الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Zionis tangkap nelayan dan rampas perahu

18 Disember 2011

Laporan jam 04:11 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 04:11 petang, waktu Mesir

GAZA - "Tentera laut rejim zionis mengekori nelayan Palestin di laut Gaza pada waktu tengahari tadi, kemudian beberapa dari mereka telah ditangkap," demikian kata dari sumber tempatan kepada agensi berita SAFA.

Jelas sumber lagi, nelayan yang ditangkap dikenali, Imad Siyam dan anaknya. Malah perahu sampan mereka juga dirampas oleh tentera laut zionis dan dibawa ke pelabuhan Ashdod(pelabuhan Israel dalam tanah jajahan 1948).

Mutakhir ini, operasi tentera laut zionis memburu para nelayan Palestin di laut Gaza meningkat secara mendadak. Tambahan pula, pelampung besar sebagai penanda had jarak 3 batu nautika dari pantai Gaza juga telah diletakkan bagi menghalang nelayan-nelayan memburu ikan melebihi jarak yang lebih jauh.

Lakaran batas sempadan laut Gaza yang direntas oleh rejim zionis. Terkini, hanya jarak 3 batu nautika sahaja dibenarkan kepada para nelayan Palestin di Gaza untuk menjalankan aktiviti memburu ikan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Gaza, Muhammad Subhi Al-Hissi berkata, tentera laut zionis telah meletakkan pelampung-pelampung besar sebagai tanda-tanda isyarat sempadan laut di kedudukan 3 batu nautika dari pantai Gaza. Pelampung-pelampung berkenaan turut dilengkapi isyarat lampu dan alatan yang dipercayai untuk merekod dan mengawasi.

Al-Hissi menjelaskan bahawa tentera laut zionis menyampaikan memo-memo peringatan yang telah diedar kepada para nelayan jangan melepasi isyarat yang telah dihadkan, dan sesiapa yang melangkau dari isyarat tersebut, maka dirinya terdedah kepada tembakan, penangkapan serta peralatan memburu ikan dirampas.

Seperti yang disebutkan, kerajaan rejim zionis telah mengenakan sekatan laut di persisiran laut Semenanjung Gaza mengikut jarak yang berubah-ubah. Mula dari jarak yang dibenarkan memburu ikan sejauh 20 batu nautika yang dipersetujui dalam beberapa bentuk perjanjian damai, kemudian berkurangan kepada 6 batu nautika, seterusnya yang terkini hanya 3 batu nautika. Sumber 18/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Bapa dan dua anaknya cedera benda pelik meletup

Laporan jam 01:30 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 01:30 petang, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Bapa dan dua anaknya mengalami kecederaan akibat letupan dari benda pelik yang dipercayai sisa tinggalan tentera rejim zionis. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di daerah Khuza'ah, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(PALTIMES): Salah seorang dari ahli keluarga An-Najjar yang cedera.


Sebagaimana yang disebutkan, Khuza'ah sebuah kawasan yang terletak di garisan sempadan yang seringkali diancam pencerobohan terbatas zionis malahan turut diancam tembakan mesingan dan peluru meriam. Semasa perang lalu, banyak buah rumah Palestin telah dimusnahkan oleh rejim zionis.

Berhubung kecederaan, mangsa-mangsa telah dibawa ke hospital Eropah Gaza di Khan Younis.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan bahawa kejadian berlaku ketikamana mereka sedang mengutip pakaian, kemudian mereka temui kepingan tembaga, lalu meletup serta mengakibatkan mereka mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera, Muhammad An-Najjar, Sameer An-Najjar dan Ahmad An-Najjar.

Demi keselamatan nyawa dan keamanan, pihak Polis Palestin di Gaza juga telah berkali-kali mengingatkan penduduk Palestin agar tidak mendekati atau membuka sesuatu benda yang pelik. Sumber 18/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Read more...

Penjajah tangkap dua remaja Palestin

17 Disember 2011

Laporan jam 08:29 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 08:29 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Tentera penjajah(Israel Defense Forces) telah menangkap dua remaja yang merupakan penduduk asal BaitulMaqdis dari Hayyu Silwan yang terletak di dalam daerah Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa. Kejadian ini berlaku pada malam Jumaat, 16/12/2011.

Saksi kejadian menyatakan bahawa kedua-dua remaja, Muhammad Adnan Al-Kirki, 17 dan Zaid Ayub Fatihah, 17 ditangkap tentera penjajah setelahmana sekumpulan warga Yahudi memukul Al-Kirki dan Fatihah sewaktu mandi di dalam sebuah kolam di Ain Silwan.

Jelas saksi kepadap pemberita SAFA, selepas kejadian, sepasukan tentera penjajah yang disokong pihak polis tiba di tempat kejadian serta menangkap Al-kirki dan Fatihah selepas warga Yahudi membuat aduan melalui telefon.

Sebelum Al-Kirki dan Fatihah ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui, tentera penjajah pula memukul kedua-duanya dan beberapa ahli keluarga Al-Kirki dengan melampau. Sumber 17/12/2011, web berita Safa.ps dan Paltimes.net

Read more...

Syahid dalam pengeboman meriam zionis

Laporan jam 12:07 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 12:07 pagi, waktu Mesir

GAZA - Seorang penduduk Palestin, Majid Mahmud An-Nabahain, 35 telah syahid(maut) awal pagi ini dalam satu serangan zionis. Berhubung kejadian, kereta kebal zionis melepaskan meriam ke kawasan pertanian di Mukhayyam El-Bureij, Gaza Tengah pada waktu awal pagi. Seiring peluru meriam, rejim zionis juga menghujani tembakan mesingan.

Sumber tempatan berkata, Majid yang menjadi mangsa tembakan zionis dibawa ke hospital Shuhada' Al-Aqsa di Der Al-Balah akibat mengalami kecederaan yang parah. Tidak lama selepas itu, mangsa diumumkan syahid.

Jelas sumber, sebelum kejadian, mangsa berada di suatu lokasi berhampiran rumahnya yang terletak di sebelah timur Mukhayyam El-Bureij, kemudian mangsa terkena tembakan diikuti peluru meriam yang ditembak ke lokasi berkenaan.

Pada awal ketika dibawa ke hospital dan setelah diumumkan syahid, pihak perubatan tidak dapat mengenal pasti sama ada mangsa syahid akibat tembakan zionis kerana hanya bahagian muka sahaja berlumuran darah.

Penjelasan semula dari pihak perubatan di hospital Shuhada' Al-Aqsa menyebutkan bahawa mangsa yang syahid akibat letupan kuat dan mencederakan bahagian dalaman. Sumber 17/12/2011, web berita Safa.ps, web berita Maannews.net, web berita Paltimes.net berita AL-JAZEERAH

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS