Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [ayat 4, surah As-Saff]
Teori sains politik
Teknik Penyelesaian Konflik Antarabangsa; Diplomasi, Keseimbangan kuasa, Rundingan, Gencatan senjata, Tolak ansur, Perantaraan, Penyiasatan dan Perdamaian. Rujuk: HUBUNGAN LUAR ANTARABANGSA, terbitan pertama 2003, muka surat 33-37
4. [Terkini] Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua
Kempen Boikot
>> Beberapa jenis produk Israel telah dibakar dalam kempen tersebut. Sumber 10/05/2011, web berita AL-JAZEERAH
1. Hentikan keganasan rejim zionis(Israel) dan bebaskan tanah Palestin dari penaklukannya.
2. Hentikan projek penempatan dan perumahan Israel.
3. Bebaskan Gaza dari sekatan.
4. Boikot produk yang memberi sokongan kewangan kepada Israel.
5. Membantah segala bentuk kekejaman, penindasan, permusuhan, perlanggaran, perampasan, pencerobohan, pengkhianatan, pengusiran dan penafian hak.
6. Israel tiada hak di tanah Palestin.
Baik pulih dalaman Palestin(perdamaian Palestin)
> 04 Mei 2011[1, 2, 3, 4, 5], gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin. Masyarakat Palestin menanti perlaksanaan secara nyata agar tidak lagi berulang konflik perpecahan dan perselisihan.
20/12/2011 : Pertemuan menyeluruh kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(sumber lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) bermula jam 11:00 pagi di Kaherah, Mesir.
22/12/2011 : Perjumpaan menyeluruh pemegang amanah kumpulan pembebasan Palestin di Kaherah, Mesir.
Hargailah tindakan mereka
Vittorio Arrigoni seorang relawan warganegara Itali mati dibunuh oleh sebuah kumpulan salafi al-jihadi di Gaza pada 15 April 2011. Pada waktu yang sama, zionis mewar-warkan tindakan apa jua bentuk bagi menghalang pelayaran Freedom Flotilla II ke Gaza. Vittorio datang ke Gaza semata-mata untuk bersama-sama penduduk Palestin menghadapi sekatan zionis. Antara tulisan beliau, 'The Diaphanous Faces of Ghosts Demanding Justice'.
Abu Tarekah, salah seorang pemain bola yang menjadi pujaan penduduk Mesir. Walaupun ahli sukan tetapi tidak menghalang pendiriannya untuk nyatakan simpati terhadap Gaza sewaktu beraksi di padang bola, malah memberikan impak yang cukup besar. Itupun setelah Abu Tarekah memberanikan diri.
Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
Sebuah rombongan kemanusiaan, 'Miles Of Smiles 8' telah tiba di Gaza semalam(14/01/2012) dengan membawa barang-barang bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Para ahli rombongan dari berlainan negara menyatakan, rombongan dan konvoi-konvoi bantuan ke Gaza tidak akan berakhir melainkan setelahmana Gaza terbebas sepenuhnya dari sekatan yang dikenakan oleh rejim zionis. Mereka mengungkapkan rasa optimis berhubung perubahan-perubahan di iklim ekoran dari tiupan angin revolusi Arab, lapor pemberita AL-JAZEERAH, Tameer Meshal.
Klip berita yang dilampirkan memaparkan sejurus ketibaan rombongan Miles Of Smiles 8 ke Gaza, dan pada hari ini(15/01/2012), rombongan ini menyerahkan bantuan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza yang disifatkan tepat pada waktunya. Sumber 15/01/2012, berita AL-JAZEERAH
Laporan jam 02:13 pagi, waktu Makkah Al-Mukarramah Jam 01:13 pagi, waktu Mesir
Wakil tertinggi Palestin mengumumkan bahawa pertemuan kali ketiga antara Palestin dan Israel akan diadakan pada hari Sabtu akan datang di Amman, ibunegara Jordan bagi meneruskan siri pertemuan membina kepercayaan supaya dua pihak dapat menyambung semula rundingan damai yang terhenti sejak September 2010.
"Pertemuan dua pihak perunding, Palestin dan Israel ini akan diadakan di Amman bawah seliaan Jordan bertujuan meneruskan siri pertemuan, demikian itu untuk menyambung semula rundingan damai yang terbantut disebabkan Israel enggan menghentikan projek binaan penempatan," ujar wakil Palestin yang enggan didedahkan namanya, namun beliau mempunyai kaitan yang rapat dengan rundingan.
Tambah wakil ini, dua siri pertemuan sebelum ini tidak berlaku anjakan dalam merapatkan pandangan antara dua pihak malahan jurang masih jauh..kerana itu, 'kami mendesak hentikan penempatan dan perlu mengikut sandaran penyelesaian garisan tahun 1967 bagi menyambung semula rundingan dan di sebelah Israel kemukakan gambaran berhubung dua permasalahan, keselamatan dan sempadan'.
Wakil Palestin mengungkapkan harapannya agar pertemuan pusingan ketiga berlakunya perkara luar biasa, lebih-lebih sehingalah sekarang ini, Israel belum menyahut usaha dari pihak antarabangsa, Kuartet Timur Tengah dan Jordan.
Asas yang jelas
Kata beliau, "pun begitu, kami harap kerajaan Israel tidak menyempitkan lagi peluang bagi menyambung semula rundingan damai mengikut asas yang jelas sebagaimana yang diminta oleh Kuartet Timur Tengah iaitu hentikan bina penempatan dan mengikut sandaran penyelesaian garisan sempadan tahun 1967."
Jelas wakil Palestin, apa yang dibangkitkan oleh delegasi perunding Israel sewaktu siri-siri pusingan pertemuan yang berlangsung tidak mungkin boleh membawa, menurut wakil ini, 'rundingan-rundingan ini disambung semula(rundingan damai)..maka Israel terlebih dahulu mesti menyahut tuntutan-tuntutan pihak antarabangsa yang mahu perkara ini dapat mempraktikkan idea penyelesaian konflik dengan tertubuhnya dua buah negara, iaitu negara Palestin merdeka memiliki kuasa autonomi secara demokrasi mengikut garis sempadan 1967 yang mana ibunegaranya adalah BaitulMaqdis Timur bersebelahan dengan negara Israel, dan tambahan lagi, menyelesaikan keseluruhan permasalahan kemuncak'.
Wakil Palestin menegaskan, sekiranya Israel masih berpendirian yang sama pada pertemuan-pertemuan akan datang sehingga 26 Januari tanpa mengemukakan solusi-solusi yang serius, 'maka kerajaan Israel sekali lagi menjadi pihak yang menggagalkan usaha menyambung semula rundingan kerana menyebabkan hal ini semakin rumit'.
Tempoh akhir
Sebagaimana yang dinyatakan oleh perunding Palestin, Saeb Muhammad Salih Erekat(Ṣāʼib ʻUrayqāt) yang turut bertegas pada masa lalu dalam minggu ini, jika perbincangan di Amman sehinggalah 26 Januari tidak berjaya menghentikan penempatan Israel, maka Palestin tidak boleh menyambung semula rundingan damai dengan Israel.
"Kami pergi ke Jordan untuk bincang mewujudkan kepercayaan dan kami tidak boleh meneruskan rundingan selagimana kerja bina penempatan tidak dihentikan selepas 26 Januari akan datang," ujar Erekat.
Seperti yang disebutkan, sejak dari hari Isnin yang lalu, dua pertemuan telah dilalui antara perunding Palestin dan Israel, namun tidak berjaya menggerakkan usaha damai yang terbantut sejak September 2010.
Perunding yang mewakili Palestin mengungkapkan kemahuan mereka mengadakan lagi pertemuan-pertemuan dengan perunding Israel pada 26 Januari. Walaupun wakil Jordan telah mengakui bahawa rundingan ini telah menzahirkan perselisihan antara kedua-dua pihak terhadap permasalahan dan isu-isu penting, namun mereka tetap bertegas untuk teruskan dengan secara jelas dan terang, berikutan itu, matlamat dari rundingan ini adalah untuk mencapai kepada persefahaman bersama dan mendekatkan jurang-jurang yang menjadi perselisihan. Sumber 14/01/2012, web berita AL-JAZEERAH
"Inilah perangai sebenar rejim zionis yang menjajah tanah Palestin meskipun seringkali melaungkan perdamaian, namun laungan tersebut hanyalah untuk menutup kezaliman dan jenayahnya di tanah Palestin."
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh selaku pemimpin terkemuka gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyatakan bahawa dasar penentangan pejuang Palestin tidak pernah dihentikan sebagaimana yang dibayangi oleh kebanyakan pihak, akan tetapi ianya berada di peringkat kajian dan perancangan(mengatur strategi) untuk mengembalikan kekuatannya sebagaimana yang dirancang. Sedemikian itu, penduduk Palestin telah memahami hak-hak kesucian mereka tidak dapat dikembalikan melainkan dengan jalan jihad.
Beliau mengesahkan hal tersebut dalam kenyataannya berhubung lawatan ke Kaherah yang diterbitkan oleh akhbar 'ELKHALEEJ' Emiriah Arab Bersatu pada hari Rabu(11/01/2012) yang mengesahkan penentangan ini adalah satu-satunya hak masyarakat Palestin untuk kembalikan semula kesucian Islam, terutamanya Masjid Al-Aqsa.
"Satu-satunya jalan bagi mengembalikan semula hak-hak suci di Palestin adalah jihad," ujar beliau.
Perdana Menteri Palestin menegaskan bahawa pada ketika keadaan yang dilalui masyarakat Arab masa ini, BaitulMaqdis(Al-Quds) berada dalam ancaman malapetaka bahaya yang sangat besar dan tidak boleh tidak, pemimpin Arab dan sesiapa sahaja yang berada di sebalik kuasa politik Arab mesti mengerahkan segala keringat mereka agar isu permasalahan Palestin diketengahkan supaya menjadi perhatian dari umat Islam serta Arab. Sumber 11/01/2012, web berita penerangan rasmi HAMAS
Arkib sebahagian dari lawatan Haniyeh ke negara luar dan sewaktu pulang ke Gaza:
Sewaktu tiba di sempadan Rafah sekembalinya dari lawatan ke negara luar. Beliau dan delegasinya telah mengadakan lawatan rasmi ke empat buah negara, Mesir, Sudan, Turki dan Tunisia.
Klip ini menayangkan selepas beliau memberikan ucapan di hadapan rakyat Tunisia, seorang perempuan warganegara Perancis mengumumkan keislamannya di hadapan Ismail Haniyeh.