Lanjutan tahanan tanpa bicara ke atas ahli parlimen
30 Mac 2012
Jam 11:47 pagi, waktu Mesir
KHALIL - Mahkamah rejim penjajah melanjutkan lagi tempoh penahanan tanpa bicara ke atas seorang ahli parlimen Palestin, Khalil Musa Al-Rabaie (gambar)yang berasal dari daerah Yata, selatan Khalil. Beliau mewakili 'التغيير والإصلاح'(HAMAS) dalam parlimen Palestin.
Dijelaskan, mahkamah Ofer penjajah memutuskan lanjutan tahanan tanpa bicara bertempoh selama enam bulan ke atas beliau dan hukuman sebegini ini adalah kali ketiga berturut-turut.
Beliau, Al-Rabaie ditangkap dari rumahnya sendiri pada 30 Disember 2010. Kemudian, penjajah memindahnya ke tahanan tanpa bicara dengan alasan Al-Rabaie menimbulkan bahaya kepada keamanan Israel.
Al-Rabaie merupakan Pengerusi Lembaga Syarikat Elektrik Selatan, kemudian diusir keluar ke Marj Al-Zuhur pada tahun 1992. Beliau juga telah beberapa kali meringkuk dalam penjara penjajah, permulaannya pada tahun 1996 dan yang terakhir pada tahun 2010. Sumber 30/03/2012, web berita Paltimes.net
0 comments:
Catat Ulasan