الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Empat cedera zionis serang bandar Gaza dan Gaza Tengah

16 Februari 2012

Laporan jam 07:19 pagi, waktu Palestin
Jam 07:19 pagi, waktu Mesir

GAZA - Dua serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur zionis awal pagi tadi ke atas dua lokasi latihan pejuang Palestin di bandar Gaza dan Gaza Tengah mengakibatkan empat penduduk cedera.

Menurut pemberita agensi SAFA, pesawat rejim zionis mengebom lokasi latihan 'رعد' milik KATAIB SYAHID IZZUDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) di Hayyu At-Tuffah sebelah timur bandar Gaza, lantas mengakibatkan empat penduduk cedera. Kesemua mangsa telahpun dibawa ke hospital As-Shifa untuk rawatan dan salah seorang yang cedera adalah dari kalangan anggota bomba.

SAFA menjelaskan, pengeboman terbabit menyebabkan berlakunya ledakan kebakaran besar yang menjejaskan beberapa buah rumah penduduk awam serta balai polis yang berdekatan dengan lokasi sasaran. Sebilangan anggota polis dan banduan terselamat dari kejadian ekoran sebahagian besar bangunan balai polis runtuh.

Manakala serangan kedua, pesawat tempur zionis meledakkan tiga serangan peluru misil ke atas pusat latihan 'شهدأ الوسطى' milik SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) yang terletak di kawasan Nuseirat, Gaza Tengah. Jelas lagi, serangan yang kedua tidak mengakibatkan sebarang kecederaan di kalangan penduduk.

3 roket ke Naqab, zionis bedil bot nelayan

Kejadian lain yang dilaporkan semalam(08:03 malam, waktu Palestin/Mesir) menukil dari web berita Israel versi hebrew 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET), sebanyak tiga serangan roket gugur pada malam semalam di sekitar Majlis Perbandaran penempatan Ashkol, Naqab(Negev).

YNET menerusi web beritanya menerangkan roket yang gugur di lokasi berkenaan sebelah timur Semenanjung Gaza tidak mengakibatkan kecederaan mahupun menjejaskan harta benda.

Pada waktu yang sama, penyampai berita SAFA di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza berkata, bot-bot laju tentera laut zionis membedil bot-bot nelayan Palestin dengan tembakan senjata berat di tengah laut Rafah. Berhubung kejadian, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan. Sumber 16/02/2012, web berita Safa.ps dan 15/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Tempur penjajah di Jenin

11 Februari 2012

Laporan jam 09:37 pagi, waktu Palestin
Jam 09:37 pagi, waktu Mesir

JENIN - Satu pertempuran telah meletus antara penduduk kampung Deir Abu Dha'if di sebelah timur wilayah Jenin, Tebing Barat dengan tentera penjajah. Sedemikian itu, selepas tentera penjajah mengadakan operasi rempuhan di kampung berkenaan.

Sumber tempatan berkata kepada agensi berita SAFA, tentera penjajah telah merempuh masuk ke kampung Deir Abu Dha'if sambil melepaskan tembakan dan bom bunyi(sound-bomb). Berikutan itu, pertempuran terjadi sebaik sahaja penduduk kampung menghadang tentera penjajah. Lantas, tentera penjajah membalas lagi dengan tembakan bom bunyi ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.

Laporan yang diterbitkan ini tidak dimaklumkan mengenai sebarang kecederaan atau penangkapan. Sumber 11/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang AL-QUDS kritikal diserang pesawat zionis

10 Februari 2012

Laporan jam 10:46 malam, waktu Palestin
Jam 10:46 malam, waktu Mesir

GAZA - Seorang dari pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengalami kecederaan dalam satu serangan zionis yang menyasarkan sebuah lokasi SARAYA AL-QUDS malam tadi(Jumaat, 10/02/2012) di utara Semenanjung Gaza.

Sumber khas yang menjelaskan kepada MEDIA PERANG berkata, seorang pejuang SARAYA AL-QUDS tercedera akibat serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang ke atas lokasi Al-Hittin milik SARAYA AL-QUDS yang terletak berhampiran hospital بلسم, utara Bayt Lahiya di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Menukil dari agensi berita SAFA, serangan tersebut mengakibatkan dua mangsa yang cedera dan kedua-duanya telah dibawa ke hospital Kamal Udhwan untuk rawatan.

Berhubung kecederaan, sumber perubatan menyifatkan pejuang terbabit mengalami kecederaan yang bahaya. Sumber 10/02/2012, web rasmi MEDIA PERANG dan web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap 5 Palestin di Tebing Barat

05 Februari 2012

Laporan jam 08:53 pagi, waktu Palestin
Jam 08:53 pagi, waktu Mesir

KHALIL - Tentera penjajah menangkap 5 penduduk Palestin awal pagi ini(Ahad, 05/02/2012) selepas menyerbu rumah-rumah mereka di beberapa tempat di Tebing Barat.

Menurut sumber berita dari web berita Israel "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET) versi hebrew, tentera Israel telah menangkap 5 penduduk Palestin atas dakwaan mereka dikehendaki oleh pihak keamanan Israel.

Jelas YNET, salah seorang penduduk Palestin yang ditangkap berasal dari kampung Mikhmas berhampiran Ramallah dan tiga lagi ditangkap berhampiran bandar Bethlehem. Kesemua yang ditangkap dibawa ke badan keamanan yang dikhususkan untuk menyoal siasat.

Pemberita SAFA menjelaskan seorang lagi penduduk yang ditangkap penjajah adalah pemuda berusia 20 tahun, Shadi Warasanah.

Sumber keselamatan berkata kepada agensi berita SAFA, pemuda terbabit ditangkap dari rumahnya di daerah As-Syuyukh setelahmana tentera penjajah menyerbu rumah mangsa. Kemudian, mangsa dibawa ke arah yang tidak dimaklumkan.

Kejadian lain yang dilaporkan awal pagi ini, peronda-peronda penjajah merempuh masuk ke daerah-daerah Sa'ir, Yata, Dura dan Ad-Zahiriyah. Sementara itu, peronda penjajah yang lain merempuh masuk pula ke beberapa kawasan perumahan Palestin di bandar Khalil yang berlanjutan selama beberapa jam.

Dari sudut lain, SAFA yang dihubungi memaklumkan bahawa dua relawan asing telah dimasukkan ke hospital kerajaan di Khalil untuk rawatan ekoran dipukul tentera penjajah di kawasan Zief Sharq, daerah Yata, Khalil. Sumber 05/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS