Ceroboh ke El-Mintar, roket gugur di Naqab
12 Disember 2011
Jam 07:19 malam, waktu Mesir
GAZA - Sepasukan tentera rejim zionis yang disokong jentera perang telah menceroboh perlintasan El-Mintar di bahagian timur lewat petang Isnin, hari ini.
Kata saksi sebagaimana yang dilaporkan sumber berita Palestin, SAFA dan WAFA, sebanyak empat buah jentolak dan dua pengorek besar menceroboh sejauh 400 meter ke dalam zon perindustrian di perlintasan El-Mintar(tidak beroperasi). Jelas saksi, tentera rejim zionis dan jentera-jentera perang itu dilihat keluar dari pengkalan tentera Nahal Oz. Di samping menceroboh, rejim zionis menjalankan operasi meratakan tanah dan pada waktu tertentu, zionis melepaskan tembakan bertubi-tubi.
Tambah SAFA bersendirian menukil dari saksi bahawa tentera rejim zionis memotong kabel elektrik di sekitar perlintasan Karni, lantas mengakibatkan bekalan elektrik di kawasan berkenaan terputus secara keseluruhannya. Malah, rejim zionis melepaskan dua das tembakan peluru meriam.
Tiada penduduk Palestin yang cedera dalam dua kejadian tembakan ini.
SAFA menukil dari saksi-saksi, kawasan tersebut adalah kawasan yang diceroboh oleh rejim zionis pada minggu yang lalu dan bermulanya serangan dan tentangan sengit selama beberapa hari di Semenanjung Gaza. Pada waktu itu, dua serangan udara dilancarkan, salah satunya, pesawat rejim zionis membunuh seorang pejuang BRIGADE AL-QUDS(SARAYA AL-QUDS), sayap tentera JIHAD ISLAMI dan mencederakan lima lagi pejuang. Kemudian, diikuti beberapa lagi serangan menyasarkan sasaran-sasaran di Semenanjung Gaza yang hidup dalam sekatan.
Baca lagi:
> Syahid, 5 cedera dalam dua serangan zionis
> 2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera
YNET lapor roket gugur
Dari sudut lain, sebuah web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew melaporkan bahawa satu serangan roket gugur di sekitar kawasan penempatan zionis Shar'ar Hanegev, barat Naqab(tanah jajahan 1948).
Jelas YNET, roket terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda. Berikutan itu, satu pasukan polis dikejarkan ke lokasi tempat gugurnya roket.
Sehingga kini, tiada mana-mana sayap pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan roket. Sumber 12/12/2011, web berita Safa.ps dan Wafa.ps
0 comments:
Catat Ulasan