Laporan Jam 02:51 petang, waktu Palestin
Jam 02:51 petang, waktu Mesir
Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal tiba di Kaherah semalam, 05/01/2012. Dalam lawatan singkat secara mengejut, beliau telah bertemu dengan wakil perisikan Mesir dan Setiausaha Agung
Liga Arab,
Nabil El-Araby.
Berhubung lawatan Meshaal ke Kaherah, Usamah Hamdan selaku kordinator hubungan luar gerakan HAMAS mengulas,
"lawatan yang berlangsung ini adalah termasuk dalam skop perhubungan yang digerakkan untuk menyokong usaha baik pulih dalaman Palestin dan langkah-langkah membebaskan Semenanjung Gaza dari sekatan."Gambar: Setiausaha Agung Liga Arab, kanan dan Ketua Biro Politik HAMAS, kiri sewaktu perjumpaan lalu.Jelas Usamah dalam kenyataannya kepada agensi berita
QUDS PRESS hari ini, 06/01/2012, bahawa
"sejak kejayaan revolusi Mesir, hubungan HAMAS dengan Kaherah kini telah memasuki era baru dan ia bukanlah hasil dari apa-apa inisiatif serantau kepada HAMAS." Kenyataan MeshaalKetua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal menyatakan bahawa berunding dengan Israel hanyalah menggagalkan cara dan ia tidak akan membawa apa-apa, satu-satunya jalan bagi mengakhiri penjajahan hanyalah kembali kepada dasar penentangan serta sentiasa menentang.
Baca lagi:
>> Pertemuan antara perunding Palestin dan Israel di AmmanDalam sidang media hari ini, 06/01/2012 selepas bertemu dengan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby, beliau(Meshaal) membantah pertemuan yang berlaku antara perunding Palestin dan Israel baru-baru ini di Amman boleh memberi kesan kepada perjalanan usaha baik pulih dalaman Palestin yang bawah seliaan Mesir.
Tegas beliau, gerakannya bersangatan mahu menjayakan perdamaian dalaman Palestin serta mengakhiri lima tahun babak pertelingkahan serta mencapai persepaduan dalam kesemua agenda-agenda usaha baik pulih, khususnya kerajaan perpaduan yang akan membawa kepada pilihanraya parlimen, presiden dan majlis kebangsaan demi untuk menyatukan barisan Palestin.
Berhubung sebab-sebab lawatan singkat beliau ke Kaherah yang disifatkan media massa secara mengejut, kata Meshaal,
"HAMAS ingin sangat berterusan berhubung(selaras demi kesepaduan) dengan Liga Arab."Jikalau dikatakan lawatan ini ada hubung kait dengan keadaan di Syria, beliau turut menyatakan,
"keadaan di Syria juga HAMAS ambil berat, sejak tercetusnya kejadian(revolusi) di Syria, HAMAS telah berusaha keras bagi menyelesaikan hal ini dengan jalan politik," nyata beliau, pujukan HAMAS mampu dapat membawa penyelesaian dari aspek keamanan kepada penyelesaian cara politik yang akan memberikan kestabilan kepada Syria.
Meshaal menafikan dalam perjumpaan dengan El-Araby menyentuh tentang survival HAMAS di Syria atau mahu memindahkan pejabatnya ke negara Arab yang lain berikutan konflik di Syria yang masih berlanjutan, kata beliau,
"HAMAS tidaklah gusar dengan geo-politik kerana HAMAS ada, sama ada dari dalam dan luar tanah Palestin, juga di Damsyik serta ibu-ibukota negara Arab yang lain malahan ia ada dalam sanubari masyarakat di tanahair Arab."Strategi sokongan dengan semua pihakMengulas di sebalik natijah peningkatan mendadak Ikhwan Al-Muslimin dalam pilihanraya parlimen Mesir dan begitu juga aliran-aliran Islam di negara-negara yang diresapi revolusi Arab kepada HAMAS, kata beliau,
"kami merasa bangga dengan peningkatan kumpulan aliran Islam secara mendadak, demikian itu adalah dengan jalan pilihanraya corak demokratik tetapi kami tidaklah ingin menjadi semakin kukuh hanya dengan sokongan politik dari kumpulan aliran-aliran Islam semata."Jelas beliau, strategi kekutan HAMAS tidak hanya bergantung kepada aliran-aliran Islam sahaja, bahkan HAMAS berhubung dengan kesemua pihak dan aliran politik yang berbeza.
Beliau turut mengungkapkan hasratnya dengan kebangkitan Islam yang membawa agenda Arab bagi berdepan dengan agenda Israel di rantau ini.
Nafi terima surat Syria dari MeshaalSementara itu, dari sudut lain, Setiausaha Agung Liga Arab menafikan terima surat dari pemerintah Syria melalui Khaled Meshaal ketika dalam perjumpaan. Jelas El-Araby, sekitar perjumpaan, kedua-dua pihak membincangkan secara panjang lebar mengenai keadaan dan kedudukan di Syria.
Beliau mendedahkan beberapa bulan yang lalu, Meshaal telah memainkan peranannya memujuk Presiden Syria, Bashar Al-Asad agar menandatangani protokol Arab. Di samping itu, kata El-Araby, beliau telah menyerahkan surat kepada Meshaal untuk disampaikan kepada pemerintah Syria yang mengandungi gesaan agar hentikan keganasan dan laksanakan kerja dengan penuh amanah dan telus bagi menjayakan inisiatif penyelesaian ini(protokol Arab).
Sumber 06/01/2012, web berita Paltimes.net, web berita Al-Jazeerah dan web penerangan rasmi HAMAS