Warga haram ceroboh lokasi bersejarah di Bethlehem
30 Disember 2011
Jam 09:34 pagi, waktu Mesir
BETHLEHEM - Dua lokasi bersejarah Palestin telah diceroboh sekumpulan besar warga haram zionis pada pagi ini, Jumaat, 30/12/2011. Lokasi bersejarah, Kolam Sulaiman(Suliman Pool) dan Convention Palace(Qasr El-Mu'tamarat) terletak dalam daerah Al-Khadr, selatan bandar Bethlehem(بيت لحم) di bahagian selatan Tebing Barat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjucU9CjJhRduFkA5s8rgDmIDYhN-vc81Jne_FUNu1QYNBnav1skmAm0yhz3ZdPR-jXkixx0A0FR0Po80YQe_6M8FvajeV1XTnERJBF4Tc4cjYtknr0FiiR0pV1E5nyyw3nTUuHwkWbliY/s400/suliman+pool.png)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyRfFHQMoWwpjIbRYRoa5BGDJ1rcbXRwNnY7la7oJE0ca3adBFD8yJ1HfdN45ki510WuHyloQm6FfYuZ_GCG0an30XN7J2wzQgQvIjXKnK5hYD3Yk-448GQRaFB-C8YIhUOmb2_onFB2M/s400/5080618793_a295606f92_b.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpFJMfknSkUi_HrMJ9hKNFZt_80hZdt31akT6xE6KDi9nXtAIrPqcri7B7xXdo2z_3mXa1XHLl0k5ELNjUHEKpByMcOSQ4MOJ8KliESySLvnTYKb6-3inyOQPnH5-TAf4vRvwN04tfK7Y/s400/Suliman_Pool-16969.jpg)
Wartawan SAFA menjelaskan, sekumpulan warga haram yang tidak kurang dari 200 orang menceroboh dua lokasi berkenaan sambil dikawal tentera rejim penjajah. Sebagaimana dinyatakan, warga-warga haram enggan keluar dari lokasi berkenaan kerana beralasan ianya adalah tanah Yahudi.
Jelas lagi, sejak sekian lama, warga-warga haram zionis berusaha merampas kedua-dua lokasi sejarah lama berkenaan malahan mereka beranggapan bahawa ianya adalah tanah Yahudi dan umat Islam tidak berhak berada di situ.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKmf8F3DNSryME44Wu8KMYPsK_SbPGkSK9Skgch7gZ3BTus4s8wYBMtA7GKSJsikPZIOUt4V3h5r4DHy8y7D0Og8gqqIMuy6QdvbFjIaQSyrJggZ4R4OOtL_8QjU0-mgzXwLQRnz9jAwM/s400/Bethlehem-11179.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQB3zfOiHqAB1KO_vdByBVkUYjuTNmRJI8OKU3gvP0XcRGMhyphenhyphenDKco1UYXK9kYLi_pNpVKxNmG_fZ4Bd4dTWnMOcnKE3xvjOftvPkCmwHuXkXeRqWJ6vZtlpLCUUaJ5L_SdNERbqyv3LUc/s400/Bethlehem-11155.jpg)
SAFA melaporkan, warga-warga haram yang lengkap bersenjata masih berpeleseran di kedua-dua lokasi sejarah dan dikawal ketat oleh tentera rejim penjajah. Sehingga saat ini, tidak berlaku sebarang pertempuran dengan penduduk asal Palestin.
Seperti yang disebutkan, warga-warga haram zionis terus menggiatkan serangannya di Tebing Barat, membakar pokok-pokok zaitun dan tanaman Palestin dan melontar batu kepada penduduk Palestin. Lebih dari itu, warga haram zionis turut menimbulkan kekacauan di masjid-masjid dengan menconteng ungkapan-ungkapan di dindingmasjid yang berupa ugutan dan menghina Nabi Muhammad SAW, juga terhadap agama Islam. Sumber 30/12/2011, web berita Safa.ps