14 sayap tentera: kami menilai semua pilihan yang ada
03 April 2011
Jam 04.23 petang, waktu Malaysia
GAZA - Sayap-sayap tentera kepada kumpulan pembebasan Palestin di Gaza(ada media menyebut kumpulan pemisah) menyatakan mereka sedang menilai bentuk serang balas ke atas tindakan jenayah rejim zionis terhadap penduduk Palestin ekoran yang terkini pembunuhan ke atas tiga komander AL-QASSAM.
"Jenayah ini takkan dibiarkan tanpa ada hukuman, dan musuh akan menanggung kesemua hukuman itu," tegas sayap tentera.
Awal pagi sabtu[baca], pesawat pengintip zionis telah mengebom sebuah kereta di Gaza tengah(Pertengahan Semenanjung Gaza). Serangan tersebut mengakibatkan tiga komander AL-QASSAM syahid dan seorang awam cedera.
Ketika sidang akhbar yang berlangsung di bandar Gaza pagi tadi, sayap-sayap tentera berkata, "bentuk serangan sedang dinilai berikutan banyak pilihan yang kami ada dan ianya akan menuruti persetujuan kumpulan pejuang mengikut kemampuan di medan tempur," namun tegas mereka, "pejuang berhak membalas jenayah ini pada masa dan waktu yang sesuai."
Tambah lagi, "kami tidak dapat menerima persamaan isu yang diwar-warkan oleh musuh ke atas penduduk Palestin dan pejuang Palestin," berikutan itu, "jenayah yang dilakukan penjajah memberikan peringatan tanda amaran buruk kepadanya, malah pemimpin-pemimpin zionis yang dungu akan menyesal pada satu ketika setelah berfikir melakukan tindakan-tindakan bodoh ini."
Cubaan menculik warga Israel
Berhubung dakwaan bohong yang disebut rejim zionis bahawa pejuang AL-QASSAM yang dibunuh merancang untuk melakukan penculikan ke atas warga Israel di Sinai(Mesir), jurucakap pejuang SARAYA AL-QUDS yang turut berkata dalam kenyataan sayap tentera, "operasi ketenteraan pejuang Palestin hanya terbatas dalam sempadan tanah Palestin yang dijajah."
Kenyataan sayap tentera turut menjelaskan lagi, beberapa pihak, antaranya Eropah telah menghubungi kumpulan pembebasan Palestin agar bertenang setelah keadaan serangan menyengit di Gaza, jawapan dari pejuang Palestin, inisiatif yang sedemikian tertakluk dengan kaedah, 'tenang penjajah diikuti dengan balasan tenang, tetapi rejim penjajah tidak menurut.'
Ketika sidang akhbar, jurucakap AL-QASSAM menjawab soalan wartawan, "bukan suatu yang baru apabila zionis mengumumkan niatnya untuk melancarkan perang ke atas Semenanjung Gaza, jika zionis menetapkan sedemikian, maka, kumpulan-kumpulan pejuang bersedia untuk membalas."
Tambah jurucakap sayap tentera HAMAS, "pejuang ada banyak pilihan untuk melayani tindakan-tindakan zionis pada masa yang sesuai," katanya lagi, "ianya tidaklah disyaratkan serang balas mesti dibalas dengan serta-merta sebagaimana yang dijangkakan oleh musuh atau sesiapa sahaja."
Tidak lagi turut gencatan senjata(tenang)
Menjawab soalan sebahagian dari sayap senjata yang telah mengumumkan tidak akan lagi mengikut gencatan, kata Abu Ubaidah, "sebarang pengumuman dari mana-mana sayap senjata adalah menurut kepentingan kepada masyarakat Palestin," jelasnya lagi, "dari sidang akhbar inilah kesemua sayap tentera mengumumkan sikap dan pendiriannya."
Sambil menegaskan, pejuang Palestin tidak akan tunduk kepada persamaan yang rejim penjajah cuba heret ke dalamnya. Berikutan itu, pejuang Palestin mempunyai tunjang kepada inisiatif dalam setiap peringkat.
Sidang akhbar yang berlangsung di أرض الكتيبة, bandar Gaza dihadiri sayap senjata, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, SARAYA AL-QUDS, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, KATAIB NASEER SALAHUDDIN, KATAIB MUJAHIDEEN, KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH, KATAIB AL-AQSA "Unit Istisyhad Nabil Mas'ud", KATAIB HIMAH AL-AQSA, QUWWAH AS-SAI'IEQAH, KATAIB SYAHID AHMAD JIBRIL, KATAIB AL-ANSAR, NUSUUR FALASTIN, dan KATAIB SAIFUL ISLAM.
Penutup kepada kenyataan sayap tentera dalam sidang akhbar, kesemua sayap tentera mengharap dapat menyembahkan syahid kepada Allah Ta'ala, di samping janji-janji darah syuhadak tidak akan mengalir sia-sia dan mereka berpegang dengan sumpah setia. Sumber 03/04/2011, web berita safa.ps, web berita Al-Quds Al-Arabi dan web rasmi penerangan AL-QASSAM
0 comments:
Catat Ulasan