الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

ABU ALI serang jip tentera zionis

09 Februari 2011

GAZA - KATAIB ALI MUSTAFA berkata, pihaknya telah menyerang sebuah jip tentera zionis di timur Hayyu Shuja'eiyah, bandar Gaza.

Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN itu dalam kenyataan rasmi hari ini yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa pejuangnya berjaya melancarkan serangan peluru 'Cobra' ke atas sebuah jip tentera zionis. Serangan pada jam 6.30 pagi dilakukan ketikamana jip tersebut sedang menurunkan tentera-tentera zionis.

Jelas ABU ALI lagi, serangan tersebut tepat mengenai jip tentera zionis. Lantaran itu, kelihatan tentera sokongan zionis bergegas ke tempat kejadian.

Berikutan itu, ABU ALI menyatakan serangan ini adalah serang balas biasa terhadap jenayah yang dilakukan zionis ke atas pejuang-pejuang dan rakyat Palestin, malah turut mengesahkan lagi, ABU ALI berpegang teguh dengan penentangan terhadap dasar penjajahan zionis. Sumber 09/02/2011, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI tembak tentera zionis

24 Januari 2011

Laporan asal jam 05.13 petang, Palestin/Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pihaknya telah menembak tentera zionis berhampiran lokasi tentera 'Kissufim' yang terletak di timur desa Qararah, selatan Semenanjung Gaza petang tadi.

Kataib ABU ALI MUSTAFA berkata, pejuang dari unit penembak tepatnya telah melepaskan das tembakan ke atas seorang tentera zionis berhampiran dengan pintu gerbang 'Suraij-Kissufim' di timur Khan Yunus.

Jelas ABU ALI lagi, selepas itu, pejuangnya menembak lagi seorang tentera zionis di lokasi tentera Kissufim.

Salinan dari kenyataan kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA yang diterima 'Safa' mengesahkan bahawa pejuang ABU ALI berpegang teguh dengan jalan penentangan serta berusaha untuk menghadang sebarang tentangan malah akan menyerang balas jenayah yang dilakukan zionis. Sumber 24/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Menteri Luar Perancis disambut dengan kasut

21 Januari 2011

GAZA - Ahli keluarga para tahanan Palestin melontar kasut ke atas kenderaan yang dinaiki Menteri Luar Perancis, Michèle Alliot-Marie sebaik sahaja melintasi masuk ke Semenanjung Gaza melalui perlintasan Bet Hanoun(utara Semenanjung Gaza) pagi tadi.

Gambar(Safa): Ahli keluarga tahanan Palestin membaling kasut ke arah kereta yang dinaiki Menteri Luar Perancis.

Menurut pemberita 'Safa' yang berada di lokasi kejadian menjelaskan bahawa berpuluh-puluh ahli keluarga tahanan Palestin rasa bengang dan marah berhubung kenyataan Menteri Luar Perancis yang jelas memihak kepada tentera zionis yang ditawan pejuang Palestin tanpa mengendahkan nasib ribuan penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara-penjara penjajah.

Memetik petikan laporan agensi berita 'Reuters', ahli-ahli keluarga para tahanan menghalang kereta yang dinaiki Michèle Alliot-Marie(gambar), lalu memukul bumbung kereta dengan objek keras serta melontar kasut mereka ke arah kereta, turut disusuli jeritan 'keluar dari Gaza' ketikamana Menteri tersebut baru hendak beredar dari hospital bawah seliaan Bulan Sabit Merah Palestin(Al-Quds).

Lawatan kali pertama Alliot-Marie setelah menjawat jawatan Menteri Luar Perancis ke rantau ini sehingga hari ahad ini bermula dari Israel dan menuju ke tanah-tanah Palestin yang berada di bawah kuasa autonomi Palestin. Setelah itu, Menteri Luar Perancis akan mengadakan lawatan seterusnya ke Mesir dan Jordan.

Dalam lawatan di Gaza, Menteri Luar Perancis mengadakan pertemuan dengan penyelia UNRWA, beberapa individu bebas dan kemasyarakatan serta ahli parlimen gerakan FATAH. Bagaimanapun, Menteri tersebut tidak bertemu dengan wakil-wakil gerakan HAMAS dan Kerajaan Palestin Gaza.

Berhubung kenyataan Michèle Alliot-Marie yang menyifatkan tawanan ke atas Shalit adalah jenayah perang, lantas dikecam gerakan HAMAS.

