KAHERAH - Mesir mengumumkan bahawa dua buah gerakan terbesar di tanah Palestin, HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) dan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني) telah mencapai persefahaman bagi kesemua permasalahan yang menjadi perselisihan, termasuk pilihanraya dan pembentukan kerajaan.
Berhubung persetujuan ini, Liga Arab dan Menteri Luar Turki, serta beberapa buah kumpulan pembebasan Palestin yang lain malah Negara luar, Perancis menyambut baik.
Sedemikian itu, delegasi HAMAS diketuai
Dr. Mousa Mohammed Abu Marzook(kiri), timbalan ketua biro politik gerakan HAMAS dan gerakan FATAH diketuai
Azzam Al-Ahmad(kanan) telah menandatangani persetujuan awal berhubung persepakatan pemulihan hubungan dalaman Palestin yang diselia Mesir sebagai pihak tengah di Kaherah petang semalam, Rabu, 27 April 2011.
Dr. Mahmud Az-Zahar, salah seorang pemimpin gerakan HAMAS dan juga anggota delegasi HAMAS ke Kaherah menyatakan, kedua-dua belah pihak berpandukan cadangan Mesir bagi melangkau permasalahan yang tergantung antara kedua-dua gerakan ini. Beliau menerangkan, persetujuan ini meliputi:
Penetapan nama-nama bagi anggota suruhanjaya pilihanraya peringkat pusat adalah mengikut persetujuan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin
(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin). Kemudian, persetujuan itu akan dibawa ke peringkat Presiden Mahmoud Abbas untuk mendapatkan dekri penubuhan menurut asas yang telah dipersetujui. Pencalonan tidak melebihi 12 orang hakim bagi menganggotai mahkamah pilihanraya serta memutuskan prosedur perundangan untuk membentuk suruhanjaya dengan persetujuan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin.
Persetujuan FATAH dan HAMAS turut mengambil kira penyusunan organisasi pilihanraya parlimen, presiden dan pilihanraya Majlis Kebangsaan Palestin yang diadakan serentak setahun selepas tarikh menandatangani dokumen persetujuan kebangsaan dari kumpulan-kumpulan pembebasan dan parti-parti politik.
Perkara yang dipersetujui berikutnya mengenai pembentukan kerajaan.
Penduduk Palestin di Gaza melahirkan rasa gembira dengan menggantungkan bendera Mesir dan memegang banting tertera gambar Ismail Haniyeh dan Mahmoud Abbas.Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa fungsi serta ketetapan dari kepimpinan PLO untuk sementara waktu
(sehinggalah dibina semula mengikut persetujuan yang dicapai antara pihak-pihak yang melakukan dialog) tidak akan terjejas dan tidak bertentangan dengan bidang kuasa eksekutif PLO.
Berhubung sudut keamanan
(keselamatan), kedua-dua pihak bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa Keselamatan Tertinggi dari kalangan pegawai-pegawai yang berkelayakan mengikut persetujuan.
Rai menandatangani persetujuanLiputan media,
Al-Jazeerah dan media-media Arab yang lain melaporkan bahawa pada hujung minggu akan datang, kumpulan-kumpulan pembebasan dan parti-parti politik Palestin dan individu bebas Palestin sama ada dari luar dan dalam tanah Palestin diundang hadir ke majlis meraikan menandatangani persetujuan ini.
Sumber dari gerakan HAMAS berkata, majlis menandatangani persetujuan akan disempurnakan beberapa hari lagi dengan kehadiran Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal.
Berhubung persetujuan, Azzam Al-Ahmad, anggota Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH mengungkapkan bahawa persepakatan gerakan FATAH dan HAMAS telah menetapkan kedudukan akhir bagi lembaran perpecahan yang memberikan pengajaran kepada dua gerakan ini.
Tambah Azzam, Liga Arab yang akan menjadi penyelia dan mengawasi persetujuan.
Sementara itu, Dr.Mousa Abu Marzook memuji persetujuan ini. Kata beliau, tempoh setahun selepas menandatangani persetujuan dengan FATAH akan membentuk ruang bagi memulihkan beberapa isu yang menjadi perselisihan dalam masa beberapa tahun sebelum ini serta dapat menjalankan pilihanraya 'bersih' dan demokrasi.
Jelas beliau lagi, keadaan untuk menjayakan persetujuan ini akan lebih baik melalui pembebasan kesemua tahanan(politik), dan setiap unsur yang menjadi punca perpecahan dapat dibaik pulih serta menyelesaikan masalah-masalah yang menjadi penyebab, inilah yang akan diawasi Kerajaan baru.
Kami atau HAMASSeberapa segera persetujuan awal Palestin dibalas Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu berkata,
"Pemerintah Palestin kena buat pilihan sama ada berdamai dengan Israel atau berbaik dengan HAMAS."Kata Netanyahu lagi,
"mana boleh berdamai dengan dua pihak secara serentak kerana HAMAS memang sedang berusaha untuk memusnahkan Israel, semua itu jelas."Menukil dari akhbar perancis, sumber kepimpinan Palestin Ramallah turut meminta kepada Netanyahu agar membuat pilihan antara perdamaian atau membina penempatan.
Persidangan khas Kabinet Menteri rejim zionis, KABINET yang diadakan petang Khamis telah memutuskan tidak akan membuat rundingan dengan Kerajaan Perpaduan Palestin.
Bagaimanapun, pentadbiran Amerika Syarikat melalui jurucakap White House, Tommy Vitor ketika memberi respon awal berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan lebih lagi maklumat berhubung persetujuan sambil mengesahkan bahawa Amerika Syarikat menyokong pembaikan Palestin, namun asas itu biarlah dapat meneguhkan perdamaian tetapi HAMAS adalah pertubuhan pengganas yang menyerang orang-orang awam.
White House dalam laporannya menyatakan, mana-mana Kerajaan Palestin adalah memainkan peranan penting dengan menerima asas-asas yang diletakkan
Kuartet Timur Tengah supaya perdamaian dapat dicapai iaitu, menghindarkan unsur pelampauan, patuh dengan perjanjian-perjanjian damai yang telah dimeterai sebelum ini serta mengakui kewujudan Negara Israel.
Sumber 27-28/04/2011, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan suratkhabar Al-Ahram(Mesir)