Lanjut tempoh penahanan ke atas kanak-kanak Palestin
16 September 2011
Jam 05:56 petang, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Mahkamah Penjajah(Israel) melanjutkan lagi tempoh penahanan ke atas beberapa orang kanak-kanak Palestin petang tadi meskipun tidak dikemukakan bukti-bukti tuduhan.
Tentera rejim penjajah menangkap kesemua kanak-kanak terbabit dari Silwan , BaitulMaqdis ekoran didakwa melontar bom molotov dan botol kaca ke atas kenderaan tentera rejim dan warga zionis.
Hakim memutuskan bahawa kesemuanya dibebaskan berhubung tiada bukti tuduhan tetapi pendakwa raya mengulangi kembali ketetapan dan tempoh penahanan mereka dilanjutkan sehingga hari Isnin akan datang.
Sebagaimana dilaporkan, kesemua kanak-kanak Palestin yang ditangkap sewaktu tentera rejim penjajah mengadakan operasi serbuan ke kampung Silwan pada hari Rabu lalu. Sumber 16/09/2011, web berita Safa.ps