Penjajah tangkap ahli parlimen Palestin dan lepaskan speaker
31 Mei 2011
Jam 05.09 petang, Mesir

Dr. Aziz Duwaik, Speaker Legislatif Palestin mewakili gerakan HAMAS. Kumpulan HAMAS ketika bertanding pilihanraya Palestin 2006 menggunakan nama التغيير والاصلاح.
Menurut pemberita Safa, sebelum itu, tentera penjajah menahan Dr. Aziz dalam bilik tahanan di sekatan tersebut sementara tiga lagi ahli parlimen dari HAMAS, Haseem Basim Az-Za'air, Dr. Nizar Ramadhan dan Anuar Az-Zabun ditahan dalam kereta.
Jelas ahli parlimen, Az-Za'air kepada pemberita Maan bahawa tentera penjajah menahan mereka selama 4 jam, kemudian Ramadhan ditangkap dan mereka yang lain termasuk Dr. Aziz Duwaik dilepaskan.
Sumber tempatan berkata, ahli-ahli parlimen yang ditangkap itu dalam perjalanan ke upacara peringatan kematian(tahlil) Faisal Al-Husaini.

Memaksa supaya tidak pergi ke PBB
Sedemikian itu, seorang penganalisis politik, Dr. Abdul Majid Suweilem mengulas kejadian, kata beliau, kami memang telah menjangkakan pihak penjajah akan melakukan gangguan seumpama ini malah peningkatan operasi ini tidak membezakan sesiapa dan tempat setelah penjajah menerima pukulan keras dari strategi baik pulih dalaman Palestin.
Tambah beliau lagi kepada agensi berita Maan, operasi yang dijalankan penjajah sebagai usaha mempengaruhi pemimpin Palestin dan memaksa Palestin supaya tidak pergi ke PBB(Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu: UN) untuk mengiktiraf Negara Palestin pada bulan September akan datang.
Kata beliau, strategi penjajah ini tidak akan berjaya mempengaruhi pemimpin Palestin berikutan Palestin secara keseluruhan bersepakat membawa perkara tersebut ke PBB.

Pada akhir bulan mac lalu, seorang ahli parlimen Palestin, Muhammad Badar telah ditangkap tentera penjajah dari rumahnya di Khalil.
Peta menunjukkan sekatan-sekatan yang dibuat oleh penjajah di Tebing Barat.
Berhubung dengan penangkapan ini, bilangan ahli parlimen Palestin yang berada dalam penjara rejim penjajah meningkat ke jumlah 14 orang.
17 Palestin ditangkap pagi tadi
Sementara itu, dua agensi berita Palestin, Safa dan Maan melaporkan awal pagi tadi, tentera penjajah telah menangkap 17 orang penduduk Palestin dari seluruh Tebing Barat. Sasaran penjajah dalam operasi ini adalah aktivis anggota gerakan JIHAD ISLAMI.
Legislatif Palestin kecam penahanan ke atas ahli parlimen
Legislatif Palestin melalui pemimpinnya mengecam keras penahanan tentera penjajah ke atas Dr. Aziz Duwaik beserta dua lagi ahli parlimen dan penangkapan ke atas Dr. Nizar Ramadhan di sekatan حاجز الكونتينر(gambar bawah) .
Kenyataan media dari Dr. Ahmad Bahr, Naib Speaker Majlis Legislatif Palestin(كتلة التغيير والاصلاح) berkata, kejadian seumpama ini adalah untuk menggugat persepakatan dalaman Palestin serta menggagalkan fungsi Majlis Legislatif Palestin, ternyata ia menyalahi kerana bertentangan dengan kesemua undang-undang antarabangsa dan nilai moral malah melanggar kekebalan parlimen.

Waktu ini, Dr. Ahmad Bahr bersama delegasinya berada di Kuala Lumpur dalam lawatan rasmi ke Malaysia. Menurut sumber, delegasi parlimen Palestin telah bertemu dengan wakil rasmi Kerajaan Malaysia dan juga wakil pembangkang. Sumber 31/05/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net