Gambar(Reuters): Ahli keluarga tahanan Palestin menyekat kereta pengawal keselamatan yang mengiringi Menteri Luar Perancis.

"Perancis memintas EU(Kesatuan Eropah) mengecam gerakan HAMAS yang melakukan jenayah perang berikutan terus mengurung Gilad Shalit dalam tawanannya," kata Menteri Luar Perancis itu.

Michèle Alliot-Marie berkata sedemikian ketika bertemu dengan ibu-bapa Gilad Shalit di sebuah khemah yang dipasang di BaitulMaqdis bertujuan menunjuk perasaan.

Gilad Shalit ditawan pejuang Palestin sejak tahun 2006, malah Shalit turut juga memiliki kerakyatan Negara Perancis.
_________________________________________________
Pautan lain:


1. Michèle Alliot-Marie
2. Gilad Shalit

3. Angry Palestinians mob French minister in Gaza


Gambar(Al-Jazeerah): Bantahan terhadap Menteri Luar Perancis.
_________________________________________________

Menjawab kenyataan Alliot-Marie, seorang dari pemimpin gerakan HAMAS, Dr. Ismail Ridhwan dalam kenyataan media berkata, Menteri Luar Perancis berpura-pura melupakan kesengsaraan ribuan penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara penjajah(zionis).

Jelas beliau lagi, mereka yang lebih rasa sengsara dan tertekan adalah tahanan Palestin, tiada apa yang mereka lakukan hanyalah semata-mata mahu pertahankan hak mereka yang sah.

Berikutan itu, Dr. Ridhwan meminta Badan-badan antarabangsa membebaskan lebih 8 ribu penduduk Palestin yang berada dalam tahanan rejim zionis.

Malam yang lepas, jurucakap rasmi gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, Shalit ketika ditawan adalah semasa berada dalam medan tempur dan sedang memerangi penduduk Palestin di sempadan Gaza, namun dalam masa yang sama lebih 8 ribu penduduk Palestin ditangkap dari rumah mereka tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Abu Zuhri harap Perancis menilai semula pendirian-pendirian seumpama itu yang langsung tidak mempamerkan peranan Perancis menyelesaikan konflik di rantau ini. Sumber 21/01/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(23)

18 Januari 2011

18 Januari 2009
HARI KE-23 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Israel umum henti serangan, pejuang berjaya bertahan)
_______________________________________
Kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(22)
_______________________________________

Saat-saat kemenangan Gaza

- Israel telah mengumumkan pihaknya menghentikan serangan (gencatan senjata)di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, Israel tidak mengundurkan tenteranya untuk dikekalkan di Gaza dalam masa beberapa hari.

- Jelasnya, tentera Israel yang dikekalkan di Gaza adalah bagi membalas serangan tembak-menembak.

- Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel) dalam kenyataannya, Israel akan menghentikan serangannya di Gaza bermula hari ini.

- Menurut Ehud Olmert, pemimpin Eropah telah berjanji pada kami kerjasama bagi menghalang penyeludupan senjata ke Semenanjung Gaza.

- Sementara itu, Perancis, Britain dan Jerman telah menyatakan kesediaan ikut serta dalam usaha menghentikan penyeludupan senjata di Gaza.

- Sebagaimana yang diumumkan Israel, pihaknya akan menghentikan serangan di Gaza. Dinyatakan, pengumuman ini adalah di sebelah pihak(Israel) sahaja.

- Bagi pejuang-pejuang Palestin, selagimana tentera Israel tidak berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza, serangan dan penentangan tetap diteruskan.

- Sukar untuk dipercayai janji Israel. Setelah Israel mengumumkan menghentikan serangan di Gaza, sebuah penempatan di Hayyu Tufah diancam dengan bom phosporous yang telah digugurkan oleh Israel.

- Sementara itu, jentera perang udara Israel melakukan tinjauan di ruang udara Gaza.

Semenanjung Gaza berjaya dipertahankan
______________________________________
Klip berita: Israel umum hentikan perang

Ismail Haniah, Ketua Kerajaan Palestin Gaza mengumumkan penduduk Palestin di Gaza telah mencapai kemenangan mulia dalam menghadapi tentangan Israel. Terbukti penduduk Gaza berjaya menghentikan serangan Israel yang gagal mencapai matlamatnya.


Sumber: youtube.com

Sedutan jangkaan dan doa Ismail Haniah untuk kemenangan Gaza:


Sumber: youtube.com

Pemberita menangis ketika melapor hari pertama perang Gaza:


Sumber: youtube.com
______________________________________

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS