الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Tentera penjajah tembak warga haram

22 Januari 2012

Laporan jam 08:39 pagi, waktu Palestin
Jam 08:39 pagi, waktu Mesir

KHALIL - Seorang dari tentera penjajah(zionis/Israel) telah melepaskan tembakan ke atas seorang warga haram(Israel) di Khalil selepas menyangka warga haram berkenaan seorang dari penduduk Palestin yang cuba memasuki tanah rampasan(penempatan zionis) di sebelah timur bandar Khalil, Tebing Barat.

Sumber berita versi Hebrew berkata, tentera terbabit sedang menjalankan rutin harian dalam unit pengawasan di penempatan Kiryat Arba', timur Khalil lalu melepaskan tembakan ke arah individu yang disyaki ia penduduk Palestin yang cuba memasuki Kiryat. Bagaimanapun, selepas penelitian menunjukkan bahawa individu yang disyaki itu adalah seorang warga haram yang mendiami penempatan Kiryat Arba'.

Menurut sumber yang sama, tembakan itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan setelahmana individu berkenaan terselamat. Berhubung kejadian, polis rejim penjajah telah menjalankan siasatan.

Sebagaimana yang dinyatakan, pada sebulan yang lepas, seorang warga haram terbunuh setelahmana tentera rejim penjajah melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandunya berhampiran tanah rampasan di Khalil kerana mengesyaki penumpang kereta berkenaan dari kumpulan pejuang Palestin. Sumber 22/01/2012, web berita Palestimes.net

Read more...

27 buah ambulan dimasukkan ke Gaza

Laporan jam 07:35 pagi, waktu Palestin
Jam 07:35 pagi, waktu Mesir

RAFAH - Sebanyak 27 buah kereta ambulan bawah seliaan rombongan kemanusiaan, 'Miles Of Smiles 8' telah dibawa masuk ke Semenanjung Gaza pada malam semalam.

Sumber dari Wakil Mesir yang berkenaan berkata hari ini, kereta-kereta ambulan telah tiba di sempadan Rafah pada hari Khamis lalu, namun ia tidak disediakan bagi menjalankan operasi seperti kereta ambulan, lalu kebenaran membawa masuk telah ditangguhkan sehinggalah kereta-kereta ambulan berkenaan dipersiapkan peralatannya seperti yang diperlukan oleh kereta ambulan.

Jelas lagi, prosedur membawa masuk ke Semenanjung Gaza telah diselaraskan dengan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir selepas rombongan Miles Of Smiles 8 menyeberangi sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza pada 14/01/2012.
_________________________________________
Baca lagi:

Miles Of Smiles 8 tiba di Gaza

_________________________________________

Miles Of Smiles 8 telah menyumbangkan bantuan perubatan berupa 120 unit kerusi roda elektrik untuk orang kurang upaya dan bantuan kemanusiaan kepada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza. Hampir 50 orang aktivis dari berlainan warganegara, Arab dan luar menyertai Miles Of Smiles memasuki Gaza. Sumber 22/01/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Meshaal jumpa Murshid Ikhwan ucap tahniah kemenangan FJP

Meshaal kiri dan tengah, Murshidul Am Ikhwan Muslimin

Laporan jam 01:33 pagi, waktu Palestin

Jam 01:33 pagi, waktu Mesir

Delegasi gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) yang diketuai Ketua Biro Politiknya, Khaled Meshaal telah mengadakan perjumpaan dengan Murshidul Am Jamaah Ikhwan Muslimin(الإخوان المسلمون/المسلمين), Mohammed Badie(محمد بديع) di pejabat utama Ikhwan. Demikian itu, beliau mengucapkan tahniah berikutan kemenangan sayap politik Ikhwan Muslimin, Parti JDP(Freedom and Justice Party) yang merangkul majoriti kerusi parlimen dan diikuti selepasnya Parti Al-Nour.

Pilihanraya parlimen ini adalah kali pertama selepas revolusi 25 Januari menyingkirkan pemerintahan Housni Mubarak.

Meshaal menyatakan bahawa negara Arab keseluruhannya menantikan kemaraan Mesir untuk mengikuti jejaknya memartabatkan penyatuan, kebebasan dan demokrasi.

Sewaktu pertemuan delegasi HAMAS dengan Mohammed Badie yang turut disertai anggota-anggota Maktab Irshad Ikhwan semalam, Meshaal memuji masyarakat Mesir menjalankan tanggungjawabnya dengan baik semasa pembuangan undi dalam pilihanraya yang mana ini menunjukkan sejauhmana kesedaran dan perkembangan masyarakat.

Ketua Biro Politik HAMAS itu juga melampirkan perkembangan lain berhubung kerahan usaha bagi mempercepatkan tercapainya baik pulih dalaman Palestin(perdamaian Palestin), tambahan pula ia begitu penting kepada semua penduduk Palestin. Sehubungan ini, beliau turut memuji dengan peranan yang digerakkan oleh Mesir bagi menyempurnakan usaha baik pulih dalaman Palestin dan beliau mengucapkan terima kasih kepada para pimpinan Mesir yang berhempas pulas mengerahkan usaha dari sudut ini.

Dari pihak Ikhwan, Murshidul Am Ikhwan Muslimin menegaskan betapa perlu sempurnakan segera perdamaian sesama Palestin dalam waktu terdekat, jelas beliau, perlaksanaan ini mestilah mengikut asas yang diterima oleh semua pihak demi dapat mengukuhkan kebersamaan dan sepenuh kekuatan menghadapi agenda-agenda Israel.

Khaled Meshaal turut berjumpa dengan Presiden JDP, Mohamed Morsi dan mengucapkan sempena kemenangan JDP dalam pilihanraya parlimen Mesir. Meshaal berharap JDP terus beranjak ke hadapan selagimana ia membawa kebaikan kepada Mesir.

Beliau menyatakan Mesir memainkan peranan yang penting menyokong permasalahan yang dihadapi Palestin sama ada sokongan dari masyarakat Mesir semenjak penjajahan atau politik bagi mengakhiri perpecahan Palestin serta membuka sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

Presiden JDP turut menegaskan bahawa JDP akan berusaha dalam semua peringkat bagi menyokong Palestin serta isu-isunya yang masih tergantung, seperti penubuhan negara Palestin di atas kesemua tanah yang dijajah dan ibunegaranya BaitulMaqdis. Begitu juga, hak pulang kepada pelarian-pelarian Palestin. Sebelum itu, tegas Morsi perlunya menyokong langkah-langkah Mesir demi membantu kepentingan Palestin dan menyelesaikan babak-babak perselisihan Palestin.

Sebelum ini pada beberapa hari yang lalu, Khaled Meshaal juga telah mengadakan pertemuan pertemuan dengan Ketua Badan Perisikan Mesir, Jeneral Murad Mawafi dan turut bertemu wakil-wakil Eropah. Sumber 22/01/2012, web berita Paltimes.net

Keputusan akhir pilihanraya parlimen Mesir
Keputusan akhir pilihanraya parlimen Mesir seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, Abdul Muiz Ibrahim:

> Parti JDP memenangi 235 kerusi parlimen(termasuk parti-parti pakatan JDP) dari keseluruhan kerusi yang berjumlah 498. Nisbah ini sebanyak 47.18% dari calon-calon yang dipilih dalam parlimen Mesir.

Jumlah pungutan suara keseluruhan yang diperolehi JDP sebanyak 10,138,134.

> Parti Al-Nour telah memenangi 96 kerusi parlimen. Jumlah keseluruhan pungutan suara sebanyak 7,534,266.

> Parti Al-Wafd Jadid memperolehi 36 kerusi dan pungutan suara keseluruhan berjumlah 2,480,391.

> Parti Al-Kutlah pula mencatatkan kemenangan 33 kerusi yang menyamai pungutan suara sebanyak 2,402,138.

> Manakala, Parti Al-Wast memperolehi 10 kerusi yang menyamai 989,004.

> Parti As-Saurah Mustamirrah memenangi 7 kerusi. Jumlah keseluruhan suara yang diperolehinya sebanyak 745,863.

> Tambahan lagi, Parti Al-Islah wat-Tanmiah memperolehi 8 kerusi dan pungutan suaranya berjumlah 604,415.

> Seterusnya, Parti Al-Hurriyah memperolehi 4 kerusi.

> Parti Misr Al-Qaumi memenangi 4 kerusi.
> Parti Al-Mawatin Al-Misri 3 kerusi.
> Parti Al-Ittihad 2 kerusi.
> Parti As-Salam Ad-Demokrati 1 kerusi.
> Parti Al-Adl 1 kerusi.
> Parti Al-Ittihad Al-Misri 1 kerusi.

Keputusan ini dirujuk dari web rasmi Jamaah Ikhwan Muslimin, web berita AL-JAZEERAH dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

Pejuang terselamat dari serangan Apache zionis di Rafah

21 Januari 2012

Laporan jam 07:18 pagi, waktu Palestin
Jam 07:18 pagi, waktu Mesir

RAFAH - Sekumpulan pejuang Palestin yang berada di sekitar sekolah As-Shaukah di sebelah timur bandar Rafah(selatan Semenanjung Gaza) menjadi sasaran tembakan dua peluru misil dari helikopter perang zionis jenis 'Apache' pagi ini.

Menurut pemberita agensi berita SAFA, pejuang-pejuang Palestin yang pada mulanya telah selamat dari serangan misil terbabit, namun selepas lima minit berlalu, Apache zionis berpatah balik dan mengebom lokasi yang sama buat kali kedua.

Gambar(arkib/hiasan): Apache rejim zionis.

Berhubung serangan dari Apache zionis, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan.

Sebelum sekumpulan pejuang Palestin ini menjadi sasaran serangan Apache, pesawat-pesawat tempur rejim zionis dikatakan telah merempuh ke ruang udara Gaza secara mengejut. Sumber 21/01/2012, web berita Safa.ps

Ringkasan berita semalam:

> AL-JAZEERAH, 20/01/2012 : Sumber dari tentera rejim zionis berkata, sebanyak 1500 peluru meriam kereta kebal telah hilang dari salah sebuah pengkalan tentera Israel di Naqab(Negev).


> AL-JAZEERAH, 20/01/2012 : HAMAS gesa Mahmoud Abbas pulaukan rundingan dan pertemuan dengan Israel setelah tentera penjajah menangkap speaker parlimen Palestin, Dr. Aziz Al-Duweik di sebuah sekatan tentera penjajah di Ramallah.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS