الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Karikatur : Senda gurau, Siasatan Israel dan Inisiatif perdamaian Arab

13 Jun 2010

Sumber karikatur Al-Jazeerah

'Senda gurau adik-beradik'

Adik Ki: Tengok camna orang pandu kereta. Kalau pandu kereta kat jalan macam ni, tak bole 'slow' sangat..pastu jangan asyik berhenti kat bahu jalan. Memangla kereta depa nu besaq-besaq, tapi ni jalan kita..so, janganla bagi orang masuk laluan kita. Faham elok-elok tau, dah besar pun nak kena ajar lagi...eee, eh tidor plak. Janganla biar adik Ki pandu sorang2, sekurangnya borak la sama...aduuu. Mula la tu nak menggeletar orang bawa kereta laju camni..

Abang Rab: Aku 'ta'bann laa dik ki...hang bawa laju, aku tidoq. Sampai nanti habaq nooo..

Adik Ki: Ni abg Rab, reti dak buat drift, drag ka, kot laa penah guna nos ..

Abang Rab: Apa tu...mana aku tau la Ki. Yang aku tau..buh gear berjalan .. yang tu jaa..peaceeee!!!
_____________________________

Ucu Za: Mana abang-abang aku ni, tak sampai lagi ka? Takkan nak kena contact selalu kot baru nak mai...apa punya abang daa

Ucu Za lagi: Weii mael, wak mai sat handset nokia s500 aku tu..nak call abang-abang hang la jugak ni..

Ucu Za lagi: Nokia boikot daaa...

Ucu Za jawab: aiwahhh...maashi..ma'alishhh hihi, haa wak mai wireless..aku nak contact depa nuu

(Dialog di atas adalah pandangan kami semata-mata)

Sumber karikatur Al-Jazeerah

'Jawatankuasa Siasatan Israel' berhubung serangan berdarah ke atas freedom flotilla tanpa mahu melibatkan pihak luar.


Sumber karikatur Al-Jazeerah

Arab : Biar apapun terjadi..kami tetap berpegang dengan jalan perdamaian dan rundingan.

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS