الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Tiga pejuang AL-QUDS syahid

09 Mac 2012

Laporan jam 07:58 malam, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Lagi serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang pada malam tadi, Jumaat, 09/03/2012 di Hayyu As-Shujaieyah, sebelah timur bandar Gaza mengakibatkan tiga pejuang syahid.

Serangan ini selepas beberapa jam pesawat zionis mengebom sebuah kereta yang dinaiki Setiuasaha Agung LIJAN MUQAWAMAH dan salah seorang pemimpin sayap tenteranya di Hayyu Tel Islam, sebelah barat bandar Gaza.
____________________________________________
Kaitan berita:
S/U Agung LIJAN MUQAWAMAH dan pemimpin ALWIYAH syahid dibom pesawat zionis

____________________________________________

Menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata kepada agensi berita SAFA, tiga pejuang yang syahid ini dari SARAYA AL-QUDS, Abid Fadhl Al-Gharabli, 24, Muhammad Khaled Hararah, 23 dan Hazim Audh Qureiqa' berusia dalam lingkungan 20-an.

Jelas Adham, Al-Gharabli dan Hararah syahid serta-merta di tempat kejadian dan jasad kedua-duanya dibawa dalam keadaan rentung ke hospital As-Shifa' di bandar Gaza.

Tambahan lagi, dua jam selepas itu, krew perubatan menemui jasad Qureiqa' dalam keadaan tidak sedar diri, namun mangsa menghembus nafas terakhir sebaik sahaja dimasukkan ke hospital.

Sebagaimana yang dinytakan, krew perubatan menghadapi kesukaran ketika cuba mencari jasad Qureiqa' ekoran lokasi berkenaan gelap gelita dan dipenuhi kelkatu. Sumber 09/03/2012, web berita Safa.ps

Read more...

S/U Agung LIJAN MUQAWAMAH dan pemimpin ALWIYAH syahid dibom pesawat zionis


Selepas pesawat zionis menyerang
-----------------------------------------------------
Catatan masa kejadian:

Jam 04:03 - 04:13 petang, waktu Palestin/Mesir: SAFA melaporkan letupan kuat yang membabitkan sebuah kereta awam di Tel Islam(Tel Hawa), sebelah barat bandar Gaza.

Jam 04:04 petang, waktu Palestin/Mesir: Abu Mujahid berkata, dua yang syahid, Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH dan seorang pemimpin ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berasal dari Nablus.

Jam 04:18 petang, waktu Palestin/Mesir: Adham Abu Salmiah berkata, dua syahid dan seorang kritikal dalam serangan yang menyasarkan sebuah kereta di Tel Islam, Gaza.
-----------------------------------------------------
Laporan jam 06:19 malam, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Kejadian serangan dari pesawat zionis petang Jumaat tadi ke atas sebuah kereta awam mengakibatkan dua syahid dan seorang lagi penduduk mengalami kecederaan yang kritikal.

Kejadian tersebut berlaku ketikamana sebuah kereta yang dinaiki mangsa melewati sebatang jalan di Tel Islam(Tel Hawa) sebelah barat bandar Gaza.

Sumber perubatan yang mengesahkan kejadian itu menjelaskan, serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang di sebelah barat bandar Gaza mengakibatkan dua penduduk Palestin syahid.

Adham Abu Salmiah, jurucakap rasmi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, dua penduduk yang syahid, Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH, Zahir Al-Qaisi (gambar atas)berasal dari bandar Rafah dan seorang pemimpin dari sayap tenteranya(ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN), Mahmud Ahmad Hanani(gambar sebelah) berasal dari Nablus(Tebing Barat) yang kini menetap di Semenanjung Gaza.

Menukil dari agensi berita SAFA, Adham Abu Salmiah menyatakan jasad-jasad yang syahid dibawa ke hospital As-Shifa' dalam keadaan teramat teruk natijah dari serangan pesawat zionis.

Tambah beliau, kepala as-syahid Al-Qaisi terpisah dari tubuh.

LIJAN MUQAWAMAH ucap takziah

Berhubung serangan yang mengakibatkan syahid, kumpulan pembebasan Palestin, LIJAN MUQAWAMAH dan sayap tenteranya, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengucapkan takziah di atas kejadian yang menimpa Setiausaha Agung dan salah seorang pemimpin sayap tenteranya.

LIJAN MUQAWAMAH menyatakan bahawa pihaknya tetap meneruskan usaha jihad dan penentangan. Jelas LIJAN, 'pembunuhan ke atas pemimpin dan pejuang kami tidak akan mengurangkan kekuatan bahkan ia sebenarnya menaikkan lagi semangat kekuatan dan keazaman untuk meneruskan perjuangan'.

Sambil itu, LIJAN MUQAWAMAH dan sayap tenteranya, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengesahkan bahawa pengorbanan dan titisan darah(jihad) satu-satunya jalan membebaskan Al-Aqsa dan keseluruhan tanah Palestin.

Petikan gambar kejadian dari PALTIMES

'Sepanjang 12 tahun meneruskan jalan jihad dan penentangan, hari ini LIJAN MUQAWAMAH telah mempersembahkan Setiausaha Agung yang ketiga syahid dalam perjuangan', jelas dari LIJAN MUQAWAMAH dan sayap tenteranya.


ALWIYAH turut menyatakan pihaknya tidak lagi berada dalam mana-mana gencatan dengan musuh dan menggesa pejuang-pejuangnya melancarkan serang balas dengan sepenuh keras ke atas permusuhan zionis.

Kata LIJAN MUQAWAMAH lagi, rejim zionis yang menjadikan as-syahid Abu Ibrahim Al-Qaisi sebagai sasaran bermakna zionis telah membuka pintu sendiri pintu kecelakaan dan serangan balas ke atas pejuang yang syahid akan berterusan, dengan izin Allah, serangan balas ini akan lebih dahsyat bersesuaian dengan jenayah yang begitu hina.

Zionis guna alasan Al-Qaisi dan Hanani rancang operasi di sempadan

Rejim zionis memberi kewajaran bahawa pembunuhan ke atas Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH, Zahir Al-Qaisi dan Mahmud Ahmad Hanani dalam serangan udara petang tadi di Gaza kerana kedua-duanya merancang operasi besar di sempadan Mesir-Israel(tanah jajahan 1948).

Sebaik sahaja serangan itu, tentera rejim zionis menyatakan pembunuhan ke atas sasaran(mangsa) adalah bagi menghalang operasi besar yang bakal dilaksanakan oleh kedua-duanya di sempadan.

Al-Qaisi menyandang jawatan Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH setelahmana pemimpin sebelumnya, Kamal Al-Nirab menjadi sasaran dalam serangan udara zionis. Pada waktu itu, zionis juga menggunakan alasan yang sama bagi mewajarkan serangan dilakukan.
_______________________________________
Kaitan berita, 18/08/2011:
5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis
_______________________________________

Sebagaimana menukil dari laporan AFP, pada Ogos tahun 2011, serangan udara zionis ke atas sebuah rumah di Rafah telah membunuh Kamal Al-Nirab(Abu Audh), Setiausaha Agung LIJAN MUQAWAMAH dan empat pembantunya.

Alasan dari serangan terbabit, rejim zionis menuduh LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH dalang di sebalik tiga serangan di Eilat pada bulan yang sama. Serangan yang dikatakan itu telah membunuh lapan warga Israel. Kata zionis, seramai tujuh orang penyerang telah dibunuh yang mana mereka datang dari Gaza, kemudian ke Sinai, dan sebahagiannya tiba di Eilat melaksanakan serangan.

Bagaimanapun, LIJAN MUQAWAMAH menafikan pihaknya ada kaitan dengan serangan di Eilat.

Berikutan serangan zionis hari ini di Gaza, sumber dari tentera rejim zionis juga menyebut bahawa LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH merupakan dalang di sebalik serangan dua peluru mortar ke atas barat Naqab hari ini.

"Serangan ALWIYAH ini telah mendapat lampu hijau dari gerakan HAMAS," kata sumber berkenaan. Sumber 09/03/2012, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net, web berita Alarabiya.net, web rasmi LIJAN MUQAWAMAH dan berita AFP

Read more...

Tentera penjajah tangkap 12 Palestin di Tebing Barat

07 Mac 2012

Laporan jam 08:05 pagi, waktu Palestin
Jam 08:05 pagi, waktu Mesir

TEBING BARAT - Sewaktu operasi serbuan yang meliputi beberapa wilayah di Tebing Barat awal pagi ini(Rabu, 07/03/2012), tentera penjajah telah menangkap seramai 12 orang penduduk Palestin.

Sumber dari siaran radio Israel versi hebrew dan web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) berkata, penduduk-penduduk Palestin yang ditangkap meliputi wilayah Ramallah, Khalil, Betlehem, Nablus, dan Qalqiliah. Kesemuanya telah dibawa ke badan keselamatan penjajah untuk soal siasat.

Dakwa lagi, penduduk Palestin yang ditangkap itu dikatakan terjebak dalam operasi menyerang kepentingan-kepentingan Israel.

Tangkap 13 penduduk Palestin

Tambahan dari berita semalam, seramai 13 penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera penjajah dalam situasi yang sama sepertimana operasi serbuan awal pagi ini. Beberapa buah rumah Palestin turut digeledah.

Menurut Muhammad Iyad Audh, jurucakap rasmi Jawatankuasa Rakyat Menentang Penempatan, tentera penjajah yang menyerbu ke daerah Bayt Umar awal pagi semalam telah menangkap 3 remaja Palestin bawah umur, salah seorang darinya berusia 15 tahun. Sumber 07/03/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

[Minda MAP] Wajar simpati terhadap penempatan haram?

04 Mac 2012

Sumber karikatur, JPOST(Jerusalem Post)

Mungkin gambaran dari karikatur ini boleh menimbulkan rasa simpati bagi meraih sokongan terhadap warga-warga haram Israel yang menduduki tanah-tanah Palestin secara zalim khususnya di Tebing Barat, jajahan tahun 1967.


Kartunis ini cuba membayangkan kepada pembaca bahawa sekiranya kerajaan rejim penjajah/zionis masih mahu menutup lubuk-lubuk penempatan(perumahan kecil bakal menjadi penempatan haram Israel), maka apakah pula nasib yang diterima oleh generasi warga haram Israel pada masa akan datang?. Lebih-lebih lagi, sinopsis karikatur ini menunjukkan seorang ibu(Israel) bersama tiga anaknya yang mana pada tahun-tahun tersebut, anak-anaknya bakal menjawat profesion penembak tepat, doktor perubatan tentera, dan juruterbang pesawat tempur F-35.

Realitinya, penempatan-penempatan haram Israel yang membiak aktif menjadi penghalang utama perdamaian antara PLO(Palestin) dengan perunding damai Israel, bahkan penempatan haram ini juga merupakan permasalahan asas yang tidak akan dapat diselesaikan dengan jalan rundingan semata-mata. Selagi rundingan damai berjalan, maka lebih bertambah lagi tanah-tanah Palestin tergadai.

Semoga tidak tersimpang dari isu sebenar, maka ini adalah hak Palestin dan sewajibnya dikembalikan kepada mereka yang lebih berhak(Palestin) bukannya menutup dengan isu yang lain.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS