
GAZA - Sumber melaporkan, rejim zionis hari ini telah menutup laluan perlintasan Karem Abu Salem dan Al-Mintar kepada sebarang kemasukan barang-barang dagangan dan bantuan ke Semenanjung Gaza.
Seperti yang dinyatakan, penutupan laluan tersebut adalah bersempena dengan ketibaan Aidilfitri yang mulia dan sambutan awal tahun bagi Yahudi.
Peta(arkib): Zon A, Dataran Tinggi Golan, Zon B, Tebing Barat, dan Zon C, Semenanjung Gaza. Manakala kedudukan tanah yang bernombor 1 sehingga 6 diakui Negara Israel oleh rejim zionis setelah rampasan yang membawa kepada penjajahan ke atas Palestin pada 1948.
Pengerusi Jawatankuasa Pemusatan Kemasukan Barang ke Gaza, Raed Futtuh berkata, "pihak penjajah telah memaklumkan kepada kami mengenai penutupan dua laluan yang bermula hari ini sehinggalah akan dibuka semula pada pagi Isnin akan datang," tambah Futuh, "penutupan tersebut telah menghentikan kemasukan barangan, bantuan dan sumber tenaga ke Gaza."
Futuh menyebut lagi, semalam, penjajah membenarkan 82 buah trak, 20 buah di antaranya untuk sektor pertanian dan 20 buah lagi trak membawa muatan bantuan dibawa masuk ke Gaza. Malah, 91 tan gas masak dan 219 liter diesel juga telah dipam masuk ke stesen di Gaza.
Kawal ketat Tebing Barat
Sementara itu, tentera rejim zionis mengumumkan kawalan ketat(penutupan) di Tebing Barat yang bermula tengah malam semalam sehinggalah pada tengah malam ahad. Tujuan penutupan ke atas Tebing Barat sempena perayaan awal tahun Yahudi.
Keterangan dari tentera rejim bahawa pihak rejim hanya membenarkan individu yang memerlukan rawatan perubatan ke Israel, tetapi dengan kebenaran. Sempena dengan Aidilfitri pula, tentera rejim zionis telah mengambil langkah khusus untuk lalu lintas mana-mana individu.
Kebiasaannya sempena sambutan perayaan Yahudi, rejim zionis akan mengenakan langkah khusus untuk mengawal pergerakan penduduk Palestin. Sumber 09/09/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah
Read more...