الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penjajah tangkap ahli parlimen Palestin dan lepaskan speaker

31 Mei 2011

Laporan jam 06.09 petang, Palestin/Mekah
Jam 05.09 petang, Mesir

BET LEHEM - Tentera penjajah telah menangkap Dr. Nizar Ramadhan, anggota Majlis Legislatif Palestin(parlimen) dan melepaskan Dr.Aziz Duwaik beserta dua lagi ahli parlimen dari HAMAS(كتلة التغيير والاصلاح) petang ini di sekatan حاجز الكونتينر, utara Bet Lehem, selatan Tebing Barat.

Dr. Aziz Duwaik, Speaker Legislatif Palestin mewakili gerakan HAMAS. Kumpulan HAMAS ketika bertanding pilihanraya Palestin 2006 menggunakan nama التغيير والاصلاح.

Menurut pemberita Safa, sebelum itu, tentera penjajah menahan Dr. Aziz dalam bilik tahanan di sekatan tersebut sementara tiga lagi ahli parlimen dari HAMAS, Haseem Basim Az-Za'air, Dr. Nizar Ramadhan dan Anuar Az-Zabun ditahan dalam kereta.

Jelas ahli parlimen, Az-Za'air kepada pemberita Maan bahawa tentera penjajah menahan mereka selama 4 jam, kemudian Ramadhan ditangkap dan mereka yang lain termasuk Dr. Aziz Duwaik dilepaskan.

Sumber tempatan berkata, ahli-ahli parlimen yang ditangkap itu dalam perjalanan ke upacara peringatan kematian(tahlil) Faisal Al-Husaini.

kenyataan Dr. Aziz Duwaik sebelum ini menyatakan bahawa kesemua pemimpin politik Palestin menghadapi ancaman ditangkap dari pihak tentera penjajah setelahmana gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin.

Memaksa supaya tidak pergi ke PBB

Sedemikian itu, seorang penganalisis politik, Dr. Abdul Majid Suweilem mengulas kejadian, kata beliau, kami memang telah menjangkakan pihak penjajah akan melakukan gangguan seumpama ini malah peningkatan operasi ini tidak membezakan sesiapa dan tempat setelah penjajah menerima pukulan keras dari strategi baik pulih dalaman Palestin.

Tambah beliau lagi kepada agensi berita Maan, operasi yang dijalankan penjajah sebagai usaha mempengaruhi pemimpin Palestin dan memaksa Palestin supaya tidak pergi ke PBB(Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu: UN) untuk mengiktiraf Negara Palestin pada bulan September akan datang.

Kata beliau, strategi penjajah ini tidak akan berjaya mempengaruhi pemimpin Palestin berikutan Palestin secara keseluruhan bersepakat membawa perkara tersebut ke PBB.

14 ahli parlimen dalam penjara Israel

Pada akhir bulan mac lalu, seorang ahli parlimen Palestin, Muhammad Badar telah ditangkap tentera penjajah dari rumahnya di Khalil.

Peta menunjukkan sekatan-sekatan yang dibuat oleh penjajah di Tebing Barat.

Berhubung dengan penangkapan ini, bilangan ahli parlimen Palestin yang berada dalam penjara rejim penjajah meningkat ke jumlah 14 orang.

17 Palestin ditangkap pagi tadi

Sementara itu, dua agensi berita Palestin, Safa dan Maan melaporkan awal pagi tadi, tentera penjajah telah menangkap 17 orang penduduk Palestin dari seluruh Tebing Barat. Sasaran penjajah dalam operasi ini adalah aktivis anggota gerakan JIHAD ISLAMI.

Legislatif Palestin kecam penahanan ke atas ahli parlimen

Legislatif Palestin melalui pemimpinnya mengecam keras penahanan tentera penjajah ke atas Dr. Aziz Duwaik beserta dua lagi ahli parlimen dan penangkapan ke atas Dr. Nizar Ramadhan di sekatan حاجز الكونتينر(gambar bawah) .

Kenyataan media dari Dr. Ahmad Bahr, Naib Speaker Majlis Legislatif Palestin(كتلة التغيير والاصلاح) berkata, kejadian seumpama ini adalah untuk menggugat persepakatan dalaman Palestin serta menggagalkan fungsi Majlis Legislatif Palestin, ternyata ia menyalahi kerana bertentangan dengan kesemua undang-undang antarabangsa dan nilai moral malah melanggar kekebalan parlimen.

Beliau berharap campur tangan segera dari Badan-badan antarabangsa serta pertubuhan hak asasi kemanusiaan bagi membebaskan ahli parlimen yang diculik Dr. Nizar Ramadhan, merupakan ahli parlimen kepada kesemua masyarakat Palestin.

Waktu ini, Dr. Ahmad Bahr bersama delegasinya berada di Kuala Lumpur dalam lawatan rasmi ke Malaysia. Menurut sumber, delegasi parlimen Palestin telah bertemu dengan wakil rasmi Kerajaan Malaysia dan juga wakil pembangkang. Sumber 31/05/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...

Catatan ringkas berita 30/05/2011

Negara Palestin

> Netanyahu: Memang tidak boleh halang pengiktirafan Negara Palestin September akan datang.

> Netanyahu membuat jangkaan Amerika akan mengenakan kuasa veto bagi menghalang pengiktirafan Negara Palestin sebelah pihak(Palestin sahaja).

> Ehud Barak, Menteri Pertahanan zionis memberi amaran bahawa jangkaan rempuhan tsunami politik ke atas Israel pada September ini.

> Spain mengesahkan bahawa pihaknya bertekad mengiktiraf Negara Palestin sebelum September akan datang.

Sempadan Rafah

> Abbas: Pembukaan sempadan Rafah mengikut penyelarasan perjanjian-perjanjian antarabangsa dan telah disepakati dari pihak Palestin.

> HIZBULLAH, Lubnan: Pembukaan sempadan Rafah adalah hadiah Mesir kepada penduduk Palestin.

Penangkapan dan penjenayahan zionis

> Tentera penjajah menangkap 5 penduduk Palestin di Ramallah, Tebing Barat.

> Warga haram zionis merosakkan milikan Palestin di perumahan timur, bandar Nablus, Tebing Barat.

Bantuan kemanusiaan antarabangsa

> 10.45 malam, waktu Mesir: Siaran langsung dari Istanbul, Turki sempena memperingati serangan ke atas armada pembebasan tahun lepas. Turut berucap, Syeikh Raed Salah, ketua gerakan Islam garisan 1948 Palestin.

> Pertubuhan armada bantuan kemanusiaan antarabangsa mengesahkan keazaman mereka untuk mematahkan sekatan Israel ke atas Gaza sebelum akhir bulan Jun ini.

> NGO Eropah: Konvoi pertama kapal 'freedom flotilla 2' akan bertolak dari Jerman pada 20 Jun.

Propaganda

> Netanyahu: Keamanan Mesir hadapi kesulitan di Sinai, kekuatan HAMAS telah meningkat.

Sumber 30/05/2011, berita Al-Jazeerah dan web berita Safa.ps

Read more...

Shallah, Abbas bincang dalaman Palestin dan isu tahanan

30 Mei 2011

Laporan jam 05.48 petang, Palestin/Mekah
Jam 04.48 petang, Mesir


GAZA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bertemu dengan Setiausaha Agung gerakan JIHAD ISLAMI, Dr.Ramadhan Abdullah Shallah serta timbalannya, Ziad An-Nakhalah di Kaherah hari ini.

Gambar(Safa): Shallah kanan, dan Abbas di kiri.

Berhubung pertemuan tersebut, salah seorang gerakan JIHAD ISLAMI, Syeikh Nafiz Azam berkata, pertemuan itu membincangkan beberapa isu politik Palestin dan turut menumpukan mengenai baik pulih hubungan dalaman Palestin(المصالحة الفلسطينية).

Beliau menjelaskan, perbincangan lain menyentuh isu Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO: Palestine Liberation Organization: منظمة التحرير الفلسطينية) dan tahanan politik.

"Kami memberi gambaran bahawa isu ini(tahanan politik) akan diselesaikan segera dalam terdekat ini," tambah beliau yang menyifatkan pertemuan ini memberikan suasana yang positif.

Berhubung isu PLO, kata pemimpin JIHAD ISLAMI, 'telah ada perbincangan serius khususnya untuk menyelesaikan isu ini dan kami harap dijelaskan lagi mengenai perkara ini beberapa minggu lagi melalui jawatankuasa bertindak untuk mengadakan pemilihan dewan rakyat setahun lagi'.

Bertemu Syeikh Al-Azhar

Dr.Ramadhan dan An-Nakhalah juga bertemu dengan Syeikh Al-Azhar, Syeikh Ahmad Al-Tayyib. Ketika pertemuan, Dr.Ramadhan mengatakan kepada Syeikh Al-Azhar bahawa pembukaan sempadan Rafah merupakan tindakan yang bersejarah bagi Mesir, sambil menegaskan peranan Mesir begitu besar terhadap permasalahan-permasalahan Palestin.

Kata Dr.Ramadhan lagi, permasalahan Palestin ini juga adalah permasalahan ummah yang sebahagian dari aqidah Islam. Tambahan lagi, institusi Al-Azhar merupakan pelopor mempertahankan kesucian Islam berikutan sokongan tetap terhadap permasalahan ini serta menyatukan pertahanan dalaman bagi membebaskan tanah-tanah yang dijajah. Sumber 30/05/2011, web berita Safa.ps

Read more...

[karikatur] watak perdamaian

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Watak-watak utama suara perdamaian


Read more...

Tambah lagi 6 bulan tahanan ke atas ahli parlimen HAMAS

Laporan jam 06.45 petang, Palestin/Mekah
Jam 05.45 petang, Mesir

KHALIL - Pihak berkuasa rejim penjajah hari ini melanjutkan lagi tempoh tahanan ke atas seorang ahli parlimen HAMAS, Naif Al-Rujub, 55(gambar) yang berasal dari daerah Dura, Khalil, selatan Tebing Barat.

Menurut sumber dari ahli keluarga Al-Rujub, pihak berkuasa rejim penjajah di penjara padang pasir Naqab telah melanjutkan tempoh tahanan ke atas Al-Rujub selama 6 bulan berhubung kes tahanan tanpa bicara.

Ahli parlimen HAMAS itu ditangkap pada 6 bulan yang lalu dan dikenakan tahanan tanpa bicara. Sebelum ini, beliau telah dibebaskan dari penjara zionis setelah meringkuk selama hampir 5 tahun dalam penjara. Pada waktu itu, beliau ditangkap penjajah atas tuduhan sebagai anggota Majlis Legislatif(parlimen) mewakili gerakan HAMAS التغيير والاصلاح.

Selepas pilihanraya tahun 2006, Kerajaan Palestin yang ke-10 telah dibentuk oleh gerakan HAMAS dan Naif Al-Rujub menjawat Menteri Waqaf. Setelah itu, rejim penjajah melaksanakan misi penangkapan besar-besaran yang meliputi ahli-ahli parlimen HAMAS dan beberapa menteri HAMAS dalam kerajaan Palestin yang ke-10 termasuk Naif Al-Rujub. Sumber 30/05/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pembukaan sempadan Rafah Mesir menyalahi perjanjian

29 Mei 2011

Laporan jam 07.52 pagi, Palestin/Mekah
Jam 06.52 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Sumber dari politik rejim zionis(Israel) di BaitulMaqdis telah berkata bahawa pembukaan sempadan Rafah Mesir setiap hari menyalahi perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani antara rejim zionis dengan Mesir.

Radio rejim zionis memetik kata-kata dari sumber berkenaan yang merasa khuatir sekiranya sempadan Rafah Mesir diselinap masuk pengganas ke Gaza sekiranya prosedur laluan tidak tertakluk mana-mana pengawasan, menurut dakwaan itu.

Sumber yang sama menyatakan dasar pembukaan sempadan yang diputuskan sebelah pihak oleh pemerintah Mesir akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi menjamin keselamatan serta menghalang sebarang aktiviti keganasan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar rejim zionis, Danny Ayalon menjelaskan bahawa, Mesir dan Israel ada kepentingan bersama dalam memerangi keganasan antarabangsa dan kegiatan pelampau yang dilakukan oleh gerakan HAMAS. Sedemikian itu, menteri zionis mengungkapkan keyakinan bahawa kerjasama antara dua Negara ini akan berterusan demi kepentingan semua pihak.

Danny Ayalon merupakan anggota Knesset Israel mewakili parti Yisrael Beiteinu yang berhaluan kanan.

Semalam, sempadan Rafah Mesir yang menghubungkan antara tanah Mesir dengan Gaza telah dibuka buat kali pertama sejak beberapa tahun yang lalu. Keputusan Mesir yang membuka sempadan ini telah mengundang perdebatan hangat sesama pemimpin politik rejim zionis. Sebahagiannya menyalahkan Kerajaan Netanyahu yang disifatkan 'politiknya gagal'. Sumber 29/05/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Catatan ringkas berita 28/05/2011

Negara Palestin

> Mitchell: Pengiktirafan Negara Palestin dari PBB akan menjejaskan kedudukan Israel(rejim zionis).

Pembukaan sempadan Rafah

> Pembukaan sempadan Rafah Mesir buat kali pertama bagi tempoh yang berpanjangan setelah Mubarak digulingkan.

i - Keputusan positif dari Mesir.
ii - Sempadan dibuka setiap hari kecuali hari cuti, Jumaat dan cuti rasmi. Waktu operasi bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 06.00 petang.
iii- Sumber Palestin menyebut, mana-mana penduduk Palestin berumur 40 tahun ke atas yang memiliki pasport dibenarkan keluar masuk Gaza melalui sempadan Rafah Mesir, namun bagi remaja dan pemuda lelaki yang berumur 18-40 tahun tidak boleh keluar ke sempadan Rafah Mesir kecuali telah ada penyelarasan, lain pula bagi wanita, pesakit-pesakit, pelabur-pelabur dan pelajar-pelajar(belajar di luar) dibenarkan keluar masuk Gaza dengan syarat ada pasport.

Berhubung barang-barang bantuan, menurut sumber yang sama, kemasukan bergantung kepada kelulusan dari pihak Mesir.

Menyentuh kebenaran untuk warga asing memasuki Gaza, jelas sumber bahawa perlu mendapatkan keizinan dari pihak Mesir(Badan Perisikan), di samping merujuk hal ini kepada Kedutaan Besar Negara masing-masing.

Sehingga dilaporkan, seramai 300 penduduk Palestin telah memasuki Gaza melalui sempadan Mesir dan seramai 400 dapat keluar Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.


> Penjajah memantau perkembangan pembukaan sempadan Rafah Mesir.

> Parti Kadima Israel bidas Netanyahu berikutan pembukaan sempadan Rafah Mesir tanpa ada penyelarasan dengan Israel.

> Abu Zuhri, jurucakap HAMAS: Ancaman selepas pembukaan sempadan Rafah dari penjajah hanyalah kosong.

Penindasan rejim penjajah terhadap Palestin

> Warga haram zionis mencabut 20 anak pohon zaitun di Khalil.

> Berita mengenai kecederaan di Iraq Buren, Tebing Barat setelah pertempuran meletus.

Persidangan Jawatankuasa Inisiatif Perdamaian Arab di Doha, Qatar turut dihadiri Mahmoud Abbas(Pengerusi gerakan FATAH yang mengetuai PLO), Presiden Palestin.

> Persidangan ini diadakan bertujuan membincangkan hala tuju rundingan damai Palestin-Israel.

> QATAR(Perdana Menteri) minta Jawatankuasa Arab hentikan dahulu perbincangan mengenai usaha damai sehinggalah pihak yang berkenaan betul-betul bersedia.

> Kenyataan persidangan Arab menyokong usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Negara Palestin pada bulan September akan datang.

> Kenyataan persidangan ini turut menyatakan bahawa kenyataan Netanyahu baru-baru ini(hadapan kongres Amerika dan AIPAC) telah menutup jalan ke arah mencapai perdamaian, malah menuduh Israel bertanggungjawab menyebabkan rundingan damai gagal.

> Kenyataan persidangan Arab menghargai tindakan Obama demi tercapainya perdamaian menurut asas penyelesaian dengan penegakkan dua Negara yang berjiran, Israel-Palestin.

Sekatan Israel ke atas Gaza

> NGO Eropah kecam gesaan Ban Ki Moon yang tidak membenarkan pelayaran freedom flotilla 2 ke Gaza. HAMAS juga membidas kenyataan Ban Ki Moon.

Penjajahan ke atas Palestin

> Jordan(Menteri Luar): Tanah-tanah jajahan di Tebing Barat tidak akan dapat melindungi Israel.

Mesir

> Mahkamah Mesir mengenakan saman USD90 juta ke atas Mubarak berhubung pemotongan perkhidmatan komunikasi(internet dan telefon tangan) semasa revolusi, Januari lalu.

Syria

> Erdogan menghubungi Presiden Syria, Bashaar Asad bagi membincangkan kedudukan terkini di Syria.

Sumber 28/05/2011, berita Al-Jazeerah, web berita Safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Seorang penduduk cedera ditembak zionis

Laporan jam 01.40 pagi, Palestin/Mekah
Jam 12.40 pagi, Mesir

GAZA - Satu kejadian tembakan awal pagi ini, seorang penduduk Palestin mengalami kecederaan berikutan terkena tembakan dari tentera rejim zionis di sebelah timur Hayyu Zaitun, bandar Gaza.

Berhubung kecederaan, Adham Abu Salmiah, jurucakap rasmi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza dalam kenyataannya berkata, 'seorang penduduk cedera di bahagian kaki kanan akibat terkena tembakan dari tentera zionis yang berpengkalan sementara di lokasi tentera ملكة timur Hayyu Zaitun, timur Semenanjung Gaza'.

Jelas Adham, mangsa telah dibawa ke Akademi Perubataan As-Shifa' dan dirawat dalam unit bahagian tulang. Sumber 29/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Abbas: Untuk apa lagi nak berunding?

28 Mei 2011

Laporan jam 11.28 malam, Palestin/Mekah
Jam 10.28 malam, Mesir

DOHA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan mahu pergi ke PBB untuk perlu mendapatkan pengiktirafan Negara Palestin kecualilah jika rundingan yang dimulakan mengikut asas-asas yang diterima dan benar.

Abbas berada di sebelah kiri Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Bin Jassem Al-Thani(tengah).

Ketika pembukaan persidangan Jawatankuasa Inisiatif Perdamaian Arab petang tadi di Doha, Qatar, Presiden Palestin mengulangi lagi syarat-syarat bagi menyambung semula rundingan iaitu hentikan pembinaan penempatan.
____________________________________________________
____________________________________________________

Abbas mempersoalkan, kata beliau, "selagimana Netanyahu tak hentikan projek bina di penempatan-penempatan, prinsip asas penyelasaian garisan sempadan 1967 pun dia tak setuju, untuk apa lagi nak berunding?."

Tambah beliau, "Kami melihat syarat-syarat yang diletakkan oleh Netanyahu memang tidak ada asas perkongsian malah tidak jelas untuk dirunding, dan kami membuat pilihan untuk mendapatkan hak asasi kami iaitu pergi ke PBB, Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan Antabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kami."

Jelas Presiden Abbas, kata beliau, "apa yang saya sebut ini bukan perkara sulit, bukan kali pertama tetapi dah banyak kali kami sebut sempena persidangan-persidangan kepada Amerika, Israel, Eropah dan kepada seluruh dunia, namun dah tidak apa di hadapan kami melainkan kami pilih untuk ke PBB."

Tegas Abbas berhubung kata-katanya, "kami bersungguh-sungguh mahu ke PBB, kami tidak bercakap sebarangan atau membuat apa-apa taktik, maka kami mesti ke PBB, lainlah apabila rundingan yang dimulakan mengikut asas-asas yang dapat diterima Netanyahu, seandainya rundingan ini pun dah tidak memberikan apa-apa hasil, hanya ke PBBlah jalannya." Sumber 28/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Tangkap 5 Palestin, 20 pohon zaitun dicabut

Laporan jam 10.33 malam, Palestin, Mekah
Jam 09.23 malam, Palestin

KHALIL - Tentera rejim penjajah menangkap 5 petani Palestin petang tadi yang ditahan dari ladang mereka di Bayt Ummar, utara Wilayah Khalil, Tebing Barat.

Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Kebangsaan Menentang Tembok Pemisah, Muhammad Audh berkata, "tentera penjajah telah menahan seramai 25 orang Palestin dari kanak-kanak dan wanita selama 7 jam sewaktu mereka memetik anggur di ladang pertanian yang berhampiran penempatan zionis, Bayt Ain."

Beliau menambah, sebilangan besar dari penduduk Palestin yang ditahan itu telah dibebaskan. Bagaimanapun, 5 orang Palestin telah dibawa ke pusat tahanan Etisyun yang berdekatan dengan daerah itu. Penduduk Palestin yang ditangkap, Majdi Ismail Adi, 17, Muhammad Hadi Namru Adi, 18, Hatim Khalil Mahmud Abu Diah, 35, Iyad Basam Za'aqiq, 35 dan Yusof Abdul Hamid Abu Marya.

Kejadian yang lain, lapor Safa pada jam 06.09 petang, waktu Palestin bahawa warga haram zionis telah mencabut 20 batang anak pokok zaitun di tanah pertanian yang juga berhampiran dengan kawasan penempatan haram Bayt Ain di Bayt Ummar.

Muhammad Audh berkata kepada agensi berita Safa, 'seorang penduduk Palestin, Hamad Abdul Hamid Jabeer terkejut dengan tindakan warga haram yang mencabut anak pokok zaitun yang ditanamnya sebelum ini.'

Safa menyatakan bahawa sejak beberapa bulan lalu, para pemilik tanah dihalang memasuki ladang pertanian yang menjadi tempat tanaman zaitun berikutan warga haram zionis menuduh penduduk Palestin bertindak kasar terhadap mereka.

Sedemikian itu, sepasukan unit tentera rejim penjajah tiba di lokasi berkenaan, lalu menghalau Hamad serta peladang lain yang bersamanya dari tanah tersebut.

Penindasan dan gangguan dari warga haram dan tentera penjajah semakin giat dilaksanakan ke atas penduduk Palestin di Bayt Ummar, malah dua buah penempatan haram Karmei Tzur dan Bayt Ain yang membentangi di atas tanah tersebut mengancam keadaan tanah-tanah. Tambahan pula memberi kesan kepada penduduk Palestin. Sumber 28/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Kapal Malaysia tunggu keizinan punggah barang

Laporan jam 01.52 petang, Palestin/Mekah
Jam 12.52 petang, Mesir

EL-ARISH - Sumber dari pelabuhan El-Arish Mesir menyebut kapal bantuan kemanusiaan Malaysia sedang menanti keizinan sehinggalah selesai prosedur susulan untuk berlabuh di terminal kapal dan memunggah barang bantuan. Demikian itu, sebagai permulaan untuk membawa masuk barang-barang ke Gaza melalui jalan darat Mesir.

Gambar(PGPF): Pemandangan di pelabuhan nelayan Gaza
________________________________
____________________________________________

Menukil dari web berita AL-AHRAM, sumber yang sama berkata, "kapal bantuan tersebut tiba di perairan laut Mesir sejak 10 hari yang lalu setelah dipintas dan dihadang dengan ancaman dari bot-bot laju tentera laut zionis ketika sedang menuju ke pelabuhan nelayan Gaza, masa ini kapal bantuan itu sedang menyelesaikan beberapa prosedur untuk masuk ke terminal mengikut proses dan prosedur susulan berhubung berlabuh dan pemunggahan barang."

Logo PGPF

Tambah sumber lagi, selepas proses berkenaan selesai, kapal tersebut baru akan dibenarkan berlabuh di terminal dan memunggahkan barang-barang untuk dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Sebagaimana yang disebutkan, kapal bantuan 'The Spirit Of Rhacel Corrie' yang didaftarkan dengan nama MV Finch milik Malaysia membawa muatan 30 tan paip PVC untuk bantuan memulihkan sistem pembentungan yang musnah di Gaza.
_____________________________________________
Pautan lagi:

1. Web rasmi Perdana Global Peace Fundation
2. Kenyataan media The Spirit of Rachel Corrie Mission hereby objects to the use of an Israeli land port to deliver its humanitarian aid to the Palestinian people..lagi
3. Rachel Corrie sempena nama seorang aktivis Amerika yang mati dibunuh jentolak zionis pada tahun 2003.

_____________________________________________

Misi bantuan ini di bawah seliaan Perdana Global Peace Foundation(PGPF) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber 28/05/2011 safa.ps dan web rasmi Perdana Global Peace Foundation

Read more...

3 nelayan Palestin cedera diserang bot laju zionis

27 Mei 2011

Laporan jam 12.19 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.19 malam(26/05/2011), Mesir

GAZA - 3 nelayan Palestin cedera malam tadi(26/05/2011) setelah diserang bot-bot laju rejim zionis ketika sedang memburu ikan di perairan laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, pejabat penerangan bomba dalam laporannya menjelaskan bahawa skuad penyelamat laut berjaya menunda keluar bot nelayan Palestin dari lokasi kejadian selepas dilanggar bot laju zionis dari bahagian belakang.

Tambah laporan itu, 3 orang nelayan dari 7 nelayan yang berada di atas bot berkenaan mengalami kecederaan, dikatakan tulang patah. Berikutan serangan itu, bot nelayan turut mengalami kerosakan di bahagian enjin.

Ketua skuad penyelamat, kapten Yahya Taayah berkata, sewaktu usaha menunda keluar dari lokasi menuju ke pelabuhan nelayan Gaza, skuad penyelamat menghadapi kesulitan.

Beliau menyatakan, kejadian ini bukanlah kali pertama nelayan Gaza menjadi sasaran, bahkan ia adalah ekoran dari cengkaman rejim zionis ke atas Gaza yang sengaja mahu menyempitkan sumber rezeki nelayan-nelayan.

Sementara itu, pemberita Safa melaporkan bahawa pergerakan tentera zionis tidak sebagaimana biasa di terminal Karem Abu Salem menuju ke sebelah timur bandar Rafah, selatan Semenanjung gaza. Keadaan ini telah dilihat sejak 3 hari yang lalu, menurut Safa.

Jelas lagi, pesawat-pesawat rejim zionis turut berterbangan rendah di ruang udara kawasan berkenaan. Sumber 27/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Shalom gesa Israel hentikan pembukaan sempadan Rafah

26 Mei 2011

Laporan jam 02.02 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.02 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Timbalan Perdana Menteri I rejim zionis, Silvan Shalom(gambar) kelahiran Tunisia berkata, 'Israel mesti bertindak melakukan apa jua usaha bagi menghentikan pembukaan sempadan Rafa yang menghubungkan tanah Mesir dengan Semenanjung Gaza tanpa ada pengawasan antarabangsa,' lapor media Israel Yedioth Ahronoth versi hebrew.

Tambah Shalom, "ini adalah perkembangan yang bahaya kerana membolehkan kemasukan senjata, alat-alat letupan, dan juga gerakan Al-Qaeda ke Semenanjung Gaza."

Sempadan Rafah Mesir dimudahkan

Laporan berita semalam melaporkan bahawa sumber-sumber rasmi Mesir telah memaklumkan kepada Kerajaan Palestin di Gaza bahawa berkuatkuasa pada hari Sabtu, 28 Mei akan dilaksanakan mekanisme memudahkan prosedur keluar masuk dan operasi di sempadan Rafah Mesir.

Sumber yang sama menjelaskan lagi bahawa antara perubahan besar yang dilakukan, sempadan Rafah Mesir beroperasi selama 6 hari dalam seminggu yang sebelum ini hanya 5 hari seminggu, dan hanya hari Jumaat ditutup berikutan cuti mingguan. Waktu sempadan beroperasi pada hari-hari tersebut bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Sumber Palestin pula menyebut, mana-mana penduduk Palestin berumur 40 tahun ke atas yang memiliki pasport dibenarkan keluar masuk Gaza melalui sempadan Rafah Mesir, namun bagi remaja dan pemuda lelaki yang berumur 18-40 tahun tidak boleh keluar ke sempadan Rafah Mesir kecuali telah ada penyelarasan, lain pula bagi wanita, pesakit-pesakit, pelabur-pelabur dan pelajar-pelajar(belajar di luar) dibenarkan keluar masuk Gaza.

Berhubung barang-barang bantuan, menurut sumber yang sama, kemasukan bergantung kepada kelulusan dari pihak Mesir.

Menyentuh kebenaran untuk warga asing memasuki Gaza, jelas sumber bahawa perlu mendapatkan keizinan dari pihak Mesir(Badan Perisikan), di samping merujuk hal ini kepada Kedutaan Besar Negara masing-masing.

Sempadan Rafah adalah satu-satunya penghubung antara Semenanjung Gaza yang terkepung dengan dunia luar, malah sempadan ini juga memainkan peranan penting menyekat Gaza sewaktu penutupan dalam masa yang panjang oleh pemerintah sebelum ini. Selain itu, banyak proses prosedur-prosedur yang menghalang keluar masuk ke Gaza. Sehinggalah serangan komander laut 'Shayetet 13' zionis menyerang armada pembebasan pada Mei tahun 2010, sempadan Rafah Mesir terpaksa dibuka semula. Sumber 26/05/2011, web berita safa.ps dan arkib maklumat MAP

Read more...

[Pautan] Valley Of The Wolves Palestine 2011

25 Mei 2011

Sumber: youtube.com

Tindakan inilah yang diperlukan waktu ini bagi membenamkan kesombongan rejim zionis malah dapat menyahkan rejim zionis dari tanah Palestin.

Read more...

[Karikatur] Telah bergenerasi rayu 'hak pulang'

Sumber karikatur, Al-Jazeerah

Saban tahun, desakan dan rayuan 'hak pulang' atau 'hak kembali' ke tanah-tanah yang dijajah tidak pernah sunyi selagimana hak mereka tidak dikembalikan kepada mereka. Berbalik kepada karikatur di atas, dari tahun 1948 sehinggalah tahun 2011, mereka tidak jemu menuntut hak untuk pulang ke tanah-tanah Palestin. Biarpun generasi awal mereka telahpun tiada, tugas itu tetap mereka pikul. Tanggungjawab itu bukanlah pada mereka sahaja tetapi ia seakan-akan terpundak di atas bahu-bahu kita untuk menolong, sekurang-kurangnya kita juga turut merasai keperitan yang mereka rasa waktu ini. Apa tidaknya, tragedi Nakbah Palestin telah menafikan keseluruhan hak-hak mereka. Masalah mereka juga masalah kita.

Semalam, Netanyahu, Perdana Menteri Kerajaan yang menjajah tanah Palestin telah menafikan hak pulang kepada pelarian-pelarian Palestin dalam ucapannya di hadapan kongres Amerika. Sungguh tidak ada rasa malu, sudahlah perompak yang merampas tanah, kemudian geran tanah tersebut digazetkan menjadi hak perompak. Lebih memalukan lagi, memberi ucapan kepada dunia bahawa pelarian-pelarian Palestin tidak ada hak untuk kembali ke tanah-tanah mereka.

Sejak rundingan-rundingan damai yang dijalankan, sehingga kini ada beberapa permasalahan asas yang tidak mencapai keputusan, bahkan tidak selesai. Antara permasalahan asas ialah berhubung pelarian Palestin yang dinafikan hak pulang. Mengikut ketetapan 194, perjanjian Geneva pada tahun 1984, kem-kem pelarian yang ada waktu ini di Lubnan, Syria, Jordan dan mana-mana tempat yang disebut kem pelarian hanyalah kediaman sementara sebelum diberikan hak untuk pulang ke tanah-tanah yang dijajah. Pihak yang menguruskannya tidak lain adalah PBB yang disubkan kepada UNRWA. Namun, bilakah mereka akan pulang ke tanah-tanah yang dijajah sedang ucapan hipokrit jahiliah terus diagung-agungkan serta menjadi dambaan sama ada ucapan itu dari penjajah atau pihak pelakon utama pendamai?

Read more...

Aktivis Yahudi ditangkap celah ucapan Netanyahu

Laporan jam 07.20 pagi, Palestin/Mekah
Jam 06.20 pagi, Mesir

WASHINGTON - Polis Amerika menangkap seorang aktivis, Ray Abilli(gambar sebelah) dari hospital Universiti George Washington di Washington, Amerika Syarikat kerana mencelah ucapan Netanyahu. Ray seorang aktivis dari kumpulan perdamaian Yahudi yang dikenali جماعة كود بينك النسائية لحقوق الإنسان mendesak Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu supaya hentikan penjajahan dan jenayah perang di Palestin.

Ray berumur 28 tahun asal Israel(ibu-bapanya) menetap di Amerika telah mencelah ucapan Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu di hadapan kongres Amerika semalam sewaktu Netanyahu mengucapkan tahniah kepada Amerika di atas pembunuhan Osama Ben Laden. Ketika itu, Ray menjerit kuat, "hentikan jenayah-jenayah perang Israel."

Kemudian Ray diserang sekumpulan anggota ahli jawatankuasa AIPAC, lalu dibawa ke hospital.

Setelah kejadian itu, kumpulan جماعة كود بينك yang diasakan pada tahun 2002 sebagai pendesak hentikan perang Iraq dan Afghanistan ketika memberikan kenyataan, berkata, "Netanyahu telah berkata tidak boleh kembali ke garisan sempadan tahun 1967, tetapi benar-benar tidak wajar mempertahankannya kerana realiti sekarang tanah Palestin memang telah dijajah malah penduduk Palestin di Gaza kelaparan(sekatan Israel) serta sesiapa yang menentangnya dipenjarakan, juga tidak ada keadilan mengikut hak walaupun hal ini disebut demokrasi Israel, kami sebagai Yahudi yang membayar cukai kepada Amerika memang tidak boleh mendiamkan diri berhubung jenayah yang dilakukan atas nama kami serta menggunakan bayaran-bayaran cukai yang kami bayar." Sumber 25/05/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Ahram.org

Read more...

Ketua pembangkang Knesset bidas Netanyahu

24 Mei 2011

Laporan jam 01.38 pagi, Palestin/Mekah
Jam 12.38 pagi, Mesir

WASHINGTON - Ketua pembangkang parlimen Knesset rejim zionis, Tzipi Livni telah membidas sikap Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu dalam ucapan malam tadi serta menggesa sambung semula rundingan dengan Palestin. Nyata Livni, apapun langsung tidak dapat diterima jika hanya berdiri tanpa bertindak.

Gambar(arkib): Tzipi Livni, bekas Menteri Luar rejim zionis selaku ketua pembangkang di Knesset mengetuai parti Kadima, haluan kiri.

Ketika menyampaikan ucapan di hadapan para peserta persidangan pelobi Israel, American Israel Public Affairs Committee(AIPAC) di Washington malam tadi, kata Livni, "sekiranya rundingan dengan Palestin disambung semula, sudah pasti perbincangan yang diusahakan oleh Palestin di Perhimpunan Agung PBB nanti untuk mendapatkan pengiktirafan Negara Palestin akan ditangguhkan."

Livni berkata lagi, "seharusnya Israel dan Amerika Syarikat telah mencapai persetujuan yang disepakati bersama dari balik tabir lagi dan bukannya ketika membuat ucapan di khalayak ramai."

Gambar: Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri rejim zionis selaku Presiden parti Likud, haluan kanan.

Bekas Menteri Luar rejim zionis itu menyatakan, "waktu ini adanya pihak pelampau yang sedang berusaha mengambil peluang ke atas situasi yang berlaku di rantau ini demi dapat menyingkirkan kewujudan Negara Israel," lantaran sedemikian, tambah Livni, bahawa Israel tetap kuat dengan hanya memadai menetapkan keputusan-keputusan yang diperlukan.

Web rasmi AIPAC, sila klik di banner.

Tema AIPAC pada tahun ini, menurut web rasminya, 'U.S. and Israel: Better Together' disertai lebih 10,000 pro Israel dari 50 buah Negara. Sumber 24/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

MV Finch Malaysia masih di laut

23 Mei 2011

KAHERAH - Kapal bantuan kemanusiaan 'MV Finch , The Sprit Of Rachel Corrie' milik Malaysia yang dipintas bos laju zionis pada 16 Mei lalu ketika memasuki perairan laut Rafah masih terdampar di laut.
_________________________________________________
Baca lagi:

Bot laju zionis pintas kapal Malaysia
_________________________________________________

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada kapal tersebut yang membawa barang-barang bantuan ke Gaza dapat berlabuh ke pelabuhan El-Arish, Mesir atau sebaliknya.

Sedemikian itu, ketika pihak MAP menghubungi salah seorang wartawan Malaysia petang tadi(waktu Mesir), beliau menyatakan kapal bantuan kemanusiaan Malaysia masih berada di laut dan masih belum berlabuh ke pelabuhan El-Arish, Mesir.

Sumber yang sama menyebut, sehingga kini, hanya bantuan makanan dihantar kepada relawan-relawan dan anak kapal yang berada di atas kapal MV Finch. - Komuniti MAP

Read more...

Setuju bina 294 unit perumahan Israel

22 Mei 2011

Menteri Pertahanan(perang) rejim zionis, Ehud Barak telah meluluskan projek pembinaan perumahan yang baru sebanyak 294 buah unit perumahan di Tebing Barat. Sedemikian itu, pada waktu yang sama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada di Amerika Syarikat untuk membincangkan mengenai usaha damai.

Gambar(rujuk): Pembinaan perumahan Israel di penempatan Betar Illit antara tahun 2006-2009, dan kini, tahun 2011 bertambah lagi rancangan pembinaan di situ.

Pertubuhan bukan kerajaan 'PEACE NOW' Israel mendedahkan pada hari ini bahawa perumahan-perumahan ini akan dibina di penempatan Betar Illit, selatan BaitulMaqdis. Tambahan lagi, sebuah komplek perniagaan dan rumah orang-orang tua juga akan dibina di penempatan Efrat, selatan BaitulMaqdis.
____________________
Pautan:

NGO Peace Now Israel
Pertubuhan Pelobi Israel AIPAC
____________________


PEACE NOW tidak mengesahkan tarikh Ehud Barak menandatangani projek perumahan ini, tetapi Peace Now menjelaskan bahawa ia menilai ke atas surat Kementerian Pertahanan yang bertarikh pada 28 April berhubung khusus hal ini.

Sumber yang sama menyatakan sejak September 2010 iaitu tempoh akhir membekukan sebahagian kerja bina perumahan Israel yang bertempoh selama 10 bulan, Tel-Aviv telah melaksanakan lebih 2000 buah unit perumahan.

Pejabat Perdana Menteri Israel turut mengakui memberikan sebahagian lesen-lesen untuk pembinaan perumahan Israel di Tebing Barat.

Gambar(rujuk): Sebahagian perumahan di penempatan Betar Illit.

Seiring pengumuman projek baru penempatan Israel, Perdana Menteri Israel waktu ini berada di Amerika Syarikat. Netanyahu telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika pada Jumaat lepas di White House dan menanti untuk memberikan ucapan di hadapan Kongres Amerika. Setelah itu, Netanyahu dijadualkan bertemu dengan anggota Pertubuhan Pelobi Israel, AIPAC(American Israel Public Affairs Committee) di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, agensi kerajaan rejim Israel telah mengumumkan persetujuan membina 1,520 unit perumahan yang baru pada Isnin minggu lepas di penempatan-penempatan Yahudi, BaitulMaqdis Timur(timur BaitulMaqdis).
_____________________________________________________
Rujuk pautan berkait:
1. Lulus bina 1500 unit perumahan baru di BaitulMaqdis
2. Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis
_____________________________________________________

Pada hari Khamis baru-baru ini, Presiden Amerika ketika menyampaikan ucapan dasar terhadap Timur Tengah mengumumkan persetujuan buat kali pertama bagi menegakkan Negara Palestin yang bersempadan tahun 1967, namun Netanyahu membantah penyelesaian konflik Israel-Palestin dengan usaha ini.

Gambar(rujuk): Sebahagian perumahan di penempatan Efrat.

Berhubung penempatan Israel, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin di Ramallah berkata, 'Israel kena buat pilihan, sama ada mahu damai atau bina lagi penempatan.' Sumber 22/05/2011, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Bingkisan sebuah perjuangan

21 Mei 2011

Dinding konkrit mungkin boleh hancur dengan peluru kereta kebal, tetapi 'dalaman diri'(ruhiyyah, prinsip dan pendirian yang jelas) yang kuat, insyaAllah tiada gentar menghadapi sebarang ujian.

"Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu" - Syed Qutb

Read more...

Mavi Marmara sedia belayar lagi

20 Mei 2011

Laporan jam 07.17 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.17 petang, Mesir

ISTANBUL - Yayasan Hak Asasi Manusia(IHH), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Turki telah mengumumkan mengenai pelayaran konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza. Konvoi laut kali ini adalah yang kedua setelahmana armada pembebasan kali pertama pada 31 Mei tahun lepas diserang tentera laut rejim zionis ketika belayar di perairan laut antarabangsa menuju ke pelabuhan Semenanjung Gaza. Insiden tersebut mengakibatkan 9 relawan Turki terkorban.
__________________________________________________
Info:
Konvoi laut: Freedom Flotilla/armada pembebasan/أسطول الحرية
Pautan:
__________________________________________________

Semasa sidang media berlangsung di Istanbul hari ini, Presiden IHH, Fehmi Bülent Yıldırım berkata, konvoi kapal yang baru melibatkan 15 buah kapal diikuti 1500 relawan dari seluruh dunia.

Tambah beliau, konvoi baru ini dianggap sebagai usaha antarabangsa yang disertai 22 buah pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dari seluruh dunia, sambil memberi peringatan kepada Israel, kata beliau, "jika kamu(Israel) menghalang kami lagi sekali, kami akan terus berada di laut selama beberapa hari dan isu kami akan menjadi isu dunia."

Photobucket

Kata beliau lagi, 'Israel menjadi tersisih ekoran serangan ke atas armada pembebasan tahun lepas', sambil itu, beliau mendesak bebaskan Gaza sepenuhnya dari sekatan yang dikenakan hampir 5 tahun.

Sebagaimana yang dijadualkan, armada pembebasan II akan berlayar pada 31 Mei ini sempena memperingati peristiwa serangan komander laut Israel ke atas armada pembebasan tahun lepas. Bagaimanapun, IHH menunda pelayaran pada tarikh lain selepas pilihanraya parlimen Turki yang diadakan pada 12 Jun akan datang.

Semalam, media Palestine 1948 menyiarkan laporan mengenai baik pulih kapal MV Mavi Marmara yang bersedia untuk belayar bersama konvoi armada pembebasan II. Sumber 20/05/2011, web berita safa.ps dan 19/05/2011, web berita Palestine 1948

Gambar-gambar di bawah menampilkan kerja baik puilih kapal MV Mavi Marmara






Sumber gambar: IHH

Read more...

Perisikan Ramallah kepung rumah anggota HAMAS

Laporan jam 04.17 petang, Palestin/Mekah
Jam 03.17 petang, Mesir

NABLUS - Sumber terdekat keluarga bekas tahanan, Abdul Rahman Hindiah menyatakan unit perisikan Palestin Ramallah telah mengepung rumah keluarganya di bandar Nablus yang terletak di sebelah utara Tebing Barat selepas waktu Jumaat. Sebelum beredar, unit perisikan meminta Abdul Rahman melapor diri pada esok hari. Jelas sumber, sekiranya Abdul Rahman tidak hadir, unit perisikan mengancam akan menangkap saudaranya.

Keterangan dari gerakan HAMAS, perisikan Palestin Ramallah mengekori Abdul Rahman sejak tengahari tadi sewaktu pergi dan pulang dari menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, keluarga Abdul Rahman merayu kepada wakil bebas, Khalil Assaf dan ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin minta campur tangan bagi menghentikan tindakan perisikan yang mengekori anaknya bertujuan untuk menangkap, malah sebelum ini telah berkali-kali Abdul Rahman dipanggil lapor diri.

Gambar(safa): "Pemuda Tebing Barat mahu gugurkan panggilan lapor diri".

Abdul rahman telah membuat bantahan terhadap arahan badan perisikan yang meminta beliau melaporkan diri. Bantahan tersebut disiarkankan melalui media massa serta laman jaringan sosial facebook. Sedemikian itu adalah bantahan darinya ke atas penangkapan dan panggilan lapor diri yang tidak henti-henti meskipun selepas persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin ditandatangani.

Berhubung situasi ini, sekumpulan pemuda-pemuda melancarkan kempen di laman jaringan sosial, facebook yang meminta supaya tidak melaporkan diri apabila dipanggil pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat. Sehingga kini, beberapa pemuda turut mengumumkan tidak mahu melayani sebarang arahan lapor diri.

Badan-badan hak asasi menggesa Pemerintah Palestin di Ramallah supaya menjernihkan suasana agar persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin dapat dilaksanakan. Sedemikian itu, pihak berkenaan meminta badan perisikan Palestin dan Keselamatan kebangsaan hentikan arahan meminta lapor diri dan penangkapan ke atas anggota-anggota gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI. Sumber 20/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah sedia di sempadan Syria dan Lubnan

Laporan jam 07.54 pagi, Palestin/Mekah
Jam 06.54 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Siaran radio penjajah awal pagi ini menghebahkan bahawa tentera rejim penjajah menguatkan kawalan di sepanjang garisan sempadan tanah-tanah jajahan dengan Lubnan dan Syria.

Gambar(arkib Al-Jazeerah): Para penunjuk perasaan Palestin di selatan Lubnan, Maroun Al-Ras yang bersempadan dengan utara tanah jajahan.

Radio penjajah menyebut, polis rejim penjajah juga akan menghalang tindakan demonstran Arab dalam garisan 1948 yang cuba menghampiri garisan sempadan.

Pada hari Ahad lalu, puluhan ribu pelarian Palestin berbondong-bondong mendekati garisan sempadan tanah jajahan yang bersempadan dengan Lubnan, Syria, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bertujuan untuk memperingati Nakbah Palestin tahun ke-63.

Gambar(arkib Al-Jazeerah): Penunjuk perasaan Palestin di Majdal Shams, sempadan tanah jajahan dengan dataran tinggi Golan, Syria.

Para demonstran turut melontar batu ke arah tentera-tentera rejim penjajah yang mengawal sempadan setelah mereka dihujani tembakan dari penjajah. Dalam kejadian yang menimpa seluruh tanah jajahan, seramai 21 Palestin(termasuk seorang warga Jordan) syahid dan beratus-ratus lagi cedera.
________________________________________________
Baca lagi:
Nakbah kepung perampas tanah Palestin
________________________________________________

Gambar(arkib Al-Jazeerah): Penunjuk perasaan Palestin di Gaza yang cedera ditembak tentera penjajah di kawasan sempadan Bet Hanoun dengan Erez(tanah jajahan 1948).

Laporan safa petang semalam menyebut, rejim penjajah telah memutuskan untuk menanam periuk api di kawasan sempadan yang berhampiran dengan kampung Majdal Shams, dataran tinggi Golan(sebahagian tanah Syria yang dijajah zionis) bagi mengelakkan sebarang rempuhan sebagaimana yang berlaku pada hari Ahad lalu. Sumber 20/05/2011, web berita safa.ps

Read more...

[Klip] Bicara revolusi, ucapan dasar Obama terhadap Timur Tengah

19 Mei 2011


Klip Al-Jazeerah

Sumber 19/05/2011, youtube.com

Read more...

Lulus bina 1500 unit perumahan baru di BaitulMaqdis

Laporan jam 09.52 malam, Palestin/Mekah
Jam 08.52 malam, Mesir

BAITULMAQDIS - Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan di BaitulMaqdis telah meluluskan malam ini satu rancangan pembinaan 1500 unit perumahan Israel yang baru di penempatan Pisgat Ze'ev dan Har Homa, selepas Obama berucap dan sehari sebelum Perdana Menteri rejim zionis bertemu dengan Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat.
________________________________________________________
Baca lagi:
Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis

________________________________________________________

Perincian rancangan tersebut, lapor media ynet Israel, 930 unit perumahan akan dibangunkan di Har Homa dan 620 unit lagi akan dibina di penempatan Pisgat Ze'ev yang berada di luar kawasan garisan hijau.

Gambar(AFP): Penempatan Pisgat Ze'ev.

Hebah radio Israel, keputusan bagi meluluskan rancangan ini setelah mendengar bantahan-bantahan awam.

Sumber menyatakan lagi sebelum ini, jawatankuasa berkenaan telah berkali-kali menangguhkan perbincangan berhubung rancangan ini sebagai menyahut permintaan dari Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu.

Gambar(ynet): Penempatan Har Homa.

Sumber menambah dari jawatankuasa itu bahawa Netanyahu tidak lagi meminta tangguh sebelum diperbincangkan pada hari ini. Sedemikian itu, Jabatan Perdana Menteri rejim zionis enggan mengulas berhubung rancangan ini.

Seorang ahli jawatankuasa rancangan tersebut, Yair Gabai berkata kepada media ynet, "Kerajaan Israel telah membuat keputusan hari ini secara terbuka dan jelas kepada seluruh dunia bahawa tidak ada rundingan mengenai BaitulMaqdis, dan ia akan bersatu(sebelah barat dengan timur yang dibahagikan kepada Palestin)."

"Rancangan pembinaan ini adalah hadiah terbaik yang kami terima sempena hari BaitulMaqdis yang akan datang," Kata Gabai lagi.

Gabai mendesak Kerajaan Israel untuk memajukan lagi rancangan pembinaan ribuan unit rumah yang lain. Hal tersebut bagi menjawab respon kepada pasangan-pasangan muda yang ingin tinggal di BaitulMaqdis, menurut Gabai.

Israel merosakkan usaha damai


Dari pihak Palestin, jurucakap Pemerintah Palestin, Nabil Abu Radinah pada malam ini mengungkapkan kelulusan pembinaan beratus-ratus buah unit perumahan baru Israel di BaitulMaqdis adalah tindakan segera ekoran dari ucapan dasar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama terhadap Timur Tengah.

Kata Abu Radinah, "tindakan ini patut dikecam, pentadbiran Amerika semestinya perlu menuduh Israel bertanggungjawab merosakkan usaha damai."

Tambah beliau lagi, "kami menghargai usaha Presiden Obama untuk menghidupkan semula usaha perdamaian," sambil mengulangi, akan ada jawab balas rasmi Palestin ke atas ucapan Obama selepas pertemuan pemimpin Palestin dan perbincangan dengan tetangga Arab. Sumber 19/05/2011, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita ynetnews.com

Liputan Al-Jazeerah berhubung pembinaan unit perumahan terbaru zionis di BaitulMaqdis



Klip Al-Jazeerah
Sumber 19/05/2011, youtube.com

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS