الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Askar wanita zionis dituduh memukul kanak-kanak Palestin

05 Julai 2011

Laporan jam 07:34 malam, Palestin/Mekah
Jam 06:34 petang, Mesir


UMMUL FAHM - Mahkamah Persekutuan penjajah di BaitulMaqdis petang tadi telah mengenakan pertuduhan ke atas seorang askar wanita zionis dari unit pengawal sempadan atas dakwaan mendera kanak-kanak Palestin bawah umur dan mengancam nyawanya.

Menurut siaran 10 Israel, askar wanita berkenaan mengakui pertuduhan yang dikaitkan ke atasnya di hadapan mahkamah. Sebagaimana dijadualkan, surat pertuduhan akan diserahkan kepadanya bertitik tolak dari larangan memainkan dasar perkauman.

Gambar(Safa): Tentera wanita zionis yang dituduh memukul kanak-kanak Palestin.

Jelas sumber, unit peronda pengawal sempadan telah menangkap seorang kanak-kanak Palestin(tidak didedahkan nama) pada bulan Mac 2010 dari salah sebuah sekatan zionis di BaitulMaqdis. Dalam keadaan tangannya diikat, kanak-kanak itu dibawa ke sebuah balai polis penjajah.

Sewaktu berada dalam tahanan di balai polis, kanak-kanak ini dipukul oleh tentera zionis, salah seorangnya adalah tentera wanita terbabit yang memberi ancaman menjahanamkan nyawa kanak-kanak Palestin ini. Tambahan lagi, kanak-kanak ini dibelasah teruk setelah kepalanya ditutup dengan bungkusan plastik.

Kanak-kanak ini turut diancam bunuh secara jelas ketikamana tentera zionis mengacu-acukan muncung pistol ke mukanya.

Safa menyebut, pihak berkuasa penjajah sengaja mendedahkan perjalanan pengadilan ini sebagai langkah *propaganda sedangkan memang tentera-tentera zionis menerima arahan yang jelas memukul masyarakat awam dikalangan Palestin di setiap sekatan-sekatan dan ketika melaksanakan misi geledah rumah Palestin. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps

*propaganda: Maksud di sini mengubah pandangan umum terhadap Israel bahawa Israel menjalankan demokrasi dengan baik. Hakikatnya, menurut penduduk Palestin, pengadilan ini seperti sengaja dilakukan bahkan penduduk Palestin kerap menerima tohmahan dan dipermainkan ketika melintasi di sekatan-sekatan malah tidak kurang pula dipukul dan ditangkap ketika rejim penjajah menggeledah rumah mereka.

Read more...

Warga haram cedera ringan kena tembak

Laporan 06:29 petang, Palestin/Mekah
Jam 05:29 petang, Mesir

UMMUL FAHM - Seorang warga haram zionis mengalami kecederaan yang disifatkan luka ringan ekoran keretanya menjadi sasaran tembakan dari individu-inividu bersenjata berdekatan sempadan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza, Genting Gaza).

Menurut web berita Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew, warga zionis yang cedera itu bekerja di salah sebuah lokasi kejuruteraan tentera rejim zionis. Lokasi tersebut berdekatan dengan pagar keselamatan di sempadan, namun kereta yang dinaikinya menjadi sasaran tembakan bertubi-tubi sehingga mengakibatkan dia cedera.
____________________________________________
Baca lagi:

Syahid, cedera di Gaza dalam serangan zionis
____________________________________________

Lapor sumber, kejadian itu sebaik sahaja berita mengenai serangan udara zionis yang mengakibatkan 2 pejuang Palestin syahid dan mangsa yang ketiga kritikal. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

ECSEG: Kapal Perancis menuju ke Gaza

Laporan jam 01:04 petang, Palestin/Mekah
Jam 12:04 tengahari, Mesir

PARIS - Pertubuhan The European Campaign To End The Siege On Gaza(ECSEG) menyatakan bahawa kapal Perancis, sebuah dari kapal armada 'flotila 2' telah berjaya belayar menuju ke Gaza. Sedemikian itu, pada waktu ketikamana 9 buah lagi kapal 'flotila 2' yang berlabuh di pelabuhan Greece dihalang belayar.

Kenyataan ECSEG yang diterima agensi berita 'Safa' Palestin hari ini, kapal Perancis 'Al-Karamah' telah beredar dari pelabuhan Pulau Corsica Perancis, kemudian berlabuh di sebuah pelabuhan Greece dan kini, Al-Karamah dalam pelayaran menuju ke Gaza. Jelas ECSEG, Al-Karamah berada di perairan laut antarabangsa.

ECSEG menilai bahawa Al-Karamah yang berjaya belayar ke Gaza membawa simbol seolah-olah ia mencabar pelobi zionis yang meraikan kejayaan mereka di Perancis berikutan baki dari kapal 'flotila 2' tidak dapat berlepas ke Gaza untuk menyampaikan bantuan-bantuan kepada penduduk Palestin yang dikenakan sekatan.

Gambar(Safa): Salah sebuah bot 'flotila 2' yang tidak dibenarkan belayar ke Gaza. Semalam, bot ini disekat pengawal perairan Greece dari belayar ke Gaza.

Kerajaan Greece telah mengeluarkan pendirian rasmi tidak membenarkan 9 buah kapal 'flotila 2' belayar ke Gaza, namun menawarkan barang-barang bantuan yang berada di atas kapal-kapal tersebut boleh disampaikan ke Gaza melalui pelabuhan-pelabuhan Israel, lantas tawaran ini dibantah keras oleh gabungan armada 'flotila 2'.

Gabungan armada 'flotila 2' mengumumkan bahawa konvoi kemanusiaan antarabangsa akan cuba belayar menuju ke Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza) meskipun pendirian Greece yang tidak membenarkan berbuat demikian memandangkan ia tidak bersandarkan sokongan undang-undang atau nilai moral bahkan seperti tunduk kepada tekanan Israel.


ECSEG, sebuah pertubuhan terbesar dalam 'flotila 2'

Gabungan ini turut mengesahkan bahawa larangan tidak membenarkan kapal-kapal 'flotila 2' belayar ke Gaza yang dikepung tidak akan sekali-kali dapat menghentikan usaha-usaha mereka dan pihak yang menyertai dalam 'gabungan flotila pembebasan 2' sehinggalah lembaran sekatan dan penjajahan terlerai akhirnya.

Kenyataan gabungan 'flotila 2' berkata, kerajaan Greece yang tunduk menyerah kepada tekanan dan ugutan Israel dengan menghalang pelayaran armada pembebasan, malah turut menguasai beberapa buah kapal tidak akan menjadi batu penghalang terhadap usaha-usaha yang dikerahkan pembebasan dunia demi dapat mematahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza bagi tahun kelima berturut-turut.

Berhubung larangan pelayaran 'flotila 2' ke Gaza, Kuartet Timur Tengah juga tidak bersetuju dan meminta 'flotila 2' salurkan bantuan-bantuan tersebut melalui pelabuhan-pelabuhan Israel. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Bantuan Malaysia dalam perjalanan ke Gaza

Laporan jam 08:07 pagi, Mesir

EL-ARISH, - Sumber Mesir dari Utara Sinai menerangkan bahawa Pertubuhan Bulan Sabit Merah Mesir akan memulakan memunggah barang-barang bantuan Malaysia dari kapal hari ini setelahmana kapal Malaysia menanti selama hampir dua bulan di pelabuhan El-Arish.
___________________________________________
Baca lagi:

Kapal Malaysia tunggu keizinan punggah barang
___________________________________________

Menurut agensi berita Palestin 'Wafa', kapal Malaysia menunggu keizinan membawa masuk barang-barang bantuan ke Gaza yang mencapai berat muatan 30 tan bantuan Malaysia. Bantuan tersebut terdiri daripada paip PVC untuk bantuan memulihkan sistem pembentungan yang musnah di Gaza.

Sedemikian itu, Bulan Sabit Mesir telah mempersiapkan persediaan untuk memunggah muatan dari kapal Malaysia sebelum membawa masuk ke Gaza melalui sempadan Al-Auja(terminal: Mesir-Israel-Gaza) dalam beberapa jam lagi.

Sepanjang dua bulan yang lalu, rejim zionis membantah kemasukan bantuan Malaysia kerana mendakwa paip PVC boleh digunakan membuat senjata di Gaza. Bagaimanapun, campurtangan Mesir dapat menyelesaikan konflik ini. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS