Wartawan, anak ahli parlimen ditangkap penjajah
03 April 2012
Jam 06:58 pagi, waktu Mesir
NABLUS - Kejadian awal pagi ini, tentera penjajah telah menangkap seorang wartawan, Muhammad Anuar Munna dan Ir. Fadhl Al-Bitawi, anak kepada ahli parlimen Palestin, Hamid Al-Bitawi mewakili 'الاصلاح والتغيير'.
Kata Ahmad Al-Bitawi, saudara kepada Fadhl seperti yang dilaporkan agensi berita SAFA, sepasukan tentera penjajah telah menyerbu rumah saudaranya di kawasan Ad-Dzahiyah, timur Nablus. Rumah mangsa digeledah dan sebelum, tentera penjajah berundur, saudaranya telah ditangkap dan dibawa pergi. Jelas Ahmad, saudaranya adalah bekas tahanan dalam penjara penjajah.
Dari kes yang lain, seorang penduduk Palestin, 'Imar Munna berkata, sepasukan tentera penjajah telah menyerbu rumah sepupunya, iaitu seorang wartawan, Muhammad Munna. Sebelum tentera penjajah beredar, Muhammad telah ditangkap.
Muhammad Munna bekerja sebagai wartawan kepada agensi berita QUDS PRESS dan merupakan bekas tahanan yang dibebaskan dari penjara penjajah.
Menurut sumber keamanan kepada SAFA, tentera penjajah telah menggeledah sebilangan buah rumah penduduk Palestin di Nablus awal pagi ini dan sebelum beredar, tentera penjajah melakukan pemeriksaan di dalam rumah terbabit yang mengakibatkan berlaku kerosakan peralatan rumah. Sumber 03/04/2012, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan