Rejim penjajah tangkap 14 Palestin di Tebing Barat
30 Januari 2012
Jam 08:58 pagi, waktu Mesir
TEBING BARAT - Seramai 14 penduduk Palestin telah ditangkap awal pagi ini(Isnin, 30/01/2012) dalam beberapa operasi serbuan yang dilancarkan oleh tentera rejim penjajah di kawasan-kawasan Palestin, Tebing Barat.
Radio berita versi hebrew menerangkan bahawa sejak dari malam semalam, tentera telah merempuh masuk ke beberapa buah daerah dan bandar-bandar di Tebing Barat serta menggeledah rumah-rumah Palestin. Selepas itu, tentera penjajah menangkap 14 penduduk Palestin yang disifatkan mereka ini 'dikehendaki'.
Perincian kejadian dari siaran berita 10 Israel berkata, 11 penduduk Palestin yang ditangkap selepas tentera menyerbu masuk ke Bethlehem, sementara dua lagi yang ditangkap di bandar Jenin dan seorang lagi penduduk Palestin ditangkap berhampiran bandar Ramallah.
Menurut sumber, kesemua yang ditangkap telah dibawa ke badan keselamatan penjajah yang dikhususkan untuk soal siasat.
Berhubung operasi serbuan penjajah di Jenin, sumber tempatan berkata, lebih 10 buah jentera perang rejim penjajah mengepung sebuah rumah Palestin di pertengahan simpang bandar Jenin dan menangkap seorang penduduk Palestin, Saleh Muhammad Ali Al-Qaisi, 33.
Jelas sumber lagi, tentera-tentera rejim penjajah turut mengepung rumah Palestin yang berada bertentangan dengan persimpangan tersebut serta menggeledah dalam rumah.
Begitu juga keadaan di Mukhayyam Jenin, tentera penjajah menceroboh masuk ke dalam kawasan awal pagi ini. Kelibat tentera penjajah yang bertebaran turut memasang intipan, tambahan lagi, tentera penjajah melepaskan bertubi-tubi tembakan.
Kejadian yang dilaporkan awal pagi ini, tentera rejim penjajah juga mengadakan sekatan tentera di jambatan Halhoul, utara bandar Khalil. Mana-mana penduduk Palestin yang menyeberangi jambatan berkenaan telah diperiksa identiti mereka. Sumber 30/01/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net
0 comments:
Catat Ulasan