الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Gaza menanti Viva Palestina

31 Disember 2009

Gambar (al-jazeerah): Di atas adalah pelan perjalanan rombongan Viva Palestina. Garisan yang berwarna biru adalah laluan asal Viva Palestina untuk memasuki Gaza, namun telah mendapat bantahan dari Mesir. Bagaimanapun, Mesir memberikan cadangan kepada Viva Palestin untuk memasuki Gaza mesti melalui Pelabuhan Allaziqiah, Syria. Laluan yang bergaris merah adalah laluan cadangan Mesir.

Sumber menyatakan rombongan Viva Palestina telah berlayar dari pelabuhan Allaziqiah, Syria menuju ke 'Arish, Mesir yang bertujuan ke Gaza bagi membuktikan simpati mereka terhadap penduduk Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Viva Palestina, Zaher Al-Birawi dalam kenyataannya berharap pihak Mesir dapat memberi perlindungan keselamatan kepada rombongan tersebut dari gangguan Israel.

"Israel akan berusaha menggagalkan pelayaran kami di laut. Dengan itu, kami tidak mempercayai Israel", ujar beliau.

Rombongan Viva Palestin dijadualkan sampai ke Pelabuhan Arish akhir minggu ini. Dinyatakan, aktivis-aktivis keamanan yang menyertai rombongan tersebut harap dapat memasuki Semenanjung Gaza sebelum 3 Januari 2010. Sumber 30/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Viva Palestin berundur dari Aqabah

29 Disember 2009

AQABAH, 29 Dis- Rombongan Viva Palestin yang terkandas di Aqabah, Jordan yang dalam perjalanan menuju ke Gaza melalui Nuweibak, Mesir akhirnya terpaksa mengikut tuntutan Mesir agar berjaya sampai ke Gaza.

Semalam, Zaher Al-Birawi, jurucakap Viva Palestin berkata rombongannya sedikit pun tidak mahu menekan Mesir berikutan Mesir berulangkali membantah Viva Palestin masuk ke Gaza melalui Nuweibak, Mesir. Walaupun, Turki mengutuskan wakilnya berjumpa dengan konsul Mesir di Aqabah untuk runding hal tersebut tetapi Mesir hanya memberikan cadangan laluan yang boleh ke Gaza iaitu melalui Allaziqiah(pelabuhan di Syria) dengan menaiki kapal laut.

Sumber melaporkan rombongan Viva Palestin telah beredar menuju ke Syria sebagaimana yang diminta oleh Mesir. Pihak Viva Palestin memberi alasan laluan dari Aqabah - pelabuhan Nuweibak(Mesir) lebih dekat dengan Gaza berbanding laluan yang diminta oleh Mesir mengambil masa selama 6 hari malah perbelanjaan perjalanan mencecah ratusan ribu dolar Amerika. Lebih gusar, jika timbul beberapa lagi prosedur yang pasti menyukarkan rombongan tersebut sampai ke Gaza dengan bekalan bantuan kemanusiaan yang dibawa untuk diberikan kepada penduduk Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.

Beberapa hari yang lalu, sekumpulan aktivis keamanan Perancis mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Perancis di Kaherah. Sumber melaporkan tunjuk perasaan tersebut sebagai protes kerana tidak dibenarkan ke Semenanjung Gaza.

Berikutan tindakan Israel yang terus mengenakan sekatan ke atas Gaza, Menteri Luar Turki berkata, 'penduduk Gaza' berada dalam sebuah penjara terbuka.

Tambah beliau, masyarakat antarabangsa dan Negara yang berjiran dengan Gaza mesti bertanggungjawab untuk membebaskan mereka dari sekatan(28/12/09, al-Jazeerah). Sumber 29/12/09, berita al-Jazeerah

Read more...

Al-Qardhawi: Tembok pemisah Mesir 'haram'

28 Disember 2009

Pengerusi Persatuan Ulamak Islam Sedunia(الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين), Dr.Yusof Al-Qardhawi dalam kenyataannya meminta Mesir menghentikan pembinaan tembok keluli yang memisahkan Mesir dengan Semenanjung Gaza. Pembinaan tembok tersebut dibina di sepanjang sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

Dr.Yusof Qardhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah 'haram di sisi syarak'.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh sumber, beliau menjelaskan pengharaman bina tembok keluli yang memisahkan antara Mesir dengan Semenanjung kerana bermaksud menutup pintu laluan(hubungan) ke atas Gaza. Malah menambahkan lagi cengkaman sekatan ke atas Gaza yang membuatkan penduduk Gaza lebih sengsara akibat kekurangan makanan dan merupakan tekanan ke atas mereka sehingga melutut kepada kehendak yang diinginkan oleh Israel.

Tambah beliau lagi, "Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)".

Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

Dr.Yusof Qardhawi menyatakan tembok yang dibina Mesir "sama sahaja seperti tembok pemisah Israel".

"Israel membina tembok pemisah untuk menjerut penduduk Palestin, apabila Mesir juga bertindak sedemikian rupa yang mendapat keuntungan adalah Israel", ujar beliau.

Sekali lagi, Dr. Yusof Qardhawi menyeru Mesir membuka sempadan Rafah kepada penduduk Gaza. Beliau berkata, "Jangan turut ikut serta menjerut dan membunuh penduduk Gaza". Berikutan itu, sempadan Rafah wajib dibuka mengikut undang-undang syarak kerana untuk memberi ruang nafas kepada mereka.

Demikian itu, penduduk Palestin di Gaza menggunakan terowong bawah tanah sebagai ganti sempadan yang tertutup sepanjang masa sehinggakan kepada rombongan bantuan kemanusiaan juga ditutup. Sekiranya penduduk Gaza turut dihalang daripada laluan bawah tanah, maknanya Mesir telah berkata kepada penduduk Gaza, "matilah kamu semua", namun kepada Israel pula seolah membantu untuk mereka hidup.

Al-Qardhawi mendesak kepada semua Negara yang bersahabat dengan Mesir supaya memberi tekanan ke atas Mesir supaya berundur dari bersekongkol melakukan jenayah yang tidak sepatutnya. Dalam masa yang sama, beliau meminta Liga Arab dan OIC(Pertubuhan Persidangan Islam) agar campur tangan bagi menghentikan bencana ini. Sumber 28/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah.

Pautan lain:

1) الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين
2) Liga Arab
web rasmi
wikipedia
3) Pertubuhan Persidangan Islam
web rasmi
wikipedia
4) Artikel penuh berkenaan kenyataan Dr.Yusof Qardhawi. Petikan ringkas dari kenyataan tersebut, lihat di bawah.

جاء هذا في بيان أصدره الشيخ القرضاوي الأحد 27/12/2009، ليتوج عددا من الفتاوى أصدرها علماء من الأزهر قبل أيام، وحرموا فيها بناء الجدار. وحرم الشيخ القرضاوي بناء الجدار الذي تقيمه مصر للقضاء على أنفاق غزة، قائلا: "إن بناء الجدار الفولاذي الذي تقيمه مصر هذه الأيام على الحدود بينها وبين غزة عمل محرَّم شرعا؛ لأن المقصود به سد كل المنافذ على غزة، للزيادة في حصارهم وتجويعهم وإذلالهم والضغط عليهم، حتى يركعوا ويستسلموا لما تريده إسرائيل".ودافع القرضاوي عن أنفاق غزة، مشيرا إلى أنها البديل عن معبر رفح الذي تغلقه مصر، قائلا: "لجأ أهل غزة إلى هذه الأنفاق ليستطيعوا أن يجدوا منها بعض البديل عن المعبر المغلق في معظم الأيام، حتى أمام قوافل الإغاثة الإنسانية.. وكأن مصر تقول لهم: موتوا، ولتحي إسرائيل

Read more...

Memperingati Setahun Rejim Israel Menyerang Semenanjung Gaza

Mereka sentiasa berperang, kita?


"Hasbiallahu wa Nikmalwakil", kemuliaan ke atas pejuang-pejuang Palestin yang berjaya mempertahankan hak dan maruah umat Islam. Seiring dengan permulaan tahun baru Islam, pasti siri catatan lepas menjadi pemangkin untuk meneliti dan membangkitkan semangat untuk terus mengorak langkah memperjuangkan risalah Islam.

27 Disember 2008, berlaku satu tragedi diluar batas dan etika kemanusiaan, pihak zionis Israel mara dengan ganas menghentam setiap sudut dan penjuru sebuah kawasan usang (Semenanjung Gaza) dengan logistik yang teramat canggih. Jentera perang Israel yang dikawal dengan 'remote' turut serta mengganyang Gaza malah membunuh ratusan penduduk Palestin Gaza. Tua, muda, kanak-kanak atau bayi tidak terlepas menerima hujan white-phosporus (fosforus putih) yang mengakibatkan cacat pada tubuh malah nyawa turut beransur pergi secara perlahan. Majoriti besar penduduk Gaza yang diserang adalah umat Islam. Sepatutnya, wujud tangan yang tampil membantu dengan kekerasan, namun penduduk Gaza terkepung. Sedang di sempadan damainya hidup, tetapi Gaza waktu itu terus menerima tentangan sengit. Kenapa mereka hanya keras berkata tetapi tindakan teramat lembik seolah-olah memberi ruang yang seluas-luasnya kepada zionis terus membaham penduduk Gaza? sambungan .. klik di sini

Sumber : web rasmi PMRAM

Read more...

Memperingati detik tentangan Israel ke atas Gaza

27 Disember 2009

Hari ini, 27/12/2009 bermakna telah genap setahun tarikh dan detik tentangan Israel ke atas Gaza. Sumber melaporkan Kerajaan Palestin di Gaza mengadakan sambutan memperingati serangan dahsyat Israel ke atas Gaza dari 27/12/2008 sehingga 18/01/2009.

Sambutan yang diadakan di hadapan bangunan Majlis Legislatif Palestin bermula sebaik sahaja siren amaran dibunyikan sebagai simbol mengingati saat serangan pertama Israel ke Gaza jam 11.20 pagi tadi(waktu Mesir). Selain itu, sumber juga menyatakan, sebuah dinding di hadapan bangunan tersebut yang dicatatkan nama-nama syuhadak turut dipamerkan kepada tatapan penduduk Gaza yang turut serta dalam upacara tersebut.

Sementara itu, keadaan di sempadan Gaza-Israel kelihatan tenang tanpa kedengaran deruan jentera perang Israel. Sebelum ini, akhbar tempatan Mesir melaporkan bahawa Israel menggugurkan memo peringatan kepada penduduk Gaza beberapa hari yang lalu. Sumber 27/12/2009, berita al-Jazeerah


kesan bahana permusuhan Israel


kekejaman dan keganasan Israel yang nyata

Sumber gambar : web berita al-Jazeerah dan worldmapfinder

Read more...

Sempena memperingati genap setahun perang Israel ke atas Gaza

26 Disember 2009

Jasad yang terbujur kaku menjadi eksperimen keganasan Israel

Israel menyerang Gaza dengan logistik senjatanya yang maksima


Genap setahun perang Israel ke atas Gaza, tragedi ini tetap dan sentiasa diingati penduduk dunia. Malah, serangan Israel ini pasti meninggalkan kesan trauma ke atas Israel dan sekutunya. Kenapa Israel dan sekutunya yang trauma? Bagaimanapun, wajah-wajah pejuang dan mangsa kekejaman Israel tetap dipandang mulia kerana mereka mempertahankan hak mereka dari cengkaman kejam Israel yang disokong sekutunya.

Sempena memperingati perang Israel ke atas Gaza, beberapa pertubuhan dunia(NGO) meminta mereka yang berhampiran dengan NGO tersebut menyertai tunjuk perasaan sebagai bantahan ke atas tindakan Israel yang menyerang Gaza.

Antaranya, Pertubuhan Hak-hak Asasi Britain mengajak menyertai perhimpunan di hadapan kedutaan Israel di London pada esok hari.

Pada hari ini, sumber menyatakan penduduk Jepun telah mengadakan tunjuk perasaan berhubung memperingati genap setahun perang Israel ke atas Gaza. Dilaporkan, tunjuk perasaan tersebut diadakan di Tokyo.

Selain itu, Badan-badan Pertubuhan di Amerika Syarikat turut mewar-warkan pihaknya akan mengadakan tunjuk perasaan pada esok hari di bandar New York. Sumber 25-26/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

______________________

27 DISEMBER 2008
Israel telah memahatkan catatan keganasannya dalam sejarah dunia. Catatan keganasan ini tidak akan terhenti, mata pena ini terus bergerak.

________________________

Jangan rahsiakan tarikh tersebut dari generasi akan datang. Biarkan mereka tahu bagaimana ganasnya Israel yang wujud dan merampas tanah Palestin. Jangan pula berlagak 'dayus' untuk tidak bercerita bahawa keganasan Israel turut disokong oleh sekutu Israel. Siapakah sekutu Israel? Kita lihat, kita tahu, kita baca dan mengerti. Moga kita tidak buta mata dan hati, alangkah sedihnya jika kita buta sejarah.

Read more...

Tunjuk perasaan tentang pembinaan tembok keluli


Karikatur(sumber web berita al-Jazeerah): Sekatan ke atas Gaza pada waktu ini terlalu memeritkan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Mereka saudara seagama kita, mereka satu akidah dengan kita. Maka bantuan yang sewajarnya amat diperlukan untuk membantu mereka yang boleh digambarkan, ketika kita sedap menjamah makanan yang dihidang hadapan kita, mereka belum tentu dapat menjamah sesuap nasi kerana sekatan Israel ke atas mereka terlalu dahsyat. Walaupun, Mesir mendakwa pembinaan tembok keluli ini adalah bagi menjamin keselamatan dan keamanan tanahnya, namun satu-satunya Negara umat Islam yang paling rapat dengan Gaza adalah Mesir wajib memberi bantuan yang diperlukan bagi memelihara 1.5 juta nyawa yang masih menghirup udara kotor akibat kimia peluru Israel. Wajarkah hanya dengan alasan Gaza dikuasai HAMAS, malah HAMAS tidak patuh kepada syarat-syarat EU(Kesatuan Eropah) dan permintaan Amerika Syarikat, tambah perit lagi HAMAS dituduh merampas kuasa kerana menguasai Gaza..maka penduduk Gaza mesti menerima hukuman sebegini. Jika Gaza masih ditekan sebegitu rupa, percayalah bahawa mereka yang ikhlas untuk bebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi dan sekutunya tidak akan mudah dihapuskan malah semangat mereka tetap bangkit..lebih menggerunkan jiwa-jiwa pemuda-pemudi Islam turut lahir. Maka, kelahiran mereka bukan sesuatu yang biasa tetapi petanda bahawa kezaliman dan taghut bakal berakhir.

Satu tunjuk perasaan diadakan yang disertai ribuan penduduk Palestin di bandar Gaza petang semalam(jumaat) sebagai tanda protes pembinaan tembok keluli Mesir.

Sumber menyatakan, tunjuk perasaan itu adalah seruan dari HAMAS sebaik sahaja selesai solat jumaat di salah sebuah masjid di Gaza. Penduduk Palestin Gaza yang berkumpul di dataran Palestin mendesak dan mengkritik Mesir yang membina tembok tersebut.

Gambar: Antara tempat sasaran pembinaan tembok keluli Mesir

Jurucakap HAMAS, Hamad Reqab berkata di akhir tunjuk perasaan itu bahawa "tunjuk perasaan ini adalah sebagai satu bantahan pembinaan tembok maut, malah cara yang mengetatkan lagi sekatan ke atas penduduk Gaza yang terkepung".

Hamad juga mendesak Mesir supaya tidak tunduk kepada tekanan Amerika, juga hentikan pembinaan tembok keluli yang dianggap sebagai turut serta mengenakan sekatan ke atas Gaza.

Beliau berkata lagi, "bahawa HAMAS tetap mengambil berat keamanan Mesir, bagaimanapun keselamatan yang ampuh adalah ketika wujudnya barisan penentangan yang terkuat di Gaza dan Palestin juga terjaga".

Sumber 26/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Viva Palestin belum dapat izin

Sumber hari ini melaporkan bahawa rombongan Viva Palestin yang bertujuan membantu meringankan bebanan penduduk Semenanjung Gaza masih terkandas di Teluk Aqabah, Jordan.

Desas-desus mengatakan, Mesir tidak mengizinkan rombongan tersebut meniti ke Nuweibak, Mesir untuk ke Semenanjung Gaza yang bersempadan dengan tanah Mesir.

Semalam, rombongan tersebut mendakwa Mesir menggagalkan perjalanan Viva Palestin ke Gaza. Namun berlaku jawab balas kenyataan dengan pihak Mesir.

Dalam kenyataan Mesir melalui jurucakap Kementerian Luar, Husam Zaki berkata Mesir telah menetapkan laluan perjalanan kepada Viva Palestin sebelum ini namun ada perubahan bagi pihak tersebut memasuki Mesir adalah berkait dengan ketetapan rasmi(tidak boleh dipertikai).

Sebelum itu, George Galloway berkata, Pihak Keamanan Mesir telah memaklumkan kepada syarikat yang mengendalikan pengangkutan ke Nuweibak, Mesir bahawa pihak Mesir membantah rombongan tersebut. Pun begitu, masih ada lagi syarat untuk memasuki Gaza adalah melalui 'Arish.

Bagaimanapun, Galloway menjelaskan pihak Mesir lambat memaklumkan syarat tersebut kepada pihaknya dan mereka(Viva Palestin) tidak mampu untuk mengikuti tuntutan yang diminta.

Sehingga hari ini, berbagai-bagai kenyataan berhubung memberi izin Viva Palestin masuk ke Mesir untuk ke Semenanjung Gaza.

Agak menyenangkan pihak Viva Palestin apabila utusan Turki mewakili Perdana Menteri Turki, Receip Tayyib Erdogan berjumpa dengan konsul Mesir di 'Aqabah sebagai perantaraan untuk memudahkan Viva Palestin ke Gaza.

Terkini, beberapa jam yang lalu, sumber menyatakan, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit dalam kenyataannya bahawa sempadan Rafah akan dibuka bagi laluan Viva Palestin ke Gaza sehingga 6 Januari akan datang. Sekiranya rombongan tersebut tidak memasuki Mesir sebelum 3 Januari, maka rombongan tersebut tidak akan diberikan keizinan masuk ke Mesir walau apapun tekanan. Sumber 25-26/12/09, berita al-Jazeerah

Read more...

6 Palestin syahid

Tentera Israel dilaporkan menceroboh beberapa buah rumah penduduk Palestin di Nablus, Tebing Barat. Sumber melaporkan, pencerobohan tersebut adalah operasi ketenteraan Israel yang berlarutan sehingga jam 7.00 pagi tadi(waktu Mesir).

Sumber menyatakan, tentera Israel yang menceroboh rumah penduduk Palestin melepaskan tembakan secara rambang. Dalam operasi tersebut, 3 pejuang Palestin dari kumpulan KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) syahid apabila ditembak tentera Israel. Menurut sumber, salah seorang pejuang yang syahid itu ditembak dalam rumahnya di hadapan anak-anak dan isterinya. As-syahid(رائد السركجي) gambar yang dibebaskan dari penjara Israel 6 bulan yang lalu telah menjalani hukuman penjara selama 6 tahun di penjara Israel. Bagaimanapun, tentera Israel tidak mengulas panjang berkenaan operasi tersebut, namun sumber hanya menyebutkan tindakan tentera Israel ekoran seorang penduduk Israel yang ditembak mati oleh pejuang Palestin pada 24/12/09.

SYUHADA AL-AQSA janji balas serangan ke atas Israel

Serangan Israel yang dikatakan jenayah akan menerima serang balas. Jurucakap kumpulan SYAHID YASEER ARAFAT di Tebing Barat, iaitu Abu Mahmud selaku pemimpin umum dalam kenyataannya menjanjikan serangan balas ke atas 6 penduduk Palestin yang syahid dalam serangan ganas Israel.

Di utara Semenanjung Gaza pula, 3 penduduk Palestin syahid akibat ditembak tentera Israel di sempadan Erez. Laporan dari tentera Israel menyatakan, ketiga-tiga penduduk Palestin itu cuba menerobos masuk ke Israel melalui sempadan yang menghubungkan antara Semenanjung Gaza dengan Israel. Sumber 26/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah


MENJELANG SETAHUN PERANG ISRAEL KE ATAS GAZA (27 Disember 2008)

Read more...

Viva Palestin takkan pulang

24 Disember 2009

Rombongan Viva Palestin masih berusaha untuk ke Gaza. Semalam, George Galloway berkata bagi pihak Viva Palestin bahawa rombongannya tidak akan pulang selagimana bantuan kemanusiaan tidak diberikan kepada penduduk Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.

Sumber melaporkan rombongan Viva Palestin telah sampai ke Aqabah. Sebelum itu, Jordan turut berjanji dengan memberikan prosedur menyenangkan rombongan tersebut sampai ke sempadan antarabangsa sebelum ke Nuweibak, Mesir. Sumber 23-24/12/09, berita al-Jazeerah

Read more...

Viva Palestin belum mendapat keizinan ke Gaza melalui Mesir

23 Disember 2009

Menurut sumber, sebuah rombongan aktivis yang disertai kumpulan aktivis seluruh dunia telah berada di Syria menuju ke Gaza.

Rombongan yang dinamakan viva Palestin bertujuan membantu penduduk Palestin Gaza dengan bekalan bantuan yang dibawa.

George Galloway, salah seorang ahli parlimen Britain dalam kenyataannya merayu kepada Presiden Mesir, Housni Mubarak supaya mengizinkan rombongan tersebut dapat masuk ke Semenanjung Gaza melalui Mesir.

Sehingga kini, Mesir membantah untuk memberi keizinan kepada rombongan tersebut ke Gaza melalui sempadan Mesir. Sumber 23/12/09, berita al-Jazeerah

Read more...

Gaza kecewa

22 Disember 2009

Badan-badan Pertubuhan(NGO) dunia menuding masyarakat antarabangsa meninggalkan Gaza dalam kekecewaan kerana Israel terus mengenakan 'sekatan' ke atas Gaza.

Menurut 16 buah kumpulan NGO itu, sejak perang berakhir, Israel hanya membenarkan 41 buah trak pengangkut membawa muatan bahan binaan masuk ke Semenanjung Gaza.

Jeremy Horbers, Pengerusi Perlaksanan bagi sebuah NGO, OXFAM menyatakan bukan Israel sahaja yang mengenakan 'sekatan' ke atas semua penduduk yang berada dalam sempadan Gaza, malah kuasa dunia(metod bahasa menggambarkan Negara berpengaruh) turut mengecewakan seperti mengkhianati penduduk Gaza.

Kata beliau lagi, mereka hanya tegas dalam kenyataan akhbar tanpa bertindak secara serius bagi mengubah suasana politik yang menjejaskan penduduk Gaza; tidak benar bahan binaan ke Gaza, rawatan kemanusiaan dan menyelamatkan ekonomi. Sumber 22/12/09, berita al-Jazeerah dan suratkhabar Al-Ahram

Read more...

Amerika salur bantuan kewangan kepada Palestin dan Israel

AMMAN(agensi berita)-Israel mengumumkan semalam bahawa Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat telah bersetuju memperuntukkan sejumlah dana untuk bantuan kepada pihak luar pada 2010.

Bantuan keselamatan kepada Israel yang dinyatakan adalah sebanyak USD2,775 bilion.

Akhbar 'Israel-Youm' pula melaporkan bantuan kewangan yang akan diberikan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah sebanyak USD100 juta buat kali pertama; tujuannya adalah membiayai latihan pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat. Latihan tersebut di bawah seliaan Jeneral Amerika, Keith Dayton. Bagaimanapun, akhbar tersebut menjelaskan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin dengan syarat kesemua Menteri-menteri Palestin menyetujui syarat Lajnah Kuartet Empat. Sumber 22/12/09, suratkhabar Al-Wafd

Read more...

Israel tangkap 9 Palestin, Shalit dalam usaha dibebaskan


Sumber melaporkan bahawa sepasukan tentera Israel telah menangkap 9 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Sementara itu, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dalam pertemuan dengan menteri kabinetnya berharap usaha rundingan berhubung tukar tahanan diteruskan.

Masa ini, rundingan tukar tahanan antara Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan HAMAS dengan ratusan tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara Israel adalah di bawah perantaraan Jerman.

Menurut REUTERS melalui al-Jazeerah, bahawa wakil Jerman akan menyerahkan jawapan akhir Israel kepada HAMAS. Dilaporkan, wakil Jerman telah sampai ke Semenanjung Gaza dan Israel menanti jawapan HAMAS. Sebelum itu, HAMAS menyatakan harapan supaya menerima tuntutannya bagi membebaskan Shalit. Antara tuntutan HAMAS, Israel mesti bebaskan tahanan Palestin(nama yang dituntut) yang dihukum penjara seumur hidup. Sumber 22/12/09, berita al-jazeerah

Read more...

Gaza kecewa


NGO dunia menuding masyarakat antarabangsa meninggalkan Gaza dalam kekecewaan kerana membiarkan Israel terus mengenakan 'sekatan' ke atas Gaza.

Menurut 16 buah kumpulan NGO itu, sejak perang berakhir, Israel hanya membenarkan 41 buah trak pengangkut muatan bahan binaan masuk ke Semenanjung Gaza.

Jeremy Horbers, Pengerusi Perlaksanan bagi sebuah NGO, OXFAM menyatakan bukan Israel sahaja yang mengenakan 'sekatan' ke atas semua penduduk yang berada dalam sempadan Gaza, malah kuasa dunia(metod bahasa menggambarkan Negara berpengaruh) turut mengecewakan seolah-olah mengkhianati penduduk Gaza. Mereka hanya tegas dalam kenyataan akhbar tanpa ada tindakan serius bagi mengubah suasana politik yang menjejaskan penduduk Gaza; tidak benar bahan binaan ke Gaza, rawatan kemanusiaan dan menyelamatkan ekonomi. Sumber 22/12/09, berita al-Jazeerah dan suratkhabar Al-Ahram

Read more...

Catatan MAP


Israel tangkap 9 Palestin, Shalit dalam usaha dibebaskan

Sumber melaporkan bahawa pasukan tentera Israel telah menangkap 9 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Sementara itu, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dalam pertemuan dengan menteri kabinetnya berharap usaha rundingan berhubung tukar tahanan diteruskan.

Masa ini, rundingan tukar tahanan antara Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan HAMAS dengan ratusan tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara Israel adalah di bawah perantaraan Jerman.

Menurut REUTERS melalui al-Jazeerah, bahawa wakil Jerman akan menyerahkan jawapan akhir Israel kepada HAMAS. Dilaporkan, wakil Jerman telah sampai ke Semenanjung Gaza dan Israel menanti jawapan HAMAS. Sebelum itu, HAMAS menyatakan harapan supaya menerima tuntutannya bagi membebaskan Shalit. Antara tuntutan HAMAS, Israel mesti bebaskan tahanan Palestin(nama yang dituntut) yang dihukum penjara seumur hidup. Sumber 22/12/09, berita al-jazeerah

Read more...

Amerika salur bantuan kewangan kepada Palestin dan Israel


AMMAN-Israel mengumumkan semalam bahawa Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat telah bersetuju memperuntukkan sejumlah dana untuk bantuan pihak luar pada 2010.

Bantuan keselamatan kepada Israel yang dinyatakan adalah sebanyak USD2,775 bilion.

Akhbar 'Israel-Youm' pula melaporkan bantuan kewangan yang akan diberikan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah sebanyak USD100 juta buat kali pertama; tujuannya adalah pembiayaan melatih pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat. Latihan tersebut di bawah seliaan Jeneral Amerika, Keith Dayton. Bagaimanapun, akhbar tersebut menjelaskan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin dengan syarat kesemua Menteri-menteri Palestin menyetujui syarat Lajnah Kuartet Empat. Sumber 22/12/09, suratkhabar Al-Wafd

Read more...

Kerja pembinaan tembok keluli


Menurut sumber dari sebuah akhbar tempatan 'alwafd' bertarikh 22/12/09 bahawa tujuan Mesir membina tembok keluli adalah bagi menjaga keamanannya di sempadan Mesir - Gaza.

Read more...

Israel ceroboh utara Gaza

20 Disember 2009

Sumber dari sebuah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB ALWIYAH NASER SALAHUDDIN mengumumkan bahawa kumpulan pejuangnya bertempur dengan sepasukan tentera Israel yang menceroboh kawasan di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Laporan akhbar kumpulan tersebut berkata, pejuang-pejuang dari kumpulannyaa menyergah(metod bahasa) tentera Israel dengan tembakan dari senjata berat dan ringan. Pertempuran itu berlangsung selama 15 minit, malah mengesahkan pihak pejuang Palestin di Gaza bersedia setiap masa menghadapi sebarang tentangan dan pencerobohan tentera Israel.

Menurut sumber, Israel belum mengeluarkan lagi apa-apa kenyataan berhubung pihaknya menceroboh Gaza.

Dinyatakan, Israel melancarkan operasi ketenteraan di kawasan persempadanan antara Gaza-Israel yang mengambil tempoh masa hampir sehari. Tentera Israel melakukan operasi hendapan dan kewujudan buldozer yang meratakan tanah pertaniah Palestin.

Sementara itu, di Tebing Barat pula sekumpulan pelampau Yahudi menyerang sebuah rumah penduduk Palestin di Hayyu Syeikh Jarah, timur al-Quds. Dalam kejadian itu, 2 kanak-kanak Palestin dan seorang jurugambar parah akibat serangan pihak pelampau. Sumber 20/12/09, suratkhabar Misril-Youm

Read more...

Tembok 'keluli' Mesir bawah tanah

Masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza masih belum bebas dari sekatan Israel. Penderitaan mereka di sana yang dicengkam tembok pemisah Gaza-Israel turut mengancam aktiviti perekonomian dan perhubungan dengan dunia luar. Bagaimanapun, Negara Islam yang paling rapat dengan Gaza, iaitu Mesir dilaporkan juga akan membina tembok pemisah antara Mesir-Semenanjung Gaza.

Gambar : Seorang anggota keselamatan Palestin, Kerajaan Palestin Gaza memantau sebahagian kawasan yang bersempadan antara Gaza-Mesir (al-jazeerah)

Sebagaimana sumber dari sebuah web berita Israel(Haaretz) menyatakan, Mesir akan membina tembok pemisah yang diperbuat dari keluli. Dijelaskan, tembok tersebut dibina sepanjang sempadan yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir. Dianggarkan, kepanjangan tembok itu 10 kilometer dan kedalaman bawah tanah pula sedalam 20-30 meter. (berita al-jazeerah, 11/12/09)

Haaretz menjelaskan, pembinaan tembok itu adalah bagi menghalang 'penyeludupan'. Wakil Mesir(bukan suara rasmi kerajaan) yang memberi respon berhubung laporan Haaretz itu menafikan tindakan Mesir yang membina tembok tersebut.

Ternyata, pembinaan tembok pemisah ini telah menjadi topik perbualan dan perdebatan yang boleh meningkatkan ketegangan antara pihak yang menyokong dan membangkang pembinaan tersebut.

Sumber(16/12/09) dari wakil Amerika, iaitu Jeffrey Filtman, salah seorang Pembantu Menteri Luar Amerika Syarikat dalam satu ruangan khas di al-jazeerah berkata, Mesir yang membuat keputusan membina tembok pemisah antara Gaza-Mesir.

Perdebatan sengit

Perdebatan berhubung pembinaan tembok tersebut turut menjadi isu penting di kalangan ahli-ahli parlimen Mesir. Ahli-ahli Parlimen Mesir mengkritik dan mengecam tindakan Kerajaan Mesir dan menuntut penjelasan berhubung pembinaan tembok itu. Di samping itu, ahli-ahli Parlimen yang beraliran islamik mendesak supaya Kerajaan menjelaskan pendiriannya berhubung pembinaan tembok keluli yang dibina di bawah tanah. (al-jazeerah, 17/12/09)

Di pihak Media Kerajaan pula mempertahankan pembinaan tembok tersebut yang disifatkan, pembinaan tembok ini adalah 'ketetapan yang rasmi'(tidak boleh dipertikai).

Pun begitu, seperti yang dilaporkan, Kerajaan Mesir masih tidak mengesahkan pembinaan tembok dan tidak menafikan setiap laporan yang menghebahkan tentang pembinaan tembok itu.

Kontraktor Mesir ditembak

Sumber melaporkan sekumpulan yang dipercayai Palestin yang bersenjata melepaskan tembakan ke arah kontraktor Mesir yang sedang melaksanakan projek pembinaan tembok keluli di sempadan Mesir-Gaza.

Dinyatakan, sebab serangan itu kerana kawasan yang digali untuk tembok keluli adalah kawasan utama bagi terowong bawah tanah. (berita al-jazeerah, 19/12/09)

Pendirian HAMAS dan FATAH

Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(telah tamat tempoh menurut HAMAS, dan telah dilanjutkan penggal presidennya dalam Mesyuarat Jawankuasa Pusat PLO 15-16/12/09, Ramallah) dalam kenyataannya menyokong tindakan Mesir bagi menjaga sempadan yang menghubungkan antara Mesir-Gaza.

Bagaimanapun, di pihak HAMAS meminta Mesir agar tidak mengambil pendekatan yang sedemikian kerana menambahkan lagi sekatan ke atas Gaza. HAMAS turut mengkritik Mesir yang membina tembok keluli itu. Jelas HAMAS, Semenanjung Gaza tidak menimbulkan bahaya kepada Mesir.

Sumber rujukan 11-20/12/09, berita al-jazeerah, web berita al-jazeerah dan suratkhabar Misril-Youm

Read more...

'Guardian' hebah tentang kerjasama CIA dengan Pihak Keselamatan Palestin

18 Disember 2009

Sebuah web berita, iaitu 'Guardian' melaporkan dalam ruangan artikelnya berhubung kerjasama CIA dengan Pihak Keselamatan Palestin. Menurut sumber, bentuk kerjasama itu adalah 'cara penyiksaan' ke atas tahanan(Palestin) yang berada dalam penjara Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat.


Bagaimanapun, jurucakap rasmi Polis Palestin di Tebing Barat berkata, "apa yang dilaporkan(hebah) oleh Guardian tidak benar". Begitu juga sumber menyatakan, pihak Amerika Syarikat juga menafikan kebenaran laporan tersebut. Sebaliknya, HAMAS(Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza) mengakui dan mengesahkan bahawa laporan yang diterbitkan Guardian itu adalah maklumat yang benar. Sumber 17-18/12/09, berita Al-Jazeerah


Read more...

Empayar Mesir

14 November 2009

1) Bait al-Maqdis berada di bawah pemerintahan Mesir pada zaman Tahtumus ke-3 pada 1479 sm.

2) Zaman Tembaga Terakhir (1550-1200 sm) dimulai dengan keruntuhan kekuasaan Haxsos dan Palestin berada di bawah kuasa Mesir secara mutlak.

Read more...

Kan'an Yabus

1) Bangsa Kan’an Yabus adalah yang terawal menduduki Palestin.

2) Mereka telah membina Bait al-Maqdis sekitar tahun 2,500 sm selepas mereka berhijrah dari utara semenanjung Arab.

3) Bersama mereka adalah kaum Aram dan Finicia. Lama-kelamaan timbullah tiga bahasa iaitu Kan’an, Aram(bahasa Nabi Isa A.S) dan arab.

4) Bait al-Maqdis menjadi pusat ketamadunan bagi bangsa Kan’an Yabus. Bandar baru yang diasaskan oleh mereka seperti Usdud, Aka dan Gaza.

5) Mereka turut membina kuil bagi penyembahan Tuhan dan menganggap Bait al-Maqdis adalah Bandar suci.

6) Pada 1,200 sm, kaum Palesta menyerang mereka.



Read more...

Ringkasan sejarah Palestin : Zaman awal

1) Peninggalan arkeologi yang dirujuk kepada zaman batu purba ‘Ancient Stone Age’ (500 ribu-14 ribu S.M), zaman batu pertengahan ‘The Middle Stone Age’ (14 ribu-8ribu S.M).

2) Terdapat peradaban ‘al-Nathufiyyah’ yang dikaitkan dengan gua-gua al-Natoof di sebelah utara al-Quds(Jerusalem sekarang). Bangsa ini masih belum diketahui hingga sekarang. Bagaimanapun, peradaban mereka tertumpu di Wilayah pesisir, dan gua-gua. Seperti yang terdapat di gunung Karmel.

3) Permulaan seribu ketiga sebelum masihi, zaman ini mempunyai kelebihan yang lain dengan munculnya kerajaan-kerajaan kuno di Timur.

4) Di sini bermula zaman sejarah.


Read more...

Israel serang terowong bawah tanah

14 Oktober 2009

Dua penduduk Palestin parah dalam satu serangan Israel di selatan Gaza. Menurut sumber, Israel menyerang sebuah kawasan yang dipercayai terdapat terowong bawah tanah di Rafah yang bersempadanan dengan Mesir. Sumber 14/10/09, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Al-aqsa dikepung

04 Oktober 2009

Terkini jam 3.36 petang (Malaysia)/ 11.36 pagi (Palestin/Mesir) : Pihak tentera zionis mengepung Masjid Al-Aqsa. Sumber turut menyatakan, maklumat yang diterima bahawa pihak pelampau Israel berniat memasuki Al-Aqsa.

Sebagaimana yang dilaporkan, pihak zionis telah menangkap Hatim Abd Qadir (Fatah), selaku pihak yang bertanggungjawab bagi permasalahan Al-Quds ketika beliau berada berhampiran Masjid Al-Aqsa pagi tadi (ahad). Sumber 04/10/09, web berita Shehab.ps

Read more...

Israel bebas 19 Palestin

02 Oktober 2009

Tukar rakaman video Shalit

Israel bebaskan 19 wanita Palestin

Sebentar tadi, Pemerintah Israel telah membebaskan 19 wanita Palestin dari salah satu penjara Israel. Pembebasan tersebut adalah rentetan daripada tercapainya satu dokumen perjanjian yang dimeterai pihak pengantaraan iaitu Jerman. Dijelaskan, dokumen perjanjian itu menghendaki pembebasan 20 wanita Palestin ditukar dengan rakaman video (klip video) yang memaparkan keadaan Gilad Shalit, iaitu seorang tentera Israel yang kini berada dalam tawanan pejuang Palestin, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera HAMAS). Sumber 02/10/09, web berita Al-Jazeerah






Sumber gambar dari :
[Last update - 15:44 02/10/2009
IN PICTURES / Israel trades prisoners for Gilad Shalit video
]

Klip video Gilad Shalit :
Klik di sini >> Shalit


Read more...

Mahkamah UK tangguh tawaran rakyat palestin untuk menahan Ehud Barak

01 Oktober 2009

Last update - 21:55 29/09/2009

Haaretz.com

Mahkamah United Kingdom pada hari Selasa ditangguhkan sehingga notis selanjutnya dikemukakan kumpulan pro-Palestin berhubung permohonan mereka untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Pertahanan Israel- Ehud Barak.

Persoalan mengenai adakah isu tersebut akan mendapat perhatian untuk dipertimbangkan masih belum jelas lagi memandangkan pegawai pertahanan tertinggi Israel itu masih berada di Britain.

Menurut sumber terdekat dengan Barak, Menteri Luar British meyarankan mahkamah London agar mengendalikan permohonan terkini itu dengan kaedah yang sama seperti ketika permohonan yang dibuat pada 2004 antara Israel dengan Menteri Pertahanan, Shaul Mofaz. Pada masa itu, Mofaz telah diberi perlindungan daripada percubaan dan tahanan antarabangsa- sebagai set contoh oleh mahkamah British, yang mana telah diberi perlindungan sebegitu hanya kepada Menteri Luar atau Ketua Menteri.

Kumpulan penyokong Barak berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada mahkamah akan menerima permohonan perlindungan oleh Menteri Luar British. Sementara itu, Israel telah merangka misi diplomatik untuk melindungi Menteri Pertahanan sebelum mahkamah membuat keputusan. Sekumpulan Palestin di Britain berhajat pada awal Selasa untuk memperoleh waran bagi Barak memandangkan beliau membuat lawatan ke United Kingdom untuk berbincang dengan pegawai atasan.

Sekumpulan Palestin telah membuat permohonan di Mahkamah Westminster Magistrates, yang mana telah dilaporkan oleh akhbar British The Daily Telegraph, berkaitan dengan tuduhan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel pada perang dingin terhadap Hamas di Gaza.

Biro Barak menyiarkan sebagai tindakbalas terhadap usul di mana Menteri Pertahanan tidak berniat untuk mengubah rancangan beliau. “Tiada waran tahanan yang telah dikeluarkankan,dan dalam mana-mana peristiwa, beliau mempunyai perlindungan berikutan beliau merupakan menteri dalam kerajaan”, jelas Biro dalam satu kenyataan. Dengan itu, program beliau akan berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Barak bakal berucap di seminar tahunan parti Buruh Britain pada hari Selasa, pada acara pemberian faedah tambahan bagi ahli parti Buruh di lobi Israel. Beliau juga mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dan setiusaha luar, David Miliband, sempena lawatan beliau.

Permohonan untuk penahanan Menteri Pertahanan timbul setelah Richard Goldstone, penulis bagi United Nations melaporkan mengenai serangan Israel Gaza, memberitahu Persidangan Hak Asasi Manusia di Geneva pada hari Selasa yang mana melaporkan kekurangan tanggungjawab bagi jenayah perang yang terlibat di Timur Tengah telah mematahkan harapan damai bagi daerah tersebut. Dalam bulan jun, Mahkamah Nasional Spain telah memutuskan untuk mengenepikan penyiasatan yang dilancarkan oleh salah seorang hakim mereka kepada kes serangan udara pada Julai 2002 oleh tentera pertahanan Israel ke atas Hamas dalam jalur Gaza. Nama-nama suspek yang dikemukan oleh hakim Spanish Fernando Andreu pada masa itu termasuklah bekas Menteri Pertahanan Benjamin Ben-Eliezer dan enam bekas pegawai IDF atau pegawai keselamatan.


Artikel di atas adalah terjemahan dari web berita Ha'aretz.com.
Berita asal [U.K. court defers Palestinian bid to arrest Ehud Barak]

Read more...

Israel halang Palestin ke Masjid Al-Aqsa

28 September 2009

Terkini, jam 1.45 petang (Malaysia)/ 7.45 pagi (Palestin/Mesir): Penakluk (Israel) mengawal ketat dan menutup pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa dari dimasuki ribuan warga Palestin. Dalam operasi itu, tentera Israel turut melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah warga Palestin. Sumber 28/09/09, web berita Shehab.ps

Read more...

Israel dihantui serangan roket

26 September 2009

Terkini, jam 4.15 petang (Malaysia)/ 10.15 pagi (Palestin/Mesir): Pihak penjajah (Israel) memberikan taklimat keselamatan kepada warga Israel. Taklimat tersebut adalah rentetan sebagai persediaan menghadapi gelombang serangan roket kumpulan pejuang Palestin, JIHAD ISLAMI berikutan 3 pejuang dari SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI yang syahid dalam satu serangan Israel semalam di Semenanjung Gaza semalam (25/09/09). Sumber 26/09/09, web berita Shehab.ps


Kemaskini jam 9.50 malam (Malaysia)/ 3.50 petang (Palestin/Mesir) : Sumber perubatan melaporkan bahawa 17 penduduk Palestin parah dalam satu kejadian serangan dari pihak penakluk (Israel). Dijelaskan, serangan Israel itu ketika penduduk mengiringi jenazah. Sumber 26/09/09, web berita Shehab.ps


3 pejuang SARAYA AL-QUDS syahid (sumber asal berita)

Sebuah kereta yang dinaiki 3 pejuang SARAYA AL-QUDS (sayap tentera kumpulan JIHAD ISLAMI) dibedil pesawat tempur Israel malam semalam di Hayyu Tufah, Gaza.

Berikutan kejadian itu, 3 pejuang tersebut syahid. Mereka ialah Kamil Dahduh, Mahmud Al-Bina dan Mohammad Marshud.

Berkata Mu'awiyah Husnain, Pengarah Am Bahagian Kecemasan di Kementerian Kesihatan kepada agensi berita bahawa mayat 3 pejuang itu dibawa ke hospital dalam keadaan serpihan kerana letupan yang kuat dari bedilan Israel.

Komander SARAYA AL-QUDS, Abu Ahmad menyatakan bahawa pengeboman yang dilancarkan Israel membuka peluang kepada kumpulan pejuangnya dan semua kumpulan pejuang bagi membalas permusuhan Israel.

"Pengeboman ini tidak akan berlaku jika tidak ada pertemuan Mahmoud Abbas dengan pihak penakluk", jelas beliau.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan membalas segera serangan Israel itu. Sumber 26/09/09 jam 3.22 pagi, web berita Shehab.ps

Sumber terus melaporkan bahawa pihak Palestin melancarkan serangan roket buatan tempatan ke arah penempatan Israel, Ushkul.

Read more...

Roket jenis al-Qassam gugur di selatan Israel

24 September 2009

Laporan dari akhbar Israel hari ini memaparkan, satu serangan roket yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza telah jatuh ke sebuah kawasan lapang di Ushkul, selatan Israel.

Sumber menyatakan, berita tersebut dipetik dari sebuah akhbar Israel Yehudioth Ahronouth (web berita). Bagaimanapun, akhbar tersebut tidak melaporkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Sumber menjelaskan, belum ada dari mana-mana kumpulan pejuang yang mengakui melancarkan serangan tersebut. Sumber 24/09/09, berita Al-Jazeerah

Read more...

9 penduduk Palestin ditangkap

Tentera Israel terus menggempur kawasan pendudukan Palestin, Tebing Barat. Menurut sumber, dalam satu operasi ketenteraan, pihak tentera Israel telah menangkap 9 penduduk Palestin awal pagi tadi.

Sumber dari radio Israel melaporkan, mereka yang ditangkap itu adalah atas alasan dikehendaki pihak keselamatan Israel. Walaubagaimanapun, tidak diumumkan sembilan yang ditangkap itu dari mana-mana kumpulan pembebasan Palestin. Tambah lagi, kesemua yang ditangkap telah dibawa ke bahagian keselamatan untuk siasatan.

Sementara itu, penduduk Palestin pula mengatakan operasi penangkapan ini turut menjadikan orang awam sebagai mangsa. Sumber 24/09/09, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Wajah politik Israel

12 Julai 2009

Israel tangkap 9 Palestin

Menurut sumber, sepasukan tentera penakluk (Israel) menangkap 9 warga Palestin di Tebing Barat.

Sementara itu, sumber juga melaporkan, Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) mengajak Mahmoud Abbas (Presiden Palestin yang telah tamat tempoh jawatannnya menurut HAMAS) untuk diadakan pertemuan di Beer Sabiek. Dijelaskan, tujuan Netanyahu yang sedemkian itu adalah bagi membincangkan usaha perdamaian.

Bagaimanapun, sumber melaporkan bahawa Mahmoud Abbas meminta Israel menghentikan pembinaan penempatan Yahudi jika mahu mengadakan semula rundingan damai dengan Palestin. Sumber 12/07/09, berita Al-Jazeerah


Read more...

Usaha Mesir perbaiki dalaman Palestin

10 Julai 2009

Gambar : petikan dari web berita al-Jazeerah, 10 Julai 2009

Bagaimana nasib mereka?

Al-Jazeerah melaporkan berkenaan rundingan penukaran tahanan Palestin dengan tentera Israel yang ditawan. Sehingga kini, persoalan terus berputar..bagaimanakah nasib yang berada dalam penjara Israel? Gambar di atas adalah sebahagian daripada warga Palestin yang ditahan dalam penjara Israel. Mengikut perangkaan, warga Palestin yang ditangkap tentera Israel mencecah jumlah 11,000.

Sebelum ini, adanya rundingan bagi membebaskan sebahagian kecil warga Palestin sebagai tukaran dengan seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza, namun tiba saat untuk mengumumkan tarikh tercapainya persepakatan, harapan itu menjadi kelam. Israel bertanggungjawab gagalnya rundingan tersebut. Sewajarnya, Mesir yang berperanan sebagai 'orang tengah' perlu lebih menekan Israel. Tambahan pula, kewujudan pertubuhan-pertubuhan yang membela kemanusiaan, tetapi ke mana mereka? Sepatutnya, pihak ini juga mesti memahami, mereka juga bertanggungjawab untuk membela warga Palestin yang meringkuk dalam penjara Israel.

Berhubung tentera Israel yang berada dalam tawanan pejuang Gaza, ianya kembali kepada sikap Israel. Sekiranya, Israel serius mahukan Gilad Shalit dibebaskan, maka Israel perlu jujur apabila mengadakan rundingan. Israel, jujur dan masih boleh dipercayai..?
___________________________________________________________________________


Utusan keamanan Mesir bertemu Mahmoud Abbas


Menurut sumber, delegasi utusan dari pihak keamanan Mesir hari ini mengadakan pertemuan dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin (jawatan Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) di Ramallah.

Sebelum itu, utusan tersebut telah bertemu dengan pemimpin gerakan HAMAS dan FATAH di Ramallah. Sebagaimana yang dilaporkan, utusan Mesir datang ke Ramallah dengan membawa beberapa cadangan dan pandangan dari pemimpin HAMAS di Syria ketika pertemuan semalam. Sumber 10/07/09, berita Al-Jazeerah


Abu Mazen ke Turki

Sumber melaporkan, Abu Mazen (Mahmoud Abbas) akan mengadakan kunjungan ke Ankara, Turki pada 16 Julai akan datang. Dijadualkan, Abu Mazen akan bertemu dengan Presiden Turki, Abdullah Gul dan Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan.

Media menyatakan, pertemuan antara dua pihak itu adalah bagi membincangkan keadaan dan perkembangan terkini di Timur Tengah, usaha bagi mencapai penyelesaian konflik dalaman Palestin dan perkembangan Palestin. Sumber 10/07/09, suratkhabar Shourouk


Polis Paris tangkap pengganas Yahudi

Semalam, sumber menukilkan laporan berkenaan sebuah kedai buku di Paris yang mendokong isu dan permasalahan Palestin diancam beberapa pemuda Yahudi. Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah

Berita penuh: Polis Paris telah menangkap empat pemuda Yahudi yang ada hubungan dengan sebuah pertubuhan Yahudi yang masyhur di Paris kerana melakukan keganasan dan menimbulkan kekacauan.

Siasatan ke atas mereka yang ditangkap berhubung merosakkan sebuah kedai buku yang mendokong isu Palestin. Dinyatakan, lima pemuda yang menutup muka, berpakaian sukan yang berwarna gelap sambil memegang botol yang mengandungi minyak dan sebatang kayu telah menceroboh kedai buku tersebut selepas zohor dan memecahkan peralatan kedai. Sumber 10/07/09, suratkhabar Shourouk


Notis roboh rumah Palestin

Sumber melaporkan, Wakil dari Kerajaan Palestin di Ramallah(Pihak Berkuasa Palestin) berkata Kerajaan Israel telah memberikan notis untuk merobohkan rumah warga Palestin di Hayyu Bustan di Salwan, Al-Quds. Wakil tersebut menyifatkan, notis seperti itu adalah jenayah 'penghapusan etnik' sambil meminta pihak antarabangsa campur tangan dengan segera.

Ahmad Al-Ruwaidhi, Pengerusi Kesatuan Al-Quds yang juga peguam dalam kenyataannya berkata, "notis pemberitahuan bagi operasi meroboh yang baru ini adalah mengesahkan lagi niat Israel untuk menghalau 1500 penduduk Palestin di Al-Quds setelah rumah yang ke 88 dirobohkan dan amat memberi bahaya".

Beliau turut mengingatkan, Israel cuba menimbulkan fitnah antara penduduk di Hayyu Bustan. Sumber 10/07/09, web berita Al-Jazeerah


Hapus bantuan yang luput tarikh

Kerajaan Mesir telah memutuskan untuk menghapuskan longgokan bekalan bantuan makanan yang berada di pintu masuk sempadan Rafah disebabkan tarikh luput. Langkah penghapusan itu adalah kali kedua semenjak Israel menyerang Gaza.

Wakil Mesir menjelaskan, bekalan bantuan makanan tersebut yang bertimbun dan tidak dapat bawa masuk ke Gaza kerana proses yang merumitkan di pihak Israel. Lantas, bekalan bantuan tersebut tidak dapat bawa masuk ke Gaza melalui sempadan(pintu masuk) Aujah yang dikhususkan untuk laluan perdagangan ke Gaza yang berhubung dengan Israel(juga tanah Palestin yang dirampas).

Kesemua barang makanan yang dihapuskan(bakar) itu dianggarkan sebanyak 680 kilogram. Dinyatakan, antara bekalan bantuan makanan adalah kacang, bahan agrokimia, dan ubat-ubatan yang telah tamat tempoh. Sumber 10/07/09, web berita Al-Jazeerah


Read more...

Palestin di G8

09 Julai 2009

Utusan keamanan Mesir di Ramallah


Menurut sumber, utusan dari pihak keamanan Mesir tiba di Ramallah hari ini.

Semalam, delegasi utusan tersebut berada di Damshik bertemu dengan wakil-wakil tertinggi Kumppulan-kumpulan Pembebasan Palestin (yang berada di luar tanah Palestin) di Syria.
Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah


G8 gesa buka sempadan Semenanjung Gaza, Silvio sokong ekonomi Palestin


Persidangan G8 (kumpulan lapan Negara) yang sedang berlangsung pada 8-10 Julai 2009 di Itali menumpukan kepada perbincangan utama yang me
landa dunia. Sebagaimana yang dilaporkan, perbincangan dalam persidangan G8 tertumpu kepada kedudukan ekonomi global, krisis ekonomi, perubahan iklim dan pemanasan global.

Selain itu, perbincangan dalam persidangan G8 juga akan menyentuh tentang pembangunan. G8 yang diadakan di Itali di anggotai lapan buah Negara, iaitu Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom.

Pada hari pertama persidangan G8 berlangsung, mereka bersetuju untuk menyelesaikan beberapa permasalahan dari sudut diplomasi/politik dengan mengadakan rundingan khusus dalam tempoh dua bulan sebelum memutuskan ketetapan yang baru.

Selain menyentuh menyebut tentang program nuklear Iran, turut digesa agar dibukakan segera sempadan yang menghubungi dengan Semenanjung Gaza. Dari sudut ekonomi pula, Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mengumumkan pelancaran pelan utama bagi menyokong ekonomi Palestin.

Gambar : dari kiri,
Silvio Berlusconi (Perdana Menteri Itali) dan Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat) ketika dalam persidangan G8

Sumber memetik laporan dari sebuah akhbar Itali, berkata Berlusconi yang memberi cadangan bagi menumbuhkan sebuah kumpulan bantuan yang disertai pihak tertentu bagi menjamin kemasukan untuk ekonomi Palestin.

Dengan demikian itu, cadangan Berlusconim juga hampir dengan kenyataan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel.
Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Nota : Sempadan Semenanjung Gaza hanya disebut secara umum tanpa ditentukan sama ada sempadan yang menghubungkan antara Semenanjung Gaza dengan Israel atau Sempadan Rafah; Mesir dengan Semenanjung Gaza.

Rujukan lain :


1) G8 [kumpulan lapan Negara] (
wikipedia, bahasa melayu)
2) G8 [kumpulan lapan Negara] (
wikipedia, 8-10 Julai 2009, Itali)
2) Silvio Berlusconi (wikipedia,
bahasa melayu & bahasa english
)


Amus di Kaherah

Menurut sumber, Amus Gilad, pegawai di Kementerian Pertahanan Israel tiba di Kaherah hari ini. Dinyatakan, kunjungan Amus ke Kaherah untuk mengadakan perbincangan dengan wakil keamanan Mesir berhubung persepakatan gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan rundingan pembebasan Gilad Shalit. Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah


Read more...

Penangkapan masih berterusan

08 Julai 2009

Lagi warga Palestin ditangkap

Menurut sumber, sepasukan tentera penakluk (Israel) menangkap 13 warga Palestin di Tebing Barat. Sumber 08/07/09, berita Al-Jazeerah

Berita penuh: Tentera penakluk (Israel) menangkap 13 warga Palestin hari ini. Operasi penangkapan di beberapa buah tempat di Tebing Barat itu seiring usaha bagi mengadakan rundingan penukaran tahanan bagi membebaskan Gilad Shalit.

Sumber dari Israel yang dipetik oleh agensi berita Ma'an Palestin, berkata tentera Israel telah menangkap 13 warga Palestin yang "dikehendaki" itu dari beberapa buah tempat di Tebing Barat.

Sumber tidak menyebutkan gerakan atau kumpulan yang mereka sertai, bagaimanapun kesemua yang ditangkap di bawa ke bahagian keselamatan untuk siasatan. Sumber 08/07/09, web berita Al-Jazeerah

Fakta: Gilad Shalit (seorang tentera Israel), hingga kini masih berada dalam tawanan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. Shalit ditangkap pejuang Palestin di Semenanjung Gaza dalam satu operasi serangan hendap ke atas sebuah pengkalan tentera Israel. Dalam serangan tersebut, dua tentera Israel turut terbunuh. Operasi ini berlaku pada 25 Jun 2006.

Jumlah warga Palestin yang meringkuk di dalam penjara Israel pula sebanyak 11,000. Dinyatakan, sekitar 400 yang ditahan itu adalah dari kalangan kanak-kanak.


Menteri Hal Ehwal Al-Quds letak jawatan

Sumber melaporkan, Salam Fayyad, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin yang baru menerima perletakan jawatan dari seorang menterinya. Menteri tersebut, Hateem Abd Qadir yang menjawat portfolio Hal Ehwal Al-Quds bertindak meletakkan jawatan berikutan Kementerian Kewangan Palestin tidak memperuntukkan jumlah perbelanjaan yang sewajarnya.

Hateem yang ditemui pemberita pada 03/07/09 menjelaskan, beliau meletakkan jawatan bukan kerana masalah peribadi tetapi berikutan sebab yang dinyatakan di atas.

Bagaimanapun, beliau meminta Arab dan Liga Arab bertindak segera mempertahankan Al-Quds. Sumber 08/07/09, berita Al-Jazeerah


Utusan Mesir ke Syria dan Ramallah

Menurut sumber, utusan Mesir menemui Khaled Mashal, Ketua Biro Politik HAMAS dan Ramadhan Shallah di Syria hari ini. Sumber 08/07/09, berita Al-Jazeerah

Berita penuh: Sumber-sumber dari Palestin menjelaskan, sebuah delegasi dari pihak keamanan Mesir telah tiba di Ramallah hari ini. Dinyatakan, tujuan kunjungan delegasi tersebut adalah bagi mengadakan perbincangan berhubung cara dan jalan untuk menjayakan usaha dialog Palestin.

Agensi berita Jerman yang memetik laporan sumber Palestin, mengatakan Mejar Jeneral Muhammad Ibrahim,Pembantu Ketua Bahagian Perisikan Am Mesir, Mejar Jeneral Omar Sulaiman yang diiringi Ketua Pejabat Perisikan Mesir, ahmad Abdul Khalik dijadualkan tiba di Ramallah untuk bertemu wakil tertinggi Kerajaan Palestin Ramallah. Sebaliknya, tidak dapat dipastikan delegasi tersebut itu akan mengadakan kunjungan ke Semenanjung Gaza yang berada bawah penguasaan HAMAS semenjak dua tahun yang lalu.

Sebelum itu, delegasi tersebut mengadakan pertemuan dengan wakil HAMAS (Khaled Mash'al) dan JIHAD ISLAMI di Damshik, Syria. Pertemuan itu bertujuan mencari penyelesaian berikutan masih wujud halangan yang menyukarkan tercapainya persepakatan dalam dialog Palestin yang dijangkakan akan diadakan pada 25 Julai akan datang di Kaherah.

Sebelum itu, Setiausaha Sulit bagi Panitia Tertinggi Palestin, Khaled Abdul Majid, berkata lawatan delegasi Mesir ke Damshik seiring dengan tindakan Syria, Mesir dan Arab Saudi yang berusaha menyelesaikan beberapa isu berhubung perbincangan yang berkaitan dalam perbahasan dialog Palestin.

Empat perkara utama merupakan perbahasan paling rumit, seperti kes tahanan politik di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, Bahagian Keselamatan yang menggabungkan semua pihak di Semenanjung Gaza, pilihanraya Palestin dan Panitia Tertinggi yang akan menyelia persetujuan ini.

Sumber Palestin menyatakan kepada Al-Jazeerah, Mesir mempunyai perancangan yang disifatkan sempurna dan bersesuaian bagi mengakhiri krisis dalaman Palestin, persepakatan gencatan senjata dengan Israel dan penyelesaian konflik berhubung seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, sumber menjelaskan, perancangan Mesir berhubung isu yang berbagai-bagai itu dikemukakan kepada HAMAS dan gerakan JIHAD ISLAMI sebagai pemerhatian mereka sebelum delegasi itu bertolak ke Ramallah untuk membincangkannya dengan Mahmoud Abbas dan beberapa pemimpin gerakan FATAH. Sumber 08/07/09, web berita Al-Jazeera dan web berita Shehab.ps


Washington benar Israel teruskan bina penempatan Yahudi

Sumber dari Israel (Maariv, akhbar Israel berbahasa Hebrew) melaporkan Washington membenarkan Israel terus membina 2500 unit perumahan Yahudi.

Dinyatakan, hal tersebut ketika pertemuan utusan Amerika Syarikat, George Mitchell dan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel di London baru-baru ini (06/07/09, berita Al-Jazeerah).

Ketika selesai mengadakan pertemuan dengan Mitchell pada 06/07/09, Ehud Barak mengumumkan tercapainya beberapa pendekatan dalam pertemuan itu.

Berhubung pembinaan penempatan Yahudi pula, Simon Perez berkata Israel tidak berniat untuk menambah lagi pembinaan penempatan yang baru.

Dalam pertemuan dengan Presiden Mesir semalam, Perez juga mengakui penyelesaian konflik bagi Israel adalah dengan penubuhan dua buah Negara. Sumber 08/07/09, berita Al-Jazeerah




Read more...

Pertemuan dua pemimpin

07 Julai 2009

Perez jumpa Mubarak


Menurut sumber, Presiden Israel, simon Perez mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Housni Mubarak. Pertemuan antara pemimpin tersebut berlangsung di Kaherah hari ini. Sumber 07/07/09, berita Al-Jazeerah

Gambar : Presiden Mesir, Housni Mubarak (kanan) dan Presiden Israel, Simon Perez (kiri) ketika sesi persidangan akhbar dengan wartawan.


5 Palestin ditangkap

Sumber melaporkan, sepasukan tentera Israel telah menangkap 5 warga Palestin di Tebing Barat semalam. Sumber 07/07/09, suratkhabar Al-Ahram


Read more...

Ancaman terhadap dialog Palestin

03 Julai 2009

Lagi 14 anggota HAMAS ditangkap

Menurut sumber, HAMAS menyatakan Pihak Keselamatan Palestin telah menangkap 14 anggotanya semalam di Tebing Barat. Sumber 03/07/09, berita Al-Jazeerah

Read more...

Leraikan sengketa

28 Jun 2009

Lagi anggota HAMAS ditangkap

Menurut sumber, HAMAS menyatakan, Pihak Keselamatan Palestin telah menangkap 22 anggotanya semalam. Sumber itu turut menjelaskan, bahawa jumlah anggota HAMAS yang telah ditangkap Pihak Berkuasa Palestin telah mencapai 915 orang anggota HAMAS. Sumber 28/06/09, berita Al-Jazeerah


Dialog Palestin diteruskan di Kaherah

Sumber melaporkan, dua delegasi dari Palestin, iaitu HAMAS dan FATAH akan mengadakan pertemuan hari ini di Kaherah. Pertemuan itu disifatkan dialog pusingan ke enam.

Sebagaimana yang dinyatakan, antara isu perbincangan adalah berhubung penangkapan anggota HAMAS di Tebing Barat.

Selain itu, dialog tersebut akan menumpukan perkara-perkara dan permasalahan yang masih tergantung. Sumber 28/06/09, berita Al-Jazeerah


Arab Saudi - Mesir bersidang hari ini

Pertemuan dua pemimpin utama dari Arab Saudi dan Mesir hari ini di Jeddah. Sumber menyatakan, pertemuan itu membincangkan tentang usaha perdamaian dan dialog Palestin. Sumber 28/06/09, berita Al-Jazeerah

Read more...

Pameran Palestin


Sambil

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS