الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Dua syahid dibom pesawat pengintip

17 November 2010

[Kemaskini jam 11.15 malam, waktu Mesir]

GAZA - Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan kejadian yang mengorbankan dua penduduk, manakala 3 lagi penduduk yang lain mengalami luka parah. Kedua-dua mangsa yang syahid dibawa ke hospital Syifa' yang terletak di bandar Gaza petang tadi.

Gambar(Al-Jazeerah): Polis Gaza berada di sisi kereta yang dibom zionis.

Berhubung kejadian, Abu Salmiah berkata, kedua-dua mangsa yang syahid dikenali Muhammad dan Islam Muhammad Yasin. Jelas Abu Salmiah lagi tanpa menjelaskan lebih terperinci bahawa kedua-dua penduduk itu berasal dari Kem Pelarian Tentera, Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

Sumber polis Gaza berkata, kereta yang dinaiki mangsa meletup disebabkan pengeboman zionis dari udara.

Jelas saksi kejadian kepada agensi berita 'Safa', sebuah pesawat pengintip zionis mensasarkan satu serangan peluru misil ke atas sebuah kereta awam jenis 'GOLF' yang melalui berhampiran di persimpangan sha'biah, pertengahan bandar Gaza.
_________________________________________________

Berita terkini, 07.36 malam, waktu Palestin. Sumber dari radio am Israel melalui agensi berita 'Safa' memaklumkan pengakuan rejim zionis yang bertanggungjawab ke atas pengeboman sebuah kereta jenis 'GOLF'. Berikutan kejadian, dua penduduk Gaza syahid dalam serangan. Sumber 17/11/2010, berita ringkas safa.ps
_________________________________________________

Saksi menjelaskan lagi, pengeboman ke atas kereta tersebut berlaku ketikamana pesawat-pesawat pengintip zionis yang kerap membuat tinjauan di ruang udara kawasan berkenaan.

Gambar(Al-Jazeerah): Mangsa serangan yang dibawa ke hospital.

Tambah sumber dari web berita Al-Jazeerah, tentera rejim zionis mengumumkan pihaknya melakukan serangan tersebut yang mensasarkan seorang pejuang JAISH AL-ISLAM, Islam Muhammad Yasin. Mengikut dakwaan tentera rejim, sasaran tersebut merupakan perancang bagi menculik Israel di Sinai, Mesir.

Dalam keterangan rasmi, tentera rejim berkata, pihaknya melaksanakan misi dengan kerjasama Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri(SHABAK) dengan melancarkan serangan ke atas seorang anggota tertinggi JAISH AL-ISLAM.

Sebagaimana yang dilaporkan, pada 3 minggu yang lalu, rejim zionis telah membunuh salah seorang pejuang JAISH AL-ISLAM di Gaza dengan cara(modus operandi) yang sama. Sumber 17/11/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Baca lagi:

1. Syahid dan cedera dalam pengeboman zionis di Gaza

Pautan lain:
1. Perkhidmatan Dalam Negeri Israel(ISA) atau SHABAK(wikipedia)

Read more...

Pejuang AL-QUDS hadang kemaraan unit khas zionis

16 November 2010

GAZA - Kumpulan pejuang Palestin, SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengumumkan pejuangnya bertanggungjawab menghadang sebuah unit khas tentera zionis yang melepasi masuk di timur Qararah, timur laut Khan Yunus, di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Kenyataan rasmi SARAYA AL-QUDS yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, "pada jam 2.30 awal pagi tadi, sebuah unit dari kumpulan pejuang SARAYA berdaya menghadang kemaraan sebuah unit khas tentera zionis yang masuk ke Qararah melalui pos tentera Kissufim."

Gambar(Safa): Seorang dari pejuang SARAYA AL-QUDS.

"Tentera zionis yang mara telah dihadang dengan tembakan senjata berat, machine-gun dan pelancar roket 'hawn', lantas, beberapa orang tentera zionis telah tercedera dalam pertempuran sengit yang meletus lebih dari 15 minit. Ketika bertempur, kedudukan antara pejuang dengan tentera zionis hanyalah beberapa meter sahaja, kemudian zionis berundur ke pos kawalan Kissufim setelah bertempur,"
ujar SARAYA mengesahkan kejadian.

Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS menegaskan pihak pejuang berhak menghadang sebarang tentangan ke atas penduduk Palestin malah telah lama jalan memiliha jalan penentangan dan jihad sehinggalah terbebasnya keseluruhan tanah-tanah Palestin. Sumber 16/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Ejen dicekup sebelum lepas ke Mesir

15 November 2010

GAZA - Badan Keselamatan Palestin di Semenanjung Gaza telah berjaya memberkas seorang ejen zionis yang dipercayai berusaha melepaskan diri melalui salah sebuah terowong bawah tanah di sempadan Gaza-Mesir petang tadi.

Mengulas kejadian itu, sumber keselamatan Palestin Gaza menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' bahawa ejen tersebut terlepas ketika dipindahkan dari sebuah penjara ke penjara lain di bandar Gaza. Namun, Pihak Keselamatan Gaza dalam operasi hendapnya ke atas ejen tersebut telah berjaya menumpaskan percubaan melarikan diri ke Mesir melalui terowong bawah tanah.

Sumber yang sama menyifatkan ejen yang dicekup itu amat bahaya. Jelas lagi, Pihak Keselamatan Gaza akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas ejen zionis yang telah berjaya dicekup semula. Selanjutnya, sumber enggan mendedahkan lebih terperinci. Sumber 15/11/2010, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Gaza bongkar jaringan perisikan Israel

Read more...

Tentera zionis parah akibat 'tembakan tepat'

11 November 2010

GAZA - KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) telah mengumumkan pihaknya menembak tepat seorang tentera zionis berdekatan pintu gerbang 'Kissufim', selatan Semenanjung Gaza pagi khamis.

ABU ALI dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, "unit penembak tepat dari pejuang kami berjaya mensasarkan sekumpulan tentera rejim zionis secara langsung dan mengakibatkan salah seorang dari mereka parah."

Sebagaimana yang dijelaskan, tentera zionis yang ditembak rebah ke tanah. Berikutan itu, helikopter zionis jenis 'Apache' tiba di lokasi berkenaan.

ABU ALI turut menyatakan, pertempuran sengit telah meletus antara pejuangnya dengan tentera zionis. Lalu, helikopter dan artileri zionis kelihatan dikejarkan ke kawasan tersebut.

Kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA menegaskan bahawa operasi 'tembak tepat' hanya tindak balas sebagaimana biasa ke atas jenayah yang dilakukan penjajah ke atas penduduk Palestin. Tambahan lagi, tentangan ke atas penjajah tetap berterusan. Sumber 11/11/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS