Tentera penjajah tembak warga haram
22 Januari 2012
Jam 08:39 pagi, waktu Mesir
KHALIL - Seorang dari tentera penjajah(zionis/Israel) telah melepaskan tembakan ke atas seorang warga haram(Israel) di Khalil selepas menyangka warga haram berkenaan seorang dari penduduk Palestin yang cuba memasuki tanah rampasan(penempatan zionis) di sebelah timur bandar Khalil, Tebing Barat.
Sumber berita versi Hebrew berkata, tentera terbabit sedang menjalankan rutin harian dalam unit pengawasan di penempatan Kiryat Arba', timur Khalil lalu melepaskan tembakan ke arah individu yang disyaki ia penduduk Palestin yang cuba memasuki Kiryat. Bagaimanapun, selepas penelitian menunjukkan bahawa individu yang disyaki itu adalah seorang warga haram yang mendiami penempatan Kiryat Arba'.
Menurut sumber yang sama, tembakan itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan setelahmana individu berkenaan terselamat. Berhubung kejadian, polis rejim penjajah telah menjalankan siasatan.
Sebagaimana yang dinyatakan, pada sebulan yang lepas, seorang warga haram terbunuh setelahmana tentera rejim penjajah melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandunya berhampiran tanah rampasan di Khalil kerana mengesyaki penumpang kereta berkenaan dari kumpulan pejuang Palestin. Sumber 22/01/2012, web berita Palestimes.net
0 comments:
Catat Ulasan