الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Cedera ditembak, US penuhi keperluan zionis

09 Ogos 2011

Laporan jam 01:29 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 12:29 petang, waktu Mesir

GAZA - Seorang wanita Palestin yang berusia tercedera pada waktu tengahari tadi akibat terkena tembakan dari tentera rejim zionis yang berada dalam menara kawalan di timur Jahr El-Deik, pertengahan Semenanjung Gaza.

Wartawan Safa menukil dari jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menyatakan, seorang wanita berusia 75 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki kirinya ekoran terkena tembakan yang dilepaskan oleh tentera zionis ke arah rumah-rumah dan ladang pertanian di timur Jahr El-Deik.

Jelas Adham, mangsa telah dibawa ke hospital Syuhada Al-Aqsa di Der Balah, pertengahan Gaza untuk rawatan lanjut. Kecederaan mangsa disifatkan sederhana.

Kawasan yang sama diceroboh rejim zionis menjelang awal pagi hari ini, pada waktu yang sama dimaklumkan bahawa pejuang-pejuang Palestin menghadang pencerobohan skuad khas zionis.
________________________________________________
Baca lagi:

Pejuang hadang skuad khas zionis

________________________________________________

Sementara dalam laporan lain, duta baru Amerika Syarikat(US) ke Israel(rejim zionis), Daniel B. Shapiro mengungkapkan keyakinan bahawa US akan sentiasa memenuhi keperluan keselamatan terhadap 'Israel' meskipun mengalami krisis kewangan.

Gambar(wikipedia): Daniel B. Shapiro, duta AS ke Israel menjawat Anggota Majlis Keselamatan Negara sebelum ini. Daniel juga aktif dalam komuniti Yahudi Washington serta fasih bertutur bahasa hebrew, juga dapat bertutur bahasa arab.

Shapiro yang baru seminggu menyandang jawatan duta AS ke Israel berkata sedemikian ketika mengadakan tinjauan ke tapak perletakkan sistem penangkis roket jarak dekat atau dikenali Iron Dome berhampiran bandar Ashkelon(tanah jajahan di sebelah utara Gaza).
________________________________________________


Kaitan laporan Iron Dome:

1. Kali pertama Israel berjaya melancarkan anti-roket ‘Iron Dome’
2. Barak: Iron Dome tidak sempurna
3. [Kemaskini] Selama 3 hari, iron dome hanya dapat tangkis 8 serangan roket Palestin

________________________________________________

AS merupakan satu-satunya sekutu terpenting rejim zionis di rantau Timur Tengah bagi menjamin keamanan kepada rejim zionis malahan AS bertegas tanpa berbelah bahagi berhubung komitmennya terhadap rejim ini. Sumber 09/08/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...

Tembak rumah Palestin, 2 peluru mortar gugur di Eshkol

Laporan jam 10:13 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 09:13 pagi, waktu Mesir


RAFAH - Menurut pemberita agensi Safa pagi ini, jentera perang rejim zionis yang berkumpul di sekitar terminal karem Abu Salem dari arah sebelah tenggara bandar Rafah telah melepaskan tembakan mesingan ke arah rumah-rumah penduduk Gaza di kawasan berkenaan.

Keadaan ini boleh dikatakan berlaku setiap hari di kawasan-kawasan sempadan di timur dan utara Gaza.

Berita lain, media Israel melaporkan bahawa dua peluru mortar 'hawn' gugur awal pagi ini di kawasan Majlis Daerah Penempatan Eshkol, selatan tanah jajahan 1948 yang berada di sebelah timur Semenanjung gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza, Genting Gaza).

Gambar(arkib Safa): Unit tentera rejim memeriksa sisa peluru mortar.

Sumber dari Yedioth Ahronoth versi hebrew menjelaskan serangan peluru mortar tidak menjejaskan nyawa mahupun kerosakan harta benda ekoran gugur di kawasan yang tidak padat dengan penduduk.

Nyata sumber, siren kecemasan telah berbunyi di kawasan persisiran Ashkelon pada pagi tadi, namun segera diberitahu bahawa natijah dari kesilapan teknikal dan tidak dijelaskan mengenai gugurnya serangan peluru mortar.

Berikutan itu, radio Israel mendakwa serangan ketiga peluru mortar gugur dalam Gaza.
_________________________________________________
Baca lagi:

Pejuang hadang skuad khas zionis

_________________________________________________

Kejadian awal pagi tadi, sebuah pertempuran agak sengit meletus dalam sempadan Gaza setelahmana pejuang Palestin menghadang skuad khas rejim zionis yang cuba menyelinap masuk di sekitar tapak pelupusan sampah. Sumber 09/08/2011, web berita Maannews.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Misi tangkap anggota dan penyokong-penyokong HAMAS di Khalil

Laporan 08:45 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 07:45 pagi, waktu Mesir

KHALIL(Selatan Tebing Barat) - Tentera rejim penjajah melancarkan misi penangkapan ke atas anggota dan penyokong gerakan HAMAS awal pagi tadi di bandar Khalil dan beberapa buah daerah berhampiran. Berikutan misi itu, beberapa dari kalangan anggota HAMAS yang merupakan bekas tahanan dari penjara penjajah telah ditangkap, terutamanya salah seorang pemimpin HAMAS, Ayed Dudain yang berasal dari kampung Al-Alqah di selatan bandar Dura. Tentera penjajah turut memeriksa beberapa buah rumah keluarga para syuhada' di bandar berkenaan, kemudian menangkap pula beberapa orang adik-beradik dari satu keluarga.

Sumber keselamatan menyampaikan kepada agensi berita Safa bahawa tentera penjajah menangkap Dudain setelah rumahnya digeledah serta peralatan dirosakkan. Sementara itu, misi yang sama, tentera penjajah menangkap Ramy Basem Qawasimah, Ahmad Mazen Kalbouni, Muhammad Khalil Yaghmur.

Kejadian yang sama di daerah Sa'ier yang terletak di timur bandar Khalil, tentera rejim memeriksa rumah seorang penduduk, Akram Jabran Khalil Jabbarain. Seperti yang dialami Dudain, peralatan rumah Akram turut dirosakkan.

Sumber tempatan di bandar Khalil menyatakan, tentera rejim menangkap beberapa orang dari kalangan penyokong HAMAS, antaranya lima bersaudara dari satu keluarga di bandar Khalil, iaitu Hassan Ali Al-Qawasimah, Husin, Husam, Muhammad dan Hijazi yang merupakan adi-beradik kepada dua tahanan Palestin yang syahid dalam penjara zionis.

Tambahan lagi, tentera rejim menangkap pula Izzat Abdul Aziz An-Natshah bersama saudaranya. Kedua-dua mereka adalah adik-beradik kepada Shihab An-Natshah yang telah syahid, diikuti penangkapan seterusnya ke atas 'Isam dan 'Usam Al-Qawasimi serta Jalal Yaghmur, saudara kepada Muhammad Yaghmur yang juga telah syahid.

Antara lain yang ditangkap, Kamal dan Husin Yaghmur serta Ja'far Al-Qawasimah yang mempunyai hubungan adik-beradik dengan as-syahid Ibrahim Al-Qawasimah.

Tentera rejim juga memeriksa rumah-rumah keluarga syuhada'(nisbah kepada mereka yang telah syahid) di bandar berkenaan, antaranya rumah as-syahid Makmun An-Natshah, Al-Qawasimah, Jamal Yaghmur dan Jamal Karamah.

Misi penangkapan ini tertumpu di sebahagian besar kawasan bandar, iaitu Hayyu Wadi Abu Katilah, Habayel Ar-riyah, Fursh Al-Hawa, jalan As-Salam dan daerah Sier.

Kejadian lain, tentera rejim menangkap dua pemuda Palestin di bandar yang sama, bagaimanapun identiti kedua-duanya tidak diketahui. Sumber 09/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang hadang skuad khas zionis

Laporan jam 01:24 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 12:24 pagi, waktu Mesir

GAZA - Pertempuran tercetus setelahmana sekumpulan pejuang Palestin menghadang kemaraan skuad khas tentera zionis yang cuba menyelinap masuk ke kawasan sekitar tapak pelupusan sampah di Jahr El-Deik, pertengahan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Genting Gaza, Jalur Gaza) awal pagi ini.

Wartawan agensi berita Safa berkata, pertempuran itu disusuli 3 serangan peluru mortar jenis 'hawn' yang dilepaskan oleh pejuang Palestin, jelas menunjukkan pertempuran agak sengit ekoran penglibatan jentera perang zionis di lokasi berlakunya tembak-menembak.

Safa melaporkan lagi dari sudut lain yang dapat dilihat, tentera zionis menembak bom cahaya ke ruang udara perumahan timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Sumber 09/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS