الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Lagi serangan zionis mengakibatkan 2 mangsa cedera

19 Ogos 2011

Laporan jam 11:21 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 10:21 pagi, waktu Mesir
(kemaskini jam 01:00 petang, waktu Mesir)

GAZA - Zionis menyerang lagi Gaza tengahari ini. Menurut sumber, pesawat tempur zionis mengebom beberapa buah sasarannya di Semenanjung Gaza.

Jelas penyampai berita Safa yang menukil dari saksi, pesawat tempur zionis mengebom sebuah sasaran berhampiran stesen janakuasa elektrik di Gaza Tengah.

Berhubung serangan ini, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menyatakan seorang penduduk dan wanita hamil mengalami cedera ringan.

Saksi berkata, selepas serangan beberapa buah kawasan di Gaza terputus elektrik.

Setelah beberapa detik masa, pesawat tempur zionis melancarkan lagi serangan terbaru ke atas sebuah rumah tanpa penghuni di belakang menara An-Nuseirat.

Serentak serangan berkenaan, sebuah pusat latihan ketenteraan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) di timur Khan Yunis pula dibom.

Saksi kejadian menyatakan lagi bahawa serangan pesawat zionis terus menyasarkan pangkalan tentera HAMAS di sebelah barat Mukhayyam As-Shatie di bandar Zaggah.

Tentera zionis meneruskan misi ketenteraannya ke atas Semenanjung Gaza sejak asar semalam setelahmana Perdana Menteri zionis mengeluarkan kenyataan bagi melancarkan serangan meluas di Gaza. Dakwa zionis, misi ini sebagai balasan operasi Eilat pagi Khamis(semalam) yang melenyapkan 8 nyawa warga zionis dan puluhan lagi cedera, menurut pemberita Al-Jazeerah, kebanyakan yang cedera adalah dari kalangan tentera zionis. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

10 zionis cedera, pejuang balas serangan

Laporan jam 05:55 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:55 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Sumber dari media Israel 'Yedioth Ahronoth' mengesahkan bahawa 10 warga zionis cedera terkena serpihan serangan roket 'grad' yang gugur di Akademi Agama Yahudi di bandar Ashdod pagi ini.

Hebah radio Israel, 2 dari jumlah yang cedera mengalami luka parah yang kritikal dan seorang lagi stabil, manakala selebihnya cedera ringan.

Menurut sumber dari radio, polis Israel menggesa warga zionis di kawasan jajahan selatan sentiasa berada di tempat perlindungan ekoran dijangka serangan roket yang berterusan dari Gaza.

Kumpulan-kumpulan pejuang Palestin melancarkan serangan roket jauh ke pelusuk bandar-bandar jajahan bagi membalas serangan zionis yang mengakibatkan 5 dari pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN syahid di Rafah, selatan Semenanjung Gaza petang semalam.
___________________________________________________
Baca lagi:

5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis
___________________________________________________

Awal pagi ini, sumber Israel versi hebrew mengumumkan dua roket jenis 'grad' gugur awal pagi Jumaat di bandar Beer Sheeba(بئر السبع) yang menghala ke Ashdod, selatan tanah jajahan 1948.

Tambahan lagi dari sumber, dua roket tersebut gugur selepas waktu tengah malam di kawasan Majlis Penempatan Sdot Negev dan Sha'ar Henegev, barat Naqab.

Sumber menyatakan, 4 serangan roket jenis 'grad' telah dilepaskan semalam dari Gaza menuju ke Ashkelon, sambil mendakwa sistem penangkis roket(iron dome) telah menangkis kesemua serangan roket berkenaan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Seorang syahid, 17 cedera dalam serangan berterusan

Laporan jam 12:58 pagi, waktu Palestin, Mekah
Jam 11:58 tengahmalam(18/08/2011), waktu Mesir

GAZA - Seorang remaja bawah umur yang berusia 13 tahun telah syahid, manakala 17 penduduk Palestin yang lain mengalami kecederaan ekoran serangan berterusan dari pesawat tempur zionis awal pagi ini di beberapa buah kawasan berlainan di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan dalam salinan kenyataannya bahawa remaja bawah umur, Mahmud Atif Abu Samrah(gambar) syahid serta-merta selepas rumahnya yang terletak berhampiran bangunan 'As-Safina' di utara Gaza dibom pesawat tempur zionis.

Dalam serangan lain, pesawat tempur zionis menyasarkan sebuah pangkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS berdekatan dengan Ummu Nasr di utara Gaza, dan sebuah bangunan keselamatan 'Ansar' di bandar Gaza, tambahan lagi sebuah bangunan kosong yang terletak berdekatan kawasan latihan ketenteraan di bandar Gaza turut dibom.

Serangan zionis di selatan

Sementara di sebelah selatan Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis menyerang pula sebuah rumah tanpa penghuni berhampiran Masjid IbadulRahman di daerah Khuza'ah. Serangan terbabit mengakibatkan dua penduduk tidak sedar diri. Setelah itu, pesawat zionis menyerang lagi dua buah terowong bawah tanah di Rafah, salah satunya terletak di Hayyu As-Salam, timur bandar Rafah, dan sebuah lagi di kawasan Al-Qasas, sebelah barat bandar Rafah.

Sedemikian itu, penyampai berita Safa berkata, serangan zionis ke atas terowong bawah tanah di Hayyu As-Salam mengakibatkan seorang penduduk hilang jejak. Bagaimanapun, krew bomba masih berhempas pulas untuk menemuinya.

Setelah terowong disasarkan, pesawat zionis mengebom sebuah lagi pangkalan sayap tentera HAMAS di barat bandar Khan Yunis, selatan Gaza. Namun, tiada laporan mengenai kecederaan.

Berikutan serangan yang sengit, badan bantuan cemas telah mengumumkan sedia bila-bila masa, di samping beberapa jenis dari bekalan ubat-ubatan di Kementerian Kesihatan Gaza telah berkurangan.
__________________________________________
Baca lagi:

5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis
__________________________________________

Menurut laporan lain, serangan zionis sepanjang 12 jam mengakibatkan jumlah penduduk yang syahid meningkat ke 7 nyawa, manakala dalam lingkungan 30 mangsa cedera. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Rakaman gambar kesan-kesan serangan zionis yang dipetik dari Safa.ps.










Serangan roket grad membalas tentangan zionis petang semalam. Kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan roket ekoran 5 pejuangnya syahid dalam satu serangan udara petang semalam di barat Rafah.


Read more...

5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis

18 Ogos 2011

Laporan jam 05:40 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:40 petang, waktu Mesir

(Terkini jam 07:30 malam, waktu Mesir)

GAZA - Sekurang-kurangnya 6 penduduk Palestin dilaporkan syahid petang ini dalam serangan yang dilancarkan oleh pesawat zionis ke atas sebuah rumah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Jelas lagi, mangsa yang syahid adalah 5 komander pejuang dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) dan Setiausaha Agung ALWIYAH sendiri.

Sumber perubatan menerangkan mangsa yang syahid dikenali, Imad Hamad, Abu 'Audh Al-Nerab, Khaled Hamad Sha'ath, Imad Nasr, Khaled Al-Misry dan Malek Khaled Sha'ath.

Perubatan menyatakan lagi, jasad dua pejuang yang syahid dibawa ke hospital Abul-Najjar di bandar Rafah dalam keadaan rentung.

Pengeboman dari pesawat pengintip pemandu zionis petang tadi menyasarkan rumah penduduk yang dimiliki Abu Jamil Sha'ath di kawasan At-Thu'uth, barat Rafah.
______________________________________________
Pautan dari berita Al-Jazeerah:



Sumber youtube.com, berita 18/08/2011

Laporan ini menerangkan mengenai pengeboman pesawat zionis yang menyasarkan pejuang utama kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN petang tadi. Serangan ini ekoran operasi Eilat yang membunuh beberapa warga zionis, seusai itu, PM zionis terus menuduh pihak Gaza yang terlibat, bagaimanapun gerakan HAMAS dan Kerajaan Palestin di Gaza menafikan sebarang keterlibatan dalam operasi tersebut. Namun, zionis tanpa berlengah terus melancarkan serangan ke atas Gaza.
______________________________________________

Dilaporkan serangan zionis ini ekoran selepas operasi bunuh yang dilancarkan oleh sekumpulan bersenjata di bandar Eilat, selatan tanah jajahan yang mengakibatkan beberapa warga zionis mati terbunuh dan cedera

Badan-badan keselamatan zionis menuduh beberapa kumpulan bersenjata di Semenanjung Gaza melepasi masuk ke bandar Eilat serta melancarkan operasi ini, malah zionis turut mengancam akan melancarkan serangan balas secara meluas ke atas Gaza.

HAMAS kecam jenayah zionis

Berikutan serangan ke atas pejuang, gerakan HAMAS mengecam keras jenayah yang melibatkan serangan dari pesawat pengintip tanpa pemandu di bandar Rafah petang tadi.

Salah seorang dari pemimpin HAMAS, Ismail Ridhwan berkata, penyembelihan ini tidak sesekali dapat mematahkan langkahan pejuang-pejuang , sambil itu, beliau meletakkan rejim penjajah bertanggungjawab sepenuhnya berhubung tentangan bahaya ini. Sumber 18/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS