Pendatang haram berniat dakwa HAMAS di UN
20 November 2010
AL-QUDS, - Ketua Majlis Daerah 'Hauf Ashkelon', Ye'ir Farjoun berkata, pihaknya berniat untuk mengemukakan dakwaan ke PBB(UN) bagi menentang gerakan HAMAS disebabkan kandungan peluru roket yang gugur di kawasan berkenaan mengandungi bahan 'fosforus'.Gambar(ynet): Roket 'grad' yang gugur di salah sebuah Majlis Daerah penempatan haram zionis di tanah jajahan 1948.
Penjelasan Farjoun yang disiarkan radio penjajah malam ini bahawa pihaknya telah membuat keputusan sebaik sahaja 4 serangan peluru roket 'hawn' gugur di sekitar Majlis Daerah 'Hauf Ashkelon' pada hari jumaat.
Farjoun menyatakan lagi, salah satu dari 4 peluru roket mengandungi bahan 'fosforus'. Bagaimanapun, serangan tersebut tidak mencederakan sesiapa.
Keputusan yang dinyatakan oleh Farjoun sehari selepas Menteri Luar rejim zionis, Avigdor Lieberman menyebut perkara yang sama. Lieberman seperti yang dilaporkan telah mengarahkan Meron Reuven, duta Israel di PBB supaya membuat dakwaan kepada Setiausaha Agung PBB dan Ketua Majlis Keamanan Antarabangsa berhubung serangan peluru roket yang mengandungi bahan 'fosforus', dakwa menteri penjajah.Pautan lain:
1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
2. Majlis Keselamatan PBB
3. White phosporus(wikipedia)(GlobalSecurity)
4. Israel complains to UN over rocket fire
