Kempen dari PALTIMES: 'simpati terhadap para tahanan yang mogok lapar'

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Harapan kami untuk Mesir

Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.

Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.

الله أكبر ولله الحمد

Berita Mesir

Pilihanraya Presiden Mesir

Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.

Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.

Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.

Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden

Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Berita ringkas Palestin

Gaza solat hajat semalam

Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.

Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.

Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net
Pertemuan HAMAS - FATAH hari ini

Delegasi HAMAS akan bertemu dengan FATAH hari ini bagi membincangkan mekanisme pembentukan kerajaan perpaduan yang disepaki peringkat nasional.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Meshaal jumpa Murshid Ikhwan ucap tahniah kemenangan FJP

22 Januari 2012

Meshaal kiri dan tengah, Murshidul Am Ikhwan Muslimin

Laporan jam 01:33 pagi, waktu Palestin

Jam 01:33 pagi, waktu Mesir

Delegasi gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) yang diketuai Ketua Biro Politiknya, Khaled Meshaal telah mengadakan perjumpaan dengan Murshidul Am Jamaah Ikhwan Muslimin(الإخوان المسلمون/المسلمين), Mohammed Badie(محمد بديع) di pejabat utama Ikhwan. Demikian itu, beliau mengucapkan tahniah berikutan kemenangan sayap politik Ikhwan Muslimin, Parti JDP(Freedom and Justice Party) yang merangkul majoriti kerusi parlimen dan diikuti selepasnya Parti Al-Nour.

Pilihanraya parlimen ini adalah kali pertama selepas revolusi 25 Januari menyingkirkan pemerintahan Housni Mubarak.

Meshaal menyatakan bahawa negara Arab keseluruhannya menantikan kemaraan Mesir untuk mengikuti jejaknya memartabatkan penyatuan, kebebasan dan demokrasi.

Sewaktu pertemuan delegasi HAMAS dengan Mohammed Badie yang turut disertai anggota-anggota Maktab Irshad Ikhwan semalam, Meshaal memuji masyarakat Mesir menjalankan tanggungjawabnya dengan baik semasa pembuangan undi dalam pilihanraya yang mana ini menunjukkan sejauhmana kesedaran dan perkembangan masyarakat.

Ketua Biro Politik HAMAS itu juga melampirkan perkembangan lain berhubung kerahan usaha bagi mempercepatkan tercapainya baik pulih dalaman Palestin(perdamaian Palestin), tambahan pula ia begitu penting kepada semua penduduk Palestin. Sehubungan ini, beliau turut memuji dengan peranan yang digerakkan oleh Mesir bagi menyempurnakan usaha baik pulih dalaman Palestin dan beliau mengucapkan terima kasih kepada para pimpinan Mesir yang berhempas pulas mengerahkan usaha dari sudut ini.

Dari pihak Ikhwan, Murshidul Am Ikhwan Muslimin menegaskan betapa perlu sempurnakan segera perdamaian sesama Palestin dalam waktu terdekat, jelas beliau, perlaksanaan ini mestilah mengikut asas yang diterima oleh semua pihak demi dapat mengukuhkan kebersamaan dan sepenuh kekuatan menghadapi agenda-agenda Israel.

Khaled Meshaal turut berjumpa dengan Presiden JDP, Mohamed Morsi dan mengucapkan sempena kemenangan JDP dalam pilihanraya parlimen Mesir. Meshaal berharap JDP terus beranjak ke hadapan selagimana ia membawa kebaikan kepada Mesir.

Beliau menyatakan Mesir memainkan peranan yang penting menyokong permasalahan yang dihadapi Palestin sama ada sokongan dari masyarakat Mesir semenjak penjajahan atau politik bagi mengakhiri perpecahan Palestin serta membuka sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

Presiden JDP turut menegaskan bahawa JDP akan berusaha dalam semua peringkat bagi menyokong Palestin serta isu-isunya yang masih tergantung, seperti penubuhan negara Palestin di atas kesemua tanah yang dijajah dan ibunegaranya BaitulMaqdis. Begitu juga, hak pulang kepada pelarian-pelarian Palestin. Sebelum itu, tegas Morsi perlunya menyokong langkah-langkah Mesir demi membantu kepentingan Palestin dan menyelesaikan babak-babak perselisihan Palestin.

Sebelum ini pada beberapa hari yang lalu, Khaled Meshaal juga telah mengadakan pertemuan pertemuan dengan Ketua Badan Perisikan Mesir, Jeneral Murad Mawafi dan turut bertemu wakil-wakil Eropah. Sumber 22/01/2012, web berita Paltimes.net

Keputusan akhir pilihanraya parlimen Mesir
Keputusan akhir pilihanraya parlimen Mesir seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, Abdul Muiz Ibrahim:

> Parti JDP memenangi 235 kerusi parlimen(termasuk parti-parti pakatan JDP) dari keseluruhan kerusi yang berjumlah 498. Nisbah ini sebanyak 47.18% dari calon-calon yang dipilih dalam parlimen Mesir.

Jumlah pungutan suara keseluruhan yang diperolehi JDP sebanyak 10,138,134.

> Parti Al-Nour telah memenangi 96 kerusi parlimen. Jumlah keseluruhan pungutan suara sebanyak 7,534,266.

> Parti Al-Wafd Jadid memperolehi 36 kerusi dan pungutan suara keseluruhan berjumlah 2,480,391.

> Parti Al-Kutlah pula mencatatkan kemenangan 33 kerusi yang menyamai pungutan suara sebanyak 2,402,138.

> Manakala, Parti Al-Wast memperolehi 10 kerusi yang menyamai 989,004.

> Parti As-Saurah Mustamirrah memenangi 7 kerusi. Jumlah keseluruhan suara yang diperolehinya sebanyak 745,863.

> Tambahan lagi, Parti Al-Islah wat-Tanmiah memperolehi 8 kerusi dan pungutan suaranya berjumlah 604,415.

> Seterusnya, Parti Al-Hurriyah memperolehi 4 kerusi.

> Parti Misr Al-Qaumi memenangi 4 kerusi.
> Parti Al-Mawatin Al-Misri 3 kerusi.
> Parti Al-Ittihad 2 kerusi.
> Parti As-Salam Ad-Demokrati 1 kerusi.
> Parti Al-Adl 1 kerusi.
> Parti Al-Ittihad Al-Misri 1 kerusi.

Keputusan ini dirujuk dari web rasmi Jamaah Ikhwan Muslimin, web berita AL-JAZEERAH dan berita AL-JAZEERAH

0 comments:

Mengenai kami

Komuniti MAP 2 STREET

Lahir semula setelah dihapuskan pada 18 Jun 2009, sebab tidak dinyatakan. Kami bangkit dengan 'lahjah' yang kami pelajari dari Al-Quran dan Sunnah. Biar dihapus, takkan lemah dan putus asa malah kami akan pastikan suara ini terus bergema. Kami akan terus perjuangkan isu Palestin dengan nada 'intisar'. "From Palestine With Love" - Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil

widgeo.net

Hubungi kami

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

Anjung Pavilion

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS