Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Mesir tangkap seorang Penguatkuasa Keamanan Gaza
Pihak Keamanan Mesir meletupkan sebuah terowong bawah tanah
30 Januari 2010
Perarakan bantahan tembok pemisah di Tebing Barat, Israel rancang roboh lagi rumah Palestin
Pertahankan hak meskipun anggota keamanan Palestin wujud dalam bayangan
Read more...
Negara Islam bangkang bentuk Ketenteraan Islam - Oğlu
29 Januari 2010
Oğlu menyatakan kepada sebuah akhbar Turki, bahawa "OIC telah mengemukakan cadangan ini ketika pertemuan Menteri-menteri Luar Negara Anggota OIC berlangsung pada bulan 5, tahun lepas dan laporan berhubung pembentukan gabungan ketenteraan Islam itu telah disediakan. Bagaimanapun, setelah laporan tersebut diteliti dari pihak yang pakar mendapati sebahagian dari Negara Islam yang juga anggota OIC telah membuat bangkangan kerana meyakini bahawa waktu masih terlalu awal untuk membentuk gabungan tentera Islam.
Dari sudut lain, Oğlu menyatakan tindakan memisahkan(mengasingkan) Taliban dari arena politik Afghanistan adalah satu kesilapan. Jelas beliau, teramat penting gerakan Taliban digabungkan di peringkat politik kerana pengasingan Taliban akan meyukarkan tercapainya penyelesaian berhubung konflik yang berlaku masa ini.
Beliau menjelaskan lagi, dengan penggabungan Taliban dalam arena politik Afghanistan adalah demi pembebasan Afghanistan dari dunia barat yang mengerumuninya(Afghanistan). Hal sedemikian ternyata boleh dilakukan dengan perantaraan Turki ataupun mengadakan pertemuan antara sekumpulan dari Ulamak melalui Pertubuhan OIC. Sumber 29/01/2010, web berita al-Watan(Kuwait)
Berita mengenai salah seorang pemimpin HAMAS dibunuh, laporan Hak Asasi Manusia
Sementara itu, dari pihak sayap tentera HAMAS, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM mengumumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung sebab kematian Al-Mabhuh.
AL-QASSAM menjelaskan bahawa Al-Mabhuh pernah menjalankan operasi menculik tentera Israel ketika meletusnya 'intifadhah pertama' meninggal dunia kesan dari masalah kesihatan secara mengejut semasa mengunjungi sebuah Negara Teluk, Arab Bersatu(Emirate).
Berikutan operasi penculikan tersebut, Al-Mabhuh usir keluar dari Palestin pada tahun 1989.
AL-QASSAM menyatakan, Al-Mabhuh beberapa operasi pada ketika 'intifadhah pertama'. AL-QASSAM menjelaskan lagi, rumah Palestin yang pertama diroboh Israel ketika itu adalah rumah as-Syahid.
Sementara itu, semalam(28/01/2010, berita al-Jazeerah) sumber melaporkan pihak tentera penjajah telah menangkap 10 penduduk Palesti di Tebing Barat.
Berhubung operasi pencerobohan tentera penjajah di tanah Palestin, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin dalam laporan mingguannya mengungkapkan 'tentera penjajah telah melakukan 22 operasi pencerobohan di Tebing Barat, dalam masa yang sama seramai 34 penduduk Palestin turut ditangkap, empat darinya adalah kanak-kanak'.
Laporan dari pusat tersebut turut menyatakan bahawa pihak tentera penakluk masih melakukan operasi ketenteraan yang menceroboh dan menyelongkar rumah aktivis-aktivis yang menentang pembinaan tembok pemisah yang bertujuan untuk memberkas aktivis terbabit. Selain itu, dalam operasi yang dilaporkan, 2 buah kereta milik Palestin dan sebuah traktor pertanian turut di bakar di Kampung Imatain, timur Qalqiliah.
Sumber 28/01/2010, berita al-Jazeerah, pada 29/01/2010, web berita RusiaToday dan web rasmi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS)
Israel jawab laporan Goldstone
Dalam masa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(UN:United Nations) sedang bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan berhubung laporan Goldstone pada minggu akan datang, Tel Aviv berkata pihaknya tidak berhasrat membentuk sebuah panitia siasatan perang sebagaimana yang diminta Pertubuhan Antarabangsa dalam laporan tersebut.
Sementara itu, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza berkata pihaknya akan menyampaikan jawab balas melalui Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia berhubung perakuan laporan Goldstone bagi pihak Palestin mengikut undang-undang yang disepakati antarabangsa.
Menteri Keadilan di Gaza, Mohammad Al-Ghul(محمد فرج محمود حسين الغول) berkata, jawab balas yang dikemukakan adalah berhubung setiap persoalan dalam paragraf yang dimuatkan dalam 52 muka surat(lingkungan jumlah muka surat).
"Jawab balas berhubung laporan tersebut berserta lampiran undang-undang akan diserahkan kepada Ketua Pejabat Suruhanjaya Tinggi di Semenanjung Gaza dalam terdekat ini", tambah beliau.
Beliau turut memberikan kepastian bahawa membiarkan pemerhatian Palestin ke atas sebahagian dalam laporan Goldstone yang diminta pihak Palestin melaksanakan sebahagian dari perakuan berikutan pihak penjajah(Israel) cuba menyamakan isu(alasan perang ke atas Gaza). Dengan seberapa segera, Kerajaan Palestin di Gaza membentuk sebuah panitia bagi mengawasi dan mendokumentsi jenayah Israel berhubung perang ke atas Gaza.
Beliau turut menyatakan, Kerajaan Palestin di Gaza memberi ruang kepada delegasi-delegasi dan utusan serta Badan-badan Antarabangsa bagi menyaksikan kesan perang. Berikutan hal yang berkait, Kerajaan juga menyambut baik usaha Goldstone dan memberikan kesenangan supaya dapat menyelesaikan misinya dengan sempurna. Dalam masa yang sama, Israel membantah sebarang kerjasama kepada Goldstone. Sumber 28/01/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah
Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa
28 Januari 2010
Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.
Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.
‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.
Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.
Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.
Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.
Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.
Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.
Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.
Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.
Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.
Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).
Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.
Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.
Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.
Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.
Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.
Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.
Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.
Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.
Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.
Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.
Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.
Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.
Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.
Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.
Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.
Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.
Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.
Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.
Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.
Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.
Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.
Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.
“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.
Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.
Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.
Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.
Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.
Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.
JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.
Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.
Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.
Sumber: Berita Harian
Israel nekad robohkan masjid di selatan Nablus
27 Januari 2010
Ghassan Daghlas selaku pihak yang bertanggungjawab bagi portfolio penempatan di utara Tebing Barat berkata, 'beberapa buah jip Pihak Berkuasa Israel yang tertera Pejabat Pengurusan Bandar telah menceroboh kampung dan memberikan notis roboh kepada penduduk di situ'.
Berikutan itu, beliau akan membawa kepada pengadilan agar menghentikan sebarang pelaksanaan dari notis yang diberikan kepada penduduk.
Kes yang telah berlaku, sepasukan tentera penjajah telah bertindak secara bahaya beberapa bulan lalu terhadap puluhan penduduk di beberapa buah kampung yang menyaksikan rumah mereka diroboh. Selain itu, beberapa buah lagi rumah telah diroboh Israel di kampung Taana, timur Nablus.
Israel mendakwa kawasan-kawasan rumah yang diroboh adalah tertakluk di bawah penguasaannya, maka Palestin tidak ada hak untuk mendirikan apa-apa bangunan di situ. Lebih teruk, kampung Burin turut diserang pelampau Yahudi(penduduk Israel). Dinyatakan, kawasan pertanian di kampung Burin juga menjadi sasaran pelampau Yahudi. Sumber 26/01/2010, web berita Islamtoday
Israel tangkap 15 Palestin, tentera Israel iringi pelampau Yahudi, boikot produk Israel
Sementara itu, dilaporkan semalam berlaku pertempuran antara pelampau Yahudi yang diiringi tentera penjajah dengan penduduk Palestin di sebuah kampung Palestin, selatan Tebing Barat.
Selain itu, dilaporkan kempen boikot produk Israel di Ramallah. Kempen tersebut turut meminta para peniaga dan penduduk Palestin di Ramallah turut serta dalam kempen tersebut. Sumber 26-27/01/2010, berita al-Jazeerah
FATAH mahu Mesir "selia" kepentingan Palestin, HAMAS kritik tembok keluli Mesir
26 Januari 2010
FATAH bertegas mahu Mesir menjadi "pihak tengah/penyelia" untuk kepentingan Palestin.
Abu Maher Ghaneim, Naib Presiden FATAH yang juga anggota Lajnah Pusat Gerakan FATAH menyifatkan "Mesir berperanan sebagai paksi penghubung bagi kepentingan Palestin" kepada Yaseer Osman, Duta Mesir ke Palestin ketika pertemuan dua pihak di Ramallah.
Ghaniem turut menyatakan kesungguhan gerakannya bagi menyelesaikan konflik(perpecahan) dalaman Palestin dengan segera yang mungkin. Jelas beliau, pihak yang mendapat keuntungan hasil perpecahan ini adalah Israel.
Dalam pertemuan tersebut, Ghaniem dan Yaseer turut membincangkan mengenai usaha dari pihaknya bersungguh-sungguh bagi mengadakan semula perjanjian damai setelah tergendala berikutan "pendirian Kerajaan Israel yang menyukarkan tercapainya perdamaian".
Beliau(Ghaniem) turut menyatakan secara pasti berhubung pendirian Palestin yang tetap bagi mengadakan semula rundingan damai dengan syarat, Israel mesti hentikan projek penempatan dan berpandukan persetujuan damai merujuk ketetapan antarabangsa bagi menyempurnakan rundingan sejak wujudnya perkara yang menyebabkan perjanjian damai ini terhenti.
Sementara itu, HAMAS mengungkapkan rasa kesal berhubung kenyataan Presiden Mesir, Housni Mubarak yang mengecam keras gerakan HAMAS, malah pembinaan tembok keluli Mesir akan diteruskan.
Mushir Al-Misri, jurucakap HAMAS berkata, kenyataan Presiden Mesir yang mempertahankan penerusan pembinaan tembok keluli(gambar di bawah) adalah isu utama yang bersangkut paut dengan sekatan ke 1.5 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Beliau berharap Mesir adalah sebahagian yang akan membebaskan Gaza dari sekatan Israel.
"HAMAS sentiasa menjaga dan mengambil berat berhubung keselamatan Negara Mesir. Yang membahayakan ke atas keselamatan Negara Arab adalah Israel dan mesti didesak supaya Israel mengakhiri sekatannya ke atas Gaza", tegas Al-Misri.
Dr.Aziz Duweik, Speaker Legislatif Palestin berkata, "saya masih ingat kenyataan Mubarak". Kata beliau lagi, "tidakkah Mubarak pernah berkata, beliau tidak akan membiarkan penduduk Palestin di Gaza kelaparan?" Jadi, adakah di sebalik pembinaan tembok keluli ini supaya penduduk Gaza tidak kelaparan?(Islamtoday, 26/01/2010)
Pada 27/01/2008, penduduk Gaza telah merempuh tembok sempadan Rafah Mesir. Setelah itu, ratusan ribu penduduk Gaza memenuhi kawasan Rafah Mesir demi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asasi ekoran sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza. Berikutan itu, kawasan sempadan Rafah Mesir-Gaza tegang. Presiden Mesir, Housni Mubarak dalam ucapannya berkata, Mesir tidak akan biarkan penduduk Palestin kelaparan(Berita Al-Jazeerah, 27/01/2008)
Sumber 26/01/2010, suratkhabar Misril-Youm dan web berita Islamtoday.net
Diancam runtuh kesan penggerudian Israel
Husni Shahin, salah seorang penduduk kawasan terbabit berkata, lebih dua tahun bunyi penggerudian ini kedengaran, malah komuniti penduduk berkali-kali memberikan peringatan berhubung bunyi yang datang dari penggerudian Israel di bawah kawasan perumahan mereka.
Dijelaskan, perumahan ini adalah penghubung yang menemui pintu 'Al-Nadhir'.
Shahin menjelaskan, menjelang awal tahun ini, usaha penggalian dan pengorekan Israel semakin giat. Kelihatan, penjajah menggunakan jentera yang cukup berkuasa bagi menggerudi sepanjang hari tanpa henti.
Beliau melahirkan rasa kekhuatiran kerana kerja Israel boleh meruntuhkan rumah penduduk yang berjumlah 20 buah rumah(dihuni 150 orang). Sudah pasti, ini adalah langkah utama bagi Badan Penempatan Israel untuk menguasai kawasan tersebut dan membina penempatan Israel setelah perumahan di sini runtuh. Sumber 25/01/2010, web berita IslamToday.net dan web berita alaqsa-online.com
Menteri Luar Luxembourg: Kenyataan Netanyahu tidak boleh diterima
Asselborn ketika sampai untuk pertemuan dengan teman sejawat dari Negara anggota Kesatuan Eropah menjelaskan, kenyataan Netanyahu seperti ini "memang tidak boleh diterima dalam dasar politik" kerana akan membawa kepada persengketaan yang baru, bukan sahaja menjejaskan kepentingan serantau malah akan membabitkan Palestin, Arab dan Israel sekaligus.
Tambah beliau, "Tebing Barat bukan hak Israel".
Sebagaimana sumber melaporkan, bahawa Netanyahu mengumumkan pada ahad lepas bahawa sebuah penempatan Yahudi yang dibangunkan sejak tahun 1967 berdekatan Bethlehem(بيت لحم) di Tebing Barat adalah sebahagian dari Israel dan "kekal buat selamanya untuk Israel". Sumber 26/01/2010, suratkhabar Shourouk
Penangkapan baru di Tebing Barat
Memetik akhbar Israel "Yediot Aharonot" sumber dari tentera Israel berkata, sepasukan dari tentera Israel menangkap sebilangan penduduk Palestin atas alasan dikehendaki. Bagaimanapun, sumber tentera Israel tidak menyatakan penduduk Palestin yang ditangkap dari mana-mana kumpulan pembebasan Palestin. Sumber 26/01/2010, suratkhabar Shourouk