الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Fatwa Rabai harus bunuh 'pelontar batu'

14 Disember 2011

Laporan jam 01:30 petang, waktu Palestin(BaitulMaqdis)
Jam 12:30 petang, waktu Mesir

Sebuah akhbar zionis(Israel) telah mendedahkan kandungan isi surat yang dikirim oleh tiga pembesar Rabai Israel(agamawan/rabi Yahudi) kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Perang, Ehud Barak mengenai fatwa yang disepakati, harus bunuh penduduk Palestin yang melontar batu kepada tentera-tentera zionis di Tebing Barat.

"Sebahagian dari pembesar Rabai Israel telah mengeluarkan fatwa kepada tentera-tentera Israel bahawa boleh menembak penunjuk perasaan Palestin yang melontar batu dengan menggunakan peluru hidup," Kata akhbar JERUSALEM POST(JPOST) zionis.

JPOST menjelaskan, tiga orang dari pembesar Rabai Israel telah mengutuskan surat kepada Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak semalam, 13/12/2011. Kandungan surat tersebut mendesak supaya tentera Israel mengubah modus operandi ketika bertempur dengan penduduk Palestin di Tebing Barat yang melontar batu sebagaimana menurut undang-undang Yahudi, mempertahankan diri dengan apa jua perantaraan adalah diharuskan.

Demikian itu, kandungan surat dari tiga pembesar Rabai Israel, Dof Leur, Yakhim Livanin dan Alexer Rabonovitsh menyebut, "sesiapa yang menghadapi risiko dari sudut nyawa disebabkan lontaran baru mahupun sebab lain mestilah menembak orang yang menyerangnya tanpa merasa bimbang siapa yang akan mengadilinya atau senjatanya dirampas," ungkap laporan JPOST.

Dalam surat berkenaan, Rabai Israel juga mendesak agar dibenarkan Badan-badan Keselamatan di penempatan-penempatan zionis bertindak terhadap sebarang yang menimbulkan bahaya dengan cara yang sama. Sumber 14/12/2011, web berita Paltimes.net

Read more...

24 tahun HAMAS di tanah Palestin

GAZA - Sejak dari awal pagi Rabu, 14/2/2011, keriuhan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, rata-ratanya dari penyokong dan pendokong HAMAS berpusu-pusu menuju ke Dataran Katibah Al-Khadhra', pertengahan bandar Gaza. Demikian itu, bagi menyertai perayaaan ulangtahun ke-24 sempena penubuhan gerakan HAMAS di tanah Palestin.

Kelihatan para wanita memikul anak-anak kecil dengan pakaian tentera yang menunjukkan penghargaan kepada sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Perayaan ini secara rasminya bermula jam 12:30 petang, waktu Palestin(Semenanjung)/Republik Arab Mesir.

Tema perayaan pula, "Tebus Bebas..Wahai Al-Quds Kami Datang Kepadamu" yang dapat dilihat dalam bentuk replika di pentas utama.

Menurut sumber-sumber berita Palestin, menjelang tengahari, hampir 350 ribu penduduk Palestin memenuhi Dataran Katibah Al-Khadhra'. Sebuah kumpulan nasyid Al-Wa'du dari Lubnan diundang memeriahkan perayaan. Turut serta, para tahanan Palestin yang terbebas melalui perjanjian penukaran tahanan-tawanan peringkat pertama. Hari ini, nama-nama para tahanan Palestin yang akan dibebaskan pada peringkat kedua akan diumumkan melalui web rasmi penjara zionis.
_________________________________________________
Sebahagian dari rakaman perayaan ulangtahun penubuhan HAMAS tahun ke-24


_________________________________________________

Sewaktu perayaan bermula, sumber Palestin menyebut, pesawat rejim zionis melancarkan serangan gempa di ruang udara Gaza.

Tiba waktu pelancaran perasmian, pintu replika Masjid Al-Aqsa dibuka, ratusan ribu peserta yang hadir menyambut dengan laungan takbir.

Sewaktu laporan ini ditulis(jam 02:40 petang, waktu Gaza/Mesir), Ketua Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh sedang menyampaikan ucapan.

Kata beliau, "pada satu masa, HAMAS bergerak di atas lapangan dakwah, jihad dan politik."

Dalam ucapannya, beliau membuktikan bahawa pemerintahan HAMAS berjaya menggabungkan penentangan(jihad), memikul kerajaan, dan membawa arus pembangunan.

Ismail Haniyeh turut menekankan bahawa HAMAS berpegang kuat dengan penyatuan, damai Palestin(usaha baik pulih dalaman Palestin) serta memberi komitmen yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh menggapai misinya.

Di awal permulaan ucapan, beliau berkata, jalan penentangan(jihad) adalah tindakan paling strategik bagi membebaskan Palestin.

Ketika perayaan ini berlangsung, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Gaza turut melaksanakan kawalan keselamatan yang tersusun bagi memudahkan lalu lintas dan menjamin keselamatan kepada penduduk Palestin. Keselamatan dan keamanan sepanjang perayaan ini turut disokong dengan bantuan anggota sayap tentera HAMAS yang bertebaran di beberapa kawasan di Gaza. Sumber 14/12/2011, web berita Paltimes.net, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

:: liputan ::

Rakaman gambar dari sumber-sumber Palestin









Read more...

Pelampau Yahudi pasang replika Kuil Sulaiman

Laporan jam 10:51 pagi, waktu Palestin

BAITULMAQDIS - Beberapa kumpulan pelampau Yahudi telah memasang sebuah replika Kuil Sulaiman(Haikal) yang didakwa wujud setentang Masjid Al-Aqsa seiring dengan gesaan menutup Masjid Al-Aqsa kepada umat Islam yang mahu solat di Al-Aqsa.

Gambar: Replika Kuil Sulaiman.

Kata saksi kepada pemberita SAFA, beberapa buah dari kumpulan pelampau Yahudi telah memasang replika Kuil Sulaiman di atas salah sebuah bangunan yang dinamakan 'Perumahan Yahudi'. Bangunan tersebut dibina atas runtuhan Hayyu Al-Sharif yang menyelia Masjid Al-Aqsa. Jarak dari bangunan itu hanyalah beberapa meter sahaja dari Tembok Al-Buraq yang disebut oleh Yahudi 'tembok ratapan'.

Gesaan berkenaan yang telah dikeluarkan dari Majlis Rabai Yahudi sebelum ini di Akademi Penempatan Yushaq memberi alasan bahawa Arab telah mengotori tempat yang terlalu suci disisi Yahudi malahan Arab mengubah tempat berkenaan sebagai pusat kepada pembiakan pengganas dan aktiviti pelampauan, ungkap Para Rabai Yahudi.

Sedemikian itu, kumpulan-kumpulan Yahudi pernah menerbitkan rakaman propaganda dan mencetuskan kontroversi, kandungannya menyiarkan beberapa siri babak serangan dari pesawat-pesawat tempur yang menghancurkan Masjid Al-Aqsa dengan peluru-peluru misil. Kemudian sebuah kuil dibina setelah keruntuhan Masjid Al-Aqsa.

Sebagaimana disebutkan, adanya kata sepakat bangsa Yahudi dan orang agama Yahudi untuk membina kuil yang didakwa wujud dengan merobohkan Masjid Al-Aqsa. Sumber 14/12/2011, web berita Safa.ps

Mungkin ia berkaitan dengan perancangan seperti paparan dalam klip-klip di bawah:







Read more...

Pemuda cedera terkena tembakan zionis di timur Gaza

Laporan jam 10:14 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:14 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sumber perubatan Palestin berkata pagi ini, 14/12/2011, seorang pemuda berusia 22 tahun mengalami kecederaan akibat terkena tembakan tentera zionis di timur bandar Gaza.

Kata jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah kepada agensi berita SAFA, pemuda berkenaan cedera di bahagian paha dan kecederaan dialaminya berada di tahap sederhana. Berikutan itu, mangsa bekerja memburu burung.

Semalam, dua penduduk Palestin cedera akibat terkena tembak tentera zionis di sebelah utara dan pertengahan Semenanjung Gaza.

Baca lagi:
> 2 cedera akibat ditembak zionis di utara dan Gaza Tengah


Dari sudut lain, rumah-umah penduduk Palestin dan kawasan tanah pertanian menjadi sasaran tembakan dari menara-menara kawalan tentera zionis di sebelah timur kawasan Jahr El-Deik, Gaza Tengah. Kejadian yang dilaporkan ini berlaku pada pagi tadi.

Penyampai berita SAFA melaporkan, menara-menara kawalan tentera zionis yang berada di garisan sempadan Gaza Tengah tidak semena-mena melepaskan tembakan. Sehingga laporan ini diterbitkan , tiada berita mengenai kecederaan di kalangan penduduk Palestin. Sumber 14/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS