Tutup sempadan Rafah disebabkan pilihanraya Mesir
31 Disember 2011
Jam 02:28 petang, waktu Mesir
RAFAH - Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza mengumumkan hari ini, Sabtu, 31/12/2011 bahawa terminal Rafah sebelah Mesir akan ditutup pada hari Selasa akan datang. Penutupan tersebut disebabkan berlangsungnya pilihanraya Mesir peringkat ketiga(fasa ketiga) yang turut melibatkan wilayah Sinai.
Peta: Kedudukan pintu sempadan Rafah Mesir untuk melintasi ke Semenanjung Gaza, tanah Palestin. Peta yang dipetik pada tahun 2005 menunjukkan koloni penempatan zionis masih wujud di Gaza, namun beberapa bulan selepas itu, rejim zionis berundur keluar dari Gaza dan penempatan-penempatan tersebut dimusnahkan.
Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya Mesir telah selesai menyiapkan persediaan bagi mengadakan pilihanraya peringkat ketiga untuk dewan parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 03 dan 04 Januari akan datang serta pusingan ulangan pada 10 dan 11 pada bulan yang sama. Sedemikian itu, pilihanraya peringkat ketiga ini menyaksikan pemilihan 150 anggota parlimen dari sembilan buah wilayah.
Gambar: Di hadapan gerbang utama sempadan Rafah Mesir yang menjadi penghubung ke Semenanjung Gaza, tanah Palestin.
Jelas SAFA, sembilan buah wilayah itu membabitkan, Al-Qalyubiah, Al-Gharbiah(Tanta: ibunegeri), Al-Daqahliah, Matruh, Al-Wadi Al-Jadid, Qana, utara Sinai dan selatan Sinai, dan Elmania. Sumber 31/12/2011, web berita Safa.ps