur Khalil. Sumber 01/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

HAMAS dakwa 150 anggotanya ditangkap

Gerakan HAMAS dalam kenyataannya berkata, "Pihak Keselamatan Palestin telah melancarkan operasi besar-besaran menangkap anggota-anggota HAMAS termasuk pemimpin-pemimpin, memanggil untuk lapor diri serta menyerbu ke rumah-rumah anggota HAMAS di semua Wilayah-wilayah di Tebing Barat."

Salinan keterangan HAMAS yang disampaikan pada hari ini kepada agensi 'Safa' menyebut, perangkaan awal menunjukkan jumlah anggota dan pemimpin HAMAS yang ditangkap dari semua wilayah Tebing Barat melebihi 150 orang.

HAMAS turut mendakwa Pihak Keselamatan Palestin menggempur beratus-ratus buah rumah ahli-ahli parlimen, pemimpin-pemimpin dan aktivis terkemuka HAMAS serta menangkap berpuluh-puluh anggota HAMAS dalam satu masa yang mampu. Sementara itu, jika Pihak Keselamatan Palestin tidak mendapati anggota berkenaan, maka isteri atau anak akan dipanggil segera hadir ke pejabat keamanan.

Kata HAMAS lagi, "operasi ala-gerila yang pernah dilancarkan oleh Pihak keselamatan Palestin pernah mengepung beberapa buah masjid semasa solat subuh, kemudian menangkap beberapa di kalangan jemaah solat sebaik sahaja mereka keluar dari Masjid."

Sebagaimana yang telah dilakukan, Pihak Keselamatan Palestin turut mengarahkan beberapa daripada anggota wanita HAMAS dari Sulfit dan Qalqiliah yang telah dibebaskan dari penjara sebelum ini untuk lapor diri.

Berdasarkan keterangan HAMAS, sehingga kini, operasi sedemikian masih berterusan yang meliputi kesemua bandar-bandar, kampung, dan Mukhayyam di Tebing Barat. Sumber 01/09/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS