الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Delegasi HAMAS bertemu dengan perisikan Mesir

02 Mei 2011

Laporan asal jam 06.18 petang, Palestin/Mekah
Jam 05.18 petang, Mesir

KAHERAH - Delegasi gerakan HAMAS yang diketuai Ketua Biro Politiknya, Khaled Meshaal telah bertemu dengan Ketua Badan Perisikan Mesir, Murad Mawafi dan beberapa lagi anggota perisikan Mesir tengahari tadi.

Gambar(Safa): dari kanan, Mousa Abu Marzook, Khaled Meshaal dan Ezzat Al-Rashq sebaik tiba di Kaherah petang semalam.

Dalam kenyataan media, Ezzat Al-Rashq, salah seorang anggota Biro Politik HAMAS berkata, kedua-dua pihak membincangkan keadaan dan perkembangan terkini mengenai Palestin malah turut menyentuh jalan untuk mengukuhkan kedudukan Palestin.

Tambah beliau, perbincangan itu turut menyentuh keadaan dan kedudukan rantau ini.

Jelas Ezzat, delegasi HAMAS yang terlibat dalam pertemuan dengan Badan Perisikan Mesir, Khaled Meshaal, Mousa Abu Marzook, Muhammad Nasr dan beliau sendiri.

Delegasi dari peringkat tertinggi HAMAS tiba petang semalam di Kaherah untuk bertemu wakil-wakil Mesir, dan hari Rabu ini, gerakan HAMAS terlibat dalam majlis menandatangani persetujuan baik pulih dalaman Palestin. Sumber 02/05/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Haniyeh kecam pembunuhan Ben Laden

Laporan jam 01.48 petang, Palestin/Mekah
Jam 12.48 petang, Mesir
(kemaskini jam 8.00 malam, Mesir)

GAZA - Ketua Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza mengecam pembunuhan ke atas pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Ben Laden selepas diumumkan pentadbiran Amerika Syarikat awal pagi ini(Isnin), waktu tempatan.

Gambar(Safa): Ismail Haniyeh

Ketika menemui wartawan-wartawan di pejabatnya di bandar Gaza tengahari tadi, Ismail Haniyeh berkata, "jika berita ini benar, maka hal sedemikian memang telah terangkum dalam dasar-dasar Amerika yang menindas dan menumpahkan darah orang-orang Arab dan Islam."

Beliau mengungkapkan kecaman keras ke atas serangan atau pembunuhan politik terhadap mana-mana individu atau pejuang Islam. Pemimpin HAMAS itu turut mendoakan agar Allah merahmati dan menerima kerja-kerja baik Ben Laden.

Berita Al-Jazeerah melaporkan awal pagi ini bahawa Osama Ben Laden yang mengetuai kumpulan Al-Qaeda telah terbunuh dalam satu misi sulit yang dilancarkan unit khas tentera Amerika Syarikat di Abbottabad, Pakistan.

Menurut Pakistan, misi tersebut tidak dimaklumkan sebelum ini kepada Pakistan.

Beberapa Ketua kerajaan dan negara-negara lain, seperti Israel, Jepun, Palestin Ramallah, Turki, Itali, dan lain-lain lagi memberikan kenyataan yang positif berhubung pembunuhan ke atas Ben Laden.

Gambar kiri (Al-Jazeerah): Agensi berita Perancis menyebut gambar Osama yang disiarkan televisyen Pakistan selepas pembunuhan itu adalah gambar yang direkacipta. Gambar tersebut banyak tersebar di stesen-stesen penyiaran berita dan media-media elektronik di seluruh dunia.

Perdana Menteri Britain berkata, kematian Ben Laden memberikan ketenangan yang besar kepada semua negara di seluruh dunia.

Sebaliknya, Iran melalui Ala'uddin Brujardi, Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Parlimen Iran, berkata, pengumuman mengenai kematian Ben Laden, keseluruhannya adalah bermotifkan politik dan ia bukannya satu kemenangan yang besar mahupun tugas yang penting bagi Amerika.

Pemerhati-pemerhati politik melihat pembunuhan ke atas Ben Laden memberikan lonjakan dalam kempen Presiden Obama untuk pencalonan Presiden Amerika penggal kedua, tahun 2012.

Tenangkan keadaan

Berbalik kepada kecaman Haniyeh ke atas pembunuhan Ben Laden, pemberita Al-Jazeerah menjawab soalan dari penyampai berita Al-Jazeerah mengenai perselisihan HAMAS dengan kumpulan jihad yang cenderung kepada Al-Qaeda, kata pemberita, memang wujud perselisihan kumpulan terbabit dengan pendirian HAMAS seperti kumpulan Salafi Al-Jihadi yang membunuh relawan Itali, Vittorio Arrigoni dan kumpulan yang menculik wartawan-wartawan tetapi kecaman Haniyeh adalah titik tolak bagi menenangkan keadaan dan suasana di Semenanjung Gaza.

Turut mengecam pembunuhan Ben Laden, gerakan Islam dalam tanah jajahan 1948.

Kenyataan gerakan itu menyebut, "sekiranya operasi bunuh ini benar, telah sah bahawa ada persekongkolan dari pihak yang diupah menjual prinsip mereka kepada syaitan yang direjam."

Tambah lagi, darah-darah umat Islam mahupun Arab bukannya untuk mengangkat pencalonan dalam pilihanraya Amerika dan operasi bunuh Syeikh Ben Laden sekalipun benar, ia tidak akan mengakhiri kebencian orang Islam terhadap segala kejahatan dan kezaliman Amerika.

Senarai calon-calon Kerajaan akan datang

Dari sudut dalaman Palestin, Ismail Haniyeh berkata, delegasi gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) yang beredar dari Gaza menuju Kaherah membawa bersama senarai nama-nama calon kepimpinan dan Menteri-menteri Kerajaan akan datang.

Sementara itu, Ketua Biro Politik gerakan HAMAS, Khaled Meshaal telah tiba di Kaherah petang semalam. Beliau dilaporkan akan bertemu dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang juga Presiden gerakan FATAH pada hari esok, Selasa di Kaherah. Sumber 02/05/2011, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps, web berita Al-Jazeerah dan web berita Palestin 1948

Read more...

Netanyahu: Penyatuan Palestin membimbangkan Negara yang impikan damai Israel-Palestin

01 Mei 2011

Laporan asal jam 02.36 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.36 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Kerajaan rejim penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu berkata, persetujuan baik pulih hubungan antara gerakan FATAH dan HAMAS semestinya menjadi perhatian kerana mengundang kebimbangan, lebih-lebih lagi kepada Israel dan semua Negara yang mengimpikan perdamaian antara Israel dengan Palestin.

Gambar(Safa): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Kerajaan rejim penjajah.

Dakwa Netanyahu, 'Israel sebuah Negara yang berhasrat kepada perdamaian, namun tidak munkin lagi mencetuskan damai melainkan hanya dengan sesiapa yang mahukan damai dan bukannya dengan mereka yang mahu menghancurkan kami'.

Tambah Netanyahu ketika memberi ucapan dalam persidangan mingguan Kerajaan penjajah sebelum tengahari tadi, 'Israel menghulurkan tangan kepada semua masyarakat di rantau ini yang mahu hidup berdamai dengannya tetapi Israel akan berkeras terhadap tindakan yang cuba menyakitinya dan mendedahkan kewujudannya dalam bahaya'.

Menteri lain yang berucap, Yuli Adelstein menggesa gabungkan Tebing Barat ke dalam Negara Israel sebagai tindak balas kepada persetujuan baik pulih hubungan HAMAS dan FATAH. Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Mula kempen diplomasi menentang Kerajaan Perpaduan

Laporan jam 10.45 pagi, Palestin/Mekah
Jam 09.45 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Rejim zionis(Israel) telah mula melancarkan kempen diplomasi menentang pengiktiran ke atas Kerajaan Perpaduan Palestin yang melibatkan gerakan HAMAS.

Menukil dari sumber rasmi rejim zionis yang disiarkan melalui radio penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri zionis(gambar) yang dijadualkan mengadakan lawatan rasmi dalam tempoh terdekat ini ke Paris dan London akan cuba membuatkan pemimpin-pemimpin Eropah mengikut kata Netanyahu agar tidak bersuara mengiktiraf penubuhan Negara Palestin tanpa ada persetujuan penyelesaian sebelum ini dengan rejim zionis.

Pada hari Rabu lepas, Kerajaan rejim zionis telah membuat ancaman sebaik sahaja gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persetujuan awal usaha baik pulih dalaman Palestin. Antaranya, rejim zionis mendesak Amerika Syarikat menghentikan bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin Ramallah.

Netanyahu turut mengancam dengan memberi pilihan kepada Pemerintah Palestin Ramallah sama ada mahu berdamai dengan 'rejim zionis' atau berbaik dengan HAMAS.

Laporan lain berhubung Kerajaan Perpaduan Palestin yang disyaratkan mengiktiraf kewujudan Negara Israel menurut asas-asas yang ditetapkan Kuartet Timur Tengah malah termaktub dalam piagam PBB(United Nation) mengiktiraf Israel bagi mendapatkan kelayakan antarabangsa, HAMAS berkata tidak akan mengiktiraf Israel.

Peta: Perbezaan ketara dari tahun 1947 sehingga 2003. Siapa yang memberi hak kepada zionis sehingga berdirinya Negara Israel sedang Palestin terus merana?

Kata Dr. Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, "dalam masalah ini, HAMAS ada pendirian asasnya, iaitu tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel, memang tidak masuk akal hendak iktiraf rejim zionis kerana semua ini berkait dengan tanah-tanah kami yang dirompak sedang dalam masa yang sama masyarakat kami hidup di kem-kem pelarian." Sumber 01/05/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS