الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Karikatur: Jauhi perangai ini

06 Julai 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Baik pulih hubungan Palestin

Ikatan HAMAS - FATAH tidak akan terputus kerana tidak ada sesiapa yang akan meredhainya. Namun, apa yang berlaku, kedua-dua pihak ini masih belum dapat memperbaiki hubungan sesama mereka ekoran perselisihan yang terlalu mendalam. Tidak dinafikan, faktor lain iaitu tangan-tangan luar turut memberi saham agar mereka tidak sependapat dan asyik dengan kebuntuan dan kejumudan. Hal baik pulih hubungan ini telah jelas diancam rejim zionis dan sekutunya. Mungkin pihak Palestin yang asyik menanti janji AS perlu berani melepasi halangan ini demi dapat berbaik dengan saudaranya biarpun tangan-tangan itu sering mengganggu.

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Musim revolusi

Kata encik bertopi: "sapa-sapa yang dok sembelih rakyat dia, maka kuasa pemerintahannya mesti akan hilang punya".

Kita: Ohh! kalau encik bertopi buat takpa nohh, bagusla..boleh diteladani cara ni. Patutla teruk sangat yang dok jadi kot Negara-negara Arab, bukan takat lebam, mati pun ada..dah la mati, kena pijak2 pulak..hebat contoh encik ya..ramai orang ikut!

Read more...

Catatan ringkas, semalam 05/07/2011

Saksi: 2 roket buatan tempatan meletup di timur Gaza, tiada kecederaan dilaporkan.  Safa: kedengaran letupan yang kuat di timur Gaza, di samping pesawat tempur zionis berlegar-legar di ruang udara.  Bantuan Malaysia telah selesai dipunggah dari kapal di pelabuhan EL-Arish, Mesir.  Pemimpin-pemimpin Negara Eropah minta Kesatuan Eropah(EU) mengiktiraf Negara Palestin.  Protes di hadapan kedutaan Greece di Amman(Jordan) berhubung menghalang pelayaran 'flotila 2'.  Perancis berhasrat mengadakan persidangan Negara-negara penyumbang kepada Pemerintah Palestin Ramallah pada September ini.  Haniyeh dan Abbas mengucapkan takziah kepada Ketua Perisikan Mesir berhubung kematian timbalannya, Khaled Araby.  Haniyeh mengucapkan tahniah kepada Nabil El-Araby bekas Menteri Luar Mesir yang dipilih menyandang jawatan Setiausaha Agung Liga Arab.  Seorang warga haram zionis mengalami cedera ringan akibat terkena tembakan pejuang Palestin berdekatan sempadan di selatan Gaza.  Peguam Syeikh Raed Salah melawat beliau di penjara London dan persidangan kes ini ditangguhkan Jumaat akan datang.  Duta AS ke Israel: Obama akan melawat Israel, namun tidak ditentukan waktu dan tarikh.  Safa, 02:48 petang,Mesir - Abu Salmiah berkata, '2 penduduk Palestin syahid dan seorang lagi cedera dalam pengeboman meriam zionis di kampung Al-Masdar, Pertengahan Gaza'.  Haniyeh: Penangkapan ke atas Syeikh Raed Salah bukti Britain tunduk kepada rejim zionis dan hilang nilai moral juga politik.  Penjajah menangkap 6 penduduk Palestin di Tebing Barat awal pagi tadi.  Menurut sebuah gabungan armada 'flotila 2', kapal Perancis iaitu 'Karamah' telah berlepas ke Gaza meskipun pelayaran 9 buah lagi kapal masih terbantut.  HAMAS: Keselamatan Palestin di Tebing Barat memanggil soerang pemimpin kami, Ahmad Daulah lapor diri.  Desak permudahkan pelayaran 'flotila 2' ke Gaza.  Warga haram zionis menyalakan api di kawasan-kawasan di Madama.  Zakarinah: Fayyad bantah siasatan ke atas menteri-menteri yang menyeleweng.  Jabatan penjara 'Hedrayim' zionis mengasingkan 3 tahanan Palestin dari Gaza.  Penjajah memindah seorang pemberita dan aktivis NGO ke tahanan tanpa bicara.

Catatan ringkas ini bermula pada jam 01:00 petang sehingga jam 11:30 malam. Waktu catatan adalah mengikut jam Mesir dan Palestin.

Read more...

Knesset bunuh draf undang-undang Nakbah

05 Julai 2011

Laporan jam 07:55 malam, Palestin/Mekah
Jam 06:55 malam, Mesir

Speaker parlimen Knesset tidak membenarkan Pengerusi gerakan Perubahan Arab(حركة العربية للتغيير), Dr.Ahmad Tibi mengusulkan draf undang-undang yang menetapkan hukuman kepada mana-mana pertubuhan atau badan-badan yang mengingkari Nakbah Palestin.

Gambar: Ruang persidangan parlimen Knesset Israel.

Keputusan sebulat suara yang diambil mendakwa draf tersebut bertembung dengan pengenalan Israel yang diiktibarkan sebuah Negara kepada Yahudi.

Dr.Ahmad Tibi yang juga merupakan ahli parlimen Knesset Israel dalam pertemuan dengan pemberita Al-Jazeerah berkata, pembatalan undang-undang dari sudut asal-usulnya bermakna memadam riwayat sejarah Palestin. Tambah beliau, tindakan Knesset ini mencampakkan demokrasi yang dilaungkan oleh Israel di hadapan kongres Amerika dan juga di dalam Negaranya.

Gambar: Dr.Ahmad Tibi, seorang ahli politik Arab Palestin dalam jajahan 1948. Beliau terpilih menganggotai parlimen Knesset bagi menyuarakan hak Arab.

Sedemikian itu, beliau mengemukakan usul draf Nakbah dari hak perundangan sebagai membalas undang-undang yang diusulkan oleh Avigdor Lieberman(Menteri Luar penjajah), pemimpin parti Yisrael Beiteinu baru-baru ini dan ia telah diperakui.

Undang-undang tersebut menetapkan mana-mana badan atau pertubuhan yang turut serta dalam aktiviti menyambut peringatan Nakbah Palestin tidak boleh mendapat apa-apa pembiayaan dari kerajaan Israel.

Gambar: Pelarian Palestin dihalau dari tanah mereka sendiri pada tahun 1948. Sehingga hari ini, negara Palestin belum wujud meskipun Israel telah menubuhkan Negaranya yang telah mencakupi usia 61 tahun.


Beliau mengungkapkan pembatalan undang-undang dari Knesset berhubung draf tersebut sebelum ia dibentangkan adalah yang pertama.

Gambar: Avigdor Lieberman, pemimpin parti Israel berhaluan kanan 'Yisrael Beiteinu'. Avigdor menjawat Menteri Luar Israel sekarang ini.

Disebutkan, Nakbah adalah julukan nama diberi oleh Palestin sempena perang 1948 ketikamana Israel menghalau penduduk Palestin keluar dari kampung mereka, mengusir dari bandar-bandar serta menghapuskan kesan-kesan politik, perekonomian dan kebudayaan. Sumber 05/07/2011, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Syahid, cedera di Gaza dalam serangan zionis

Laporan jam 03:50 petang, Palestin, Mekah
Jam 02:50 petang, Mesir
(kemaskini jam 09:45 malam, Mesir)

GAZA - Dua penduduk Palestin dan seorang lagi cedera dalam satu serangan zionis di kawasan pertanian yang terletak di timur Mukhayyam El-Maghazi, Pertengahan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza, Genting Gaza) pada tengahari tadi.

Gambar(Al-Jazeerah): Mayat salah seorang pejuang Palestin yang menjadi mangsa serangan udara zionis.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas, Adham Abu Salmiah berkata, 'pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan menemui 2 jasad yang syahid, lantas membawa mangsa-mangsa ke hospital. Jelas beliau, mangsa yang syahid, Muhammad Saied Abu Jazar dan Kamal Abu Muammar, kedua-duanya berasal dari Khan Yunus, selatan Gaza.'

Tambahan dari agensi berita Maan, 2 mangsa yang syahid dan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Syuhada' Al-Aqsa. Menurut Maan dan Al-Jazeerah, mereka menjadi serangan udara zionis di kampung Al-Masdar, Pertengahan Semenanjung Gaza. Mangsa yang cedera pula dilaporkan kritikal.

IAF dakwa lancar serangan roket

Berhubung situasi kejadian, rejim zionis mendakwa IAF(Israel Air Force: tentera udara Israel) menyerang sekumpulan Palestin terdiri dari 5 individu yang cuba melancarkan serangan roket dari timur kem pelarian(Mukhayyam) El-Magahzi, menurut web berita Israel 'Yedioth Ahronoth'.

Jelas sumber itu, 3 penduduk Palestin yang diserang menghampiri pagar keselamatan di Pertengahan Gaza.

Dakwa lagi, operasi Palestin ini adalah yang ketiga dalam tempoh dua minggu yang lalu, sambil menyebut HAMAS membenarkan tindakan mereka.

Tentera udara zionis berkata, mana-mana serangan roket atau operasi keganasan yang menyasarkan Israel akan mendapat tentangan yang keras.

Pejuang dari Salafiah Jihadiah

Sumber web berita Al-Jazeerah menyebut bahawa dua penduduk Palestin yang syahid adalah dari Jamaah Al-Tauhid Wal-Jihad(جماعة التوحيد والجهاد), iaitu sayap senjata yang menyandarkan kumpulan mereka sebuah gerakan 'salafiah jihadiah'. Sayap tentera ini membantah seruan 'tenang'(seumpama gencatan senjata) yang diumumkan oleh sayap-sayap senjata yang lain dan turut menzahirkan pertembungannya dengan gerakan HAMAS yang mentadbir Semenanjung Gaza sejak pertengahan tahuan 2007.

Tenang dibalas tenang

Walaubagaimanapun, sayap-sayap senjata Palestin di Gaza telah menyebut bahawa mereka akan tenang selagimana rejim zionis juga mengambil langkah sedemikian. Beberapa serangan roket yang ditembak ke Israel(tanah jajahan 1948) sebelum ini ekoran rejim zionis menceroboh Gaza dan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah-rumah Palestin, sedemikian itu setelahmana sayap-sayap tentera Palestin mengumumkan 'tenang' dari operasi ketenteraan.
_______________________________________________
Berita berkaitan:

Warga haram cedera ringan kena tembak

_______________________________________________

Pengeboman zionis pada hari ini adalah serangan terawal yang mengakibatkan kehilangan nyawa di kalangan penduduk Palestin di Gaza sejak dari pertengahan Mei yang lalu. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps, web berita Maan.net, web berita ynetnews.com dan web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS