الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Analisis: AL-QASSAM lancar 1106 operasi serangan menentang penjajah

14 Disember 2010


GAZA - Sejak penubuhan gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية), sayap tenteranya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM menyebut pihaknya telah melancarkan 1,106 operasi serangan ke atas rejim zionis(penjajah), 87 dari operasi tersebut adalah 'amaliat istisyhadiah'. Tambah lagi, 1,808 dari pejuang AL-QASSAM telah dipersembahkan sebagai syuhadak(mati syahid).

Sempena sambutan ulang tahun penubuhan gerakan HAMAS ke-23, AL-QASSAM berkata dalam satu analisis rasmi yang diterbitkan oleh pejabat penerangan KATAIB AL-QASSAM, bahawa sejak pelancaran penubuhan gerakan HAMAS, kami telah mensasarkan 10,981 serangan roket dan peluru mortar ke atas sasaran iaitu rejim zionis dan lokasi-lokasinya, malah kami juga dapat membunuh tentera zionis seramai 1,349 serta mencederakan 6,357 tenteranya.

Berhubung operasi menawan tentera rejim zionis, KATAIB AL-QASSAM menyebut, pihaknya telah melancarkan 24 operasi menawan sejak dari penubuhan gerakan HAMAS.

Berita asal:
Pejabat penerangan Al-QASSAM

"Operasi sedemikian adalah untuk membebaskan tahanan Palestin," ungkap KATAIB AL-QASSAM.

Sehingga kini, KATAIB AL-QASSAM masih menahan seorang tentera zionis, Gilad Shalit semenjak 4 tahun yang lalu. Sumber 14/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI tembak tentera zionis

11 Disember 2010

GAZA - Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN, iaitu kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA memaklumkan pihaknya telah menembak tepat ke atas seorang tentera zionis di barat laut Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Peta: Semenanjung Gaza, klik untuk besarkan. Laporan asal.

ABU ALI dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada pemberita 'Safa' berkata, seorang dari tentera rejim zionis telah ditembak dengan senapang penembak tepat di garisan sempadan. Jelas ABU ALI lagi, tembak tepat yang dilakukan ini sempena ulang tahun penubuhan JABHAH SHA'BIAH ke-43.

Kenyataan itu menjelaskan lagi, pejuang dari unit penembak tepat ABU ALI berjaya menembak seorang tentera rejim zionis yang ketika itu berada di atas kereta kebal di garisan sempadan kawasan dari arah utara Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Pejuang-pejuang Palestin dari kumpulan bersenjata ABU ALI MUSTAFA ketika mempamerkan perbarisan sempena upacara rasmi.

ABU ALI MUSTAFA menyatakan tetap berpegang teguh dengan jalan penentangan serta menghadang tindakan penjajahan zionis. Tegas ABU ALI, operasi menembak tepat ini juga adalah serang balas sebagaimana biasa ke atas jenayah yang dilakukan rejim zionis secara terus-menerus terhadap penduduk Palestin.

Zionis tembak penduduk Palestin

Gambar(arkib safa): Sekumpulan penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan. Laporan asal, klik di sini.

Lagi laporan pada waktu tengahari ini menghebahkan bahawa seorang penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi di barat laut Bet Lahiya terkena tembakan zionis. Mangsa ketika itu sedang mengumpul kepingan besi bersama dengan puluhan penduduk Palestin yang lain.

Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Kecemasan, Adham Abu Salmiah menjelaskan kejadian tersebut kepada agensi berita Safa, berkata, tentera-tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk Palestin yang mengumpul kepingan besi, lalu seorang dari mereka tercedera di bahagian kakinya akibat terkena tembakan itu.

Dijelaskan, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Syahid Kamal Udhwan di Bet Lahiya untuk rawatan lanjut. Kecederaan yang dialaminya disifatkan pertengahan. Sumber 11/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Cedera, syahid dan serangan roket di Gaza

10 Disember 2010

GAZA - 3 penduduk Palestin cedera pagi tadi.

Jelas sumber perubatan bahawa tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke atas dua remaja Palestin yang bekerja petani dan tukang kayu di utara Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Kecederaan yang dialami kedua-dua remaja disifatkan pertengahan.

Sementara itu dalam kejadian lain, pemberita safa melaporkan tentera rejim zionis menembak seorang remaja berusia 15 tahun, Nidhal Hassan An-Najjar sewaktu mangsa berada di tanah pertanian, Khuza'ah, timur Khan Yunus.

Tembakan zionis telah mencederakan pehanya. Berikutan itu, Nidhal telah dibawa ke hospital Eropah-Gaza untuk rawatan.

Kejadian lain yang dilaporkan dari Rafah, selatan Semenanjung Gaza bahawa menara-menara kawalan tentera zionis di sekitar perlintasan Karem Abu salem melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di kawasan Shaukah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza.

Jelas Safa, serangan zionis di Rafah tidak dilaporkan mengenai kecederaan dikalangan penduduk.

2 remaja syahid

Menjelang waktu zohor tadi, satu letupan dari sisa serangan zionis telah mengakibatkan dua remaja Palestin syahid.

Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Ketenteraan, Adham Abu Salmiah menjelaskan, mangsa letupan, Muntasar Umar Al-Bataniji, 16 dan Mukmin Nahidh Halas, 16 mengalami kecederaan yang kritikal, kemudian tidak lama selepas itu, kedua-duanya syahid.

Menurut saksi kejadian berkata, kedua-dua remaja itu bermain-main dengan sisa peluru misil bersebelahan dengan sebuah rumah yang dibom kereta kebal zionis pada hari rabu lalu.

SARAYA AL-QUDS bedil unit khas zionis

Dari pihak pejuang, SARAYA AL-QUDS yang merupakan sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan pihaknya membedil sebuah unit khas tentera zionis dengan peluru mortar pagi tadi.

Kenyataan SARAYA-ALQUDS yang disampaikan kepada agensi berita Safa menjelaskan, pejuangnya membedil unit khas zionis ketikamana tentera-tentera zionis tiba berhampiran lokasi Abu 'Amir di barat Kissufim, selatan Semenanjung Gaza.

Sementara itu, satu serangan roket Palestin buatan tempatan gugur di sebuah kawasan penempatan haram 'Ushkul', barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.

Radio Am Israel dalam web beritanya menghebahkan bahawa serangan roket tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda. Sumber 10/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Ahli Parlimen Eropah: Melepaskan Gaza satu 'kesilapan'

09 Disember 2010

oleh Maayana Miskin


Sejumlah besar ahli parlimen veteran dari Eropah(gambar kiri) yang melawat Israel singgah ke Muzium Gush Katif di Jurusalem(Al-Quds). Lawatan mereka disertai seorang menteri Israel, Ayoub Kara(parti Likud) yang bersama-sama menyalakan lilin Chanukah sebagai satu simbol perpaduan orang-orang Yahudi.

Peta di sebelah menunjukkan beberapa buah kawasan di Semenanjung Gaza sebelum tahuun 2005 yang diduduki penjajahan Israel.

Sepanjang lawatan di muzium, ahli-ahli parlimen Eropah menyifatkan bahawa tindakan satu pihak dari Israel yang berundur keluar dari Semenanjung Gaza pada tahun 2005 sebagai satu "pelepasan", dan ia merupakan kesilapan. Tindakan berundur keluar yang disusuli serangan selama bertahun-tahun dari pengganas(jolokan IsraelNationalNews ke atas pejuang Palestin di Gaza) menjadi satu kemenangan kepada pemahaman ideologi orang-orang Islam radikal.

"Yahudi Israel perlu membina seluruh tanah itu, lebih-lebih lagi di Judea dan Samaria," kata Rene Stadtkewitz, Pengerusi Parti Kebebasan Jerman(Germany's Freedom Party).
_______________________________________________
Pautan lain:

1. Germany's Freedom Party
2. Parti Likud
3. Judea-Samaria
, (wikipedia)
_______________________________________________

Tambah Rene, menyerah tanah tidak akan memberi kebebasan tetapi menguatkan pihak pengganas.

Rombongan ahli parlimen veteran yang melawat Judea dan Samaria menyatakan bahawa banyak daripada tanah Israel dapat dilihat dari bukit-bukit di Judea dan Samaria. Jadi, dengan membuat pengunduran daripada kawasan-kawasan tersebut adalah tindakan bahaya.

Gambar, Judea dan Samaria adalah Tebing Barat.

Menteri Israel, Ayoub Kara meminta Israel menjalinkan hubungan rapat dengan ahli-ahli parlimen veteran Eropah yang merupakan ahli-ahli "new Right" Eropah, mereka menjadi penyokong Israel, malah turut bimbang dengan ekstremis Islam.

Kata Ayoub Kara lagi, "New Right" berkongsi kecenderungan yang sama dengan orang Yahudi dan juga negara Israel.

Sumber dari IsraelNationalNews menyebut, Israel telah berundur dari Semenanjung Gaza pada tahun 2005 dengan mengeluarkan beribu-ribu penduduk Yahudi Israel dari rumah-rumah mereka dalam kawasan Gaza. Pun begitu, tiada apa yang diberikan Kerajaan Palestin sebagai ganti. Setelah pengunduran berlaku, pengganas(sumber merujuk kepada pejuang Palestin) di Gaza meningkatkan serangan roket dan mortar mereka ke Selatan Israel(tanah jajahan 1948). kekerasan juga meningkat sehinggalah operasi serangan balas Cast Lead pada awal 2009, lantaran itu serangan dari Gaza ke Israel berkurangan.
_______________________________________________
Maksud istilah:

*Menorah: tempat meletak lilin yang mempunyai tujuh jejari yang digunakan dalam upacara pemujaan oleh orang Yahudi.

_______________________________________________

Berbalik kepada lilin yang dinyalakan bersama ahli parlimen dan menteri Israel, Sumber menyebut tempat nyalaan(*menorah) lilin-lilin diperbuat istimewa daripada bekas-bekas peluru mortar yang telah digunakan pengganas-pengganas Gaza menyerang penduduk Israel di Gush Katif. *Menorah tersebut dihasilkan oleh Gideon Rivlin, seorang penduduk Gush Katif, bapa kepada lima anak yang terbunuh dalam serangan pihak pengganas. Sumber 09/12/2010, web berita safa.ps dan salinan asal laporan berita bersumber 08/12/2010, IsraelNationalNews

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS