Penjajah ketatkan kawalan sedia hadapi perarakan antarabangsa
30 Mac 2012
Menteri Perang zionis, Ehud Barak telah mengeluarkan arahan mengenakan lingkaran keselamatan selama 24 jam ke atas Tebing Barat ekoran persediaan sebarang pertempuran yang kemungkinan berlaku ketikamana perarakan antarabangsa menuju ke BaitulMaqdis hari ini sempena 'hari bumi'.Pihak berkuasa penjajah telah menetapkan mana-mana penduduk Palestin yang memegang identiti Israel bawah umur 40 tahun tidak dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa hari ini sekalipun untuk menunaikan solat ataupun memasuki kawasan Kota Lama. Hal ini sebagai langkah persediaan membendung tunjuk perasaan dari Masjid Al-Aqsa sempena hari bumi seiringan dengan kempen perarakan antarabangsa.
Semalam, tentera-tentera penjajah khususnya dari unit khas dan pengawal sempadan telah dikerahkan bertebaran di sebahagian besar kawasan-kawasan di bandar BaitulMaqdis, khususnya meliputi Kota Lama dan pintu-pintu luar yang menjadi laluan masuk ke Masjid Al-Aqsa, sekitar tembok Masjid Al-Aqsa, lorong dan jalanan serta jalan-jalan utama dan juga persimpangan jalan. Pihak berkuasa penjajah turut memasang sekatan tentera dan penghadang jalan di beberapa batang jalan yang berbeza dan turut dipasang di hadapan pintu-pintu masuk ke Kota Lama bagi pemeriksaan kad pengenalan penduduk Palestin.
Tambahan lagi, tentera penjajah/zionis telah menjalankan kawalan ketat meliputi perlintasan-perlintasan(checkpoint) di setiap jalan masuk utama ke bandar Al-Quds(BaitulMaqdis).
Tentera penjajah telah mengambil lankah berjaga-jaga dengan mengawal sepanjang sempadan dari kesemua sudut(timur, utara, selatan) meskipun telah diyakinkan bahawa para demonstran atau penunjuk perasaan tidak akan melanggar garisan sempadan. Sumber 30/03/2012, web berita Paltimes.net
















0 comments:
Catat Ulasan