الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pesawat zionis hentam 10 misil ke atas dua sasaran

28 Ogos 2012

Laporan jam 12:28 pagi, waktu BaitulMaqdis

SEMENANJUNG GAZA - Menjelang pertengahan malam Isnin (27/08/2012), pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) melancarkan beberapa serangan udara ke atas lokasi-lokasi yang berlainan di Semenanjung Gaza. 

As-Safina, bekas pejabat Perisikan Palestin
(sebelum HAMAS mentadbir Semenanjung Gaza) yang
telah beberapa kali dibom oleh pesawat zionis. 
Menurut pemberita SAFA, pesawat tempur jenis F-16 melepaskan 7 serangan peluru misil ke atas sebuah kawasan tanah lapang berhampiran lokasi As-Safina yang terletak dari arah barat laut bandar Gaza. Serangan ini mengakibatkan dentuman letupan yang amat kuat dan menggegarkan.

Kemudian, pesawat tempur zionis melancarkan pula 3 serangan peluru misil ke atas lokasi tentera 'BADAR' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di Muharrarah Netsarim (kawasan yang telah dibebaskan dari cengkaman zionis), selatan bandar Gaza.

Mangsa yang cedera
Kesan serangan zionis yang dilakukan secara mengejut, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf Al-Qudrah menyatakan seorang wanita mengalami luka ringan ekoran cermin tingkap rumahnya pecah setelah lokasi BADAR dibom oleh pesawat zionis. Mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan lanjut. Tambahan dari web berita AL-JAZEERAH, dua orang yang cedera dalam serangan ini termasuk seorang wanita yang disebutkan. 

Demikian itu, pasukan penyelamat dan bomba bergegas ke lokasi-lokasi yang dibom bagi mengawal api yang marak di salah sebuah lokasi yang dibom.

Pengeboman mengejut ke atas dua lokasi tersebut telah menimbulkan ketakutan dan panik di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Berhubung situasi yang sama, saksi kejadian berkata, dua buah kereta kebal telah menceroboh secara terbatas di jalan masuk Kissufim ke timur Semenanjung Gaza serta menjalankan operasi mengesan di kawasan berkenaan.

Sebagaimana yang dijelaskan, kelibat jentera perang zionis turut dilihat tidak sebagaimana biasa di kawasan-kawasan timur Hayyu As-Shujaieyah, timur Semenanjung Gaza.

Zionis mengakui serangan

Dari sudut lain, jurucakap tentera rejim zionis mengesahkan bahawa pada pertengahan malam tadi, pesawat tempur Angkatan Tentera Udaranya telah melancarkan serangan udara ke atas dua buah sasaran yang dikatakan menjadi tempat proses pembuatan dan simpanan senjata di Semenanjung Gaza. Tambahan lagi, pesawat tempur berjaya menembak tepat ke atas dua sasaran berkenaan.

Jurucakap tentera zionis menegaskan, 'negara Israel tidak boleh bertolak-ansur terhadap sebarang usaha yang memberikan mudharat kepadanya malah akan terus-menerus menentang mana-mana pihak yang bertindak ganas melawannya, kata jurucakap terbabit'.

Akhir kenyataan jurucakap tentera zionis, "HAMAS adalah sebuah organisasi pengganas dan perkara ini mesti diatasi segera."

Sebelum serangan, beberapa pemimpin zionis telah mengugut akan melancarkan serangan di Gaza selepas serangan-serangan roket gugur di kawasan penempatan haram zionis. Sumber 28/08/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Delegasi Malaysia tiba di Gaza petang Khamis

17 Ogos 2012

Laporan jam, 3.01 petang, waktu BaitulMaqdis
jam 2.01 petang waktu Kaherah(Mesir)

Gaza- Delegasi dari gabungan beberapa buah pertubuhan dari Malaysia telah sampai ke Semenanjung Gaza pada petang Khamis (16/8/2012) bagi mengikuti perkembangan beberapa buah projek pembinaan masjid dan hospital pediatrik. Dijangkakan juga, delegasi ini akan membuat beberapa siri lawatan susulan bagi mengetahui keadaan hidup rakyat Palestin dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan.


Beberapa pertemuan akan diaturkan di antara pihak delegasi dengan beberapa tokoh masyarakat dan beberapa institusi kemasyarakatan bertujuan untuk membina projek-projek pembangunan bagi meneruskan pembiayaan pada peringkat yang akan datang.


Delegasi dari Malaysia yang terdiri daripada 19 orang ahli yang diketuai oleh Saudara Mustafa Mansur, yang juga merupakan salah seorang anggota misi Mavi Marmara, Turki yang telah diserang oleh pihak berkuasa Israel sebelum ini.


Gabungan institusi Malaysia ini dikenali sebagai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di mana sebanyak 27 pertubuhan menjadi anggotanya. MAPIM turut menjalankan beberapa projek untuk membina masjid dan memberi jaminan untuk anak-anak yatim.  sumber 16/8/2012 , web berita Safa

Read more...

[Kemaskini] Al-Bardawil: Mesir maklum Gaza tiada kaitan dengan serangan Rafah

09 Ogos 2012

Laporan jam 01:28 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:28 petang, waktu Kaherah (Mesir)

GAZA - Salah seorang pemimpin gerakan HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية), Salah Al-Bardawil mendedahkan makluman yang disampaikan dari Jabatan Presiden Mesir kepada Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza bahawa serangan Rafah tidak ada kaitan dengan Semenanjung Gaza.

Kaitan berita:

Arkib PALTIMES: Al-Bardawil
Tambahan dari kenyataan Al-Bardawil kepada agensi berita AL-SHARQ, "Mesir mengesahkan siasatan dari perisikan dan tentera yang telah menjelaskan bahawa penyerang-penyerang terbabit tidak ada kaitan dengan rakyat Palestin, Gaza, HAMAS mahupun kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin yang lain dan kesemua ini tidak termasuk di dalam lingkungan suspek tuduhan."

Bagaimanapun, saki-baki (فلول) bekas pemerintah Mesir masih berusaha membabitkan Gaza dengan kejadian ini bagi membelenggu Presiden Mesir dan Jamaah Ikhwan Muslimin.

Al-Bardawil berkata, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza menghubungi secara rasmi pihak Mesir untuk membuka kembali terminal sempadan Rafah hari ini atau esok bergantung kepada tempoh.

Pemerintah Mesir menerangkan bahawa sekatan ke atas Gaza tidak akan diperbaharui lagi dan segala kemudahan yang diberikan kekal berjalan, ianya akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai operasi ketenteraan Mesir di sebahagian kepulauan Sinai.


Usaha burukkan imej HAMAS

Berhubung laporan yang diterbitkan akhbar tempatan 'AL-QUDS' dari sumber keamanan yang disifatkan sumber yang dipercayai menyebut perisikan Mesir telah mengemukakan permintaan secara rasmi kepada gerakan HAMAS agar segera menyerahkan tiga anggota sayap tenteranya, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM kepada perisikan am Mesir.

Laporan berkenaan tidak menyebut tiga anggota sayap tentera HAMAS terjebak dalam serangan Rafah, akan tetapi untuk mengesahkan kebenaran maklumat yang berkaitan dengan penyediaan logistik secara tidak langsung dan ketiga-tiga mereka ini disyaki membantu kumpulan pelampau di Sinai serta menjalankan kegiatan penyeludupan beli senjata dalam tanah Mesir.

Sumber tersebut enggan mendedahkan nama-nama terbabit, namun, sumber keamanan di Ramallah (Tebing Barat) menerangkan tiga orang individu itu, Aiman Naufal, Raed Al-Attar, dan Muhammad Abu Shamalah yang dikenali terlibat secara langsung hubungan dagang terowong bawah tanah.

Berdasarkan kenyataan Al-Bardawil, Kaherah tidak menyuarakan apa-apa pun permintaan dari Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza setakat ini mengenai kejadian serangan.

Jelas beliau, HAMAS melihat banyak laporan-laporan berita dusta yang sengaja diciptakan oleh sebahagian media massa yang mempunyai kerjasama dengan media massa penjajah sebagai usaha memburukkan imej HAMAS dan merampas kepercayaan rakyat Mesir, dan pemimpin Mesir terhadap gerakan HAMAS serta untuk menjejaskan hubungan antara dua pihak.

Al-Bardawil harap kepada lidah-lidah ini agar sudah-sudahlah menjadi media yang hina nilainya.

Kata Al-Bardawil, Kerajaan Palestin bersedia menutup terus terowong-terowong bawah tanah apabila sempadan Rafah dibuka secara keseluruhan (berdasarkan perjanjian 2005, terminal Rafah hanya dibenarkan untuk individu keluar masuk tanpa membabitkan perdagangan mahupun bantuan).

Seperti yang disebutkan, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh menyatakan Semenanjung Gaza tidak ada kena mengena dengan serangan itu dan pihaknya bersedia untuk menjalinkan kerjasama bersekutu dengan Mesir semata-mata untuk mengawal sempadan, lanjutan di sini. Sumber 09/08/2012, web berita Paltimes dan web berita Safa

Read more...

Haniyeh nyatakan setuju kepada Qandil kawal sempadan

08 Ogos 2012

Arkib foto: Dr. Hesham Qandil, 50 
KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Dr. Hesham Qandil mengesahkan bahawa waktu ini amat terdesak dan mesti menanti untuk mengetahui hasil siasatan serangan Rafah dan apa yang ditafsirkan supaya Mesir dapat memutuskan tindakan yang sewajarnya. Tegas beliau, apa yang penting sekarang adalah mengekang pergerakan di sempadan dan bertindak memusnahkan sarang-sarang persembunyian kumpulan-kumpulan bersenjata.

Kata Dr. Hesham dalam sidang media sebaik sahaja selesai perjumpaan dengan menteri-menteri kabinet, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin telah menghubunginya sebelum waktu berbuka puasa petang Selasa dan menyatakan bersetuju dengan keputusan Mesir untuk mengawal garisan-garisan sempadan. Jelas Haniyeh, darah Mesir haram disentuh (serangan tersebut) dan bukan dengan cara membebaskan Palestin membunuh orang-orang Mesir.
Sinai berdepan dengan ancaman keamanan dan krisis pembangunan
Dr. Hesham menjelaskan bahawa modus operandi khas berhubung agenda menubuhkan badan pembangunan Sinai akan dikeluarkan waktu terdekat agar dapat membantu menyelesaikan permasalahan Sinai dan jalan untuk menghadapinya.

Menukil laporan berita dari web agensi SAFA, Ismail Haniyeh juga menghubungi Presiden Mesir semalam dengan mengucapkan takziah ekoran tentera-tentera Mesir yang syahid dalam serangan kumpulan tidak dikenali pada waktu berbuka puasa, 05/08/2012 di Rafah Mesir, utara Sinai.

Baca lagi:

Arkib foto: Ismail Haniyeh
Dalam perbualan telefon, PM Palestin menegaskan bahawa hubungan kerjasama dua pihak tetap berterusan bagi memintas usaha pihak tertentu yang cuba menimbulkan ketegangan antara Gaza dengan Mesir.

Beliau bertegas lagi, Gaza sama sekali tidak terlibat dalam jenayah kejam dan beliau mencadangkan agar jawatankuasa keamanan bersekutu dibentuk agar hubungan kerjasama dapat dikekalkan sepanjang masa. Sumber 08/08/2012, web berita Paltimes dan 07/08/2012, web berita Safa

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS