اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك
Hospital-hospital di Gaza menghadapi kekurangan bekalan perubatan yang kritikal sejak serangan udara zionis yang membunuh Ahmad Al-Ja'bari, Naib Komander Tertinggi sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM pada 14 November lalu. Rejim zionis telah menyerang sekurang-kurangnya 800 sasaran dan HAMAS membalas dengan 500 roket.
Ketidakseimbangan kuasa logistik ketenteraan antara dua belah pihak ini dapat dibuktikan dengan sejumlah orang awam yang terbunuh dan cedera. Sekurang-kurangnya 39 rakyat Palestin telah terbunuh sejak peperangan terkini berlaku, serta 3 orang Israel terbunuh pada masa yang sama. Sehingga waktu tengahari Sabtu, seramai 13 orang Israel tercedera, termasuk 10 orang tentera, dibandingkan dengan 350 orang Palestin yang terbunuh, 73% daripadanya warga tua dan kanak-kanak.
Berikut berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Polis Gaza, Taysee al-Batsh. Dengan kecederaan yang meningkat, Gaza kini sedang cuba mengatasi kekurangan bekalan perubatan yang berlaku. Berdasarkan Biro Pusat Statistik Palestin, terdapat 24 buah pusat perubatan di Semenanjung Gaza bagi merawat populasi seramai 1.7 juta, manakala di Israel, terdapat 377 buah pusat perubatan bagi populasi kira-kira 7.93 juta. Terdapat juga 21 pusat kesihatan yang dikelolakan UNRWA di Gaza. Pusat ini turut beroperasi pada hari Sabtu walaupun kekurangan tenaga kerja.
Medhat Abbas, Ketua Pengarah Hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza memberitahu agensi berita AL-JAZEERAH bahawa kini mereka menghadapi 40% kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan di seluruh hospital di Gaza.
"Ini termasuk keperluan bagi trauma dan kecemasan serta sebahagian keperluan di bahagian ortopedik." Abbas menganggarkan, dengan 390 orang cedera yang dihantar ke 13 buah hospital di Gaza, sudah pasti dapat menghabiskan bekalan perubatan yang ada sekarang. "Cecair saline, peralatan menjahit, alat-alat bagi menstabilkan patah tulang serta anestetik adalah antara peralatan yang mengalami masalah kekurangan," kata beliau.
"Bekalan yang sepatutnya cukup untuk seminggu telah habis digunakan dalam masa beberapa jam," kata Abbas Bagi mendapatkan bekalan perubatan memerlukan pendekatan yang berstrategi. Kini, hanya sempadan Rafah yang menjadi jalan utama untuk mendapatkannya. Mereka mengharapkan pintu sempadan Rafah tetap terbuka untuk menghantar pesakit ke Mesir bagi mendapatkan rawatan, serta bekalan perubatan dapat masuk ke Gaza.
Kes terperangkap Wala'a Summour, seorang doktor pelatih berkata, beliau terperangkap dalam kawasan perumahannya disebabkan serangan udara yang bertali arus oleh Israel sedangkan beliau diperlukan di hospital.
"Saya tidak dapat keluar dari kawasan rumah saya kerana serangan udara, tapi saya tetap terus berhubung dengan pihak hospital. Kami tidak boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tiada kenderaan di jalan. Ramai doktor juga yang terperangkap," kata Wala'a.
Menurut beliau lagi, Staf hospital yang dapat melaporkan diri harus bekerja 24 jam tanpa henti dan akan diberi rehat 2 hari.
Sumber:
Berita Al-Jazeerah(english version)
Web berita Safa (foto)
Quds Network (video)
Read more...