الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Jamuan berbuka puasa 1000 orang di Gaza Tengah

01 Ogos 2012


GAZA, 01 Ogos - Gabungan kerjasama Persatuan Nur EL-Ma'rifah dengan Masjid Hassan Al-Banna serta Masjid Muaz Bin Jabal telah menyediakan jamuan berbuka puasa beramai-ramai semalam, 31/07/2012 di Wilayah Al-Jadid, Nuseirat, Gaza Tengah, Semenanjung Gaza. 

Seramai 1000 orang penduduk hadir ke program berbuka puasa ini, lapor agensi berita SAFA.

Pengerusi Persatuan Nur El-Ma'rifah, Muhammad Abdul Wahid berkata, "aktiviti yang dijalankan ini adalah sebahagian daripada gerak kerja amal selain dari menyediakan bantuan kewangan dan makanan kepada kanak-kanak Palestin."

Beliau menyatakan, program-program lain yang dirancang untuk penduduk Palestin di Gaza Tengah, persatuan telah merancang untuk menyampaikan bungkusan makanan kepada lebih 200 keluarga di Nuseirat yang memerlukan.

Read more...

Tentera penjajah belasah remaja Palestin

26 Julai 2012


Pertubuhan bukan kerajaan(NGO) B'Tselem Israel menyiarkan pada hari ini satu klip rakaman berhubung tindakan seorang tentera penjajah yang membelasah seorang remaja Palestin berhampiran lubuk penempatan di pertengahan bandar Al-Khalil, selatan Tebing Barat.

Klip berkenaan memaparkan remaja berkenaan telah ditangkap oleh tentera penjajah ekoran berlakunya pertengkaran mulut disebabkan remaja terbabit mempersoalkan tentera penjajah yang menahannya di satu sekatan tentera.

Kejadian ini telah dirakam pada petang semalam, Rabu, 25/07/2012 dari seorang pekerja NGO B'Tselem Israel. Sumber 26/07/2012, web berita Safa dan 25/07/2012, youtube.com

Read more...

PM Haniyeh tiba di Kaherah hari ini

25 Julai 2012


Laporan jam 08:00 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:00 pagi, waktu Kaherah (Mesir)

Ismail Haniyeh
KAHERAH - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang mengetuai rombongan rasmi Palestin dari Semenanjung Gaza melintasi terminal Rafah Mesir telah tiba di Kaherah pagi ini, Rabu, 25/07/2012.

Kunjungan rasmi delegasi Palestin bertujuan untuk bertemu dengan beberapa wakil Mesir bagi membincangkan kedudukan terkini di Semenanjung Gaza, juga membincangkan beberapa isu politik dan jalan penyelesaian seberapa segera mengenai krisis akibat sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza. Tambahan lagi, kunjungan ini turut merangkumi perbincangan kerjasama dalam sektor pelbagai hala antara kedua-dua belah pihak.

Sumber di terminal Rafah Mesir menyatakan, Ismail Haniyeh diiringi 15 orang individu yang terdiri daripada Menteri-menteri, wakil dan pemimpin gerakan HAMAS, ahli-ahli perniagaan, wakil-wakil aliran politik dan pemimpin kemasyarakatan di Gaza serta pihak media yang mewakili badan-badan media terpenting. Sumber 25/07/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

Gantz ancam operasi ketenteraan di Gaza

24 Julai 2012


Laporan jam 04:39 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:49 petang, waktu Kaherah (Mesir)

Benny Gantz
BAITULMAQDIS (AL-QUDS) - Ketua Turus Angkatan Tentera Zionis (penjajah/Israel), Rav Aluf Benjamin Benny Gantz mengeluarkan ancaman operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza. Berikutan itu, kata Gantz, keadaan tidak akan stabil melainkan sentiasa mengenakan tekanan ke atas Semenanjung Gaza dan gerakan HAMAS.

Semasa Panitia Hubungan Luar dan Keamanan Israel bersidang pada waktu tengahari Selasa, hari ini, Gantz yang ikut serta perjumpaan ini berkata, 'walaupun suasana yang agak tenang menyelubungi zon selatan(Semenanjung Gaza) waktu ini, tetapi pada penghujung nanti, tentera Israel tetap terpaksa melancarkan operasi ketenteraan di sana'.

Gantz memberi peringatan berhubung ketidakstabilan di rantau ini boleh menjerumuskan ke dalam keadaan yang tidak diinginkan oleh sesiapapun.

Berhubung konflik Syria, kata Gantz, "maklumat yang terkini menunjukkan bahawa pemerintahan asad masih lagi mengawal senjata kimia dan Asad terus meningkatkan kawalan ke atas senjata ini," dakwa Ketua Turus Tentera Zionis mengenai hal sedemikian, "kemungkinan Asad akan menggunakan senjata kimia ke atas orang awam bahkan mungkin ia dipindahkan kepada HIZBULLAH." Sumber 24/07/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS