3 projek penempatan baru sekitar Al-Quds
22 April 2011
Berhubung projek penempatan, Yesh Din dalam laporannya mengatakan, "projek jajahan Ramat Shlomo merangkumi 900 unit perumahan yang baru mengambil kira bidang tanah dari dua buah kampung, Shu'fat dan Bet Hanina(peta atas), projek jajahan penempatan Abu Ghoneim pula merangkumi 260 unit perumahan dan projek ketiga di kawasan jajahan penempatan Ras Al-Amoud yang berada di sekitar Kota Lama merangkumi 200 buah unit perumahan milik Irwin Moskovich, jutawan Yahudi."
Berbalik kepada projek-projek ini, penempatan di kawasan Ras Al-Amoud(peta sebelah) yang berada di deretan kawasan-kawasan sensitif adalah paling berisiko dan boleh mengakibatkan pergeseran secara langsung dengan penduduk asal Palestin.
Radio tentera Israel turut mendedahkan bahawa Kementerian Perumahan penjajah telah merancang pembinaan penempatan yang baru di jajahan Gif'at Ze'ev, kampung Beitunia(peta bawah), barat laut Al-Quds. Penempatan tersebut merangkumi 800 unit perumahan yang baru.
Sumber itu menyatakan perumahan tersebut bukan sebagaimana biasa kerana ia adalah perumahan di sebuah lokasi baru yang sangat strategik, lantas membentuk kesinambungan dari sudut geografi antara penempatan-penempatan dengan bandar Al-Quds. Tambahan pula, penempatan-penempatan ini menjadi sebahagian dari bandar Al-Quds yang tidak boleh dipisahkan.
Jelas radio tentera, Tel-Aviv mengambil pendekatan tidak mengumumkan projek-projek pembinaan yang baru di penempatan-penempatan di Tebing Barat bimbang wujudnya desakan dan tekanan dari pihak antarabangsa. Sumber 22/04/2011, web berita safa.ps dan forum koktel
0 comments:
Catat Ulasan